Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the category “Ukhuwwah”

Mengenang 62 Tahun Tragedi Nakbah

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang.  Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan.   Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE

Palestine Centre of Excellence

Eid Mubarak !!

Rasanya belum terlewat posting kali ini sempena hari raya fitrah ni..huhu…Ramadhan telahpun berlalu…aku tak tahu apa kesannya ramadhan kali ini pada diriku. Bagi aku, diri ini masih belum berjaya sepenuhnya menempuh Ramadhan lalu. Astaghfirullah…..aku pohon kan keampunan dari Mu ya Allah !!

eid2

Apa yang pasti….yang lepas tu lepas la. Apa yang telah berlalu itu dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan hari ini dan memacu kehidupan masa depan kearah yang lebih baik. Kerahmatan dan keistimewaan bulan Ramadhan masih lagi boleh dirasai kerana Islam menghadiahkan pula Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal kepada umatnya sebagai kesinambungan Ramadhan. ( pasal ni aku ingin juga komen tapi insha Allah dalam entri yang lain)

Raya tahun ni juga la berlakunya detik bersejarah dalam hidup aku dimana aku dapat bertemu dengan lebih kurang 1400 orang saudara-mara yang berasal daripada DNA yang sama. Hari keluarga yang pertama kali aku sertai ini amat berharga…letih pun ada juga sebab aku kena jadi ajk majlis ni dan raya pada tahun ni adalah raya yang paling sibuk sehinggakan tak sempat nak berziarah ke rumah saudara mara yang lain..maklumlah keluarga aku ni BESAR. 1400 orang tu baru sebelah ibu tak campur lagi sebelah ayah…bayangkan kalau kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan 1400 org tu…imagine sendiri je la. Networking is important for entrepreneur….hahaha tu pesan lecturer entreprenuer aku…subjek yang aku pun tak tahu boring ke tak.

Hari raya ke-5 barulah aku ada masa untuk sahabat dan kawan-kawan…tu pun baru 5 orang je aku jumpa. memang suit la…aku jumpa 5 orang kawan pada hari raya ke-5…hahaha. Ingatkan aku dapat jumpa 6 orang kawan pada raya ke-6, rupa-rupanya Allah menghadiahkan aku seorang sahabat yang mampu menggantikan bukan setakat 6 orang bahkan 10 orang kawan pun boleh. Sahabat aku ni datang beraya kat rumah aku dengan family dia sekali..tau2 rupanya kami ni bersaudara…Alhamdulillah.. banyak betul waris aku ni. Aku rasa nak sebut je nama sahabat aku ni, nama dia Muhammad Hazim b. Hushim, student Medic kat USIM. Manalah tahu kot2 ada orang yang kenal dia baca entri ni…hehehe.. Ini lah semangat ukhuwwah yang diterapkan Islam, datang beraya rumah kawan tanpa perlu dijemput !. tak semestinya time raya je, hari-hari biasa pun amat digalakkan. Ziarah adalah budaya yang perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat kita. Tapi janganlah kerap sangat ziarah ke sebuah rumah….bila kerap sangat akan timbul rasa jemu pulak…manalah tahu masa kita berziarah tu bukan masa yang sesuai bagi tuan rumah. Kalau jarang-jarang datang mungkin lain persepsi tuan rumah walaupun pada masa yang tak sesuai…tapi kalau dah kerap sangat tak ke naik menyampah tuan rumah tu..hehehe. Bagaimanapun kita jangan lupa pesanRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

Jarang-jarangkanlah nescaya bertambah kasih-sayang…

Itu je la pesanku pada diri ku kali ini… ingatkan nak taip pendek je, tengok2 panjang juga jadinya…

Cinta Yang Ditinggalkan…

Aku percaya ramai sekali muda-mudi Muslim yang mengalami dilema ini yang juga pernah dilalui oleh diriku sendiri….oleh itu aku berasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang dihadiahkan oleh sahabatku……depanpanduankendali-usrah-remaja

“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, belakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!.”


Begitu keluh kesah seorang mad’u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’u-nya. “Lalu apa yang ingin anta(kamu) lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang kerana tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. “Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang antalakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad’u terdiam berfikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. “Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?”
Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya. “Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba.
Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribu datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?” Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang ikhwah tersebut.
Tidak semena, sang ikhwah menangis tersedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murobbi yang dihormatinya justeru tak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
“Akhi, apakah anta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?” Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.” Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai ditepi jalan, atau mencuba memperbaikinya? ” Tanya sang murabbi lagi.
Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya; “Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia “Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya ALLAH saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana.” Sang mad’u berazzam dihadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya
Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah(kumpulan) ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi disebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT.”

usrah2
“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”
“Futur, mundur, lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu disikapi dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?”Sambungnya panjang lebar.
“Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh ALLAH untuk menyelesaikan masalah-masalah dimuka bumi. Bukan hanya meng”ekspose” nya, yang menjadikan ia semakin memperuncing dan membarah.”
Sang mad’u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya. “Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?”
Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
“Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah ALLAH menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!”. Sahut sang murabbi.
“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila adasebuah isu atau fitnh, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara antasendiri. Dengan itulah Bilal yang seorang budak hina menemui kemuliaanya. ”
Malam itu sang mad’u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama’ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT : Kemenangan atau Mati Syahid
Ikhlas adalah roh dari setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur karena kehujanan,tidak ghurur karena pujian, dan tidak kendurkarena cacian. Terus bergerak kearah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam berkerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam D&T.

p/s : terima kasih pada yang memberi artikel ni padaku ….jazaakallah

Labour Day

Any labours or workers in this world should rest today !

uk-workers2Why they do a demonstration?? only the employers can give the answer …

workers_k0095148He risk his life for others

5420911403654601whatever they do, appreciate their work….respect each other and peace will take part !

workers55550123646959034

Australia yang Berjiwa Islam

Sadaqah…

Sadaqah merupakan salah satu elemen penting dalam agama Islam dan juga merupakan sebahagian daripada Zakat itu sendiri, rukun Islam yang ke-3. Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya memang terkenal dengan sikap dermawan mereka dalam pelbagai cara. Malah Rasulullah menyarankan ummahnya supaya bersadaqah walaupun separuh biji tamar/kurma. Malah berpuluh-puluh ayat al-Quranul Kareem menyebut tentang jihad harta/sadaqah/zakat.  Siapa yang tidak kenal Saidina Uthman Bin ‘Affan yang terkenal sebagai jutawan yang dermawan, begitu juga dengan Abu Bakr As-Siddiq, Abdul Rahman Bin ‘Auf dan para sahabat yang lain yang terkenal dengan sikap suka bersadaqah dan infaq pada jalan Allah.

Pada zaman kini pula, kita di Malaysia mengenali insan dermawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mengasaskan Yayasan Al-Bukhari yang banyak menyumbangkan kepada kebajikan pelajar miskin, anak yatim dan sebagainya. begitu juga dengan beberapa individu lain. Namun begitu, sejauh manakah ummah Islam hari ini mempraktikkan suruhan Allah dan Rasul-Nya supaya memperbanyakkan sadaqah? Saya sendiri pun masih merasakan diri ini amat kurang dalam hal ini..bagaimana dengan anda?

Sadaqah Rakyat Australia…

Saya pernah membaca tulisan Jeffrey Francis, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia didalam akhbar The Star menyatakan bahawa apabila kita bercakap mengenai kemurahan hati dan sadaqah ” charity and generosity “ adalah sangat susah untuk tidak menyebut tentang sikap rakyat Australia. Mereka memang terkenal dengan sikap pemurah,suka bersadaqah” dan membantu orang yang dalam kesusahan. Mereka amat mudah untuk melakukan kebajikan terutamanya mangsa bencana alam, mereka akan seolah-olah menggali isi poket mereka sedalam yang boleh supaya dapat menyumbangkan derma sebanyak yang mungkin untuk membantu.

australia wildfires

Kanak-kanak dan remaja mereka akan mengeluarkan wang dari tabung mereka dan memberi keseluruhan tabungan mereka yang disimpan berbulan-bulan untuk diri mereka , semata-mata untuk memberi derma kepada yang memerlukan. Ini adalah realiti masyarakat di sana, seorang budak lelaki berusia 6 tahun memberikan kesemua simpanannya dalam tabung berjumlah A$ 136 bulan Februari lalu sebagai sumbangannya kepada mangsa bencana kebakaran hutan yang berlaku beberapa minggu lalu. Sikap suka menderma sudah menjadi sebahagian daripada perwatakan rakyat Autralia. Mereka bersedia untuk membantu siapa jua yang menghadapi kesusahan.

Dalam masa satu minggu kebakaran hutan terbesar berlaku di australia, rakyatnya di seluruh negara berjaya mengumpulkan A$ 100 juta. Ini tidak termasuk lagi derma yang diberikan oleh setiap kerajaan negeri seluruh Australia yang mana setiap negeri memperuntukkan A$ 10 juta untuk membantu mangsa kebakaran dan menangani kebakaran tersebut. Dalam masa 24 jam pula, sebuah stesyen televisyen Australia,  Channel 9 TV dalam program “Australia Unites” menerima 40000 panggilan daripada penonton yang menyumbang sebanyak A$ 21 juta untuk mangsa bencana kebakaran tersebut, jumlah itu berjaya dikumpulkan hanya dalam masa 24 jam. Lihatlah betapa hebatnya mereka dalam berlumba-lumba memberi derma dan menolong saudara mereka tanpa mengira batas perkauman dan agama. Persoalannya, adakah masyarakat Muslim juga begitu?

Perhatikanlah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 110 yang bermaksud :

Dan dirikanlah oleh kamu solat dan tunaikanlah zakat (sadaqah) ; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu mendapat balasan pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat akan segala apa yang kamu kerjakan

Kita sebagai Muslim dijanjikan pahala oleh Allah sebagai balasan atas kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan. Sedangkan rakyat Australia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama termasuklah juga yang Atheis melakukan semua itu tanpa mengharapkan balasan dan mereka memang tidak ditawarkan dengan apa-apa balasan. Sama-samalah kita sebagai ummah Islam bersatu sebagai Ummatan Waahidah (umat yang satu) dalam membantu mereka yang susah sekurang-kurangnya saudara kita yang seagama dengan kita. Tingkatkanlah usaha membantu ummah Islam yang tertindas di serata dunia terutamanya di Palestin dan Gaza khususnya.

Jika kesatuan Gereja boleh bersatu hati membantu rakyat Australia yang majoritinya beragama Kristian mengapa tidak kita ? Saudara kita di Palestine  tidak mempunyai sebarang sokongan padu daripada mana-mana kerajaaan didunia ini, oleh itu ayuh lah kita memberikan sokongan yang jitu kepada mereka. Mulakanlah melatih diri menderma atau bersadaqah kepada masyarakat sekeliling kita terlebih dahulu, termasuklah sanak saudara, rakan-taulan dan jiran tetangga.

“…..Katakanlah (wahai Muhammad) : Apa jua hartabenda yang halal yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada ; kedua ibu bapa mu, kaum kerabatmu, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan ingatlah apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan , maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) ” Al-Baqarah: 215

Wallahu A’alam.

Doakan Kemenangan Islam di Gaza

11

Allahumma Ya Jabbar Ya Muntaqim ……

Hari demi hari masyarakat muslim sedunia membilang jumlah rakyat Palestine di Jalur Gaza, hari demi hari jugalah demonstrasi diadakan oleh pelbagai pihak mengecam tindakan kejam rejim zionist/yahudi/israel laknatullahi ‘alaihim. Bukan setakat masyarakat muslim yang perihatin terhadap nasib ummat Islam di Gaza malahan juga masyarakat bukan Islam hatta di negara Amerika sekalipun walaupun bilangan mereka hanya segelintir sahaja. Namun itu cukup menggambarkan perikemanusiaan mereka.

Bagaimana pula dengan kita yang terpilih menjadi seorang muslim? adakah kita prihatin terhadap saudara kita di Palestine ? adakah keprihatinan kita setakat ini sudah membantu melegakan kesengsaraan yang dialami mereka ? Bagi saya….jawapannya tidak.  Tidak secara zahirnya…akan tetapi Insha Allah segala usaha kita untuk membantu mereka sekalipun dengan hanya berdoa akan tetap dipandang oleh Allah. Hari ini jumlah mereka yang syahid di Gaza sudah mencecah 821 orang masuk hari ke-15. Jumlah saudara kita yang cedera pula mencecah 3350 orang yang separuh daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak dan wanita. Nah…sekarang dimanakah wirawati-wirawati yang kononnya membela kaum wanita, yang menuntut hak keadilan bagi wanita seperti Sister In Islam sebagai contoh terbaik. Dimanakah suara-suara cengkerik mereka? Kenapa dalam hal ini mereka diam membisu? .

Bagi pertubuhan-pertubuhan, badan dunia dan kerajaan didunia ini, mengapa sekarang baru nak sibuk-sibuk menganjurkan seminar itu dan ini kononnya untuk membela nasib Palestine. Namun sebagai muslim, segala usaha itu dialu-alukan walau Gaza dipuncak letusan gunung berapi kerana setiap usaha harus dipergunakan dengan sebaiknya.

1_884768_1_34 Sedih, pedih dan pilu melihat kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Gaza, sila klik disini untuk melihat gambar-gambar terkini di Gaza. Kita yang berada jauh daripada Palestine mestilah berusaha semampu yang terdaya untuk membantu saudara kita di sana, samaada dengan bantuan kemanusiaan, menjadi sukarelawan perubatan, memberi bantuan seperti makanan, selimut dan pakaian melalui badan-badan NGO yang boleh dipercayai dan setiap usaha tersebut mestilan sentiasa diiringi doa. Hayatilah, renungilah dan gunakanlah doa yang dibaca oleh Syaikh Muhammad al-Muhaisany ini….

berdoalah setiap hari walaupun israel menamatkan operasi ketenteraan ke atas Gaza, teruskanlah berdoa semoga Allah menyelamatkan dunia Islam selagi hayat kita masih ada. Ini lah yang melambangkan persaudaraan sesama muslim dan ini jugalah mencerminkan aplikasi sabda Rasulullah S.A.W :

Tidak termasuk dari golongan Muslim seseorang yang tidak peduli terhadap keadaan saudara muslimnya

palestine1

Gaza Mesti diselamatkan. Bagaimana ?

palestinee21

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.


4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.


6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)



Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Sumber: http://www.palestinkini.info

Sahabat Adalah Masa Depan Anda

Salam perkenalan dan salam segala salam buat penduduk bumi yang boleh memahami bahasa melayu.

Seorang sahabat pernah meluahkan perasaannya dan meminta pendapat aku. Katanya :

Kalau ada orang yang rasa bosan bila berkawan dengan kita macam mana ye ? Sedangkan belum lagi kenal dengan rapat. Macam mana nak buat dia baik terhadap kita ?

Hummm…..memang bukan senang nak dapatkan kawan ni, tambah lagi jika anda jenis pendiam. Nak jadikan dia layan kita dengan baik ? lagilah susah kan ? Kawan mencerminkan siapa diri kita, namun jika kita bijak kita yang akan mencorakkan kehidupan kawan-kawan disekeliling kita.  Aku tidak pandai nak mengajar cara dan teknik berkawan tapi untuk membantu ketika kesulitan mungkin boleh. Aku ada satu formula, formula ni dihasilkan beribu tahun dahulu oleh masyarakat arab tapi masih “evergreen” gitu.

أحسن الى الناس تستعبد قلوبهم فطالما استعبد الانسان احسان

Berbuat baik kepada manusia akan dapat menundukkan hati-hati mereka, ketahuilah bahawa manusia akan tunduk kepada kebaikan

Jadi, kalau nak seseorang itu berlaku baik terhadap kita mengapa tidak kita yang lebih dahulu berbuat baik terhadapnya ? Bukan kah seorang manusia yang baik akhlaknya akan berasa terhutang budi jika ada orang yang melayaninya dengan baik ? apabila rasa terhutang budi itu “datang” , secara tidak langsung dia akan berusaha membalas kebaikan tersebut.

Kalau lah kawan kita tu jenis yang tidak reti berbuat baik kepada kita setelah kita berbuat baik kepadanya, mengapa kita terhegeh-hegeh nak naikkan tarafnya sebagai sahabat ? namun begitu, kita hendaklah sentiasa berbuat baik tidak kira siapa pun mereka.

ukhwwah-islamiyah1

So, how the past can lead the future ?

Kisah benar ini benar-benar berlaku, diceritakan kepadaku oleh seorang kawan. Ada seorang bernama de Past satu sekolah dengan de Future, yang mempunyai pertalian keluarga dengan de Past. Mereka satu kelas semasa Form 1, de Past serang yang mementingkan hubungan silatur-rahim dan berharap agar dapat berkawan dan menjadi sahabat de Future. Walaupun mereka satu kelas dari Form 1 hinggalah Form 3, tapi mereka tidak pernah menjadi kawan walaupun tempat duduk mereka hanyalah beza satu baris, sorang dihadapan dan seorang lagi dibelakang. Jangankan nak jadi kawan, bertegur pun tidak. Namun, de Past tidak putus asa dan terus berdoa supaya suatu hari nanti dia akan bersahabat dengan de Future yang agak pendiam. Ditakdirkan semasa Form 5 mereka berada dalam kelas yang sama, hari yang baru membawa harapan yang baru. Akhirnya pada pertengahan tahun persekolahan itu, mereka berkawan dan mula mengenali antara satu sama lain.

friends1

Selepas SPM, mereka menjadi semakin rapat dan persahabatan mereka semakin kukuh. Tidak sia-sia usaha de Past berdoa selama 4 tahun sebelumnya, kerana akhirnya mereka benar-benar menjadi sahabat. Jika insan seperti de Past sanggup bersabar demi mendapatkan de Future sebagai sahabat selama 4 tahun, mengapa kita harus mudah putus asa? Memang susah nak mendapatkan seorang sahabat yang betul-betul ikhlas, tapi mengapa tidak kita terlebih dahulu meinkhlaskan diri kita dalam persahabatan.

Begitulah the past ( peristiwa yang lalu ) boleh memberi pengajaran dan memimpin kita di masa depan ( the future ).

Jadi, janganlah pula kita sia-siakan sahabat kita. Nak dapat bukan senang. Sekian sahaja untuk first entri kali ni.

Post Navigation

%d bloggers like this: