Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Sayonara kepada savingmemoir.wordpress.com

Untuk makluman,

blog ini menamatkan operasinya bermula hari ini 5 Muharram 1433H  bersamaan 1 December 2011.

Kandungan lama blog ini akan dikekalkan dan masih boleh diakses cuma tiada lagi update untuk entri-entri terbaru.

Blog ini telah beroperasi selama 2 tahun bermula Muharram 1430 sehingga kini 1432 + 5hari 1433..hehe.. dan telah dikunjungi oleh 35,504 orang setakat ini.

Untuk itu, harap maaf jika ada kesilapan fakta, tersalah tulis, terkena panahan berbisa sehingga melukakan hati anda dan lain-lain. Kebaikan yang ada harap dapat dimanfaatkan bersama.

Akan berhijrah ke destinasi baru dengan wajah baru dan semangat baru bersempena tahun baru 1433H.

Orang Kaya yang Lumpuh

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. “

[ Ghafir:60]

**Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh tuannya kepada Sheikh Muhammad Hasan (pendakwah di Arab Saudi)

Satu masa,aku menyampaikan ceramah di makkah, sebelum aku berucap,seorang menyeruku : “Ya sheikh muhammad! bersumpahlah dengan Allah kamu tak akan berucap sepatah pun kecuali kamu dengar dulu apa yang ingin aku katakan”.

Aku jawab padanya: “Silakan…mari, silakan, silakan wahai pakcik!”

Maka dia pun duduk dekat dengan ku, seorang lelaki biasa, bisnesman yg telah dibukakan kepadanya rezki Allah & diperluaskan baginya sumber rezki. Tetapi dia berjalan terjengket-jengket seperti kesan lumpuh seluruh badan.

Dia memulakan bicaranya: “Aku telah pergi ke London (untuk menyembuhkan lumpuh) dan Allah tidak mentaqdirkan kesembuhan untuk ku, ke Perancis dan Allah tidak mentaqdirkan kesembuhan untuk ku, ke Amerika dan Allah tidak juga mentaqdirkan kesembuhan untuk ku”

Dia berkata lagi: “Pada satu hari aku duduk menonton TV dan aku melihat orang menunaikan solat di Baitullah al-haram, tiba-tiba air mataku menitis menangis. Kemudian aku katakan pada anak-anak ku, Hai anak2 ku, aku teringin pergi menghadap Raja dirumahNya”.

Mereka berkata: “Raja mana papa…pergi menghadap raja di mana?.”

Lalu aku jawab : “Aku ingin pergi mghadap raja bagi segala raja, aku nak pergi menunaikan umrah.”

“Umrah? Sedangkan engkau tak mampu bergerak!”, balas mereka.

Aku katakan pada mereka : “Sewakan satu pesawat khas untuk ku dengan hartaku.”

Point penting:

Mereka (anak-anaknya) telah membawanya dan pergi bersamanya ke Baitullah.

Pakcik tadi kemudiannya berkata padaku : “Demi allah, aku masuk (Masjidil Haram) menggunakan kerusi roda”

Aku katakan pada mereka: “dekatkan aku dengan Kaabah”, maka mereka menurunkan aku ke dataran tawaf.

Lalu pakcik berkata lagi pada ku: “hai anak, tidaklah aku berdoa pada Tuhan melainkan dengan hanya beberapa perkataan dalam masa cukup satu jam aku duduk disitu  dan berdoa pada Allah…tidak ada lagi perkataan yang aku ucapkan melainkan kata-kata itu.”

Aku duduk dan brkata: “Demi Allah aku tak kan mampu bangun dari rumah-Mu ini kecuali dengan dua kaki ini atau aku berada di kubur. Aku duduk sambil menangis..demi Allah aku tak kan bangun dari rumah Mu ini melainkan dengan kedua kaki ini atau aku berada dikubur..aku menangis dan terus menangis teresak-esak. Aku letih, otakku kaku, aku terdiam di kerusi ku dan tertidur.  Ketika aku terlelap sebentar itu, aku melihat seseorang memanggil-manggil aku dan brkata: “bangun dan berjalanlah! Bangun berjalan!”. Dia ulang lagi kali ke-3 “Bangun, berjalanlah!”

“Lalu aku tersedar..bangun..aku pun  bangun..berjalanlah..aku pun berjalan.”. sambung pakcik.

“Selepas seketika aku teringat yang aku sebelumnya lumpuh, lalu aku menangis dan brkata: “Wahai raja, demi-Mu ya Allah tidaklah aku kecewa dengan pertemuanku ini dengan Mu”

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)

[ Al-Anbiya’:88]

Steve Jobs and Muslim

Many people talk about Steve Jobs’s death yesterday, but how many of them realize what Steve Jobs has contribute to Muslim..

what?? how?

Jobs tell us what Prophet Muhammad had told us around 1400 yrs ago;
“The brilliant person is he who remember death a lot.” – Ibnu Majah

and Jobs had proved what our prophet said. In his speech (Convo. ceremnoy @ Stanford Univ,2005) he said:

“When I was 17, I read a quote that went something like: “If you live each da…y as if it was your last, someday you’ll most certainly be right.” It made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have looked in the mirror every morning and asked myself: “If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?”

Jobs also said: “Remembering that I’ll be dead soon is the most important tool I’ve ever encountered to help me make the big choices in life.”

Isn’t Jobs a brilliant person ? Yes, he is.

Somalia dan kita sebagai Muslim

Sudah separuh Ramadan kita lalui, insya Allah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Namun, keimanan seseorang itu tak lengkap tanpa kasih sayang, belas kasihan sesama Muslim dan sesama manusia. Islam adalah ajaran yang paling menitikberatkan konsep humanity / kemanusiaan.

Dalam hadis Nabi SAW :

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim

Sedarkah kita nun jauh di seberang sana beribu-ribu kilometer dari Malaysia, saudara kita yang seagama di Somalia merana dilanda kemarau disamping krisis politik yang tidak berkesudahan. Negara mereka miskin, sumber terhad terpalut pula dengan peperangan saudara…Allah….bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.

اللهم يا حنان يا منان أغث برحمتك المسلمين في الصومال

اللهم إنهم جياع فأطعمهم اللهم إنهم عطشى فاسقهم برحمتك يا أرحم الراحمين

Ya Allah! mereka semua kebuluran, maka Engkau berikanlah mereka makanan. Ya Allah ! sesungguhnya mereka kelaparan dan dahaga maka berikanlah mereka air dan makanan dengan rahmat-Mu. wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

* doa itu patut dimasukkan dalam qunut subuh & witir dalam ramadan ni.

Dimana suara-suara lantang umat ISlam yang begitu gigih memperjuangkan nasib umat Islam Palestin? Dimana usaha-usaha yang gempak bila bercakap bab Gaza ?

Adakah disebabkan Somalia ini kurang tumpuan ? berkulit hitam ? negara berpasir dan panas? maka aktivis-aktivis terbabit tidak berminat?

Kita mengejar Syurga dengan membantu saudara kita di Palestin, namun kita tinggalkan Neraka pada saudara kita di Afrika (Somalia).

itu pandangan prejudis. – biarkan.

mengikut rangkaan dan kajian UK Development Secretary, dianggarkan 400,000 kanak-kanak menghadapi kematian kerana kebuluran di Somalia. Itu anggaran sedangkan yang realitinya, 10 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap hari di kem pelarian Kobe. Itu baru satu kem pelarian.

masyarakat UK dan USA sudah lama prihatin pada nasib saudara kita di Somalia, akhbar-akhbar mereka setiap minggu melaporkan situasi terkini pelarian Somalia di Dadaab, Kenya, situasi rakyat Somalia itu sendiri yang kebuluran. Mereka yang semuanya Kristian yang juga golongan missionari lebih mendahului kita dalam membantu. Bahkan majority mereka membantu atas dasar kemanusiaan.

Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun yang mati akibat kebuluran.

Malu dan sedih dengan umat Islam yang hanya baru sebulan dua ini kedengaran suara-suara dan akhbar-akhbar tempatan yang bercakap dan melaporkan berita tentang Somalia. Kenapa Umat ISlam selalu pending dalam mendapatkan informasi sebegini?

Alhamdulillah….walau terlambat, negara anggota Organisation of the Islamic Conference (OIC) yang mengadakan sidang tergempar di Istanbul sudah menyumbang $350mil untuk Somalia. Di Malaysia juga sudah ada badan-badan NGO yang bertindak menubuhkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Somalia. Itu semua baru tercetus bulan ni. Begitu sempurna tadbiran Allah dengan mengurniakan kita bulan Ramadan, kalau tak rasanya belum lagi ada tabung-tabung tu.

“..you do not go to bed full if your neighbour is hungry. If we had fulfilled our responsibilities, would our brethren nation Somalia be in this situation?” he asked. “This is not only a test for the Somali people, it is a test for all humanity.” – Reccip Tayyip Erdogan, Turkey’s Prime Minister.

It is a test for all humanity – yup, itulah yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut pasal krisis di Somalia boleh google je. AKu selalu baca kat akhbar the Guardian sebab akhbar ni selalu update yang terkini pasal saudara kita di Somalia. Juga boleh baca di sini dan lain-lain akhbar luar Malaysia. Kalau cari yang Malaysia, ciput sangatlah info yang kita boleh dapat.

Bagi yang berminat untuk menghulurkan bantuan, derma, sedekah dsb boleh menghubungi badan -badan berikut :

Global Peace Malaysia

TERAS

MERCY Malaysia

Perdana Global Peace Foundation

dan lain-lain lagi yang mungkin aku tak tahu kewujudannya. Tolong sebar-sebarkan info ini supaya kita dapat meningkatkan kesedaran bersama dalam membela nasib saudara seagama tak kira walau dimana mereka berada samaada di Palestin, Afghanistan, Narathiwat, Iraq, Somalia dan lain-lain. At least, we contribute something for our neighbor in this wonderful world.

Bila membeli untuk berbuka, ingatlah nasib saudara kitayang kebuluran. Jangan membazir walau sebutir nasi sedangkan saudara kita di somalia nak jumpa sebutir nasi dalam setahun pun susah. Tolonglah! sedar dan bangkit dalam membela nsib sesama insan tanpa mengira batas sempadan, bangsa dan agama.

من لا يرحم لايرحم

Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Selamat Menyambut Ramadan 1432H

Ramadan oh Ramadan !

Daku amat merindui kedatanganmu!

Selamat Menyambut Ramadan kepada semua !

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ‏

Dari Abu Hurairah (r.a) bahwa Rasulullah (S.A.W) bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan keazaman, telah diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu” [riwayat Bukhari dalam Fathul Bari]

Kejarl tawaran-tawaran hebat dalam bulan Ramadan dan ingat beberapa code untuk mendapat puasa yang lebih sempurna…

BERSIH 2.0 : Menentang dan Menyokong

Sajak ini telah dipaparkan dalam ruangan sastera akhbar Harakah edisi 8 Julai 2011

Pada kau yang menentang BERSIH 2.0

Kau menjadi bukti,

Berjayanya didikan sang kuku besi,

Berjasad hidup berhati mati,

Pemikiranmu celaru sehari-hari,

Akibat “Rasul Melayu” kau jadikan kitab suci,

Didodoi dengan nyanyian TV Triniti,

Nasionalisme kau imani,

Sekularisma kau turuti,

Kesesatan terlihat indah tanpa kau sedari,

Ajaran sesat dari synagogue diatas PWTC,

Akidah celaru begitu masih ingin kau ikuti?

Diseberang sana….

Kelihatan melompat-lompat mantan si naib bupati,

Beraksi gagah lagak perwira sejati,

Membela akidah melayu yang ia anuti,

Teruskanlah! Walau segagah mana kau beraksi,

Kau tetap katak yang bakal mati,

Nun di kayangan sana…

Bertakhtanya para menteri,

Gelisah diulik mimpi yang ngeri,

Takut! Jika riwayat Hosni berulang lagi,

Lalu dilepaskannya anjing gila babi,

Berbulu biru dan bertopi,

Menyalak tak tentu pasal di siang hari,

Kerana warna kuning menghantui,

Buat yang menyokong BERSIH 2.0

Awas yan berbaju kuning!

Jangan kerana anjing kau menggadai rencana,

Jangan kerana katak kau merana,

Itu semua dugaan semasa,

Pasti berlalu seiring masa,

Ayuh bangkit bersama,

Kau harus bersemangat waja,

Sejarah gemilang harus ditempa,

Sekali-seumur hidup siapa yang sangka,

Dimana jiwa pemuda,

Kau tunjang masa depan Negara,

Ingat wahai pemuda,

9 julai tarikh keramat semestinya,

Jika niat yang baik kenapa harus ditahan ia,

Ayuh ! Kita sokong bersama,

Secara aman berarak kita,

Warna kuning menyatukan kita,

Demi merealisasi cita-cita,

Bukan menjatuhkan pemimpin yang takkan kekal lama,

itu bukan agenda kita,

tapi pilihanraya yang BERSIH dituntut kita,

urus tadbir yang BERSIH impian kita,

keadilan dan keBERSIHan matlamat kita,

Kerana kita bertuhankan Yang Adil dan Saksama,

Ayuh panjatkan doa pada Yang Esa,

Kerna kuasaNya mengatasi segala-gala.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Kota Bharu,Kelantan,

30 Jun 2011, 5.30pm

Syukur bila Bersin

Aaaa….chooo!! ….alhamdulillah..!

Apa itu Bersin?

Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.

Fakta

Bersin adalah satu refleksi yang kompleks. Bermla dengan iritasi pada saluran pernafasan (hidung) dan berakhir dengan hembusan kuat dari hidung dan mulut.

Bersin very powerful sebab bila kita bersin, impulse saraf akan bergerak dari hidung ke otak kemudian ke saraf lain yang mengawal otot pada abdomen, dada, diaphragm, leher, muka dan kelopak mata. Tak hairan la kalau kita bersin mata kita tertutup dan muka kita berkerut..semuanya kuasa bersin!

Kelajuan

150km/jam separuh dari kelajuan Tsunami yang menghentam Aceh 2004. Rasanya takrif bersin sebagai hembusan amat tidak tepat, mungkin boleh ganti dengan letupan angin atau hentaman angin..haha.

The Guinness Book of Records mempunyai rekod bersin pada kelajuan 115 km/jam

Jarak

Mencecah 2-3 meter dengan 40,000 partikel keluar, tak pelik kalau bersin boleh menyebarkan penyakit.

Sunnah Rasul

Sesungguhnya Allah mencintai bersin dan benci kepada menguap…[mafhum hadis riwayat Bukhari]

عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إذا عطس أحدكم فليقل الحمد لله ، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله ، فإذا قال له يرحمك الله، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم

Dari Abu Hurairah (r.a) bahwa Nabi (s.a.w) bersabda: Apabila salah seorang dari kamu bersin maka katakanlah “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah) dan hendaklah saudaranya atau sahabatnya berkata padanya “yarhamukallah” (Allah merahmati mu). Maka apabila dikatakan Yarhamukallah padanya hendaklah dia membalas : “yahdikumullah wayuslihu baalakum” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu serta memperelok keadaanmu).

Itu adab apabila kita bersin, kita diminta bersyukur pada Allah kerana bersin itu membuang penyakit dan tidak bercanggah dengan maksud bersin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di atas.

Para doktor atau pengkaji kesihatan menasihatkan kita supaya menutup mulut dan hidung kita apabila bersin dan ini lebih dahulu diajarkan oleh Rasulullah (s.a.w) 1400 tahun yang lampau.

Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: Rasulullah (s.a.w) apabila bersin baginda akan meletakkan tangan atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankannya (bunyi bersin). –  [hadis hasan lagi sahih riwayat Daud dan At-Tirmidzi]

Subhanallah! betapa sempurnanya Islam dalam mendidik umatnya supaya memiliki akhlak dan peribadi yang mulia dan sempurna disisi Allah dan seluruh makhluk. Dan Nabi Muhammad itu sesungguhnya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Selebihnya…terpulang pada diri kita mahu mengikuti sunnah Nabi atau tidak.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali-‘Imran:31]

Accident that affects spine

This video remind me what I’d experienced before.

But, I feel the pain months after the surgery..till now although the pain are reducing slowly.

Did you experience spine surgery before?

I got what been call as Spinal Fusion T11,T12, L1, L2 (multilevel) Compression Fracture Surgery…my spine attached with 6 screw, 2 rod and 1 linkage. I try to find the exact video about the surgery, but I find almost similar surgery. They use same method operation but for different problem. See the video below;

Hormat Sufi Respek Wahabi

Kali ini aku ingin berkongsi beberapa kisah benar , dengan ini insya Allah pendirian aku akan bertambah kukuh bagi diri aku dan jelas bagi kawan2 aku. Sebenarnya aku benci bincang pasal ni, tak habis2 nak gaduh.

Alkisah…

Aku pergi ke KLIBF 2011 yg lepas pada hari ketiga berlangsungnya bookfair tersebut. Pergi dengan abang dan juga kak ipar aku. Kami masuk ke dewan Tun Razak yang menempatkan berpuluh-puluh booth pameran dari pelbagai syarikat penerbitan. Mula-mula masuk tu, aku “terlekat” dekat booth ITNM dan kebetulan ada program bual bicara dan kak ipar aku juga ada urusan disitu. Aku tak berapa berminat lalu aku mengembara sorang-sorang..hehe.

Oleh kerana status kewangan aku tak stabil, tengok buku telan air liur je la. Aku hanya focus pada buku yang dalam wishing list aku je la, buku tulisan Tariq Ramadan. Setelah berpuluh-puluh booth aku jelajah tiada satu pun yang menjual karya Tariq Ramadan, aku kemudian nampak sebuah booth yang semuanya buku-buku agama dalam bahasa English.

“harap-harap ada kat sini”  bisik hatiku meyakinkan diriku supaya tidak berputus asa.

Semua buku-buku di booth ini ditulis & ada juga yang diterjemahkan ke bahasa English hasil karya ulama’-ulama’ yang majoritinya dari Saudi Arabia, juga dijual CD ceramah ulama’ dari sana. Tengah duk cari buku yang aku nak tu, tetiba datang seorang petugas booth itu menyapa aku. Seorang pemuda berjubah kelabu, berkacamata dan mukanya menunjukkan dia berbangsa Cina.

Setelah ditanya, aku memberitahunya buku yang aku cari, malangnya dia tak kenal pun siapa Tariq Ramadan dan aku tengok memang tak de pun nama Tariq Ramadan di rak buku booth syarikat tersebut. Lalu dia mencadangkan beberapa buah buku kepadaku. Sambil-sambil tu, kami saling berkongsi pandangan perihal agama Islam, basic pembahagian Islam kepada Tauhid, Syariah dan Akhlak.

Dia tegur dan berbual dengan aku dalam bahasa English yang menyebabkan aku menyangka dia bukan rakyat Malaysia. Aku tanya samaada dia Malaysian or…??..dia menjawab Malaysian. Tanpa aku bertanya dia terus memberitahu bahawa dia baru masuk Islam 10 bulan lalu,berbangsa CIna dan lahir pada tahun 89…detail kan, tapi tak cakap pula agama asal…hehe. Namanya aku rahsiakan.

Yang menariknya dia masuk Islam setelah menonton video The Arrival, Subhanallah! Hebat juga pengaruh The Arrival..bergembiralah mereka yang buat video tu, moga Allah membalas jasa mereka dalam menyatakan kebenaran. Lalu dia cakap dalam video The Arrival tu ada juga yang tak betul dan dia tak bersetuju dengan Sheikh Imran Hossein yang katanya ada meramal tarikh kiamat berlaku…aku pun tak ingat ada ke tak seperti yang didakwa, dah lama aku tengok video tu. Imran Hossein itu Sufi, dia sesat, kita tak boleh ambil pandangan dia.

Astaghfirullah ! panas hatiku mendengar kata-kata muallaf ini, aku paling pantang dengar orang menuduh seseorang sesat tanpa penyelidikan teliti. Main hentam je…sedangkan Sheikh Imran Hossein yang aku kenal tidak begitu, beliau pernah berceramah di Kelantan. Adakah kerana beliau bersetuju dan merupakan orang yang mengamal ilmu tasawuf maka beliau layak mendapat title sesat?

Aku masih ingat kata-kata muallaf tu pada aku..

“ Sheikh Imran Hosein is a Sufi, he is deviator!”

Langsung tak heran bila dia aku sedar kata kuncinya adalah “sufi”. Lagipun gerai tersebut hanya menjual tulisan ulama’-ulama’ salafi yang aku hormati dan minati. Tapi amatlah salah bila menghukum sufi itu sesat.

Aku cakap kat dia,…

For me, my opinion is we must respect the other’s opinion because they also have dalil. Respect for who they are.

Dia setuju dengan pndapat aku tapi…

Yes, u’re right but we know that they are deviate from the true path of Islam, we respect them but we must bring them to the light of Islam.

Yep, aku juga setuju dengan dia. Tapi bagaimana kamu bleh cakap kamu hormat kat orang tu sedangkan dalam masa yang sama kamu cakap dia sesat?  Aku amat setuju kalau kita tahu seseorang itu terpesong maka kita harus membimbingnya ke jalan yang benar. Tapi macam mana kamu tahu sufi itu sesat? Dah semak ke dalil-dalil dan pendapat mereka?

 Sedar yang perbualan kami ini akan menjadi lebih hangat, aku hanya mengangguk aje tanda tak setuju dengan pendapat dia. Malas nak berbahas, sedangkan ada abang sorang lagi yang jaga gerai tu duk dengar perbualan kami. Aku terus ambil buku yang aku nak..Islam and Management karya Dr Naceur Jabnoun untuk bayar. Abang yang dari tadi curi dengar perbualan kami memanggil muallaf tu cam bagi teguran je kat anak buah dia. Aku minta emel budak tu untuk dihubungi dengan harapan kami akan terus berkawan.

Jauh disudut hati, aku sedih dan kecewa kerana seorang muallaf yang baru memeluk Islam 10 bulan sudah diajar menghukum orang lain sesat dan sudah ditanam bibit-bibit permusuhan sesama Islam. Siapalah yang ajar dia..kalau nak bimbing muallaf pun terangkan lah apa yang patut dan apa yang benar berdasarkan ilmu korang, tak kira la kamu wahabi ke, salafi ke, sufi ke…asal jangan sesekali kamu tanam minda dogmatic yang hanya kamu betul dan orang lain salah.

Aku langsung tak marah pada muallaf tersebut tapi teramat geram pada orang yang membimbingnya menjadi begitu. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita semua. Selepas bayar buku, abang aku dating, dalam perjalanan abang aku cakap syarikat tu memang terkenal publish buku-buku salafi, budak-budak UIA memang biasa dengan nama syarikat penerbitan tersebut.

*****

Sini aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan respect, mengikut Tariq Ramadan:

I respect your believe, meaning that I’m not only acknowledge that you’re here, but for me to try to understand from where u think. No respect without knowledge.

Pada pendapat aku, zaman yang penuh mehnah ini kita Umat Islam sepatutnya lebih focus kepada masalah asas dan bagaimana untuk menyatukan umat Islam. Asalkan Islam, maka kita satu keluarga tanpa mengira mazhab, aliran pemikiran, bangsa dan sebagainya. Kesatuan Ummah pada zaman ini begitu kritikal untuk diremehkan, ia sepatutnya menjadi matlamat utama.

Bagi aku, pluralism perlu didalam agama. Menerima kepelbagaian pendapat dan pemahaman dalam mentafsirkan Quran dan Sunnah sebagai satu rahmat. Sekali lagi aku tegaskan pluralism dalam agama bukan antara agama.

Diversity cannot be denied, and it mainly operates on two level. First, there is diversity of reading and interpretations, which accounts for the different traditions, trends, and legal schools. This diversity has always existed and, depending on the differences, it has always been more or less accepted (sometimes with difficulty, particularly between Sunni and Shi’a) by scholars and ordinary Muslims. – taken from What I Believe by Tariq Ramadan

 Dan berkenaan sufi dan salafi dan sebagainya, aku nukilkan disini tulisan M. Fethullah Gulen, seorang reformis dan ulama’ terkemuka di Turki masa kini di dalam bukunya The Emerald Hills of Heart [Volume1] :

The two aspects of the same truth – the commandments of the Sharia and Sufism – have sometimes been presented as mutually exclusive. This is quite unfortunate, as Sufism is nothing more than the spirit of the Sharia, which is made up of austerity, self-control and criticism, and the continuous struggle to resist the temptations of Satan and the evil-commanding self in order to fulfill religious obligations.

……both sufis and scholars (jurisprudence) sought to reach God by observing the Divine obligations and prohibitions. Nevertheless, some extremist attitudes-occasionally observed on both sides- caused disagreements.

Rasanya cukuplah luahan utk kali ini…hehe..bagi siapa yang sependapat dengan aku maka aku berlapang dada, jika yang tidak setuju maka bagiku ini jalanku. Yang penting berlaku adillah dalam memberi pandangan dan berhati-hatilah dalam menghukum seseorang. Setiap kali aku tekankan, pandangan dan pendapat seseorang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tahap keilmuan. tak mustahil aku mengubah pandanganku dimasa-masa hadapan. Akhir kalam, renungilah ayat Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8)

dan satu lagi firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; …” [al-Hujurat:11]

Hari Penentuan Arah Kiblat

Bagi umat Islam diseluruh dunia, esok merupakan tarikh penting bagi mereka untuk menentukan samaada arah kiblat ditempat mereka bertepatan dengan Kaabah atau tidak. Ia dinamakan Istiwa’ A’dzhom.

Apakah Istiwa’ A’dzhom?

Istiwa’ A’dzhom merupakan saat matahari secara tepatnya melintasi pada koordinat Kaabah iaitu 210 25′ 21.03″ N, 39o 49′ 34.42″ E. Ketika fenomena ini berlaku, matahari berada tepat diatas Kaabah.

Fenomena ini membolehkan kita menentukan arah kiblat secara tepat dan mudah. Ia hanya berlaku 2 kali setahun iaiatu pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun. Namun jika tahun tersebut merupakan tahun lompat maka ditolak 1 hari menjadikannya 27 Mei dan 15 Julai pada setiap tahun lompat. Bila berbicara soal ibadah biasanya kita akan merujuk kepada kalendar Hijri atau Lunar namun untuk fenomena ini kita menggunakan kalendar Masehi atau Solar..harap jelas.

Secara ringkas:

Tarikh : 28 Mei dan 16 Julai (27 Mei dan 15 Julai bagi tahun lompat)

Masa : a) waktu Makkah =  12:16 (28 Mei) dan 12:28 (16 Julai)

b) waktu Malaysia = 5:16 pm (28 Mei) dan 5:28 (16 Julai)

Dua hari dalam setahun ini adalah lebih baik kita isytiharkan sebagai Hari Arah Qiblat. Ok la, aku tak nak membebel panjang. Kita teruskan dengan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mengetahui arah kiblat tempat kita (masjid, rumah, pejabat dll) adalah tepat.

Langkah-langkahnya :

Perhatikan gambar dibawah sambil memahami langkah-langkah yang diterangkan. Rasanya kalau tengok gambar di bawah ni pun dah cukup.

  1. Pacakkan satu batang kayu atau apa-apa objek lurus di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan obejk dipacakkan secara lurus dan tegak 90′ dan tidak terlindung dari cahaya Matahari. Nak senang, kita boleh juga guna tingkap bilik @ masjid kita yang disinari cahaya matahari ataupun guna je objek sedia ada yang lain seperti tiang rumah, tiang lampu eletrik dsb.
  3. Tunggu sehingga 5:16pm (jika 28 Mei) dan 5:28pm (jika 16 Julai)
  4. Apabila masuk waktunya,lihat pada bayang objek dan unjurkan bayang tersebut ke arah kedudukan Matahar
  5.   * bayang yang terbentuk dari objek tidak menunjukkan arah kiblat tetapi arah yang setentang dengan bayang itulah           arah kiblat.
  6. Garisan yang diunjurkan itulah menunjukkan arah kiblat yang tepat, Insya Allah.
Safety Precaution:
  1. Pastikan jam anda tepat dan tidak rosak..hehe
  2. Pastikan anda merujuk waktu Malaysia (5:16pm/5:28pm) bukannya waktu Makkah. Waktu tersebut hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.
Ok la, harap entri kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan bersama. Entri ini adalah yang pertama berkaitan ilmu falak (astronomy islam) dalam blog ini selepas 5 tahun aku meninggalkan ilmu falak ini sejak di zaman sekolah menengah..huhu
Insya Allah dimasa-masa akan datang aku akan berkongsi tentang ilmu falak ini.

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: