Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “March, 2010”

Islamkan Breakdance

Pernah melihat remaja-remaja kita berpusing2 dengan kepala, kepala dibawah kaki di atas? dengan bermacam-macam lagi aksi yang menarik, hebat, cool, dan juga kadang-kadang agak bahaya. Macam gambar di atas tu.. haha..kalau orang yang tak biasa semestinya…

Eh..budak ni gila betul ke??

Aku rasa tu jawapan yang keluar dari mulut pakcik dan makcik umur 80-an..haha. Bukan apa, sekarang ni breakdance ni memang dah macam perkara biasa je bagi remaja kita di malaysia.  Aku sendiri pun kenal benda sejak dibangku sekolah lagi, dan sekarang aku dah graduate dari U dah pun.  Breakdance sebenarnya lebih dikenali sebagai B-Boy. Bendalah ni dikatakan mula tercipta pada tahun 1960-an, yang dicetuskan oleh masyarakat afrika-amerika dan juga amerika latin. Pada mulanya breakdance hanya dikenali sebagai tarian jalanan oleh budak-budak hingusan..jangan marah ye.. Namun, tarian ni kemudiannya menjadi salah satu tarian berprestige apabila kumpulan-kumpulan B-Boy mengadakan pertandingan sehinngakan peringkat dunia atau lebih dikenali sebagai Battle of the Year. Aku bukan arif sangat dengan breakdance ni, nak tahu dengan lebih lanjut sila klik disini dan juga disini.

Bagaimana aku kenali breakdance ?? Aku kenal sejak aku sekolah menengah, masa tu ada la kawan-kawan aku yang breaking time rehat kat bilik kosong di sekolah kitaorang. Aku masa tu memang tentang benda macam ni, maklum lah budaya barat la katakan..huhu. Lagi pula, budak sekolah agama dan aku ni plak jenis yang kira ‘alim la jgak ( perasan la plak). Jangan marah bro! masa tu aku masih mentah, akal pun tak dapat buat perbandingan dengan matang lagi.  So, sekarang ni aku support la B-Boyz ni? Tak juga, tapi boleh menerima kehadirannya dalam masyarakat Melayu dan Muslim. Untuk info, budaya breakdance hasil pengaruh sedikit sebanyak komik utopia yg baru puslish masa tu (dalam kes kawan aku tu la)

Masalahnya sekarang, apabila kita ini Muslim secara automatik kita terikat dengan enakmen kawalan hiburan yang ditetapkan oleh Islam.  Boleh ke breakdance ni? Aku bukan nak berhukum disini, cuma ini hanyalah pendapat peribadi aku.

Secara umumnya, Islam tidak pernah sekali-kali memusuhi hiburan. Allah yang mencipta kita dan dia tahu akan fitrah manusia yang sukakan bunyi-bunyian dan hiburan. Akan tetapi Islam datang sebagai kawalan supaya kita tidak leka dengan tujuan asal, utama dan lebih penting iaitu mengabdikan diri pada Allah dan tidak melampaui batas dalam berhibur.

Seni tari dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan musik. Gerakannya bisa dinikmati sendiri, merupakan ekspresi gagasan, emosi atau kisah. Dalam sejarah Islam terdapat perbedaan pendapat antara yang pro dengan yang kontra tentang seni tari. Seni tari pada permulaan Islam berbentuk sederhana dan hanya dilakukan oleh orang-orang yang datang dari luar jazīrah ‘Arab, seperti orang-orang Sudan, Ethiopia, dan lain-lain. Menari biasa dilakukan pada hari-hari gembira, seperti hari raya dan hari-hari gembira lainnya. – Abdul Rahman Al-Baghdadi, Seni dalam Pandangan Islam

Imām Ahmad dan Ibnu Hibbān juga meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Anas r.a. Beliau berkata (Lihat MUSNAD IMĀM AHMAD, Jilid III, hlm. 152; lihat juga Al-Qastallanī, IRSYĀD-US-SARI, SYARH-SHAHĪH BUKHĀRĪ, Jilid II, hlm. 204-205):

(كَانَتِ الْحَبَشَةُ يَزْفِنُوْنَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُوْلِ اللهِ (ص) وَ يَرْقُصُوْنَ وَ يَقُوْلُوْنَ: مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ)

“Orang-orang Habsyah (pada hari raya ‘Īd-ul-Adhhā) menari (dengan memainkan senjata mereka) di hadapan Rasūlullāh s.a.w. Banyak anak-anak berkumpul di sekitarnya karena ingin menonton tarian mereka. Orang-orang Habsyah bernyanyi (dengan sya‘ir): “MUHAMMAD ADALAH HAMBA YANG SHALEH….” (secara berulang-ulang).

Dalam kesempatan lain ‘Ā’isyah diijinkan Rasūlullāh s.a.w. untuk menyaksikan penari-penari Habsyah. Kemudian Imām Al-Ghazālī menyimpulkan bahwa menari bahwa menari itu hukumnya boleh pada saat-saat bahagia, seperti hari raya, pesta pernikahan, pulangnya seseorang ke kampung halamannya, saat walīmahan pernikāhan, ‘aqīqahan, lahirnya seorang bayi, atau pada waktu khitan, dan setelah seseorang hafal Al-Qur’ān. Semua ini hukumnya HARUS yang tujuannya untuk menampakkan rasa gembira. Tentang riwāyat Imām Bukhārī dan Imām Ahmad yang berkaitan dengan menarinya orang-orang Habsyah di hadapan Rasūlullāh s.a.w., Al-Qādhī ‘Iyādh berkata: “Ini merupakan dalīl yang paling kuat tentang bolehnya tarian sebab Rasūlullāh s.a.w. membiarkan mereka melakukannya, bahkan mendorong mereka untuk melanjutkan tariannya.”

Dan kalau kita lihat tentang hadis di atas, memang kita ketahui tarian pedang dikalangan masyarakat arab dan juga habsyah itu telah lama wujud sebelum kedatangan Islam. Jadi, dengan penerimaan Rasulullah terhadapnya menyebabkan tarian itu diIslamkan dengan menetapkan beberapa syarat iaitu lyric lagunya tidak melalaikan bahkan dapat menambahkan keimanan terhadap Allah, juga tarian itu semestinya tidak boleh berlaku percampuran antara lelaki dan wanita.

So, pada asasnya breakdance boleh dilihat sebagai tidak bercanggah dengan Islam. Bagi aku, breakdance harus melalui proses islamisasi supaya ianya menjadi satu aktiviti yang sihat dan tepat dengan syariat. Kalau kita perhatikan dalam bab percampuran lelaki dan wanita, tersangat jarang berlaku percampuran dan boleh dikatakan tiada. Cam dalam battle of the year 2009 yang diadakan di Volkswagen Halle, Braunschweig, German, semua pesertanya lelaki dari seluruh dunia.  Bahkan ada dari peserta tersebut beragama Islam termasuk jurulatihnya. Sebagai contoh, Crew Phase-T dari France yang terdiri daripada masyarakat afrika dan afrika utara, jurulatih mereka ialah Bro. Zubeir. Begitu juga crew Ubuntu dari South-Africa.

Pada pandangan aku, breakdance harus dibenarkan jika ada remaja Muslim dinegara kita mempraktikkannya (memang adapun). Kalau mereka nak buat pertandingan sekalipun, ia tidak menjadi masalah. Harus kita sedar seni tari bukan sekadar untuk hiburan, ia juga merupakan satu bentuk senaman yang menyihatkan dan menenangkan fikiran. Bab kata seorang peserta dari crew The Last One dari Korea : ” Dengan breakdance saya mampu menenangkan fikiran dari masalah yang dihadapi”. Itu orang bukan Islam, jika Muslim setentunya Solat merupakan jalan dan cara terbaik dan utama untuk mencari ketenangan hati dan fikiran.

Sebelum ni, aku pernah kata breakdance patut diislamisasikan. Bagaimana caranya ?

Ini pandangan dan cadangan aku la :

  1. Tidak berlaku percampuran dikalangan lelaki dan perempuan
  2. Dilakukan dalam waktu yang tidak menghalang kita daripada solat, kalau tak pun bila tiba time solat rest la skejap untuk solat.
  3. Music yang tidak merosakkan minda dan tidak bercanggah dengan Islam.
  4. Tidak melakukan aksi yang terlalu bahaya pada kesihatan ( jika melakukannya berisiko patah leher ke ape ke) . Kerana, apabila ia membahayakan nyawa maka ia tidak lagi halal untuk dilakukan.
  5. Untuk seterusnya..harap ustaz-ustaz mampu menyambungnya…

Itu cadangan aku supaya ianya selari dengan Islam. Walaupun masalah tarian dan muzik dalam linkungan khilafiyyat (perbezaan pendapat dikalangan ulama’), bagi aku sekiranya remaja kita (aku pun masih remaja lagi) nak buat benda ni, janganlah terus menghukumnya haram kerana ia bukan budaya Melayu. Selidiki dahulu dan buatlah pertimbangan dengan ilmu. Setakat ini belum ada lagi fatwa yang jelas di Malaysia yang membicarakan berkaitan breakdance, hiphop dan sebagainya. Kalau pasal black metal tu adala. Yang tu, haram tanpa khilaf.

Inilah sekadar pandangan peribadi aku, jika terang-terangan salah disisi Islam harap dapat ditegur.

Aku bukan pengamal breakdance, bukan peminat setia hiphop, rap dan bukan juga yang sejenis dengannya. Tapi aku rasa satu keperluan untuk membetulkan pandangan aku terhadapnya suatu ketika dulu. Pemikiran manusia berubah seiring dengan ilmu dan zaman.

,tak bersetuju dengan pandangan aku?? boleh tinggalkan komen, bagi alasan dan pandangan anda.


Advertisements

Cintakan Dunia ! Islam Dilupakan !

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Riwayat Abu Daud)

Hadis di atas jelas menggambarkan keadaan kita sebagai umat Islam masa kini. Umat Islam hari ini, “diserang” dari setiap penjuru dengan pelbagai cara. Bahkan, serangan musuh-musuh Islam bagaikan kabur pada pandangan umat Islam, begitu halusnya perancangan mereka. Salah satu punca umat Islam menghidap penyakit “rabun penglihatan” ini adalah kerana mereka tamak dan lalai dalam mengejar isi dunia, mereka terpesona dengan keindahan ni’mat dunia yang Allah ciptakan sebagai ujian bagi mereka. Apabila hati sudah terpesona, dunia dicintai, maka….kematian amatlah dibenci, kerana kematian adalah dinding antara mereka dengan dunia.

Dengan itu, adakah Islam menyuruh kita menjauhi dunia ? duduk berzikir di masjid semata-mata kerana menyangka rezeki itu ketetapan dari Allah? tanpa berusaha?? Realitinya tidak begitu, ni’mat dunia ibarat kelengkapan asas kita untuk hidup mengerjakan ibadah pada Sang Pencipta. Kerjakanlah urusan dunia dengan bersemangat sebagai manifestasi ibadah kita pada Allah.

Cukuplah saya riwayatkan satu kisah sebagai peringatan bersama…

Seorang pemuda bernama Faris sedang mencari gadis idamannya untuk dijadikan isterinya. Akhirnya dia menemui gadis yang memenuhi idaman hatinya. Cantik, menawan, dan solehah. Faris akhirnya meminta  ayahnya  menemaninya pergi melihat dan berjumpa dengan si gadis idaman, Jamilah dan juga keluarganya untuk urusan merisik.

Apabila sampai dirumah Jamilah, dia keluar menemui Faris dan ayahnya. Akhirnya Faris bertemu mata dengan Jamilah dan juga keluarganya. Ayah Faris sempat melihat wajah  Jamilah yang menjadi idaman anaknya. Setelah selesai perjumpaan mereka, ayahnya mengajak Faris keluar rumah gadis itu.

” Anakku ! Gadis itu tidak sesuai untuk mu ! dia sesuai untuk ayah.” kata si ayah pada Faris.

“Gadis tu terlalu cantik untuk mu, ianya hanya sesuai untuk ayah” ulang si ayah meyakinkan anaknya..hehe.

Mereka bertelingkah, atas sebab yang sangat ….anda boleh sambung ayat tu..haha. Sekarang, Faris mencintai Jamilah dan sudah pasti tidak sanggup mengorbankan cintanya untuk diberikan pada si ayah. Si ayah pula turut mencintai Jamilah dan sudah pasti inginkannya sebagai isteri, tambah pula ibu Faris sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Itulah cinta pandang pertama !

Apabila mereka berdua tidak mencapai kata sepakat, mereka berdua akhirnya membawa kes ini berjumpa hakim di mahkamah. Jadi, Hakim memanggil Jamilah ke mahkamah untuk menanyakan pendapatnya. Apabila Hakim melihat Jamilah, beliau jatuh cinta pada Jamilah. Maklumlah Hakim pun manusia, ada nafsu dan perasaan yang kadang-kadang susah nak control.

” Gadis ini tidak sesuai untuk mana-mana antara kamu, (baik si ayah dan juga Faris)” kata Hakim itu.

Kemudian beliau menyambung, “Gadis ini terlalu sempurna dan terlalu cantik untuk dinikahi oleh kamu berdua. Kenapa? kerana gadis ini hanya sesuai untukku.”

Tidak puas dengan keputusan Hakim itu, lalu mereka bertiga iaitu Faris, ayahnya, dan Hakim membawa kes ini untuk diputuskan oleh Sultan. Jamilah turut bersama-sama mereka mengadap Sultan. Apabila Sultan melihat Jamilah, baginda sedar mengapa mereka bertiga berebut untuk memiliki Jamilah . Kemudian baginda bertitah

” Tidak, Gadis ini hanya sesuai untuk Beta sahaja !”

Sekarang kes ini bertambah rumit, 4 orang lelaki berebut ingin memiliki seorang gadis. Jamilah sebenarnya seorang gadis yang pintar, ” Ok, saya akan adakan ujian (test) untuk mengetahui siapa antara kamu berempat yang layak menikahi saya.” kata Jamilah kepada Faris, ayahnya, Hakim dan Sultan.

” Saya akan berlari, dan kamu semua akan berlari disamping saya. Orang yang pertama dapat menangkap saya maka saya akan jadi isterinya.” sambung Jamilah lagi.

Mereka akhirnya berlari disamping Jamilah, kemudian dia hilang dari pandangan mereka berempat. Dia berlari dengan begitu pantas. Tiba-tiba mereka berempat terjumpa lubang yang besar, dalam dan gelap. Mereka melihat Jamilah berada didalam lubang itu sedang melihat kepada mereka berempat yang berada di atas.

“Aku adalah DUNIA dan ini adalah KUBUR kamu.” kata Jamilah (kecantikan Dunia) pada mereka.

Aku adalah Dunia dan ini adalah kubur kamu ! semuanya adalah metafora kepada kita yang terlalu sibuk mengejar dunia, kita menggunakan segala daya usaha untuk mendapatkan dunia sedangkan hanya sedikit sahaja tenaga dan usaha yang digunakan untuk agama kita, Islam. Ketika kita sihat dan lapang kita hanya berusaha sedikit sahaja untuk agama, sedangkan untuk Dunia?? setiap usaha, strategi, setiap temujanji kita penuhi, setiap pekerjaan baru mampu kita lakukan dan kita tidak pernah merasa bosan melakukan semua itu untuk mendapatkan kemewahan dunia yang dirasa sentiasa tidak cukup. Sebaliknya, apalah sangat usaha kita untuk memperjuangkan agama Allah, mempelajari ilmuNya, mempraktikkan sunnah RasulNya. Sedarkah kita akan semua ini?? sama-samalah kita berusaha menjulang Islam dalam apa jua cara sebagaimana kita mampu mengejar keni’matan dunia dengan perlbagai bentuk usaha. Jangan putus asa selagi Islam tidak memerintah dunia ini!

** Semua nama watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana yang hidup mahupun yang sudah mati.



Kewafatan Sheikh Al-Azhar Dr. Muhammad Sayyid Tantawi

Alfatihah…

Sheikh Al-Azhar telah meninggal dunia pagi ini 10 Mac 2010 / 25 Rabi’ul Awwal 1431  selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Antarabangsa Malik Faisal di Riyadh, Arab Saudi. Ulama’ besar dunia Islam yang kontroversi ini wafat pada usia 82 tahun. Beliau meninggal dunia ketika menaiki tangga kapal terbang untuk pulang ke Kaherah, Mesir setelah diserang sakit jantung ( BUKAN dari Kaherah menuju ke Arab Saudi seperti mana laporan Berita Harian ) kesilapan laporan Berita Harian mungkin disebabkan salah terjemah dari Arab ke Melayu.

Seperti mana yang anda sangkakan, akhbar Malaysia memang sengal. Berita kematian orang yg tiada kepentingan politik di Malaysia pun boleh silap apatah lagi jika keadaan sebaliknya.  Apa pun, itu hanya sampingan dari entri kali ini ( geram sangat dengan akhbar malaysia ni).

Sheikh Sayyid Tantawi telah dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar selama 14 tahun sehingga kewafatan beliau pada 10 Mac 2010.

Jenazah mulia Sheikh Tantawi ( rahimahullah) ini dikebumikan di perkuburan Baqi’ (sebelah Masjid Nabawi), Madinah, Saudi Arabia.  Pengkebumian jenazah Shaykh di perkuburan Baqi’ adalah hasil perbincangan pihak bertanggungjawab di Mesir dan Arab Saudi serta ahli keluarga Shaykh sendiri, sepangjang hayatnya beliau tidak pernah mewasiatkan supaya dikebumikan disitu, sesungguhnya ianya adalah ketentuan dari Allah.  Sebagai makluman, Sheikh Sayyid Tantawi adalah Ulama’ Islam Mesir yang pertama dikebumikan di Baqi’ selepas  Sheikh Dr. Muhammad Al-Ghazali.

Harus kita ketahui bahawa Perkuburan Baqi’ adalah tanah perkuburan yang dipilih oleh Rasulullah untuk orang Islam atas arahan Allah. Telah diriwayatkan satu hadis daripada Ibn Umar ( r.a ) katanya :

Rasulullah (S.A.W) bersabda : ” Aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari bumi ini, kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian datang pula Ahli Baqi’ ( mereka yang dikuburkan di Baqi’) maka berkumpul bersamaku, kemudian kelihatan pula Ahli Makkah kemudiannya berkumpul diantara 2 tanah haram ( Makkah & Madinah ) ” ~ Riwayat Tirmidhi 5/622, Ibn Hibban 15/324, Al-Hakim dan At-Tabaroni.

Merekalah antara orang yang terawal dibangkitkan selepas Rasulullah. Semoga Allah mencucuri rahmahnya ke atas ruh dan jasad Sheikh Sayyid Tantawi yang telah banyak berjasa pada dunia Islam hari ini dikala Islam dipandang hina. Kewafatan Sheikh bermakna telah hilanglah satu mutiara berharga dalam dunia Islam, dan telah berkuranglah ilmu dengan wafatnya ulama’. Semoga kita juga akan menempa perjalanan yang sama demi menjunjung kalimah tauhid

لا اله الا الله

Rahsia Solat Awal Waktu

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud (r.a) ada menyatakan :

Para sahabat bertanya : ” Apakah perbuatan yang paling afdal (utama) Ya Rasululllah ? “. Baginda bersabda : ” Solat pada awal waktunya”

Apa istimewanya solat pada awal waktu sehinggakan Rasulullah bersabda demikian? Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam,

alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Tempat Duduk Selamat didalam Pesawat

Anda suka melancong ?

Jika anda melancong dalam negara (dalam menyahut seruan kerajaan dalam kempen Cuti-cuti Malaysia) sudah pasti anda mempunyai pilihan jenis kenderaan yang akan digunakan untuk ke destinasi yang dituju. Baik kereta, kereta api, bas, kapal terbang dan juga bot. Ramai juga yang memilih kapal terbang kerana bagi mereka ianya  menjimatkan masa, selesa, dan paling penting selamat .

Namun, jika anda memilih lokasi pelancongan luar negara sudah pasti anda tiada pilihan yang lain melainkan kapal terbang. Lainlah kalau pergi melancong ke Singapura atau Thailand, jalan kaki pun boleh.  Bila cakap pasal kapal terbang, betul ke naik kapal terbang lebih selamat berbanding kenderaan lain?

Memanglah kalau nak kata tak de plak dengar kapal terbang berlanggar kat atas sana tiap-tiap hari macam kereta & bas susah juga la nak jumpa kan ?

Jawapannya….kapal terbang memang kenderaan yang PALING SELAMAT buat masa sekarang. Pelbagai faktor yang menjadikannya selamat tapi aku malas lah nak ulas dalam entri ni, panjang pula. Kalau tanya aku secara mudahnya mestilah aku jawab maintenance menjadikan faktor utama kapal tu selamat untuk terbang.

Tempat Duduk Paling Selamat

Ada orang tanya aku, kalau naik flight tempat duduk mana yang paling selamat ? aku sendiri pun pernah tanya soalan tu pada seorang aicraft maintenance engineer.

Sebenarnya bagi aku tiada tempat khusus dalam pesawat yang boleh dikategorikan lebih selamat dari bahagian lain. Cuma…ada kajian yang menunjukkan seat / tempat duduk di bahagian belakang lebih selamat, tak percaya ?

click for the larger view…haha…gambar di atas adalah hasil kajian Univesity of Greenwich, bukan aku main-main cakap.Kalau ikut  kajian tu, peratusan untuk hidup lebih tinggi di bahagian seat belakang , 5 baris diantara emegency exit selepas sayap dan sebelum tandas. So, sekarang ni macam mana? masih nak tempah Hot Seat dalam AirAsia? hehe..macam mana la orang yang jenis nak habiskan duit tempah 1st class la, macam2 la.  Bayar mahal untuk service stewards/stewardess, seat plak rupa-rupanya tempat yang paling tak selamat..haha. Except, masa perjalanan melebihi 3 jam boleh la tempah seat yang lebih selesa walaupun kedudukannya “dikajikan” sebagai kurang selamat.

Tak boleh kata macam tu juga sebenarnya, kajian tu berdasarkan jumlah dan bentuk kemalangan yang berlaku. Seorang engineer pernah bagi tau aku, seat dekat beam (cari sendiri dalam kamus aviation) tempat wing disambungkan adalah selamat sebab tempat tu yang paling kuat…itu kata engineer yang berdasarkan kekuatan. Well, kemalangan tak mengira tempat..nobody knows what will happen. Apa-apapun, sebagai Muslim kita mestilah berusaha mengelak kemalangan kemudian bertawakkal lah pada Allah.

Adakah Destinasi Anda Kawasan Kemalangan Udara ?

Ini pun berdasarkan kajian yang dibuat, aku tak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat. Nak tahu ? open your eyes and see……

Kalau tengok gambar tu, US adalah negara paling berisiko. So, tak perlu la pergi negara dajjal-kuffar-laknatullah tu kalau setakat nak melancong pergila ke negara-negara Islam, lain lah kalau pergi US atas urusan selain melancong dikira ok la kan. Kalau nak pergi US untuk menuntut ilmu, itu memang amat digalakkan.

Ada orang kata : ” Alah..kat atas sana (udara) bukannya sibuk cam kat jalan raya, mana ada nak excident cam kereta”

bagi mereka yang pernah melafazkan dialog di atas dan yang seumpama dengannya, maka anda perlu berfikir kembali…

sambil2 fikir tu, untuk kepastian akidah anda sila lihat video di bawah ni :

Ingat ! Segalanya ditangan Allah…kita perlu berusaha dan bertawakkal, Dia yang menentukan segala-galanya, usaha itu mesti !

Post Navigation

%d bloggers like this: