Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “January, 2010”

Sakit : Anugerah Yang Disalah-tafsir

Allah berfirman : 

Maksudnya :

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada kami (dalam Segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak pernah merayu (berdoa) kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.                                                                                                                                                       ~ Surah Yunus:12

Seperti biasa membaca Al-Quran selepas waktu maghrib telah menjadi rutin harianku sejak dibangku sekolah lagi. Biasanya aku hanya baca sekitar 1 rubu’ (1/4 daripada hizb), bila rajin  atau terasa khusyuk kadang-kadang boleh habis 1 juzuk. Baru-baru ni bacaan aku singgah pada ayat 12, Surah Yunus.

Zapppp!!! firman Allah ini menusuk tajam kalbuku, ayat ini tepat mengena pada diriku. 3 bulan lepas aku kemalangan dan terlantar di hospital selama 1 bulan, kecederaan akibat peristiwa itu masih lagi belum sembuh sepenuhnya sehingga kini. Namun selepas 1 bulan terlantar di hospital aku kembali melakukan dosa-dosa lama, dosa yang aku lakukan dalam keadaan sedar dan aku masih terkial-kial mencari jalan keluar…

keluar dari kehidupan yang dibaluti kemaksiatan.

Ya Allah ampunilah kelemahan diri hamba-Mu ini !

Sepertimana maksud ayat di atas, ketika menghadapi saat-saat kronik menahan kesakitan lidah dan bibirku sentiasa basah dengan zikrullah dan doa. Apa saja doa yang telah ku pelajari dan yang terlintas dalam fikiran ku terhambur keluar. Aku sedar musibah yang menimpa ini adalah kaffarah (penghapus) dosa-dosa yang telah aku lakukan. Itu jugalah ayat penenang yang disudukan pada jiwaku oleh mereka yang datang berziarah.Perkara ini telah dijelaskan oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis, antaranya :

Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah….aku sepatutnya bersyukur dengan ‘kurniaan’ Allah ini, dengannya dosa-dosaku terhapus. Bahkan gugur berderai bila aku bangun dari katil hospital. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Dia menjawab: “Aku berada dalam keadaan baik.” Syaddad berkata kepadanya: “Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan‘, dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat.”

Sepatutnya apabila diri kita diberi ‘anugerah’ sebegitu rupa, kita berusaha menjaga kemuliaan anugerah itu semampu mungkin. Bukan perkara yang remeh apabila dosa kita dimaafkan sehingga ibarat kita baru dilahirkan ke dunia ini, bersih dari dosa dan noda !

Namun, aku tidak menyedari ketinggian nilai anugerah ini sehingga ianya tercemar. Alangkah ruginya orang yang melampaui batas seperti ku. Semoga coretan ini menjadi iktibar pada mereka yang lain, dengan harapan anugerah seperti ini tidak dicemari seperti yang berlaku pada diri ini. Yang lepas takkan kembali..sesal kemudian tiada gunanya lagi.

Berhati-hatilah !

Setelah menghayati ayat 12 surah yunus, baru ku sedar bahawa diriku hanya sekadar melafazkan syukur dibibir namun tidak mensyukuri ni’mat Allah secara total. Buktinya !..aku masih belum insaf melakukan dosa-dosa lama yang biasa aku lakukan sebelum musibah ini menimpa. Kalau ikutkan ayat tersebut..aku tergolong dari kalangan mereka yang melampaui batas…memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan (tabiat lama).

Hanya dengan pertolongan Allah aku mampu mengatasi dugaan nafsu syahwat ini..

Dari keadaan diriku yang seperti ini jugalah aku sedar yang iman aku masih belum mantap..jika iman mantap tidaklah kehendak nafsu dituruti. Awaslah dengan diri anda ! jangan diri sendiri tertipu dengan kesyukuran yang disalah tafsirkan. Syukur itu mesti tercetus dihati, dilafazkan dengan Alhamdulillah dibuktikan pula dengan amalan.

Kunci syukur ada pada HATI !

Aku tidak berniat memberikan tazkirah agama disini..kerana aku bukanlah ustaz, bukan juga pelajar jurusan agama.

Apa yang pasti hidup tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Tiada maknanya hidup tidak bertuhan.

Kepada yang senasib, yang insaf sekejap time sakit bila sihat balik pada asal..jangan berputus harap dengan Allah. Pintu taubatnya sentiasa terbuaka luas. Kepada yang belum ditimpa musibah (semoga dijauhi oleh Allah) atau yang sedang ditimpa musibah anggaplah ini sebagai panduan dan iktibar moga tidak menyesal kemudian hari.

Senyum

Ertinya : “Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri, dan tulang dari jalan adalah sedekah ” ~ Hadis riwayat Imam Bukhari dan at-Tirmizi.

Senyum…senyum…

Begitulah senyum dari sudut pandangan Islam, sifirnya mudah –  senyum = sedekah = pahala.  Bahkan hadis di atas juga menggambarkan betapa indahnya Islam dan betapa mudahnya berbuat baik serta mendapat pahala.

dengan senyuman seorang pemimpin mampu mengalahkan musuhnya,

dengan senyuman seorang wanita mampu menumpaskan lelaki yang gagah perkasa,

dengan senyuman pergaduhan bertukar menjadi perdamaian,

dengan senyuman seorang yang sedih mampu gembira,

dengan senyuman seorang yang sakit bertambah sihat,

dengan senyuman seorang bayi memupuk kasih kedua ibu-bapanya,

bak kata semua urusan menjadi mudah dengan SENYUM..!!

semua perkara di atas telahpun terbukti, tidak perlu aku sebutkan satu persatu secara terperinci, siapa yang banyak membaca dan memerhati pasti perasan situasi di atas.

Senyuman ibarat hadiah yang tidak disangka-sangka oleh penerimanya. Pernahkah anda mendapat senyuman daripada seseorang ? samaada orang tersebut adalah isteri anda, ibu bapa, kekasih, kawan, peniaga, penyambut tetamu, penjaga kaunter, cleaner hatta seorang pengemis dll….

apakah perasaan anda ketika itu? bukankah hati berasa lapang, fikiran terasa luas, nafas terasa segar .

jika anda tidak pernah mendapat senyuman itu bermakna anda seorang yang “sakit” , jiwa kacau dan hati yang tenat. Oleh itu..belajarlah untuk senyum, cam dalam iklan kat tv tu..budi bahasa budaya kita. Memang bagi mereka yang tidak pernah senyum, agak susah untuk memulakannya bahkan mereka rasa pelik jika menerima senyuman.

Senyuman juga satu bentuk senaman untuk otot-otot muka terutamanya mulut dan dagu. Menurut kajian behavioral psychologist pergerakan otot-otot dimuka kita akan meninggalkan kesan pada wajah kita, otot yang paling kerap digunakan akan muncul sebagai garisan-garisan halus dan kedutan apabila tua nanti. Bentuk garisan dan kedutan itulah yang menentukan kecantikan wajah kita bila dah berumur esok-esok. Kalau banyak senyum, maka garisan itu akan membentuk rupa wajah yang seindah senyuman tersebut (contohnya gambar di atas tu), mati pun dengan wajah tersenyum, bukankah itu indah?  kalau yang selalu masam muka tu, anda boleh agak sendiri la macam mana muka depa bila tua nanti.

Salah satu contohnya cam gambar ni :

Anda mahu muka anda macam ni bila tua kelak ? terpulang pada diri masing-masing.

Senyuman mampu menjadikan gambar hitam putih menjadi colorful, senyum adalah salah satu sifat kekasih kita Nabi Muhammad (s.a.w) , peribadinya MUDAH TERSENYUM ! Bila kita senyum, orang yang menerima rasa bahagia, bukankah membahagiakan saudara seagama itu satu kebaikan dan dibalas pahala?

bukankah dengan menerapkan peribadi Rasulullah dalam diri kita akan diganjarkan dengan pahala?

Bukankah ingin mengumpul pahala itu mudah?

bukankah Islam it mudah?

Namun senyuman yang indah datang dari hati yang suci dan bersih.

Pujangga boleh saja berkata apa yang diaorang mahu, janji berguna buat kita sudah. Antara madah pujangga ialah :

Senyum adalah kunci kebahagiaan, cinta adalah pintunya, kegembiraan adalah taman bunganya, iman adalah cahayanya dan keamanan adalah temboknya..

dah penat membaca repekan meraban yang bukan sebarangan ?…

hiburkan hati anda dengan senyuman dengan menonton video di bawah.

sebarkan salam, hamburkan senyuman, kebahagiaan pasti milikmu !

Mufti Haji Wan Muhammad @ Ahmad

Mufti al-Hajj Wan Ahmad@Muhammad Al-Kelantani

Shaykh Wan Ahmad @ Muhammad was born on Friday, 5 Rajab 1287 A.H / 1868 A.C at Jalan Tok Semian, Kota Bharu, Kelantan.  He was a charismatic Islamic scholar at his time and also can be considered as a politician with his involvement in the state administration.  He was the elder one in his family and his father, Tuan Tabal was also an Islamic scholar and a master in ilm fiqh, tauhid and tasawuf, thus he began his scholarly career at home.  He had been travelled by his father to Mecca at the age of 11 on 1298 A.H. to study with Islamic scholar at Mecca. He was a student to Shaykh Wan Ali Kutan (r.h) a Malay-Islamic scholar who stayed at Mecca for his entire life and he also studied with other Islamic scholar at Masjidil Haram,Mecca.  During his life at Mecca, Shaykh Wan Ahmad was studied a martial art with Mr.Kasim Betawi. He was also a friend to Tok Kenali, other Kelantenese-Islamic scholar during his studies at Mecca.

After he coming back to his homeland from his studies at Mecca, he became a teacher at his father’s madrasah, teaching people the religion knowledge especially Ulum-ul-Qur’an. Then, he was being appointed as an Imam at the Central Mosque, Masjid Muhammadi Kota Bharu by HH Sultan Mansor on 15 Jumad-al-Akhir 1314 A.H.  He also became a religion teacher to the royal family, he was a teacher to Sultan Ismail and Sultan Ibrahim (both become the Sultan for the State of Kelantan). On 7th December 1915 A.C , he was being appointed as the member of the State Religion Council ( Majlis Agama Islam Kelantan) and a year later he became Grand Qadhi or Hakim for the Shari’ah Courts. At the same time he was also being appointed as a Grand Mufti for the Kelantan State on 1916 A.C. as he replaced his brother  Shaykh Hajj Wan Musa, the 3rd Mufti of Kelantan who was the previous mufti.

Shaykh Wan Ahmad not only involve in the religion field, he also a member of the State Executive Council. During his service as the executive members, he suggested the name “Darul Naim” as a nickname for the State of Kelantan. Until now, Kelantan always referred as Kelantan Darul Naim. He held many position in the state government, because of his ability and knowledge he was being appointed as a Chief for Islamic Scholar Department of The State Religion Council. As his good service for the government and held many great position on the state administration, he was being honored by HH Sultan of Kelantan with a royal award, Bintang Seri Mahkota as he was the first Mufti/Islamic Scholar being granted with that award.

During his life, he was married with 4 wives and has 12 children.  His character shows that he was a person who combines the Religion and Politics together just like the Prophet Muhammad (p.b.u.h) who was a prophet and also a politician. This great and noble Islamic scholar died on 6th December 1920 A.C./ 25 Rabi’-ul-Awal 1339 A.H. at the age of 51 years old and had been buried at Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Malaysia.

Post Navigation

%d bloggers like this: