Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the category “My Fikrah”

Somalia dan kita sebagai Muslim

Sudah separuh Ramadan kita lalui, insya Allah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Namun, keimanan seseorang itu tak lengkap tanpa kasih sayang, belas kasihan sesama Muslim dan sesama manusia. Islam adalah ajaran yang paling menitikberatkan konsep humanity / kemanusiaan.

Dalam hadis Nabi SAW :

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim

Sedarkah kita nun jauh di seberang sana beribu-ribu kilometer dari Malaysia, saudara kita yang seagama di Somalia merana dilanda kemarau disamping krisis politik yang tidak berkesudahan. Negara mereka miskin, sumber terhad terpalut pula dengan peperangan saudara…Allah….bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.

اللهم يا حنان يا منان أغث برحمتك المسلمين في الصومال

اللهم إنهم جياع فأطعمهم اللهم إنهم عطشى فاسقهم برحمتك يا أرحم الراحمين

Ya Allah! mereka semua kebuluran, maka Engkau berikanlah mereka makanan. Ya Allah ! sesungguhnya mereka kelaparan dan dahaga maka berikanlah mereka air dan makanan dengan rahmat-Mu. wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

* doa itu patut dimasukkan dalam qunut subuh & witir dalam ramadan ni.

Dimana suara-suara lantang umat ISlam yang begitu gigih memperjuangkan nasib umat Islam Palestin? Dimana usaha-usaha yang gempak bila bercakap bab Gaza ?

Adakah disebabkan Somalia ini kurang tumpuan ? berkulit hitam ? negara berpasir dan panas? maka aktivis-aktivis terbabit tidak berminat?

Kita mengejar Syurga dengan membantu saudara kita di Palestin, namun kita tinggalkan Neraka pada saudara kita di Afrika (Somalia).

itu pandangan prejudis. – biarkan.

mengikut rangkaan dan kajian UK Development Secretary, dianggarkan 400,000 kanak-kanak menghadapi kematian kerana kebuluran di Somalia. Itu anggaran sedangkan yang realitinya, 10 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap hari di kem pelarian Kobe. Itu baru satu kem pelarian.

masyarakat UK dan USA sudah lama prihatin pada nasib saudara kita di Somalia, akhbar-akhbar mereka setiap minggu melaporkan situasi terkini pelarian Somalia di Dadaab, Kenya, situasi rakyat Somalia itu sendiri yang kebuluran. Mereka yang semuanya Kristian yang juga golongan missionari lebih mendahului kita dalam membantu. Bahkan majority mereka membantu atas dasar kemanusiaan.

Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun yang mati akibat kebuluran.

Malu dan sedih dengan umat Islam yang hanya baru sebulan dua ini kedengaran suara-suara dan akhbar-akhbar tempatan yang bercakap dan melaporkan berita tentang Somalia. Kenapa Umat ISlam selalu pending dalam mendapatkan informasi sebegini?

Alhamdulillah….walau terlambat, negara anggota Organisation of the Islamic Conference (OIC) yang mengadakan sidang tergempar di Istanbul sudah menyumbang $350mil untuk Somalia. Di Malaysia juga sudah ada badan-badan NGO yang bertindak menubuhkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Somalia. Itu semua baru tercetus bulan ni. Begitu sempurna tadbiran Allah dengan mengurniakan kita bulan Ramadan, kalau tak rasanya belum lagi ada tabung-tabung tu.

“..you do not go to bed full if your neighbour is hungry. If we had fulfilled our responsibilities, would our brethren nation Somalia be in this situation?” he asked. “This is not only a test for the Somali people, it is a test for all humanity.” – Reccip Tayyip Erdogan, Turkey’s Prime Minister.

It is a test for all humanity – yup, itulah yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut pasal krisis di Somalia boleh google je. AKu selalu baca kat akhbar the Guardian sebab akhbar ni selalu update yang terkini pasal saudara kita di Somalia. Juga boleh baca di sini dan lain-lain akhbar luar Malaysia. Kalau cari yang Malaysia, ciput sangatlah info yang kita boleh dapat.

Bagi yang berminat untuk menghulurkan bantuan, derma, sedekah dsb boleh menghubungi badan -badan berikut :

Global Peace Malaysia

TERAS

MERCY Malaysia

Perdana Global Peace Foundation

dan lain-lain lagi yang mungkin aku tak tahu kewujudannya. Tolong sebar-sebarkan info ini supaya kita dapat meningkatkan kesedaran bersama dalam membela nasib saudara seagama tak kira walau dimana mereka berada samaada di Palestin, Afghanistan, Narathiwat, Iraq, Somalia dan lain-lain. At least, we contribute something for our neighbor in this wonderful world.

Bila membeli untuk berbuka, ingatlah nasib saudara kitayang kebuluran. Jangan membazir walau sebutir nasi sedangkan saudara kita di somalia nak jumpa sebutir nasi dalam setahun pun susah. Tolonglah! sedar dan bangkit dalam membela nsib sesama insan tanpa mengira batas sempadan, bangsa dan agama.

من لا يرحم لايرحم

Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Advertisements

BERSIH 2.0 : Menentang dan Menyokong

Sajak ini telah dipaparkan dalam ruangan sastera akhbar Harakah edisi 8 Julai 2011

Pada kau yang menentang BERSIH 2.0

Kau menjadi bukti,

Berjayanya didikan sang kuku besi,

Berjasad hidup berhati mati,

Pemikiranmu celaru sehari-hari,

Akibat “Rasul Melayu” kau jadikan kitab suci,

Didodoi dengan nyanyian TV Triniti,

Nasionalisme kau imani,

Sekularisma kau turuti,

Kesesatan terlihat indah tanpa kau sedari,

Ajaran sesat dari synagogue diatas PWTC,

Akidah celaru begitu masih ingin kau ikuti?

Diseberang sana….

Kelihatan melompat-lompat mantan si naib bupati,

Beraksi gagah lagak perwira sejati,

Membela akidah melayu yang ia anuti,

Teruskanlah! Walau segagah mana kau beraksi,

Kau tetap katak yang bakal mati,

Nun di kayangan sana…

Bertakhtanya para menteri,

Gelisah diulik mimpi yang ngeri,

Takut! Jika riwayat Hosni berulang lagi,

Lalu dilepaskannya anjing gila babi,

Berbulu biru dan bertopi,

Menyalak tak tentu pasal di siang hari,

Kerana warna kuning menghantui,

Buat yang menyokong BERSIH 2.0

Awas yan berbaju kuning!

Jangan kerana anjing kau menggadai rencana,

Jangan kerana katak kau merana,

Itu semua dugaan semasa,

Pasti berlalu seiring masa,

Ayuh bangkit bersama,

Kau harus bersemangat waja,

Sejarah gemilang harus ditempa,

Sekali-seumur hidup siapa yang sangka,

Dimana jiwa pemuda,

Kau tunjang masa depan Negara,

Ingat wahai pemuda,

9 julai tarikh keramat semestinya,

Jika niat yang baik kenapa harus ditahan ia,

Ayuh ! Kita sokong bersama,

Secara aman berarak kita,

Warna kuning menyatukan kita,

Demi merealisasi cita-cita,

Bukan menjatuhkan pemimpin yang takkan kekal lama,

itu bukan agenda kita,

tapi pilihanraya yang BERSIH dituntut kita,

urus tadbir yang BERSIH impian kita,

keadilan dan keBERSIHan matlamat kita,

Kerana kita bertuhankan Yang Adil dan Saksama,

Ayuh panjatkan doa pada Yang Esa,

Kerna kuasaNya mengatasi segala-gala.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Kota Bharu,Kelantan,

30 Jun 2011, 5.30pm

Hormat Sufi Respek Wahabi

Kali ini aku ingin berkongsi beberapa kisah benar , dengan ini insya Allah pendirian aku akan bertambah kukuh bagi diri aku dan jelas bagi kawan2 aku. Sebenarnya aku benci bincang pasal ni, tak habis2 nak gaduh.

Alkisah…

Aku pergi ke KLIBF 2011 yg lepas pada hari ketiga berlangsungnya bookfair tersebut. Pergi dengan abang dan juga kak ipar aku. Kami masuk ke dewan Tun Razak yang menempatkan berpuluh-puluh booth pameran dari pelbagai syarikat penerbitan. Mula-mula masuk tu, aku “terlekat” dekat booth ITNM dan kebetulan ada program bual bicara dan kak ipar aku juga ada urusan disitu. Aku tak berapa berminat lalu aku mengembara sorang-sorang..hehe.

Oleh kerana status kewangan aku tak stabil, tengok buku telan air liur je la. Aku hanya focus pada buku yang dalam wishing list aku je la, buku tulisan Tariq Ramadan. Setelah berpuluh-puluh booth aku jelajah tiada satu pun yang menjual karya Tariq Ramadan, aku kemudian nampak sebuah booth yang semuanya buku-buku agama dalam bahasa English.

“harap-harap ada kat sini”  bisik hatiku meyakinkan diriku supaya tidak berputus asa.

Semua buku-buku di booth ini ditulis & ada juga yang diterjemahkan ke bahasa English hasil karya ulama’-ulama’ yang majoritinya dari Saudi Arabia, juga dijual CD ceramah ulama’ dari sana. Tengah duk cari buku yang aku nak tu, tetiba datang seorang petugas booth itu menyapa aku. Seorang pemuda berjubah kelabu, berkacamata dan mukanya menunjukkan dia berbangsa Cina.

Setelah ditanya, aku memberitahunya buku yang aku cari, malangnya dia tak kenal pun siapa Tariq Ramadan dan aku tengok memang tak de pun nama Tariq Ramadan di rak buku booth syarikat tersebut. Lalu dia mencadangkan beberapa buah buku kepadaku. Sambil-sambil tu, kami saling berkongsi pandangan perihal agama Islam, basic pembahagian Islam kepada Tauhid, Syariah dan Akhlak.

Dia tegur dan berbual dengan aku dalam bahasa English yang menyebabkan aku menyangka dia bukan rakyat Malaysia. Aku tanya samaada dia Malaysian or…??..dia menjawab Malaysian. Tanpa aku bertanya dia terus memberitahu bahawa dia baru masuk Islam 10 bulan lalu,berbangsa CIna dan lahir pada tahun 89…detail kan, tapi tak cakap pula agama asal…hehe. Namanya aku rahsiakan.

Yang menariknya dia masuk Islam setelah menonton video The Arrival, Subhanallah! Hebat juga pengaruh The Arrival..bergembiralah mereka yang buat video tu, moga Allah membalas jasa mereka dalam menyatakan kebenaran. Lalu dia cakap dalam video The Arrival tu ada juga yang tak betul dan dia tak bersetuju dengan Sheikh Imran Hossein yang katanya ada meramal tarikh kiamat berlaku…aku pun tak ingat ada ke tak seperti yang didakwa, dah lama aku tengok video tu. Imran Hossein itu Sufi, dia sesat, kita tak boleh ambil pandangan dia.

Astaghfirullah ! panas hatiku mendengar kata-kata muallaf ini, aku paling pantang dengar orang menuduh seseorang sesat tanpa penyelidikan teliti. Main hentam je…sedangkan Sheikh Imran Hossein yang aku kenal tidak begitu, beliau pernah berceramah di Kelantan. Adakah kerana beliau bersetuju dan merupakan orang yang mengamal ilmu tasawuf maka beliau layak mendapat title sesat?

Aku masih ingat kata-kata muallaf tu pada aku..

“ Sheikh Imran Hosein is a Sufi, he is deviator!”

Langsung tak heran bila dia aku sedar kata kuncinya adalah “sufi”. Lagipun gerai tersebut hanya menjual tulisan ulama’-ulama’ salafi yang aku hormati dan minati. Tapi amatlah salah bila menghukum sufi itu sesat.

Aku cakap kat dia,…

For me, my opinion is we must respect the other’s opinion because they also have dalil. Respect for who they are.

Dia setuju dengan pndapat aku tapi…

Yes, u’re right but we know that they are deviate from the true path of Islam, we respect them but we must bring them to the light of Islam.

Yep, aku juga setuju dengan dia. Tapi bagaimana kamu bleh cakap kamu hormat kat orang tu sedangkan dalam masa yang sama kamu cakap dia sesat?  Aku amat setuju kalau kita tahu seseorang itu terpesong maka kita harus membimbingnya ke jalan yang benar. Tapi macam mana kamu tahu sufi itu sesat? Dah semak ke dalil-dalil dan pendapat mereka?

 Sedar yang perbualan kami ini akan menjadi lebih hangat, aku hanya mengangguk aje tanda tak setuju dengan pendapat dia. Malas nak berbahas, sedangkan ada abang sorang lagi yang jaga gerai tu duk dengar perbualan kami. Aku terus ambil buku yang aku nak..Islam and Management karya Dr Naceur Jabnoun untuk bayar. Abang yang dari tadi curi dengar perbualan kami memanggil muallaf tu cam bagi teguran je kat anak buah dia. Aku minta emel budak tu untuk dihubungi dengan harapan kami akan terus berkawan.

Jauh disudut hati, aku sedih dan kecewa kerana seorang muallaf yang baru memeluk Islam 10 bulan sudah diajar menghukum orang lain sesat dan sudah ditanam bibit-bibit permusuhan sesama Islam. Siapalah yang ajar dia..kalau nak bimbing muallaf pun terangkan lah apa yang patut dan apa yang benar berdasarkan ilmu korang, tak kira la kamu wahabi ke, salafi ke, sufi ke…asal jangan sesekali kamu tanam minda dogmatic yang hanya kamu betul dan orang lain salah.

Aku langsung tak marah pada muallaf tersebut tapi teramat geram pada orang yang membimbingnya menjadi begitu. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita semua. Selepas bayar buku, abang aku dating, dalam perjalanan abang aku cakap syarikat tu memang terkenal publish buku-buku salafi, budak-budak UIA memang biasa dengan nama syarikat penerbitan tersebut.

*****

Sini aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan respect, mengikut Tariq Ramadan:

I respect your believe, meaning that I’m not only acknowledge that you’re here, but for me to try to understand from where u think. No respect without knowledge.

Pada pendapat aku, zaman yang penuh mehnah ini kita Umat Islam sepatutnya lebih focus kepada masalah asas dan bagaimana untuk menyatukan umat Islam. Asalkan Islam, maka kita satu keluarga tanpa mengira mazhab, aliran pemikiran, bangsa dan sebagainya. Kesatuan Ummah pada zaman ini begitu kritikal untuk diremehkan, ia sepatutnya menjadi matlamat utama.

Bagi aku, pluralism perlu didalam agama. Menerima kepelbagaian pendapat dan pemahaman dalam mentafsirkan Quran dan Sunnah sebagai satu rahmat. Sekali lagi aku tegaskan pluralism dalam agama bukan antara agama.

Diversity cannot be denied, and it mainly operates on two level. First, there is diversity of reading and interpretations, which accounts for the different traditions, trends, and legal schools. This diversity has always existed and, depending on the differences, it has always been more or less accepted (sometimes with difficulty, particularly between Sunni and Shi’a) by scholars and ordinary Muslims. – taken from What I Believe by Tariq Ramadan

 Dan berkenaan sufi dan salafi dan sebagainya, aku nukilkan disini tulisan M. Fethullah Gulen, seorang reformis dan ulama’ terkemuka di Turki masa kini di dalam bukunya The Emerald Hills of Heart [Volume1] :

The two aspects of the same truth – the commandments of the Sharia and Sufism – have sometimes been presented as mutually exclusive. This is quite unfortunate, as Sufism is nothing more than the spirit of the Sharia, which is made up of austerity, self-control and criticism, and the continuous struggle to resist the temptations of Satan and the evil-commanding self in order to fulfill religious obligations.

……both sufis and scholars (jurisprudence) sought to reach God by observing the Divine obligations and prohibitions. Nevertheless, some extremist attitudes-occasionally observed on both sides- caused disagreements.

Rasanya cukuplah luahan utk kali ini…hehe..bagi siapa yang sependapat dengan aku maka aku berlapang dada, jika yang tidak setuju maka bagiku ini jalanku. Yang penting berlaku adillah dalam memberi pandangan dan berhati-hatilah dalam menghukum seseorang. Setiap kali aku tekankan, pandangan dan pendapat seseorang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tahap keilmuan. tak mustahil aku mengubah pandanganku dimasa-masa hadapan. Akhir kalam, renungilah ayat Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8)

dan satu lagi firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; …” [al-Hujurat:11]

Bahasa Arab Bahasa Yang Menyatukan Muslim

Entri ke -100. Artikel ni diambil dari badaronline.com sebagai simpanan saya. Kalau tak copy & paste kan disini mungkin dah tak ingat nak baca lain kali. Sama-sama kita berkongsi ilmu. Keseluruhannya mudah difahami oleh mereka yg berbahasa malaysia. Credit must be given to my best friend, Bro.Khalifah Ali, who had shared this article with me.

___________________________________________________________________________________________

Dalam satu kesempatan, penulis berbincang-bincang dengan salah satu pensyarah dari Universitas Cairo, Mesir. Saat itu, beliau akan mengisi seminar internasional tentang kebudayaan Arab di negara kita. Saat itu, penulis memang beliau undang untuk hadir dalam acara tersebut. Ada hal unik di tengah perbincangan hangat itu. Beliau menyampaikan bahwa selayaknya bahasa amiyah (pasaran) Mesir menjadi bahasa Arab yang digunakan secara resmi di dunia Arab. Ketika penulis tanyakan, “Mengapa harus demikian? Bukankah tiap-tiap negara Arab memiliki bahasa amiyahnya masing-masing?” Beliau menjawab, “Lho, bukankah kami (Mesir) punya Lembaga Bahasa Arab Internasional?[1] Mungkin saja itu terjadi.” Penulis balik bertanya, “Lalu, bagaimana  dengan Al-Qur’an? Bukankah Al-Qur’an turun dalam bahasa Arab fushah? Jika bahasa Arab Amiyah Mesir dijadikan standard bahasa Arab, apa jadinya nanti?”

Begitulah kira-kira isi perbincangan kami. Dengan pertanyaan penulis yang terakhir ini, pensyarah itu pun gugup dan tidak bisa berkata apa-apa lagi.

Pembaca mulia, meninggalkan bahasa Arab fushah (fasih / resmi) merupakan suatu musibah bagi kaum  muslimin. Bagaimana kaum muslimin yang tersebar di berbagai penjuru dunia bisa bersatu  jika mereka enggan mempelajari dan menggunakan bahasa pemersatu  mereka, bahasa Arab? Yang lebih berbahaya dari itu adalah jika bahasa fushah ditinggalkan, akan berakibat pada semakin jauhnya kaum muslimin dari pemahaman Islam yang benar. Mengapa bisa demikian? Ini karena bahasa syariat Islam adalah bahasa Arab. Al-Qur’an, hadits, dan  kitab-kitab para ulama besar ditulis dengan bahasa Arab. Lalu, bagaimana mungkin kita bisa memahami Islam jika kita tidak paham bahasa Arab? Tidakkah kita ingat bahwa sebab disusunnya ilmu kaidah tata bahasa Arab (oleh Abul Aswad Ad-Duali atas perintah Ali bin Abi Thalib) bermula dari kesalahan lisan orang Arab dalam menuturkan bahasa fushah?[2]

Benarlah Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang berkata,  “Tanda keimanan orang non Arab adalah cintanya terhadap bahasa arab.” (via Ibnu Taimiyyah, Iqtidha’Shiratahal Mustaqiem).

Coba perhatikan dengan seksama, betapa cerdasnya Imam Ahmad. Bagaimana mungkin kita mengaku cinta Islam, jika kita tidak mempelajari ilmu-ilmu Islam. Lalu, bagaimana mungkin kita bisa mempelajari ilmu-ilmu Islam, jika bahasa agama Islam saja tidak kita kuasai.  Maka, janganlah heran jika saat ini banyak dijumpai aliran-aliran sesat dan pemikiran-pemikiran menyimpang. Salah satu penyebabnya adalah banyaknya da’i, ustadz, Kyai, cendekiawan muslim, murabbi, atau sekadar pelajar kampus yang berbicara Islam, tetapi ia sendiri buta bahasa Arab. Kondisi ini, persis seperti yang disinggung oleh Imam Asy-Syafi’i rahimahullah. Beliau berkata,

“Manusia menjadi buta agama, bodoh dan selalu berselisih paham lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konnsep Aristoteles. (via Adz-Dzahabi , Siyaru A’lamin Nubala, 10/74).

Kasus di atas juga mengingatkan penulis pada kondisi yang terjadi di Khurasan zaman dulu. Kondisi ini diceritakan Ibnu Taimiyyah dalam kitab beliau Iqtidha’ Shirathil Mustaqim. Dulu, Khurasan adalah wilayah yang berbahasa Persia. Ketika kaum muslimin generasi awal datang ke tempat tersebut, mereka membiasakan bahasa Arab pada penduduk Khurasan sehingga penduduk di seluruh wilayah baik yang sudah muslim maupun kafir menjadi penutur bahasa Arab.  Namun, lambat laun penduduk Khurasan semakin lama semakin menyepelekan bahasa Arab dan membiasakan kembali bahasa nenek moyang mereka, bahasa Persia. Akhirnya penduduk tersebut berbahasa Persia kembali.”

Hal di atas mirip dengan di tanah air kita. Negara kita adalah negara berpopulasi muslim terbesar di dunia. Namun, lihatlah, betapa banyak orang-orang tua lebih bangga jika anaknya menguasai bahasa Inggris, Jepang, Jerman, Perancis, atau Mandarin daripada bahasa Arab. Tidak tanggung-tanggung, orang tua rela mengeluarkan dana yang tidak sedikit agar anaknya menguasai bahasa asing. Bahkan, banyak orang tua memberi dukungan penuh apabila anaknya kuliah di negara-negara kafir dengan standar pengajaran bahasa Inggris.

Memang, belajar bahasa asing bukanlah hal yang terlarang, bahkan bisa bernilai ibadah jika bahasa asing tersebut digunakan untuk dakwah Islam dan hal yang bermanfaat. Kita tentu tidak lupa bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memerintah Zaid bin Tsabit untuk mempelajari bahasa Suryani (lih. Riwayat Ahmad: 182/5). Nabi juga pernah memerintah Zaid bin Tsabit tuntuk mempelajari bahasa Yahudi. (lih. Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Hakim). Namun, sebelum kita ikut-ikutan Zaid bin Tsabit mempelajari bahasa asing, sudahkah kita menguasai bahasa agama kita, bahasa Arab? Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Dibenci seseorang berbicara dengan bahasa selain bahasa Arab karena bahasa Arab merupakan syiar Islam dan kaum muslimin. Bahasa merupakan syiar terbesar umat-umat, karenadengan bahasa dapat diketahui ciri khas masing-masing umat.” (Iqtidho` Shirotil Mustaqim).

Maka, seharusnya bagi kita senantiasa mencamkan dengan baik bahwa bahasa Arab telah Allah pilih sebagai bahasa Al-Qur’an yang turun sebagai petunjuk bagi semua manusia.  Ingatlah bawah Allah ta’ala berfirman yang artinya,

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (Q.S. Yusuf: 02).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,

Oleh karena itumemahami bahasa Arab merupakan bagian dari agama. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Allah dan menegakkan syi’ar-syi’ar agama ini, serta memudahkan dalam mencontoh generasi awal dari kaum Muhajirin dan Anshar dalam keseluruhan perkara mereka. (Iqtidho` Shirotil Mustaqim).

Di Mana Rasa Malu Kita?

Coba perhatikan, sebagian penjajah dari bangsa asing, mengajarkan bahasa mereka kepada penduduk lokal. Sekarang, kita bisa lihat hasilnya.Penduduk di negara-negara bekas jajahan Perancis dapat berkomunikasi dengan bahasa Perancis, meskipun itu adalah negara muslim Arab, seperti Al-Jazair di Afrika Utara. Penduduk di negara bekas jajahan Spanyol di Amerika Selatan, seperti Argentina, Venezuela, Peru, Bolivia dan sekitarnya juga fasih berbahasa Spanyol. Belum lagi Inggris yang memiliki daerah bekas jajahan yang luas sehingga bahasa Inggris menjadi bahasa internasional. Mereka adalah para penjajah yang memiliki perhatian bahasa sehingga pengaruhnya masih terasa sampai sekarang. Kemudian, bandingkan pula dengan negara kecil, yaitu Jepang. Dengan fanatisme bahasa Jepang yang demikian tinggi, dan tidak menjadikan bahasa Inggris sebagai prioritas bagi penduduk Jepang, ditambah semangat ekspansi industri dan teknologi yang besar, mereka mampu berpengaruh dalam teknologi, industri, dan perekonomian dunia.

Nah, baru-baru ini dalam laporan studi demografi, disebutkan bahwa perkiraan jumlah populasi muslim di dunia adalah 1,57 milyar dengan perkiraan sebaran 60% di Asia, 20% di Timur Tengah, dan 20% sisanya di Afrika[3]. Namun, berapa banyak dari jumlah tersebut yang berkomunikasi dengan bahasa Arab? Tidak sadarkah kita, dengan fakta di atas bahwa bangsa-bangsa kafir menguasai dunia bermula dari kebanggaan mereka dengan bahasa mereka? Bagaimana kita bisa maju di tengah peradaban dunia jika kita tidak bisa menunjukkan identitas, jati diri, dan syiar bahasa pemersatu kita? Bagaimana kita bisa saling berkomunikasi dan bahu membahu bekerja sama satu sama lain dengan sesama saudara muslim yang tersebar di Arab, Afrika, Eropa, dan Amerika jika kita tidak menguasai bahasa Arab? Apakah kita akan berkomunikasi dengan sesama muslim di negara lain terus menerus dengan bahasa Inggris? Di mana rasa malu kita?

Abu Muhammad Al-‘Ashri

www.al-ashree.com )


[1] Yang beliau maksud adalah Al-Majma’ Al-Lughah Al-Arabiyyah, Academy of the Arabic Language in Cairo.

[2] Lihat dalam Al-Qawaa’idul Asaasiyah lil Lughotil Arobiyah, Al-Hasyimi, bagian muqaddimah.

[3] “Mapping the Global Muslim Population”. PewForum.org The report, by the Pew Forum on Religion and Public Life, took three years to compile, with census data from 232 countries and terrotories. Retrieved 2009-11-08.

I’m Your Hope

Sami Yusuf always inspiring me to be a better person. His song full of zeal & spirits that can help people in various condition, motivate me always.

Last month, new single of Sami Yusuf “I’m Your Hope” released by ETM International on youtube. Although its music, maybe, not so good but it’s lyric was very fascinating me. This song is dedicated to the current crisis in the Arab’s world, where youth play a major significant role to reform their country. Youth are the future for every countries in this world, and as youth, we need to do change for a better world. There’s nothing you can’t change, but the change must be start from your inner self; your spirit.The lyric also give message to the elders to appreciate and comprehend their youth lives.

One other thing that I observed from the past & current video of Sami yusuf, he always try to make his message become universal, cut cross all the borders between people in this world like races, country and faith. This is something good for unity towards a pluralistic societies. Our nashid industry (in Malaysia) also should adopt this style of delivering message to the world not only focus on our own community.

Let’s enjoy this beautiful song & video…

I Am Your Hope

You are the hope for our globe

Don’t give up nor despair
There’s nothing you can’t repair

You can change this world to a better world
With your souls, with your souls

Do not harm me, I am your truth
Do not kill me, for I’m your youth

I am your hope, I am your truth
I’m your faith, I’m your youth

Bil-qawli wal amal, Antumul amal
(With words and action, You are the hope)

Salimhum Ya Rabb, Salimhum Ya Rabb
(Grant them peace Oh Lord, grant them peace Oh Lord)

Bil-ilmi wal-qalam, Yudfa’u al-Alam
(Through knowledge and the might of the pen, Pain will be pushed aside)

La tansani ana dhamiruk, La tu’zini ana shababuk
(Don’t forget me for I’m your conscience, Don’t harm me I’m your youth)

Composed and produced by Sami Yusuf
Lyrics by Dr. Walid A. Fitaihi

Download the song for Free by visiting: http://www.samiyusufofficial.com

Gereja Dimartabatkan, Masjid Al-Aqsa pula ?

ketika mana Masjid Al-Aqsa diambang keruntuhan dibawah tangan-tangan jijik zionis…

tiba-tiba, tapak gereja lama dinaik taraf sebagai tarikan pelancong di sebuah negara umat Islam, bahkan amat hampir dengan tanah suci Makkah dan Madinah.

di mana?

Pulau Sir Bani Yas, Abu Dhabi, UAE.[ rujuk sini ]

sebahagian dari struktur asas gereja lama di Pulau Sir Bani Yas

aku tidak membantah jika ingin jadikan tapak arkeologi gereja lama sebagai tarikan pelancong, tapi apa signifikannya ? apatah lagi ianya terletak di jazirah Arab.

untuk keuntungan ekonomi negara?  yup, jawapan itu munasabah.

Namun bagi negara yang terletak di semenanjung arab (jazirah arab), secara peribadi aku berpendapat tindakan kerajaan Abu Dhabi satu tindakan yang salah.

Ahli arkeologi yang cuba merungkai kembali tapak tersebut adalah orang Kristian Dr. Joseph Elders dan projek tersebut pula mendapat sokongan secara tak langsung dari Badan Gereja di England dan disokong secara langsung oleh kerajaan UAE sendiri. Untuk lebih lanjut berkenaan projek ini sila rujuk sini.

tapak gereja lama pra-Islam yang ditemui pada tahun 1992

Aku bukanlah ingin prejudis dan sangka buruk terhadap orang Kristian, tapi cuba fikir apa motif mereka berusaha untuk mengorek tapak gereja dan pamerkan pada umum?

Bagi aku, itu satu usaha mendakwahkan Kristian pada masyarakat umum yang majority Muslim. Secara general, mereka didedahkan Kristian sebagai agama yang lebih dahulu bertapak di situ sebelum Islam. Apa kaitannya..cuba fikir sendiri.

Bahkan di UAE sendiri, orang Kristian diberikan tanah oleh kerabat diraja untuk membina gereja walaupun undang-undang negara memang  mengawal ketat  perkembangan agama selain Islam. sebagai contoh di Jabal Ali yang dibina pada 2001. Apa ke bengapnya raja arab ni siap bagi sedekah tanah untuk bina gereja.

Kita faham penduduk UAE, 80% adalah foreigner namun daripada jumlah tersebut 55% adalah Muslim, dan Kristian adalah antara minority paling rendah dengan 10% daripada 80% foreigner. Tapi Kristian dilayan sebegitu ‘baik’ oleh pihak berkuasa, kenapa? Jika nak dikatakan caring akan kebebasan beragama, bagaimana dengan agama Hindu yang merupakan agama minority yang paling besar di UAE dibandingkan dengan Kristian. [ sila rujuk sini ]

Bagaimana dengan pesanan Rasulullah didalam satu hadis yang sahih lagi jelas ?

لا يجتمع دينان في جزيرة العرب

Tidak boleh dikumpulkan dua agama di semenanjung Arab [riwayat Imam Malik dll,juga didalam Shohihain]

Orang kafir dibenarkan memasuki dan tinggal di semenanjung arab (jazirah arab) jika untuk tujuan bekerja, diplomatik dan business. Tapi mereka diharamkan daripada menjadikan jazirah arab sebagai tempat menetap untuk selamanya serta memiliki hartanah di jazirah Arab. sila lihat fatwa oleh Shaykh Abd Aziz Bin Muhammad Alu Shaykh (mufti Saudi Arabia) , Shaykh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan dan ulama’-ulama’ lain di sini.

Aku pun tak faham dengan perangai orang Arab yang sekarang ni jahil dalam kemodenan jahiliah. Mereka terlalu mengagung-agungkan kemajuan Barat, terutama Amerika dan Britain. Lihat saja kehidupan masyarakat Arab yang langsung tidak mencerminkan budaya Arab apatah lagi sebagai Muslim, jauh sekali. huhu.. Bak kata pepatah melayu, Menang Sorak Kampung Tergadai, nampaknya itulah nasib yang bakal menimpa pak-pak Arab yang bodoh.

sama-samalah kita fikirkan nasib yang menimpa umat Islam hari ini..

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah berkata :

Kami dahulunya adalah bangsa yang hina namun Islamlah yang telah menjadikan kami bangsa yang mulia dan terhormat.

 

Tahun Baru Hijriyah, Perspektif Astronomi

Tahun Baru Hijriyah, Perspektif Astronomi Hari ini, Senin 06 Desember 2010 bertepatan dengan tanggal 29 Dzul-Hijjah 1431 H. Sore ini Hilal bisa dipastikan terlihat di seluruh penjuru Indonesia dan seantero jagat, karena ketinggian sudah di atas limit Danjon. Sehingga bisa dipastikan pula bahwa besok adalah masuk tanggal 1 bulan Muharram 1432 H. Besok adalah tanggal 1 bulan 1 tahun 1432 H. … Read More

via Pak AR guru Fisika

Takabbur Dengan Ilmu

Artikel sangat pendek untuk dibaca…

Pada zaman sekarang, zaman dimana ilmu pengetahuan boleh dicapai dengan mudah melalui teknologi. Hanya dengan search pada internet anda akan dapat hampir semua jawapan kepada persoalan yang  anda timbulkan. Begitu mudahnya untuk mempelajari sesuatu ilmu pada era teknologi. Namun adakah ianya menjadikan seseorang itu benar-benar berilmu? Persoalan itu harus dikembalikan kepada diri individu.

Fenomena menuntut ilmu melalui internet sememangnya mempunyai kesan positif dan negative, pro dan kontra. Jika anda menuntut ilmu secara formal melalui internet seperti e-learning dan sebagainya, maka insya Allah anda terjamin berada dijalan yang betul. Namun, majoritinya menjadikan internet sebagai bahan rujukan terutamanya dalam hal yang diluar bidang mereka, setuju ?

Adakah perbuatan begitu salah? Tidak. Tapi harus kita fahami tidak semua ilmu membolehkan kita memahaminya dengan betul hanya berpandukan maklumat-maklumat yang bertebaran dalam internet. Apatah lagi jika ilmu itu berkaitan dengan Islam, agama yang dijadikan panduan hidup. Natijah menuntut ilmu dari guru yang bernama Shaykh Google pada hari ini menunjukkan ramai yang menjadi taksub terhadap shaykh tersebut.

Hadis-hadis dan dalil-dalil dicari sendiri tanpa memahami maksud sebenar dan konteks ayat dan hadis tersebut, tanpa penerangan dari mereka yang ahli dalam agama. Hasilnya, ayat ‘aku betul, kamu salah’ disematkan kedalam minda mereka secara sedar mahupun tidak. Mereka menyangka diri mereka sudah beramal dengan Sunnah yang betul, kerana mereka telah ‘mempelajari’ hadis dan ayat berkaitan.  Sangkaan yang sebegini amatlah merbahaya apatah lagi jika individu tersebut tidak menyedarinya.

Aku betul, kamu salah merupakan statement yang keluar dari hati yang rosak dan angkuh.  Angkuh dengan ilmu yang ada, bahkan merasa dirinya sudah mengetahui ilmu secara mendalam dan meluas. Juga merasa tercabar dengan tahap ilmu yang lebih tinggi dimiliki orang lain.

Bagaimana mencegah atau merawat  ego @ takabbur ini?

Apakata kita berinteraksi dengan ayat-ayat Allah.

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. [an-Nahl:78]

Kita dilahirkan sebagai makhluk yang kosong dan jahil tentang semua ilmu. Lalu dengan pancaindera anugerah Allah lah kita mampu secara berperingkat-peringkat menguasai ilmu. Bahkan kemampuan kita untuk bertutur itu adalah ilmu, kemampuan kita untuk mengeluarkan pendapat juga adalah dengan ilmu hasil dari penggunaan pendengaran, penglihatan dan penghayatan (hati).

Cuba kita fikirkan, bagaimana satu patah perkataan mampu diucapkan oleh kita? Proses ini sebenarnya begitu rumit dan kompleks serta melibatkan banyak anggota,organ dan mekanisma dalam dalam tubuh kita. Bermula dari hati yang menentukan keinginan kita, otak dan akal yang memproses keinginan kepada mekanism organ-organ berkaitan untuk diterjemahkan sebagai satu perkataan. Proses ini melibatkan begitu banyak komponen termasuklah hati, halqum, telinga dan sebagainya. Anda yang berada dalam dunia perubatan lebih ‘arif tentang proses ini. Adakah dengan anugerah yang sebegitu kita masih ingin berbangga dengan kepetahan hujah, kebernasan pendapat dan kecerdikan pemikiran yang kita miliki?

tundukkan keangkuhan anda dalam berilmu

Marilah kita cuba rungkaikan kisah-kisah teladan yang diajarkan oleh Allah kepada kita.

Ketika mana Allah ingin menciptakan manusia sebagai khalifah dimuka bumi, Malaikat mempersoalkan tindakan tersebut kerana mereka mengetahui bahawa manusia ini akan menumpahkan darah dan membuat kerosakan di bumi, [al-Baqarah:30]. Sikap malaikat yang merasakan diri mereka mengetahui kesan dan akibat dari penciptaan manusia ini ditempelak oleh firman Allah :

إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Setelah Nabi Adam a.s diciptakan, Allah mengajar baginda dengan segala jenis nama-nama (ilmu)  dan kegunaannya. Lalu Allah kemudiannya berfirman kepada Malaikat,: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Apakah jawapan malaikat ?

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Para Malaikat menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” [al-Baqarah:32]

Jawapan Malaikat itu menunjukkan mereka akhirnya akur bahawa hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu dan mereka tidak mengetahui (tidak mempunyai ilmu) melainkan apa yang diajarkan oleh Allah.

Bahkan Allah terus merendahkan lagi keegoan malaikat yang merasa diri mereka mengetahui itu dengan ayat berikutnya:

قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. [al-Baqarah:33]

Lihatlah bagaimana Allah merendahkan sikap ego malaikat tersebut untuk menyedarkan mereka. Lalu Malaikat sembah sujud kepada Adam (a.s) sebagai tanda akur mereka terhadap tahap ilmu mereka yang rendah, melainkan Iblis yang tetap angkuh dan sombong. Allah ingin mengajarkan kepada kita supaya tidak angkuh dan berbangga dengan ilmu yang ada, kerana semuanya adalah milik-Nya. Jika kita tetap ingin berbangga dengan kelebihan ilmu yang kita miliki maka tiada bezanya kita dengan Iblis yang dilaknat.

Dalam ayat yang lain Allah juga mengajarkan kepada kita supaya tidak takabbur dengan ilmu yang ada pada kita melalui kisah Nabi Musa (a.s) Sebagaimana kisah yang didapati dari hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (r.a) :

Aku pernah mendengar Ubay bin Kaab رضي الله عنه  berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda:

Musa عليه السلام pernah berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israel.

Dia (Musa) lalu ditanya: Siapakah manusia yang paling berilmu? Dia menjawab: Akulah orang yang paling berilmu.

Allah lantas menegurnya kerana dia tidak mengembalikan ilmu kepada Allah. Allah lalu memberi wahyu kepadanya bahwa salah seorang hamba-Ku yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.

~ [Hadis Riwayat Muslim]

Jika kita fikirkan, memang selayaknya bagi seorang Nabi untuk berkata begitu. Namun, sikap Nabi Musa itu menjurus kepada takabbur akan ilmu yang dimilikinya lantas Allah menegurnya. Bagaimana Allah menjadikan Nabi Musa yang ego akan ilmu yang dimilikinya itu kepada seorang yang tunduk dan akur bahawa dirinya masih banyak kekurangan ilmu?

Melalui orang yang lebih mengetahui dari diri Nabi Musa, iaitu Nabi Khaidir a.s. Kisah perjalanan Nabi Musa untuk menuntut ilmu setelah disedarkan oleh Allah ini direkodkan dalam surah al-Kahfi.

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami [al-Kahfi:65]

Kisah perjalanan Nabi Musa untuk menuntut ilmu dari Nabi Khaidir ini dikisahkan dalam Surah al-Kahfi dari ayat 60 -82. Apabila bertemu dengan orang yang dimaksudkan (seperti dalm hadis di atas) iaitu Nabi Khidr (a.s), Nabi Musa meminta izin untuk mengikuti Nabi Khidr dan menuntut ilmu darinya. Sepanjang perjalanan mereka itu, pelbagai perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh Nabi Khidr (a.s) sehingga Nabi Musa mempersoalkan tindakannya itu. Walaupun Nabi Musa telah terlebih dahulu diberi amaran supaya tidak bertanya. Akhirnya apa kata Nabi Khidr kepada Nabi Musa ?

قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا

Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. [al-Kahfi:78]

Ini menunjukkan tahap ilmu yang dimiliki Nabi Khidr sangat tinggi sehingga tidak mampu difahami oleh seorang nabi. Nabi Khidr kemudiannya memberi penjelasan satu persatu tentang apa yang telah dilakukan olehnya. Apa yang kita peroleh dari kisah dalam ayat-ayat tersebut? Apakah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita ?

Sebenarnya kisah Nabi Musa dan Nabi Khidr mempunyai persamaan dengan Kisah Allah dan Malaikat dalam penciptaan Adam. Allah ingin merendahkan sifat ‘superiority complex’ atau ego dalam diri Nabi Musa ketahap dimana Nabi Musa terpaksa akur bahawa ilmu yang dimilikinya amat terbatas. Atau jika boleh dikatakan, Allah ingin menurunkan darjat keilmuan Nabi Musa dibawah Nabi Khidr.

Begitulah Allah mengajar kita sebagai hamba dan khalifahnya di bumi ini supaya tidak takabbur dengan diri kita, bukan sahaja dalam bab keilmuan bahkan dalam setiap aspek kehidupan kita. Kerana setiap ilmu itu datangnya dari Allah dan Dialah berkuasa mutlak ke atas diri kita, tiada sesuatupun yang kita miliki melainkan milik Allah. Bagi setiap yang berilmu ada lagi orang yang lebih berilmu dan lebih tinggi tahap keilmuannya.

Kita hendaklah zuhud dalam berilmu

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 76:

نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.

Begitulah ajaran al-Quran yang indah dan sempurna. Ayat itu sudah cukup menjadi pedoman bagi kita supaya tidak bongkak dan berbangga dengan ilmu yang ada. Zuhud dalam berilmu.

Namun begitu, ini tidak bermakna kita langsung tidak boleh melontarkan pandangan dan pendapat kita. Cuma jika pendapat orang lain tidak sama atau tidak sehaluan dengan kita janganlah kita lekas menuduh pendapat mereka tidak betul. Sekalipun kita yakin dengan kebenaran ilmu kita, kita tiada hak untuk mengatakan pandangan orang lain itu salah.

Berlapang dada lah dalam menuntut ilmu, yang penting kita harus mempunyai pendirian yang tegas tapi boleh menerima perubahan jika perlu. Kalimah yang sepatutnya disematkan dalam minda kita ialah ” Mungkin kamu betul dan aku salah, atau mungkin aku betul kamu salah”

Ilmu itu cahaya, kenapa harus kita jadikannya lubuk neraka

 

Mujahid Nuruddin

Jumaat, 26 Zulhijjah 1431

Kelantan.

Umar Abdul Aziz dan Hairstyle

Entah kenapa hari ni rasa nak tulis pasal rambut. tetiba je idea tu datang dan aku mesti kongsi sesuatu dalam blog ni.

Rambut…

Walaupun panjang tapi masih acceptable jika anda nampak handsome

Aku melihat lelaki sekarang suka bergaya dengan rambut mereka, macam aku lain la sebab aku jenis yang tak kisah sangat dengan penampilan rambut aku. Janji kemas, bersih dan pendek, kira ok la.

macam-macam style potongan rambut yang dibuat oleh lelaki sekarang, tak kira la kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua semuanya ada haircut style masing-masing. Dalam satu famili tu, dari anak seusia 2 tahun hingga bapa yang berumur 40 tahun semuanya gaya trojan..haha..realiti2. Tapi boleh dikatakan kebanyakannya berpandukan style rambut artis / selebriti pujaan masing-masing.  Kalau dulu pergi kedai gunting rambut cakap je nak potong nombor berapa, atau hanya sebut potong pendek/biasa..haha.

ramai kawan aku punya style rambut macam ni..hehe

Maklumlah sekarang ni dunia dah maju zaman dah berubah, istilah yang lebih ‘moden’ digunakan untuk mendapatkan style rambut idaman dari gaya mohawk, spiky, layer, afro, bowl cut, trojan, style korea, taiwan, botak dan macam-macam lagi. Ramai juga yang suka menyimpan rambut mereka supaya panjang juga untuk mendapatkan hairstyle yang diidamkan. Rambut nabi pun panjang (ayat yang biasa kita dengar)

Namun, semuanya itu tiada salahnya disisi Islam malah jika gaya rambut itu sesuai dengan peribadi anda seorang Muslim dan juga sesuai dengan personaliti anda maka itu amat digalakkan. Kerana Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa kelihatan kemas, bersih, stylo dan handsome. Itulah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, rasul teladan yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak insani.

Bagaimana rambut Rasulullah ?

Jom kita semak hadis pasal rambut…

Qatadah (r.a) bertanya kepada Anas (r.a), ” Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah S.A.W ?” Lalu Anas (r.a) menjawab :

لم يكن بالجعد ولا بالسبط ، كان يبلغ شعره شحمة أذنيه

” Rambut Rasulullah S.A.W tidak kerinting dan tidak juga lurus, sementara panjang rambutnya mencecah bahagian bawah daun telinganya” – [riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa’ie dan Ahmad]

Ada juga dalam hadis yang lain menyebut bahawa rambut Rasulullah mencecah separuh telinga baginda. Dari hadis tahulah kita bahawa rambut Rasulullah sederhana panjangnya. Rasulullah juga suka memperbanyak minyak rambut  (hair gel) dan menyikatnya. Dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah seorang yang sukakan kekemasan, dan baginda sememangnya seorang lelaki yang handsome, complete package.

Panjang rambut yang mencecah telinga dan tidak melepasi paras bahu adalah perwatakan Rasulullah. Tapi kalau panjang sama macam rambut perempuan siap boleh disanggul lagi, tu bukan lagi ikut nabi. Tapi kebanyakan orang yang begitulah yang kerap menyalah tafsirkan hadis nabi. Namun terpulanglah kepada diri masing-masing kerana tiada galakan dari Rasulullah untuk memanjangkan rambut seperti galakan untuk menyimpan janggut. Bahkan terdapat hadis yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya, hati-hati dalam menyimpan rambut panjang.

Apapun, Rasulullah telah berpesan supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam merapikan rambut. Sungguh pesanan itu sangat relevan dengan lelaki pada zaman sekarang. Lelaki sekarang kalau sikat rambut tu boleh sampai setengah jam, mula sapu gel rambut, pastikan rambut betul-betul terpacak (still standing) , spray dengan hair spray lagi nak kasi betul-betul berduri..haha (bagi yang suka spiky le) memang tak mustahil kalau setengah jam depan cermin.

Jika kekemasan rambut itu hingga melalaikan atau melambatkan kita untuk urusan yang penting seperti solat dan ibadah lain, maka pada tahap itu saya nasihatkan anda supaya botakkan saja kepala anda..haha. Tiada gunanya kelihatan kemas dan handsome didepan manusia sedangkan jijik pada pandangan Allah. Tapi kalau anda dapat kedua-duanya maka itulah yang paling baik dan saya pasti ramai yang mampu mencapai kedua-duanya…kekemasan dan punctual untuk solat.

Pesanan ikhlas ini bukan main-main, ada kisah benar yang boleh diambil teladan.

Khalifah Umar Abdul Aziz dan Rambutnya**

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz (rahimahullah) memang terkenal dengan personalitinya yang kemas, handsome dan bergaya terutama ketika remaja. Beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz untuk menuntut ilmu agama dengan seorang ulama’ di Madinah yang bernama Soleh Bin Kisan. Kepada ulama’ ini ayahnya amanahkan supaya menjaga anaknya dengan penuh perhatian.

Semasa Umar dalam proses menuntut ilmu itu beliau menyimpan rambut yang panjang. Beliau selalu menyikat rambutnya dengan rapi dan memang beliau seorang jejaka yang stylo. Namun, rambut beliau yang panjang itu menyebabkannya mengambil masa yang lama untuk mempersiap diri untuk kemana-mana. Ini menjejaskan pergerakan beliau termasuklah untuk menghadiri kelas pengajiannya dan beliau sering lewat sampai ke majlis ilmu.

Pada suatu hari, Umar terlewat menghadiri solat berjamaah dan kelewatannya ini disedari oleh gurunya Soleh. Lantas Soleh segera memanggil beliau untuk bertanya kenapa beliau lambat untuk solat jamaah.

“Mengapa kamu lambat wahai Umar?” tanya Soleh dengan nada yang keras dan tegas.

” Maafkan saya sheikh, saya terlewat kerana terlalu asyik menyikat rambut supaya kelihatan kemas.” jawab Umar jujur dalam keadaan kepalanya tertunduk. Soleh berang mendengar jawapan Umar. Dia seraya berkata :”Bukankah berkali-kali aku pesan supaya rambut mu itu tidak menyebabkan kamu melengah-lengahkan solat?”. Umar diam seribu bahasa.

Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, kesilapan Umar itu terus dilaporkan oleh Soleh kepada ayahnya, Abdul Aziz. Setelah menerima laporan itu, Abdul Aziz dengan tegas telah mengarahkan agar rambut anaknya dipotong. Malah, Abdul Aziz telah mengarahkan agar kepala anak lelakinya itu dibotakkan supaya rambut dikepala Umar itu tidak lagi menjadi kekangan bagi Umar.

pendek dan mudah diurus, aku suka ^_^

Umar sebagai remaja yang yang beriman, patuh dan taat pada arahan ayahnya itu walaupun beliau memang dikenali sebagai jejaka stylo. Kerana rambut, beliau terlewat solat jamaah maka beliau sanggup korbankan rambut beliau. Bagaimana dengan kita? rasanya, dengar azan pun buat tak tahu je..siap tidur nyenyak lagi. Renungilah kisah  seorang yang hebat seperti Umar itu yang akhirnya menjadi Khalifah yang terkenal wara’, zuhud dan ‘alim. Pemerintahannya yang singkat lebih diingati umat Islam berbanding khalifah sebelum beliau yang lebih lama memerintah. Tak lain dan tak bukan kerana beliau mengutamakan Allah dan Rasul-Nya.

Akhir kalam, mari kita hayati pesanan Rasulullah pada para sahabat dalam bab rambut ni.

Dari Abdullah Bin Mughaffal (r.a) meriwayatkan:

نهى رسول الله عن التَّرَجُّل إلا غِبًّا

” Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan (melampau), kecuali jarang-jarang” – [ riwayat Tirmidzi, Daud, Nasa’ie dan Ahmad ]

 

Ingatkan nak tulis pendek dan ringkas tapi nampaknya dah terlebih pagar ni… aku memang tak reti nak tulis pendek-pendek.  Apa-apapun moga ianya bermanfaat ke arah kebahagiaan ang hakiki.

** kisah umar itu diambil dari buku Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz

Mencari Reda Allah Dalam Fotografi

Alam ciptaan Allah sungguh indah dan tersusun , cantik, menawan serta kegemerlapannya yang memukau. Begitu juga makhluk-makhluk yang diciptakan untuk melengkapi kesempurnaan alam semesta yang agung. Dengan pemandangan hijau sawah padi dan banjaran gunung, kejernihan air sungai dengan desiran bunyi aliran air diselangi kicauan burung-burung yang pelbagai ,berwarna-warni disahut pula gemersik bunyi geseran sisip serangga pada abdomennya, dicelah pula hilai tawa monyet yang riang bergayut dari satu pohon ke pohon yang lain. Ahh…keindahan ciptaan Allah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, setuju?.

Dari situ timbulnya keinginan manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah untuk mencipta satu alat mekanikal yang dapat memantulkan imej yang dilihat pada gulungan filem…. itulah takrif bagi gadget yang bernama kamera. Namakan saja ia dengan berbagai jenama, Nikon, Olympus, Canon, Kodak, Lumix  dan Sony atau dengan kemampuannya SLR, DSLR, Digital Camera mahupun Video Camera, namun semuanya memiliki fungsi asas yang telah disebutkan.

Tahukah anda asas kepada terhasilnya kamera adalah dari pemikiran saintis Islam, Ibnu al-Haitam.

Sebagai Muslim setiap aktiviti kita sentiasa ada hubungkaitnya dengan Allah, ada penghujungnya samaada syurga atau neraka.  Bila berbincang pasal fotografi, ada positif dan negatifnya, timbul pula persoalan tentang hukum fotografi dan sejauh mana fotografi dibolehkan dan apakah batas fotografi disisi Islam.

Jika kena pada caranya maka fotografi boleh membawa kepada ketaatan pada Allah, sebagaimana firman Allah :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Al—‘Imran:190]

“Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi…” (Yunus: 101)

Dan banyak lagi ayat-ayat Allah seumpama itu. Beruntunglah bagi mereka yang menjadikan ciptaan Allah sebagai inspirasi dalam fotografi mereka dan merenungi penciptaannya.

Hukum Fotografi

Untuk menjawab persoalan ini, rasanya sudah cukup dengan membawa fatwa yang telah dimuatkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (ketua Persatuan Ulama Sedunia) dalam bukunya Al-Halal wal Haram. Berikut apa yang dinyatakan oleh beliau :

Mengenai foto dengan kamera, maka seorang mufti Mesir pada masa lalu, yaitu Al ‘Allamah Syekh Muhammad Bakhit Al Muthi’i – termasuk salah seorang ulama besar dan mufti pada zamannya – didalam risalahnya yang berjudul “Al Jawabul Kaafi fi Ibahaatit Tashwiiril Futughrafi” berpendapat bahwa fotografi itu hukumnya Mubah (Harus). Beliau berpendapat bahwa pada hakikatnya fotografi tidak termasuk kedalam aktiviti mencipta sebagaimana difahami dari hadits dengan kalimat “yakhluqu kakhalqi” (menciptakan seperti ciptaanKu …), tetapi foto itu hanya menahan bayangan. Lebih tepat, fotografi ini diistilahkan dengan “pemantulan,” sebagaimana yang diistilahkan oleh remaja di negara Teluk (arab) yang menamakan fotografer (tukang foto) dengan sebutan al ‘akkas (tukang memantulkan), kerana ia memantulkan bayangan seperti cermin. Aktiviti ini hanyalah menahan bayangan atau memantulkannya, tidak seperti yang dilakukan oleh pemahat patung atau pelukis. Kerana itu, fotografi ini tidak diharamkan, ia dihukum sebagai HARUS atau MUBAH.

Fatwa Syekh Muhammad Bakhit ini dipersetujui oleh majoriti ulama’ kontemporari.

Fotografi tidak dilarang dengan syarat objeknya adalah HALAL. Dengan demikian, tidak boleh mengambil foto wanita telanjang, hampir telanjang, tidak menutup aurat atau  pemandangan yang dilarang syara’. Tetapi jika mengambil foto objek-objek yang tidak dilarang, seperti foto kawan atau kanak-kanak, pemandangan alam, majlis perkahwinan, majlis konvokesyen atau lainnya, maka hal itu dibolehkan. Namun ada keadaan tertentu yang digolongkan sebagai keadaan darurat sehingga dibolehkan fotografi meski terhadap orang yang diagungkan sekalipun, seperti untuk urusan pentadbiran, pasport, atau kad pengenalan.

Kadang-kadang keadaan yang dibolehkan atau halal juga boleh bertukar menjadi haram. Walaupun objeknya sudah halal namun bagaimana pula cara objek itu berposing? Adakah dengan keadaan yang penuh ghairah ? jika ya, maka ia sudah tidak lagi harus. Dalam kes melibatkan perempuan, soalan-soalan berikut harus ditimbulkan. Apa takrif aurat sebenar ? Pakaian ketat pula bagaimana? Lengan atau betis pula bagaimana? Bukan aurat ke?

Ini bukan masalah ketidakadilan gender, kerana lelaki juga ada batasnya. Dalam bahasa mudah,barang yang kena tutup kalau tak tutup jawabnya haram le.

Bekerja Sebagai Fotografer

Anda berhak memilih samaada mahu menjadi fotografer tetap (menjadikan fotografi sebagai sumber kewangan utama) atau sebagai freelancer fotographer.

Fotografer tetap disini bermaksud anda bekerja sebagai fotografer dengan majikan atau syarikat. Hal ini boleh menimbulkan sedikit kerumitan kerana anda terpaksa mengikut kehendak majikan, dan objek fotografi ditetapkan oleh majikan. Apatah lagi jika majikan itu bukan Muslim, lagilah bermasalah. Namun jika tidak timbul soal tersebut maka ianya kekal harus.

Sebaliknya jika foto yang diambil itu mengandungi objek yang terlarang dan haram maka hukumnya jelas haram tanpa khilaf. Bertambah berat jika foto tersebut disebarkan untuk tatapan umum. Samaada ditayang di kedai gambar, website, blog, fotopages, flickr, facebook atau apa saja. Jika yang mengambil foto itu mahram bagi model foto tersebut, maka sekalipun model tersebut tidak menutup aurat maka ianya tetap harus dengan syarat foto tersebut tidak dipamerkan pada umum.

Bekerja sebagai fotografer dibawah majikan mungkin menimbulkan masalah, maka saya syorkan supaya anda menjadi freelance fotographer yang tidak terikat dengan mana-mana majikan atau syarat. Anda bebas mengambil foto dari sudut mana yang anda mahu, subjek apa yang ingin diketengahkan atau apa objek yang ingin difokuskan.  Anda mesti sedar  bidang fotografi sangat luas ruang lingkupnya. Jangan hadkan karya anda terhadap satu-satu tema sahaja, kenapa mesti objek yang haram menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi makhluk yang bukan sahaja dihalalkan untuk dimakan bahkan dihalalkan untuk di snap walaupun mereka tak berbaju (hmm??? ..binatang la tu). Alam ciptaan Allah yang luas terbentang hanya menunggu jari-jemari anda untuk merakamkan keindahannya dalam bentuk foto, dan semuanya itu tidak menuntut royalti daripada anda, bukankah begitu?.

Religious fotographer, why not ?? ~pic by khalifah ali~

Jadilah apa saja jenis fotografer samaada radicalphotographer, astrophotographer, dan macam-macam lagi istilah pengenalan yang diletak janji semuanya halal, menenangkan hati dan fikiran, memberi keuntungan kepada anda di akhirat kelak.

Sebagai kesimpulan mari kita renungkan kata-kata Shaykh Hamza Yusuf Hanson :

Fears the day when we will return to Allah, every soul will get what it’s earn.

Kesalahan-kesalahan yang telah anda lakukan ketika berfotografi maka tutuplah kesalahan tersebut dengan bertaubat kepada Allah. Sama-sama renungi ayat berikut :

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. [al-Hadid:21]

 

** Tulisan kali ini hanyalah sebagai perkongsian bersama sahabat dan kawanku yang ramai menjadikan fotografi sebagai hobi mereka . Aku pun berminat cuma agak lembab dalam menzahirkan minat tu…haha.  Antara rujukan ialah tulisan sahabatku Khalifah Ali. Jika anda mempunyai info tambahan atau dalil-dalil yang berkaitan sila tinggalkan  komen anda. Kongsi ilmu bersama.

Anda bebas untuk copy paste artikel ini dengan syarat dikreditkan pada blog ini.

Post Navigation

%d bloggers like this: