Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “June, 2011”

BERSIH 2.0 : Menentang dan Menyokong

Sajak ini telah dipaparkan dalam ruangan sastera akhbar Harakah edisi 8 Julai 2011

Pada kau yang menentang BERSIH 2.0

Kau menjadi bukti,

Berjayanya didikan sang kuku besi,

Berjasad hidup berhati mati,

Pemikiranmu celaru sehari-hari,

Akibat “Rasul Melayu” kau jadikan kitab suci,

Didodoi dengan nyanyian TV Triniti,

Nasionalisme kau imani,

Sekularisma kau turuti,

Kesesatan terlihat indah tanpa kau sedari,

Ajaran sesat dari synagogue diatas PWTC,

Akidah celaru begitu masih ingin kau ikuti?

Diseberang sana….

Kelihatan melompat-lompat mantan si naib bupati,

Beraksi gagah lagak perwira sejati,

Membela akidah melayu yang ia anuti,

Teruskanlah! Walau segagah mana kau beraksi,

Kau tetap katak yang bakal mati,

Nun di kayangan sana…

Bertakhtanya para menteri,

Gelisah diulik mimpi yang ngeri,

Takut! Jika riwayat Hosni berulang lagi,

Lalu dilepaskannya anjing gila babi,

Berbulu biru dan bertopi,

Menyalak tak tentu pasal di siang hari,

Kerana warna kuning menghantui,

Buat yang menyokong BERSIH 2.0

Awas yan berbaju kuning!

Jangan kerana anjing kau menggadai rencana,

Jangan kerana katak kau merana,

Itu semua dugaan semasa,

Pasti berlalu seiring masa,

Ayuh bangkit bersama,

Kau harus bersemangat waja,

Sejarah gemilang harus ditempa,

Sekali-seumur hidup siapa yang sangka,

Dimana jiwa pemuda,

Kau tunjang masa depan Negara,

Ingat wahai pemuda,

9 julai tarikh keramat semestinya,

Jika niat yang baik kenapa harus ditahan ia,

Ayuh ! Kita sokong bersama,

Secara aman berarak kita,

Warna kuning menyatukan kita,

Demi merealisasi cita-cita,

Bukan menjatuhkan pemimpin yang takkan kekal lama,

itu bukan agenda kita,

tapi pilihanraya yang BERSIH dituntut kita,

urus tadbir yang BERSIH impian kita,

keadilan dan keBERSIHan matlamat kita,

Kerana kita bertuhankan Yang Adil dan Saksama,

Ayuh panjatkan doa pada Yang Esa,

Kerna kuasaNya mengatasi segala-gala.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Kota Bharu,Kelantan,

30 Jun 2011, 5.30pm

Advertisements

Syukur bila Bersin

Aaaa….chooo!! ….alhamdulillah..!

Apa itu Bersin?

Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.

Fakta

Bersin adalah satu refleksi yang kompleks. Bermla dengan iritasi pada saluran pernafasan (hidung) dan berakhir dengan hembusan kuat dari hidung dan mulut.

Bersin very powerful sebab bila kita bersin, impulse saraf akan bergerak dari hidung ke otak kemudian ke saraf lain yang mengawal otot pada abdomen, dada, diaphragm, leher, muka dan kelopak mata. Tak hairan la kalau kita bersin mata kita tertutup dan muka kita berkerut..semuanya kuasa bersin!

Kelajuan

150km/jam separuh dari kelajuan Tsunami yang menghentam Aceh 2004. Rasanya takrif bersin sebagai hembusan amat tidak tepat, mungkin boleh ganti dengan letupan angin atau hentaman angin..haha.

The Guinness Book of Records mempunyai rekod bersin pada kelajuan 115 km/jam

Jarak

Mencecah 2-3 meter dengan 40,000 partikel keluar, tak pelik kalau bersin boleh menyebarkan penyakit.

Sunnah Rasul

Sesungguhnya Allah mencintai bersin dan benci kepada menguap…[mafhum hadis riwayat Bukhari]

عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إذا عطس أحدكم فليقل الحمد لله ، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله ، فإذا قال له يرحمك الله، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم

Dari Abu Hurairah (r.a) bahwa Nabi (s.a.w) bersabda: Apabila salah seorang dari kamu bersin maka katakanlah “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah) dan hendaklah saudaranya atau sahabatnya berkata padanya “yarhamukallah” (Allah merahmati mu). Maka apabila dikatakan Yarhamukallah padanya hendaklah dia membalas : “yahdikumullah wayuslihu baalakum” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu serta memperelok keadaanmu).

Itu adab apabila kita bersin, kita diminta bersyukur pada Allah kerana bersin itu membuang penyakit dan tidak bercanggah dengan maksud bersin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di atas.

Para doktor atau pengkaji kesihatan menasihatkan kita supaya menutup mulut dan hidung kita apabila bersin dan ini lebih dahulu diajarkan oleh Rasulullah (s.a.w) 1400 tahun yang lampau.

Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: Rasulullah (s.a.w) apabila bersin baginda akan meletakkan tangan atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankannya (bunyi bersin). –  [hadis hasan lagi sahih riwayat Daud dan At-Tirmidzi]

Subhanallah! betapa sempurnanya Islam dalam mendidik umatnya supaya memiliki akhlak dan peribadi yang mulia dan sempurna disisi Allah dan seluruh makhluk. Dan Nabi Muhammad itu sesungguhnya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Selebihnya…terpulang pada diri kita mahu mengikuti sunnah Nabi atau tidak.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali-‘Imran:31]

Accident that affects spine

This video remind me what I’d experienced before.

But, I feel the pain months after the surgery..till now although the pain are reducing slowly.

Did you experience spine surgery before?

I got what been call as Spinal Fusion T11,T12, L1, L2 (multilevel) Compression Fracture Surgery…my spine attached with 6 screw, 2 rod and 1 linkage. I try to find the exact video about the surgery, but I find almost similar surgery. They use same method operation but for different problem. See the video below;

Hormat Sufi Respek Wahabi

Kali ini aku ingin berkongsi beberapa kisah benar , dengan ini insya Allah pendirian aku akan bertambah kukuh bagi diri aku dan jelas bagi kawan2 aku. Sebenarnya aku benci bincang pasal ni, tak habis2 nak gaduh.

Alkisah…

Aku pergi ke KLIBF 2011 yg lepas pada hari ketiga berlangsungnya bookfair tersebut. Pergi dengan abang dan juga kak ipar aku. Kami masuk ke dewan Tun Razak yang menempatkan berpuluh-puluh booth pameran dari pelbagai syarikat penerbitan. Mula-mula masuk tu, aku “terlekat” dekat booth ITNM dan kebetulan ada program bual bicara dan kak ipar aku juga ada urusan disitu. Aku tak berapa berminat lalu aku mengembara sorang-sorang..hehe.

Oleh kerana status kewangan aku tak stabil, tengok buku telan air liur je la. Aku hanya focus pada buku yang dalam wishing list aku je la, buku tulisan Tariq Ramadan. Setelah berpuluh-puluh booth aku jelajah tiada satu pun yang menjual karya Tariq Ramadan, aku kemudian nampak sebuah booth yang semuanya buku-buku agama dalam bahasa English.

“harap-harap ada kat sini”  bisik hatiku meyakinkan diriku supaya tidak berputus asa.

Semua buku-buku di booth ini ditulis & ada juga yang diterjemahkan ke bahasa English hasil karya ulama’-ulama’ yang majoritinya dari Saudi Arabia, juga dijual CD ceramah ulama’ dari sana. Tengah duk cari buku yang aku nak tu, tetiba datang seorang petugas booth itu menyapa aku. Seorang pemuda berjubah kelabu, berkacamata dan mukanya menunjukkan dia berbangsa Cina.

Setelah ditanya, aku memberitahunya buku yang aku cari, malangnya dia tak kenal pun siapa Tariq Ramadan dan aku tengok memang tak de pun nama Tariq Ramadan di rak buku booth syarikat tersebut. Lalu dia mencadangkan beberapa buah buku kepadaku. Sambil-sambil tu, kami saling berkongsi pandangan perihal agama Islam, basic pembahagian Islam kepada Tauhid, Syariah dan Akhlak.

Dia tegur dan berbual dengan aku dalam bahasa English yang menyebabkan aku menyangka dia bukan rakyat Malaysia. Aku tanya samaada dia Malaysian or…??..dia menjawab Malaysian. Tanpa aku bertanya dia terus memberitahu bahawa dia baru masuk Islam 10 bulan lalu,berbangsa CIna dan lahir pada tahun 89…detail kan, tapi tak cakap pula agama asal…hehe. Namanya aku rahsiakan.

Yang menariknya dia masuk Islam setelah menonton video The Arrival, Subhanallah! Hebat juga pengaruh The Arrival..bergembiralah mereka yang buat video tu, moga Allah membalas jasa mereka dalam menyatakan kebenaran. Lalu dia cakap dalam video The Arrival tu ada juga yang tak betul dan dia tak bersetuju dengan Sheikh Imran Hossein yang katanya ada meramal tarikh kiamat berlaku…aku pun tak ingat ada ke tak seperti yang didakwa, dah lama aku tengok video tu. Imran Hossein itu Sufi, dia sesat, kita tak boleh ambil pandangan dia.

Astaghfirullah ! panas hatiku mendengar kata-kata muallaf ini, aku paling pantang dengar orang menuduh seseorang sesat tanpa penyelidikan teliti. Main hentam je…sedangkan Sheikh Imran Hossein yang aku kenal tidak begitu, beliau pernah berceramah di Kelantan. Adakah kerana beliau bersetuju dan merupakan orang yang mengamal ilmu tasawuf maka beliau layak mendapat title sesat?

Aku masih ingat kata-kata muallaf tu pada aku..

“ Sheikh Imran Hosein is a Sufi, he is deviator!”

Langsung tak heran bila dia aku sedar kata kuncinya adalah “sufi”. Lagipun gerai tersebut hanya menjual tulisan ulama’-ulama’ salafi yang aku hormati dan minati. Tapi amatlah salah bila menghukum sufi itu sesat.

Aku cakap kat dia,…

For me, my opinion is we must respect the other’s opinion because they also have dalil. Respect for who they are.

Dia setuju dengan pndapat aku tapi…

Yes, u’re right but we know that they are deviate from the true path of Islam, we respect them but we must bring them to the light of Islam.

Yep, aku juga setuju dengan dia. Tapi bagaimana kamu bleh cakap kamu hormat kat orang tu sedangkan dalam masa yang sama kamu cakap dia sesat?  Aku amat setuju kalau kita tahu seseorang itu terpesong maka kita harus membimbingnya ke jalan yang benar. Tapi macam mana kamu tahu sufi itu sesat? Dah semak ke dalil-dalil dan pendapat mereka?

 Sedar yang perbualan kami ini akan menjadi lebih hangat, aku hanya mengangguk aje tanda tak setuju dengan pendapat dia. Malas nak berbahas, sedangkan ada abang sorang lagi yang jaga gerai tu duk dengar perbualan kami. Aku terus ambil buku yang aku nak..Islam and Management karya Dr Naceur Jabnoun untuk bayar. Abang yang dari tadi curi dengar perbualan kami memanggil muallaf tu cam bagi teguran je kat anak buah dia. Aku minta emel budak tu untuk dihubungi dengan harapan kami akan terus berkawan.

Jauh disudut hati, aku sedih dan kecewa kerana seorang muallaf yang baru memeluk Islam 10 bulan sudah diajar menghukum orang lain sesat dan sudah ditanam bibit-bibit permusuhan sesama Islam. Siapalah yang ajar dia..kalau nak bimbing muallaf pun terangkan lah apa yang patut dan apa yang benar berdasarkan ilmu korang, tak kira la kamu wahabi ke, salafi ke, sufi ke…asal jangan sesekali kamu tanam minda dogmatic yang hanya kamu betul dan orang lain salah.

Aku langsung tak marah pada muallaf tersebut tapi teramat geram pada orang yang membimbingnya menjadi begitu. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita semua. Selepas bayar buku, abang aku dating, dalam perjalanan abang aku cakap syarikat tu memang terkenal publish buku-buku salafi, budak-budak UIA memang biasa dengan nama syarikat penerbitan tersebut.

*****

Sini aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan respect, mengikut Tariq Ramadan:

I respect your believe, meaning that I’m not only acknowledge that you’re here, but for me to try to understand from where u think. No respect without knowledge.

Pada pendapat aku, zaman yang penuh mehnah ini kita Umat Islam sepatutnya lebih focus kepada masalah asas dan bagaimana untuk menyatukan umat Islam. Asalkan Islam, maka kita satu keluarga tanpa mengira mazhab, aliran pemikiran, bangsa dan sebagainya. Kesatuan Ummah pada zaman ini begitu kritikal untuk diremehkan, ia sepatutnya menjadi matlamat utama.

Bagi aku, pluralism perlu didalam agama. Menerima kepelbagaian pendapat dan pemahaman dalam mentafsirkan Quran dan Sunnah sebagai satu rahmat. Sekali lagi aku tegaskan pluralism dalam agama bukan antara agama.

Diversity cannot be denied, and it mainly operates on two level. First, there is diversity of reading and interpretations, which accounts for the different traditions, trends, and legal schools. This diversity has always existed and, depending on the differences, it has always been more or less accepted (sometimes with difficulty, particularly between Sunni and Shi’a) by scholars and ordinary Muslims. – taken from What I Believe by Tariq Ramadan

 Dan berkenaan sufi dan salafi dan sebagainya, aku nukilkan disini tulisan M. Fethullah Gulen, seorang reformis dan ulama’ terkemuka di Turki masa kini di dalam bukunya The Emerald Hills of Heart [Volume1] :

The two aspects of the same truth – the commandments of the Sharia and Sufism – have sometimes been presented as mutually exclusive. This is quite unfortunate, as Sufism is nothing more than the spirit of the Sharia, which is made up of austerity, self-control and criticism, and the continuous struggle to resist the temptations of Satan and the evil-commanding self in order to fulfill religious obligations.

……both sufis and scholars (jurisprudence) sought to reach God by observing the Divine obligations and prohibitions. Nevertheless, some extremist attitudes-occasionally observed on both sides- caused disagreements.

Rasanya cukuplah luahan utk kali ini…hehe..bagi siapa yang sependapat dengan aku maka aku berlapang dada, jika yang tidak setuju maka bagiku ini jalanku. Yang penting berlaku adillah dalam memberi pandangan dan berhati-hatilah dalam menghukum seseorang. Setiap kali aku tekankan, pandangan dan pendapat seseorang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tahap keilmuan. tak mustahil aku mengubah pandanganku dimasa-masa hadapan. Akhir kalam, renungilah ayat Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8)

dan satu lagi firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; …” [al-Hujurat:11]

Post Navigation

%d bloggers like this: