Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “February, 2011”

Jom Layan The Beloved

Alhamdulillah, aku dah beli latest album Mesut Kurtis pada Rabu lepas. Mesut Kurtis ni tak ada lah famous sangat bagi peminat nashid di Malaysia. Tapi bagi aku nashid2 dia ok la untuk halwa telinga. Baru je 2 hari lepas dia buat performance di Stadium Melawati Shah Alam sekali dengan Maher Zain dan lain-lain.

Ni latest album Mesut Kurtis; The BeLoVeD

Album ni ada 12 lagu termasuk 1 remix. Mostly, lagu-lagu dalam album ni best la, ada satu dua lagu yang kureng skit atau mungkin dah biasa dengar rentaknya. Bagi aku, dalam album ni paling best ialah lagu The Beloved, Ya Allah, I Think of You (feat with Irfan Makki; juga buat performance kat stadium Melawati). 3 lagu tu la yang paling best. Kalau ikutkan, aku jarang beli cd original, biasa download je kat internet..hehe. Tapi takpe la kali ni duit lebih skit beli yang ori RM25. Not bad la, tapi mahal dowh!.

Aku bukan la peminat fanatik lagu nashid, kebanyakan lagu nashid malaysia aku banned…haha.Dalam bab music, aku tak punya jenis lagu spesifik samaada ianya nashid, rap, blues, jazz, instrumental dll asal best pada telinga aku maka ok la. Bahkan aku rasa aku lebih anti nashid (nashid melayu). Aku minat nashid pun tak de la sampai ke Stadium Melawati, tapi kalau dapat pergi dengan tiket free & transport free…for sure aku akan pergi..hahaha.

Ok la, aku bukannya nak berceramah kat sini. Hanya untuk perkongsian bersama, korang kena beli @ download album ni pasti puas. @ least dapat la tenangkan hati korang yang kacau tu. Kat bawah ni aku letak 1 sample lagu Beloved dari album The Beloved..

Beli jangan tak beli ! Download jangan tak download! tapi dosa korang tanggung la sdiri kalau tuan dia tak reda download yang pirate..hehe..:)

The Happiest People

pic by leighfie on devianART


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“And those who strive for Us – We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good. ” Al-Quran [29:69]

♣  ♣  ♣

“ There is no succes without hardships and initial setbacks. If it was so easy, anyone could have done it. Remember that no one has ever learnt anything from a succes. It’s our failure that teach us.”

♣  ♣  ♣

“It is one of the strange ironies of this strange life [that] those who work the hardest, who subject themselves to the strictest discipline, who give up certain pleasurable things in order to achieve a goal, are the happiest people”
~ Brutus Hamilton

Cinta Pada Rasulullah

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah (hijrah), penduduk Madinah ketika itu yang kebanyakan sudah memeluk Islam sentiasa mendidik jiwa dan nurani anak-anak mereka dengan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah. Perwatakan dan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah diceritakan satu persatu dengan terperinci ibarat Rasulullah berada bersama mereka ketika itu. Anak-anak kecil mereka disemai dengan benih cinta yang utuh dan kental. Salah seorang dari anak-anak kecil itu adalah Talhah Bin Barra’.  Begitulah betapa bersemangat generasi awal Islam untuk menanamkan rasa cinta pada Rasulullah. Bak kata orang; tak kenal maka tak cinta.

Dengan terbinanya cinta didalam hati, maka setiap apa yang disuruh oleh keksih dituruti, setiap perbuatan kekasihnya diikuti dengan penuh rasa kecintaan. Dalam entri kali ni, aku nak share kisah cinta antara seorang budak dengan kekasihnya, Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan ketika dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah S.A.W singgah di Quba sebelum memasuki Kota Yathrib (Madinah ketika itu). Ketika Nabi Muhammad singgah di Quba, Talhah Bin Barra’ yang pada ketika itu hanya berumur linkungan lebih kurang 7 tahun sedang bermain-main dengan rakan-rakannya. Apabila dia melihat kedatangan Rasulullah, dia terus meluru ke arah baginda, mengucup kaki baginda yang mulia serta menggesel-geselkan badannya kepada badan Rasulullah S.A.W. Lalu Talhah kemudian berkata : “Aku cintakan kamu,ya Rasulullah”

Rasulullah S.A.W kehairanan dengan rasa cinta terhadap dirinya yang tersemat didalam hati budak itu. Bagaimana budak sekecil itu mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap Rasulullah S.A.W sedangkan mereka tidak pernah bertemu sebelum itu.

Baginda kemudianny berkata : “Baiklah, pergi pulang kerumah kamu dan bunuh ayahmu”

lalu budak itu terus bangun dan bergegas untuk pulang ke rumah untuk membunuh ayahnya.

“Hei budak! kembali ke sini! kembali ke sini! kembali ke sini!” panggil Rasulullah.

Budak itu berpusing kembali pada Rasulullah. “Kemana kamu hendak pergi?” tanya Rasulullah.

“Saya mahu membunuh ayah saya, bukankah tuan menyuruh saya berbuat demikian?”, kata budak itu, menjawab pertanyaan Nabi.

“Aku tidak bermaksud demikian, aku hanya ingin menguji tahap kecintaan mu kepadaku.” jelas Rasulullah.

Lihatlah kuasa cinta yang ada pada Talhah, dia menuruti perintah kekasihnya lebih dari segala-galanya. Dan kekasihnya ialah Rasulullah. Apabila wujudnya cinta, maka kita akan melakukan sesuatu melebihi tahap ketaatan.

Dipendekkan cerita, selepas berhijrah ke Madinah. Tidak lama selepas Rasulullah membina kerajaan Islam pertama dan menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah, Talhah bin Barra’ jatuh sakit. Berita Talhah ditimpa sakit itu sampai kepada pengetahuan Rasulullah. Kemudiannya, Rasulullah pergi ke Quba’ yang jaraknya lebih kurang 4 km dari kota Madinah untuk menziarahi Talhah. Baginda pergi ke Quba’ semata-mata ingin menziarahi seorang kanak-kanak yang masih kecil.

Rasulullah bertanya khabar pada Talhah, dia menjawab dengan khabar baik. Melihat keadaan Talhah itu, Rasulullah sudah mengetahui bahawa dia tidak akan sembuh dan akan menemui ajalnya. Selepas berbicara dengan Talhah lalu Rasulullah keluar rumah dan bercakap dengan ayah Talhah.

“Jika anakmu meninggal dunia, maklumkanlah kepadaku supaya aku boleh datang memandikannya, mengkafankannya, menunaikan solat jenazah ke atasnya, dan mengkebumikannya.” pesan Rasulullah S.A.W kepada bapa Talhah sebelum baginda pulang ke Madinah.

Pada malam tersebut, sakit Talhah makin tenat dan dia dalam keadaaan sakaratul-maut. Dia berpesan pada ayahnya,: “Jika aku meninggal dunia malam ini, janganlah sesiapa memaklumkan kepada Rasulullah.”

“kenapa wahai anakku?” soal ayahnya.

“Aku tidak mahu kerana aku Rasulullah ditimpa kesulitan dan kesakitan akibat cuaca buruk malam ini.” jelas Talhah, anak kecil yang begitu kasih dan cintaa terhadap Rasulullah.

Setelah berpesan demikian, Talhah menghembuskan nafasnya pada malam itu. Maka bapanya memandikannya, mengkafankannya, menunaikan solat dan mengkebumikannya tanpa memaklumkan kematian anaknya kepada Rasulullah S.A.W.

Selepas 2 hari 2 malam, Rasulullah S.A.W bertanya kepada para sahabat.

“Bagaimanakah keadaan Talhah Bin Barra’ ?”

” Anak itu sudah meninggal dunia 2 hari lepas ya Rasulullah. Jenazahnya sudah dimandikan, dikafankan, disolatkan, dan dikebumikan.” jawab para sahabat.

“Ayuh kita bersolat padanya!” Rasulullah menyeru sahabatnya bersama baginda kekubur Talhah untuk bersolat bersama baginda.

Apabila sampai, Rasulullah S.A.W berdiri di sisi kubur Talhah diikuti oleh para sahabat, kemudiannya baginda menunaikan solat jenazah ke atas Talhah bersama-sama para sahabat. Usai solat, Rasulullah berdoa kepada Allah

” Ya Allah, sesungguhnya budak ini telah mencintaiku dengan jiwa raganya, maka saksikanlah atas kecintaannya padaku. Ya Allah! Engkau gembirakanlah budak ini supaya ia dapat bergurau senda dengan-MU dan sebaliknya.” – panjang lagi doa baginda itu, tapi aku tak ingat.

Lihatlah betapa utuhnya cinta seorang budak yang belum baligh terhadap Rasulullah. Ketahuilah, Rasulullah S.A.W juga tidak akan sekali-kali lupa akan orang yang mencintainya didunia dan diakhirat sebagaimana dalam kisah di atas. Oleh itu, dimanakah kedudukan kita sekarang? pada tahap manakah cinta kita terhadap Rasulullah?

Kita bersolat, berpuasa dan sebagainya tanpa ruh dan cinta akan Rasulullah, apakah bernilai semua amalan itu? Kita melakukan amal ibadat kerana merasakan ianya satu kewajiban yang perlu ditunaikan tidak disertai rasa cinta terhadap Rasulullah yang mengajarkan kita cara beribadat. Menunaikan ibadah yang wajib sememangnya satu kewajiban. Akan tetapi, alangkah baik dan bermutu jika kita lakukan itu kerana ianya kehendak Allah dan Rasul, kerana Rasulullah suka kepada sesiapa yang menuruti jejak langkahnya, kerana kasihnya kepada Rasulullah.

Dengan rasa cinta, kita tidak akan mempersoalkan hukum sesuatu amalan, kerana bagi kita apa yang dilakukan Rasulullah itulah yang ingin kita lakukan tidak kira samaada ianya wajib atau sunnah. Jadikanlah Maulid Rasul tahun ini sebagai permulaan kita mempraktikkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. Mulalah dengan sunnah-sunnah yang kecil.

 

** kisah di atas diceritakan oleh Shaykh Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saggaf dari Jeddah di Masjid al-Falah USJ9 pada malam 12 Rabi’ul Awwal 1432 sempena  Majlis Maulid.

p/s : sebenarnya, itu adalah kali pertama aku sertai majlis maulid seumur hidupku. Maklumlah aku ni ala-ala salafy..haha. Dalam bab khilafiah aku mengamalkan pluralisme. Best dan excited bila join majlis ni. Especially time burdah siap dengan kompang lagi. Terima kasih pada Sdr. Zul Amin yang ajak aku join majlis ni. Sorry, x de foto yg bleh share.

Antara Mimpi dan Ahli Tafsir Mimpi

Antara Hasan Al-Bashri dan Ibnu Sirin (rahmatullahi ‘alaihima) ada rasa sentimen. Keduanya tidak mahu saling menyapa.  Setiap kali mendengar orang lain menyambut nama Ibnu Sirin, Hasan Al-Bashri merasa tidak suka : “Jangan sebut nama orang yang berjalan dengan lagak sombong itu di hadapanku,” katanya. ***

Pada suatu malam Hasan Al-Bashri bermimpi seolah-olah ia sedang bertelanjang di kandang binatang sambil membuat sebatang tongkat. Pagi hari ketika ia bangun, ia merasa bingung dengan mimpinya itu.  Tiba-tiba ia ingat bahawa Ibnu Sirin yang kurang ia sukai adalah orang yang pandai menafsirkan mimpi.

Merasa malu bertemu sendiri, ia lalu meminta tolong seorang teman dekatnya:

“Temui Ibnu Sirin,  dan ceritakan mimpiku ini seakan-akan kamu sendiri yang mengalaminya,” pesannya.

Teman rapat  Hasan Al-Bashri itu segera menemui Ibnu Sirin. Begitu selesai menceritakan isi mimpi tersebut, Ibnu Sirin langsung berkata: “Bagitahu kepada orang yang mengalami mimpi ini, jangan menanyakannya kepada orang yang berjalan dengan lagak sombong. Kalau berani suruh ia datang sendiri kemari.”

Mendengar laporan yang disampaikan temannya ini, Hasan Al-Bashri kesal. Ia bingung, dan merasa tercabar. Setelah berfikir sejenak, akhirnya ia memutuskan untuk bertemu langsung dengan Ibnu Sirin. Ia tidak peduli dengan rasa malu atau gengsi. “Antarkan aku ke sana,” katanya.  Begitu melihat kedatangan Hasan Al-Bashri, Ibnu Sirin menyambutnya dengan baik.

Setelah saling mengucap salam dan berjabat tangan, masing-masing lalu mengambil tempat duduk yang agak berjauhan.

“Sudahlah, kita tidak usah berbasa-basi. Langsung saja, aku bingung memikirkan dan menafsirkan sebuah mimpi, “kata Hasan Al-Bashri.

“Jangan bingung,” kata Ibnu Sirin. Telanjang dalam mimpimu itu adalah ketelanjangan dunia. artinya, engkau sama sekali tidak bergantung padanya kerana engkau memang orang yang zuhud. Kandang binatang adalah lambang dunia yang fana itu sendiri. Engkau telah melihat dengan jelas keadaan yang sebenarnya.  Sedangkan sebatang tongkat yang engkau buat itu adalah lambang hikmah yang anda katakan,  dan mendatangkan manfaat bagi ramai orang.”

Sesaat Hasan Al-Bashri terkesima.

Ia kagum pada kehebatan Ibnu Sirin sebagai ahli tafsir mimpi, dan percaya sekali pada penjelasannya.

“Tetapi bagaimana engkau tahu kalau aku yang mengalami mimpi itu?” tanya Hasan Al-Bashri.

“Ketika teman engkau menceritakan mimpi tersebut kepadaku, aku berfikir, menurutku,  hanya engkau yang layak mengalaminya.” jawab Ibnu Sirin.

 

*** sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Kalau ada yang tahu sila tinggalkan komen.

Post Navigation

%d bloggers like this: