Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “June, 2010”

Tariq Ramadan in Kuala Lumpur on this July 2010

Tariq Ramadan will give his talk on 12 & 13 July 2010 at Kuala Lumpur, Malaysia

Wow! great events !

Again, Tariq Ramadan and again I have to thank to Bro. Hilman for giving me this information..hehe. As a Muslim in Malaysia I’m welcome his presence to feed us (Muslim & non-Muslim in Malaysia) with his great thought.

Although I’m not be able to attend his talk because of having my on-job-training at a helicopter company on that date, but I hope &  suggest my fellow friends (who are free at that time) to attend both event. I’m sure that you’ll get new zeal to develop yourself as Modern Muslim.

second event will be :

What I Believe

I write this post after 1 hour I received this great book from Bro. Hilman Sheffield, hand by hand. To Bro. Hilman, jazakallahu khairan jazaa’. I don’t know why I’m really excited having this book, but what I believe this book can give me a lateral view of Dr.Tariq Ramadan‘s thought (an Islamic thinker who I want to know his thought deeply). Besides, I believe this book can help me  facing some controversial issues throughout Islamic-western world and clash between both civilization.

What I Believe as stated in its introduction is a work of clarification for Ramadan’s thought, his ideas and opinion. “What I Believe” discuss some controversial issues like woman’s right in Islam, challenges for Muslim in the Western world and how they can adopted Islamic value into their western community. Also teach us how to deal with crisis between western and Islamic. After all, those thing still a preface for me, I think its not fair to judge the book without finish reading the book.

I like reading Tariq Ramadan’s writing and knowing his opinion. For me his thought can build a Bridge of Humanity between different people with their different faith as he always stated during his lectures, Islam is Peace. Peace is a common desire among us, so let’s make peace as our vision at the same time we also bringing Islam into our community.

10 Things You Should Know About Kelantanese

famous landmark in Kelantan

1. Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau – Melaka
Ulaq – Kedah
Ulor – Johor
Ular – Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…

My comment: I’m not very sure about this..hahaha, but it makes sense

2. Kelantanese don’t ‘Cakap Kelantan’

Cakap=Speak in Malay dictionary, but it became “Kechek” in Kelantanese Dialect.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’ (Kelantanese Dialect). Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina – tino (Ttee-nor)
berjalan – jale (Jjaa-ley)
bermain – maing (Mmaa-eng)
perbualan – buale (Bbua- ley)
pemerintahan – meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:

“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” – Tak usah buat
perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, ado che buleh duik Ghhayo” – Mari kita
pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency – Ghiya.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

My comment: for your info, the word “Ghiya” derived from Riyal, Saudi Arabia’s Currency.

4. Kelantanese and ‘Budu’

Budu is a name for Anchovy Sauce,in Malaysia only Kelantanese have this type of sauce in their daily menu. A kinda of appetizer.
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan.
(pergghh… budu ngan ulam raja)

My comment : I think if someone says he want to has Budu as his appetizer doesn’t mean he a Kelantanese but mostly you can recognize kelantanese by such desire la..

5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

My comment : Soft here means friendly and cheerful …haha


6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang
ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

My comment : hmm…absolutely YES! Kelantanese doesn’t have such a “crap” thing like any other state. In Marriage ceremony their tendencies more on religion not culture although Kelantan was known as Cradle of Malay Culture but not in this case.

7. Kelantanese and Nik Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat : Kelantan Mentri Besar (Chief Minister), also an Islamic scholar

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

My comment : why not? Kelantanese embraced Islam not only as their ritual religion but as a way of life, so its not a weird thing if Kelantanese proud to have an Islamic Scholar/ Ulama’ as a Chief Minister of the state. Otherwise, Nik Aziz was among Top 50 Most Influential Muslim in The World for 2009.

8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

– no comment –

9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

My comment : Wayang Kulit = Leather Puppet. What make it so special b’coz only Kelantan has this type of culture- heritage. Besides, you can find similarity between Kelantan and Indonesia (both have Wayang Kulit as one of their traditional intertainment) NOT between Malaysia and Indonesia although Kelantan is a part of Malaysia. For your info, nowadays you’ll find it hard to watch this traditional cinema b’coz it has contents which against Islamic value and has been banned by the state goverment, so that Kelantanese doesn’t have a problem to “forget” or even to remove this intertainment from their culture. But now this type of intertainment was being revolutionizing to be in-line with Islamic value. Religion First !

10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

(* 50 sen = samah, RM 1.50 = tiga amah)

mecok-ngaju/merajuk/maroh/mengerat __._,_._

My comment; what-so-ever..

***this article was copied & edited from http://4ain.blogspot.com

Rasulullah dan Pengemis Buta

Kisah ini bukan tulisan pemilik blog, hanya sekadar perkongsian.

Knowledge is about sharing!

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.” “Apakah itu?”, tanya Abu Bakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana,” kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, “Siapakah kamu?”

Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlak. Kalau pun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu…

source: msmonline.info

Selamat Datang Bulan Rejab اهلا وسهلا رجب المرحب

Assalamualaikum.. Selamat Datang Bulan Rajab!

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.– At-Taubah;36

Empat bulan haram yang dimaksudkan didalam ayat di atas ialah, tiga bulan berturut-turut Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram dan satu bulan lagi antara bulan Jumada Thani dan Syaaban iaitu Rajab sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah ketika khutbah haji wida’.  Kita disuruh memuliakan dan menghormati empat bulan haram ini, antara cara kita memuliakan bulan-bulan yang mulia ini ialah dengan berpuasa sunat. Namun tiada fadhilat khusus untuk puasa sunat pada bulan Rajab berbanding 3 bulan yang lain. Kedudukan bulan Rajab sama mulianya dengan Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram.

Aku taknak hurai pasal aktiviti-aktiviti masyarakat Malaysia yang begitu tertarik pada fadhilat-fadhilat bulan Rajab yang direka-reka. Ini bukan masanya untuk kita bergaduh pasal bidaah atau tidak, sahih atau tidak sesebuah hadis itu. Bagi aku, apa yang penting sekarang ialah kedatangan bulan Rajab ini menunjukkan kita semakin hampir dengan Sayyidus Shahr, bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan, Ramadan Al-Mubarak!

Jangan bila semakin hampir kita dengan Ramadan semakin banyak dosa kita himpunkan kerana perbuatan kita yang bergaduh pasal fadhilat bulan Rajab. Terus terang aku katakan disini, kamu yang bergaduh pasal fadhilat bulan Rajab adalah golongan BODOH. Sekarang adalah masanya kita mempertingkatkan amalan kita, mengkoreksi pekerjaan kita seharian adakah ianya akan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya?. Persiapkan diri kita untuk menemui Ramadan sebagaimana sebahagian besar Muslim Malaysia yang bersiap menyambut Eid-ul-Fitr. Bezanya, persiapan kita ini adalah persiapan yang lebih menjurus ke arah persiapan spiritual.

Sebagaimana seseorang menanti kekasihnya dengan mempersiapkan dirinya dengan kebersihan diri, haruman dan pakaian yang cantik begitu jugalah kita menyambut kedatangan Ramadan dengan kebersihan dan kemurnian jiwa, haruman keimanan dan pakaian ketaqwaan.

Inilah masanya kita memohon keampunan dan keredhaan Allah, sucikanlah diri kita untuk memasuki Ramadan. Moga langkah kita memasuki gerbang Ramadan diringi dengan ketenangan jiwa dan semangat yang berkobar-kobar untuk menggandakan ‘amal  ibadah pada bulan yang digandakan pahala untuk setiap ibadah. Mulakan langkah kita dengan meningkatkan interaksi kita dengan Kalamullah, Al-Qur’an. Kemudian susuli dengan puasa, qiyamullai, sedekah dan sebagainya.

Setelah kita mempersiapkan fizikal dan spiritual, maka bertawakkallah pada Allah dengan memohon bantuan-Nya dengan berdoa :

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ،

واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ،

وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

Ya Allah ! Berkatilah kami di bulan Rajab dan Syaaban, temukanlah kami dengan bulan Ramadan, dan kuatkanlah (tolonglah) kami untuk berpuasa, solat pada malam hari, menjaga tutur kata dan merendahkan pandangan kami. Dan janganlah engkau jadikan lapar dan dahaga sebagai manfaat puasa kami.

Itu hanya satu contoh doa yang boleh kita amalakn bersama bila tiba bulan Rajab walaupun status hadis mengenai doa tersebut dipertikaikan ulama’. Yang penting tiada salahnya kita berdoa!

Disamping mempertingkatkan ‘amal ibadah, kita sebagai Muslim seharusnya mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam Islam yang berlaku pada bulan Rajab ini antaranya :

  • Peristwa Isra’ dan Mi’raj (menurut sesetengah riwayat)
  • Perang Tabuk
  • Pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Salahuddin al-Ayyubi

Dengan mengingati (tak cukup dengan itu) dan menghayati serta mengambil iktibar dari peristiwa penting tersebut diharap dapat membangkitkan semangat kita mempraktikkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan juga membangkitkan gelombang jihad fi sabilillah dalam membebaskan kembali Masjid al-Aqsa dari cengkaman Zionis, generasi yakjuj dan makjuj.

Wallahu a’alam!

Kisah Abu Qudamah dengan Remaja Yang Hebat

Cerita ini aku pernah publish dalam blog lama aku pada 2008, ni kira edisi re-publish dengan update sikit gaya bahasa & info tambahan.Moga bermanfaat!

Saja nak berkongsi cerita, tak tau la best ke tak cerita ni tapi bagi aku yang mendengarnya dari mulut orang mmg rasa hebat sgt kisah ni. Alkisah macam biasa la jawatan kuasa surau kat kampus aku menganjurkan tazkirah bulanan yg disampaikan oleh penceramah jemputan. Tazkirah bulanan ni biasanya dibuat pada hari Rabu pukul 3.30 ptg sekali sbulan dan setentunya aku tak dapat mengikutinya sebab ada kelas. Tapi kali ni dibuatnya pada hari Jumaat dan mmg jadual aku kosong pada hari jumaat rasa cam duk kat Klate jah. Penceramahnya pula seorg yang aku agak minat la berdasarkan corak penulisannya ala Dr. ‘Aidh Al-Qarni, nampaknya aku berjodoh dengan penceramah ni.

Pada 23 Mei lepas, lps solat Jumaat aku pergilah ke dewan nk dengar tazkirah oleh Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri, pensyarah Syariah dkat USIM. Kebetulan aku baru je beli buku Hadis Modal Insan siri-2 tulisan Dr. Zul ni so, aku mintaklah autograf  dari nya hanya untuk dijadikan kenangan. Tengah-tengah dia berceramah tu….dia pun berceritalah kisah yang pernah dialami oleh seorang sahabat Rasulullah. Maka, berceritalah Dr.Zulkifli seperti berikut ( lbey kurang la )……….

Pada zaman Saiyyidina Uthman (r.a) menjadi khalifah terdapat seorang sahabat bernama Abu Qudamah dilantik menjadi Gabenor di salah satu wilayah Islam. Selepas beliau bersara dari jawatannya, beliau pulang ke Madinah. Satu hari beliau sedang bersembang dengan para sahabatnya didalam Masjid Nabawi, lalu para sahabatnya berkata “ Wahai Abu Qudamah, sepanjang engkau menjadi Gabenor, bolehkah engkau ceritakan kisah atau peristiwa ajaib yang pernah engkau lalui ketika berjihad ?”

Abu Qudamah bercerita….. “ Baiklah…semasa aku menjadi gabenor, aku pernah beberapa kali memimpin tentera Muslimin berperang. Satu kali tu aku memimpin tentera Muslimin berperang menentang tentera Rom di negeri Syam. Dalam perjalanan menuju medan perang, aku singgah di bandar Raqqah (sebuah kota di Syria berdekatan sungai Euphrate), disitu aku membeli seekor unta untuk mengangkut kelengkapan senjata dan aku berceramah kepada penduduk bandar itu dan tentera-tenteraku dengan seruan Jihad fi Sabilillah . Pada tengah malam itu, aku berada dirumahku. Tiba-tiba pintu rumah penginapanku diketuk dan aku melihat seorang wanita yang menutup mukanya berada diluar rumahku. Aku berkata “ Wahai wanita, ingatlah akan azab Allah terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk ” sangkaku wanita itu datang kerana berniat tidak elok padaku. Tetapi kata-kataku itu dijawab “ Tuan, aku datang bukan dengan tujuan yang jahat tetapi aku begitu terkesan dengan seruan jihad mu siang tadi. Suamiku dan saudaraku telahpun syahid mempertahankan agama Allah. Sekiranya aku ikut berperang sudah tentu engkau tidak akan mengizinkan aku. Oleh itu, aku mencukur kepala ku dan rambut ku ini aku jalinkan menjadi tali. Nah , ambillah tali ini dan gunakannya sebagai tali kudamu. Walaupun aku tidak sertai perang, biarlah tali ini mengikuti mu semasa berperang menegakkan agama Allah. Aku harap bila Allah melihat tali ini bersamamu berjihad Dia akan mengampuni dosaku” **Kemudian wanita itu beredar tanpa memperkenalkan siapa dirinya. Demi Allah, aku begitu kagum dengan semangat dan kegigihannya untuk turut sama berjihad serta kerinduannya untuk mendapat keampunan dan syurga dari Allah.

Keesokannya tibalah hari untuk kami bertolak ke medan jihad, saat kami melewati kubu Maslamah Bin Abdul Malik aku memeriksa barisan setiap batalion di bawah pimpinan ku. Semasa aku memeriksa barisan tentera, ada seorang tentera yang menutup mukanya dengan kain selendang. Aku menyuruhnya membuka kain yang menutupi mukanya untuk memastikan dia layak untuk berjihad namun dia enggan dan berkata “ Sekiranya tuan melihat ku nescaya tuan tidak akan membenarkan aku ikut serta berperang.” Aku mengatakan yang aku akan mengizinkannya berperang walaupun setelah melihat wajahnya. Kemudian dia membuka kain selendang itu dan alangkah terkejutnya aku melihat seorang budak lelaki remaja dalam lingkungan umur 15 tahun berada dihadapanku dan semestinya terlalu muda untuk pergi berperang. Wajah remaja itu sangat putih, bercahaya bak bulan purnama dan tampan. Aku berkata “Sebelum itu, siapakah orang tua mu ?” dia menjawab “ Ayah ku telah mati syahid”lalu ku tanya pula “Bagaimana dengan ibumu? Adakah dia masih ada?”dia menjawab “Ya, dia masih ada” lalu aku berkata padanya “Kembalilah pada ibumu dan jagalah dia elok-elok kerana syurga dibawah telapak kaki ibu”lalu dia berkata “Tuan tidak kenal ibuku? ibuku adalah wanita yang memberikan tali kepada tuan semalam untuk dijadikan tali kuda tuan itu. Ibuku juga berpesan : Wahai anakku apabila kamu berhadapan dengan musuh janganlah kamu lari, berikanlah jiwa mu pada Allah. Mintalah kedudukan disisiNya dan bersama-sama ayah dan saudara-saudara mu. Jika kamu syahid maka mintalah syafaat bagiku. Dia akan bersedih sekiranya aku kembali ke pangkuannya selepas perang. Aku seorang yang hafiz Al-Quran, pandai bermain kuda dan memanah. Maka izinkanlah aku ikut berperang.” Maka aku mengizinkan remaja tersebut ikut serta. Lalu bergeraklah aku dan tentera-tenteraku menuju ke medan jihad.

Setelah separuh perjalanan menuju medan jihad kami lalui, kami berhenti rehat di satu kawasan di sempadan negara Syam ( tempat tersebut sekarang ni menjadi sempadan antara negara Iraq dengan Syria ). Ketika itu kami berpuasa, sebagai seorang remaja yang rajin, dia menawarkan dirinya untuk memasak makanan untuk berbuka kepada tentera Muslimin. Setelah sekian lama menunggu tetapi makanan masih belum siap sedangkan para tentera berada dalam kelaparan. Aku berasa hairan dan menuju ke tempat memasak, apabila sampai aku melihat remaja tersebut tidur keletihan bersebelahan dapur memasak ( sebagai orang tua yang memahami keadaan, Abu Qudamah tidak mengejutkan remaja tersebut ). Aku biarkan remaja tersebut lalu meneruskan kerja-kerja memasak yang masih belum selesai. Sambil aku memasak aku melihat remaja itu yang sedang tidur tersenyum gembira, sungguh tenang melihat wajahnya lalu aku terus memasak. Tiba-tiba, remaja tersebut sedar dari tidurnya dan segera meminta maaf dari ku kerana cuai dalam menjalankan tugasnya. Lalu aku katakan padanya “ Ceritakanlah padaku apakah yang membuatkanmu begitu tersenyum semasa tidur tadi.” “ Tiada pentingnya tuan mengetahui akan mimpiku tadi” jawab remaja itu. “ Kalau begitu aku tidak akan memaafkan kecuaian mu.” kataku. Lalu remaja tersebut menceritakan mimpinya “ Ketika aku tidur tadi aku bermimpi mimpi yang sangat pelik, aku bermimpi aku memasuki satu taman hijau, ada sungai yang mengalir, pokok-pokok rendang dipenuhi buah yang masak ranum sedia untuk dimakan. Kemudian aku melihat terdapat satu istana yang dindingnya diperbuat dari perak, atapnya bertatahkan permata dan mutiara, pintunya daripada emas dan padanya langsir jarang yang mengurai panjang bila diselak tabir itu di sana terdapat bidadari-bidadari yang cantik wajahnya bak bulan purnama kemudian aku pergi berjumpa dengan mereka Lalu aku bertanya adakah kamu ‘Ain al-Mardhiyyah (bidadari)? mereka menjawab Tidak !! kami ini hanyalah khadam kepada bidadari tuan. Aku dibawa masuk kedalam satu istana yang sangat indah, didalamnya terdapat sebuah katil yang besar…bertiangkan emas dan dilitupi kelambu dan hamparan hijau berkilauan. Katil tersebut dikelilingi khadam-khadam yang tersangat cantik. Lalu aku menghampiri katil itu dan keluarlah bidadari yang wajahnya lebih cantik daripada perempuan-perempuan disisinya datang berdepan dengan ku lalu dia berkata : Hai wali Allah dan kekasih-Nya, Mulai hari ini aku untukmu dan kamu untukku. Kemudian aku mendekatinya untuk menyentuhnya tetapi bidadari itu mengelak dan aku hairan lalu dia berkata : Wahai kekasih hatiku, semoga Allah menjauhkanmu dari perbuatan keji, urusanmu didunia masih sedikit tersisa untuk diselesaikan, esok selepas zohor kita akan berjumpa. Setelah itu aku pun terjaga.” Setelah aku mendengar ceritanya itu, aku tersenyum dan tahu bahawa remaja tersebut adalah calon pilihan Allah yang bakal syahid dimedan jihad nanti. Aku berkata padanya “ InshaAllah mimpimu itu adalah petanda baik”, lalu kami pun sama-sama menikmati makanan berbuka puasa.

Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke medan jihad. Apabila samapai dimedan perang, komando perang pun menyusun kedudukan tentera dan meniup semangat jihad dengan membaca ayat :

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah..” – at-Taubah;41.

Kemudian berlakulah pertempuran yang sengit antara tentera-tentera Muslimin dan Rom. Aku sempat memerhati pergerakan pemuda itu, aku melihat dia di barisan paling depan lalu aku mengejarnya dan berkata padanya : “ Hai anakku, berundurlah kerana kamu masih mentah akan selok belok perang” kemudian dia membalas “ Ya ‘Ammu (pakcik) tidakkah pakcik dengar firman Allah :

“Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka(mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sesungguhnya orang itu kembali membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembvalinya itu.”(QS. Al-Anfaal: 15-16) adakah pakcik mahu saya membelakangi mereka lalu dimasukkan kedalam neraka?”

Aku kagum dengan semangatnya kemudian aku cuba memujuknya “Wahai anakku, ayat itu maksudnya bukan seperti yang engkau katakan.” Namun dia tetap berkeras. Bertempurlah kami melawan musuh, banyak tentera Muslimin syahid, darah bersembur keluar menyimbah bumi, kepala-kepala syuhada’ bergolek jatuh menyembah bumi. Muka-muka mereka yang syahid tidak dapat dicam lagi akibat tetakan pedang dan berlumuran dengan darah.

Peperangan itu berterusan sengit sehinggalah masuk waktu zohor, alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Islam. Setelah tamat perang masing-masing mencari rakan dan taulan yang terkorban, aku teringatkan remaja tersebut lalu mencarinya. Lalu kedengaran suara berteriak, “Panggil pakcikku Abu Qudamah!” Aku menuju kearah empunya suara sedang aku tidak dapat mengecam siapakah dia kerana mukanya penuh berlumuran darah dan badannya dipenuhi tikaman pedang dan mulutnya mengalirkan darah yang banyak apabila diamati barulah aku sedar dia adalah pemuda tadi, lalu aku berkata “Akulah Abu Qudamah” dan aku mengangkat kepalanya dan membaringkannya di atas peha ku. Kemudian remaja itu berkata “ Tuan, letakkanlah kepalaku ini di atas tanah supaya pipiku ini dapat merasakan tanah untuk kali terakhir sebelum menghadap Allah.” Aku tunaikan permintaannya, kemudian dia berwasiat kepada ku “ Tuan, aku ingin berwasiat kepada mu. Apabila tuan pulang nanti berjumpalah dengan ibu ku dan katakan padanya aku telah syahid, ibu ku pasti tidak percaya. Oleh itu, tuan ambillah bajuku yang berlumuran darah ini tunjukkan padanya sebagai bukti. Selepas itu, katakanlah kepada adik perempuanku yang berumur 9 tahun bahawa abangnya berada dalam jagaan Allah.” Seusai berwasiat, remaja tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir menghadap Allah. Aku mengebumikan jenazahnya dan bajunya aku ambil serta simpan dalam bekas.

Apabila kami sampai di kota, seperti biasa para penduduk kota akan berasak-asak dipintu kota menyambut kemenangan kami dan mencari sanak-saudara yang masih hidup. Ibu kepada remaja tadi juga mencari-cari anaknya tapi tidak ditemui, ditanya akan tentera-tentera yang pulang itu, seorang pun tidak mengenali anaknya itu lalu pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja memasuki pintu kota, aku teringatkan wasiat remaja tadi padaku. Aku segera mencari rumah remaja tersebut dan menemuinya, terdapat seorang budak perempuan kecil sedang menunggu diluar rumah. Dia lantas bertanya “pakcik datang dari mana?” “dari medan jihad”jelasku “kalau begitu abangku bersamamu?” tanpa menjawab soalannya tadi lalu aku memintanya memanggil ibunya keluar Aku berhenti dan meminta anak kecil itu memanggil ibunya. Anak itu masuk memanggil ibunya keluar dengan menutup mukanya lalu berkata “ Kedatangan tuan ini ingin memberikan ucapan tahniah atau takziah kepadaku ?” tanya wanita tersebut kepadaku. “ Bolehkah puan memberitahuku apakah maksudnya tahniah dan apa maksudnya takziah ?” tanyaku kembali padanya. “ Tahniah sekiranya anakku telah syahid dan takziah sekiranya anakku masih hidup.”jawabnya. “ Kalau begitu aku ucapkan tahniah kepada puan.”kataku. Tetapi wanita itu tidak percaya seperti mana anaknya memberitahuku sebelum ini, lalu aku tunjukkan padanya baju anaknya. “Allahu Akbar!” laung wanita itu dengan kegembiraan. Anak perempuannya yang masih kecil yang berada dipintu rumahnya turut melihat baju abangnya yang berlumuran darah, faham bahawa abangnya telah syahid berteriak “Akhi! Akhi!” lalu jatuh rebah ke tanah ibunya bergegas mengambil air sedang aku memangku anaknya yang nafasnya semakin lemah, dia tidak mengeluh memanggil abangnya lagi kerana dia sedang nazak lalu perlahan-lahan menghembuskan nafasnya meninggalkan dunia yang fana’ ini, aku tidak sempat memberitahunya wasiat abangnya.

Sebagai seorang wanita yang berjiwa kental serta mempunyai pemikiran yang hebat, dia tidak sedikitpun menangisi kematian anak perempuannya itu. Dia keluar dari rumahnya mendukung anak perempuannya yang telah meninggal itu masuk kedalam rumah, aku yang masih berada diluar rumahnya hanya mampu melihat saja. Kemudian aku mendengar suara wanita itu dari luar rumahnya “ Ya Allah, aku telah memberikan suamiku, saudaraku kepadaMu dan kini anak-anakku. Maka, terimalah mereka semua Ya Allah.” Setelah mendengar kata-kata itu, aku menunggu untuk mendengar kata-kata seterusnya tetapi suasana terus senyap. Itulah peristiwa yang aku angggap ajaib yang aku pernah lalui sepanjang hidupku.” Kata Abu Qudamah menamatkan ceritanya kepada sahabat-sahabatnya. Begitulah ceritanya, mula-mula aku dengar cerita ni memang terasa nak menitiskan air mata. Bilakah aku akan tergolong dikalangan remaja yang hebat dalam kisah tersebut. Setidak-tidaknya, biarlah aku berpeluang berkawan atau paling tidakpun sekadar berjumpa dengan remaja yang mempunyai sifat seperti remaja tersebut. Itulah ceritanya setakat yang aku ingat dan yang aku sempat record guna handphone je.

** Ibnu Qayyim al-Jauzi dalam komentarnya berkata: “Wanita ini berniat baik namun dia keliru atau tidak faham akan caranya memotong rambutnya itu dan diberikan kpd Abu Qudamah adalah terlarang (kerana rambut adalah aurat wanita). Oleh itu dalam hal ini, kita berpegang pada niatnya yang baik itu”

untuk kisah2 lain sila click pada Learn From Stories

Sikorsky X2 : Latest Technology of Helicopter

2 years ago, on June 2008…..


Helicopter development is hampered by the fact that for so long it has been a zero sum game, with designers only able to improve forward speed at the expense of hovering ability and low speed control, and vice versa. This, combined with other inherent design restrictions, has kept the top cruise speed for conventional helicopters at roughly 150—170 knots. Looking to overcome these limitations, Sikorsky Aircraft Corp. is working on a coaxial design aimed at realizing a cruising speed of 250 knots. First announced in 2005 and having recently achieved a major ground-testing milestone, the X2 is a scalable technology demonstrator that can hover, land vertically, manoeuvre at low speeds, and transition seamlessly from hovering to forward flight. In the words of Sikorsky’s president, Jeffrey Pino, it could prove to be a real ‘game changer’ for the industry.

Coaxial helicopters incorporate a second rotor above the body of the aircraft, eliminating the angular momentum and dissymmetry of lift caused by having only one rotor. This allows the helicopter to achieve faster speeds with greater efficiency, and without having to compromise hovering ability. Sikorsky is very optimistic about the technology’s scalability, claiming it can be effectively used on anything from Class IV UAVs to high-speed joint heavy lift transports with a 25-ton internal load.

Both rotors on the X2 Technology Demonstrator have four blades, and are powered by a LHTEC T800 turboshaft, which also drives a six-bladed pusher propeller on the rear of the model. The craft is expected to travel as fast as 256 knots, has a range of 1300km and a take-off weight of 3600kg.

The X2 demonstrator will incorporate new rotor blade designs with high lift-to-drag ratio, a fly-by-wire system with advanced flight control laws, transmissions with greater horsepower to weight performance, and active vibration control. The X2 also contains an automatic system that strops the rotor blades from exceeding the speed of sound and shattering from the airflow – a necessary precaution for a helicopter traveling faster than 210 knots.

The recent blades-on ground testing milestone brought the craft within “arm’s reach” of its maiden voyage. “The entire X2 TECHNOLOGY Demonstrator Program Team is extremely pleased that we continue to move our experimental program closer and closer to first flight,” said James Kagdis, Program Manager, Advanced Programs. ”We anticipate that reaching this particular milestone, as with those yet to come, will continue to pique the interest of our military, commercial and international customers regarding the potential that X2 TECHNOLOGY could have on their diverse missions around the globe.”

The proof of concept technology demonstrator is scheduled to fly later this year.

and NOW!, 2 years later on June 2010…..


Sikorsky Aircraft’s goal of producing the fastest helicopter ever built has taken another step towards becoming a reality. Its coaxial X2 Technology demonstrator has achieved a speed of 181 knots (208 mph) in a test flight – faster than the 160-170 knot speeds generally possible with conventional helicopters and edging closer to the eventual aim of delivering 250 knot (288 mph) cruising speeds.

As we’ve reported previously, the X2 demonstrator combines an integrated suite of technologies intended to advance the state-of-the-art, counter-rotating coaxial rotor helicopter. These include fly-by-wire flight controls, counter-rotating rigid rotor blades, hub drag reduction, active vibration control and an integrated auxiliary propulsion system.

After the latest test flight Jim Kaglis, Program Manager, Sikorsky Advanced Programs for Sikorsky, said, “the X2 Technology demonstrator today exceeded average helicopter speeds of a conventional helicopter, generally 160-170 knots.”

“The demonstrator is proving out the technologies very well, from the active vibration control system to the fly-by-wire controls. There are no show stoppers here so far, and now the program turns a corner, as this completes phase three of four. We are flying forward to the 250-knot cruise speed,” Kaglis added.

Naturally speed isn’t the only feature Sikorsky is aiming for with its new helicopter technology. Attributes such as excellent low-speed handling, efficient hovering, and a seamless and simple transition to high speed are also desirable, and are all things that were successfully demonstrated on previous test flights.

In case you were wondering, the record of the world’s fasdest helicopter has been held for over 20 years by the British built Westland Lynx ZB-500, which reached 249.1 miles per hour (400.8 kmh) at a European air show in 1986.

source : www.gizmag.com

Mengenang Teungku Hasan di Tiro : Mujahid Agung Nusantara

Disamping kesedihan kita terhadap apa yang berlaku pada Mavi Marmara, kapal kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang ditindas kejam oleh Israel Laknatullah. Hari ini kita dikejutkan pula dengan kematian seorang ulama’ dan juga pejuang Islam yang cukup hebat!

Siapa beliau?

Nama : Hasan Muhammad Di Tiro
Lahir : 25 September 1925, di Tanjong Bungong, Pidie
Ayah : Tgk. Muhammad Hasan
Ibu : Pocut Fatimah
Pendidikan : – Madrasah Blang Paseh, dibawah asuhan Tgk. Daud Beureueh
– Normal School di Bireuen
– Universitas Islam Indonesia, Fakultas Hukum
– Program Doktor Ilmu Hukum Int’l, University of Columbia, AS
Karier : – Staf PM. Syafrudin Prawiranegara (1949 – 1951)
– Perwakilan Indonesia di PBB (1951 – 1954)
– Menlu NII Aceh dan Wakil Tetap NII Aceh di PBB (1954-1963)
Isteri : Karim Di Tiro

Beliau ialah Teungku Hasan di Tiro, pengasas Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang sangat gigih dan tabah dalam usaha memerdekakan Aceh. Untuk apa? untuk menegakkan sebuah negara Islam merdeka yang menjalankan Syariah Islamiyyah. Aku pernah mendengar nama beliau sebelum ini, mungkin ketika memuncaknya konflik di Aceh beberapa tahun lalu. Setelah aku bermusafir ke Aceh pada 16 Mei 2010 yang lepas barulah aku betul-betul  “diperkenalkan” dengan perjuangan beliau. Namun, perkenalan ini tidak lama, hanya setelah 2 minggu aku meninggalkan bumi Aceh Darussalam beliau menghadap penciptanya, Allah ‘Azza WaJalla.

Beliau meninggal sekitar jam 1215 siang hari tadi waktu Aceh (1315, waktu malaysia) di Hospital Zainal Abidin, Banda Aceh pada usia 85 tahun pada 3 Jun 2010.  Semoga Allah memberkahinya serta mencucuri rahmat-Nya ke atas pejuang Islam & Bangsa yang hebat ini. Walaupun Aceh tidak mencapai kemerdekaannya namun sekurang-kurangnya Aceh dapat berehat daripada sengsara perang puluhan tahun lamanya. Aku belum sempat lagi membaca sepenuhnya sejarah hidup tokoh hebat ini. Oleh itu, aku copy satu artikel berkenaan beliau untuk kita mengenali tokoh ini secara kasar. Sebelum itu, hadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Teungku Muhammad Hasan di Tiro.

Artikel ini baru saja ditulis oleh Dr.Munawar A. Djalil, M.A. pada 2 Jun 2010. (sehari sebelum Tgk.Hasan diTiro meninggal)

DALAM catatan sejarah Aceh, Teungku Hasan Tiro adalah salah satu tokoh politik Aceh terakhir setelah Allahuyarham Teungku Muhammad Daud Beureueh. Sejak tahun 1985 dia hidup dan tinggal di perkampungan Aceh di Kota Nodsborg, 20 km di selatan Stockholm Swedia. Teungku Hasan Di Tiro bernama lengkap Hasan Bin Leube Muhammad dilahirkan pada 25 September 1925 di Kampung Tanjong Bungong, Lamlo, Kecamatan Kota Bakti Kabupaten Pidie.

Ayahnya bernama Leube (lebai) Muhammad dan Ibundanya bernama Pocut Fatimah Binti Mahyiddin Binti Teungku Syekh Muhammad Saman Binti Syeikh Teungku Abdullah. Secara silsilah keluarga, hubungan Teungku Hasan dan Teungku Chik Di Tiro Muhammad Saman hanya berdasarkan dari garis keturunan sebelah pihak perempuan saja, maksudnya Teungku Hasan Tiro masih sebagai cucu daripada Teungku Chik Di Tiro, walaupun dari keturunan ibundanya.

Teungku Chik Di Tiro berasal dari keluarga ulama Tiro dan juga  keluarga pejuang, sehingga darah ulama dan darah pejuang menjadi turun temurun kepada anak-anak bahkan hingga ke anak cucunya sekalipun. Sebenarnya agamalah yang sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan keluarga Teungku Chik Di Tiro hingga dapat  menyebarkan semangat jihad bukan hanya pada keluarganya saja, akan tetapi sanggup membangun sebuah prinsip umum tentang pentingnya jihad untuk menegakkan kebenaran. Sehingga C. Snouck Hurgronje dalam bukunya, “The Acehnese”, menyatakan bahwa Teungku Chik Di Tiro Muhammad Saman adalah sebagai seorang pemimpin perang suci  (holy war) hingga akhir hayatnya, seorang pemimpin besar Aceh, dan bahkan seorang pemimpin ulama pembaharuan.

Bagaimanapun juga keluarga di Tiro disamping sebagai ulama juga sebagai pejuang Aceh. Mereka sangat berperan dalam perjuangan melawan Belanda. Dari Teungku Syik Muhammad Saman sampai anaknya yang terakhir Teungku Muaz (Syahid 3 Desember 1911) terus menerus berjuang di jalan Allah. Atas dasar semangat inilah sangat wajar kalau “Wali Nanggroe” Teungku Hasan Tiro menyebut dirinya sebagai turunan pejuang dari keluarga Tiro dengan mendeklarasikan Gerakan Aceh Merdeka 4 Desember 1976 sebagai kelanjutan perjuangan setelah vakum selama 65 tahun.

Syahdan, Teungku Hasan Tiro sebagaimana yang dikemukakan oleh banyak tokoh-tokoh politik dan sahabat karibnya bahwa Hasan Tiro adalah seorang yang mempunyai otak cemerlang karenanya setelah selesai pendidikan di Amerika tingkat S3 (doktor) dia menjadi pegawai tetap di Kementerian Penerangan Indonesia di PBB.

Menurut Cornelis Van Dijk, seorang pakar sejarah asal Rotterdam, Belanda, dan dia juga merupakan seorang peneliti di sebuah pustaka yang menyimpan seluruh dokumentasi kehidupan rakyat Indonesia masa penjajahan yaitu KITLV (Koninklijk Instituut voor Taal Landen Volkenkunde) dan peneliti pada Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Carribean Studies, sejak 1968.

Tgk Hasan di Tiro ; mujahid yang digeruni kawan dan lawan

Dia berpendapat bahwa Teungku Hasan Tiro sebagai seorang yang mempunyai daya intelektual yang tinggi, berpendidikan yang baik, dan mempunyai kombinasi ilmu politik dan hukum yang jarang terdapat pada kebanyakan orang. Di samping kecemerlangan otaknya, Teungku Hasan Tiro juga punya sifat kemandirian yang tinggi. Sifat khusus yang dimiliki Teungku Hasan Tiro pernah disinggung oleh seorang kolumnis Richard C. Paddock dalam harian Los Anggeles Times (30 Juni 2003), dia menulis akan kekaguman terhadap Teungku Hasan Di Tiro dengan kekhususan sifat yang dimilikinya. Berjuang di hutan belantara Aceh dan meninggalkan kemewahan hidup yang sudah didapatkannya di New York, AS.

Dalam buku yang ditulis Teungku Hasan Tiro 1981 “The Price of Freedom: The Unfinished Diary”. Buku ini memaktubkan kisah hariannya ketika berada di Aceh dari 4 September 1976 hingga 29 Maret 1979. Buku ini penuh dengan semangat hidup yang tak pernah pudar dari Teungku Hasan Di Tiro. Dalam pengantar buku itu dia menulis: “Saya punya istri yang cantik dan seorang bocah kecil yang sangat tampan. Saya juga sedang memasuki tahap tersukses dalam bisnis. Saya punya kontrak bisnis dengan para pengusaha dunia dan telah masuk dalam lingkaran pemerintahan dunia, seperti AS, Eropa, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara kecuali Indonesia. Dari catatan itu seolah-olah beliau menggambarkan bahwa demi “tanoh endatu” dia rela mengorbankan itu semua.

Disamping itu buku setebal 226 halaman ini menulis beberapa catatan sejarah bahwa Indonesia merupakan satu wilayah di permukaan bumi ini yang panjangnya sama antara Moskow dan Lisabon, dan lebarnya sama antara Roma dan Oslo dengan penduduk lebih dari 185 juta jiwa, yang terdiri dari berbagai bangsa, bahasa, budaya yang sama banyaknya seperti terdapat di benua Eropa, yang luasnya sama dengan wilayah di peta dunia yang disebut Indonesia itu. Maka sangat bodoh, bila kita berbicara perkara “Nasionalisme Eropa”, demikian juga dengan “Nasionalisme Indonesia” yang keberadaannya yang tidak pernah mengerti tentang sejarah, budaya dan geopolitik dari dunia Melayu.

Namun yang menarik dalam beberapa catatan tentang Teungku Hasan Tiro adalah–Untuk “membebaskan Aceh”–dia rela meninggalkan keluarganya dan segala kemewahan hidup. Teungku Hasan Tiro juga mengakui dalam bukunya tersebut bahwa hal yang sangat berat dalam hidupnya adalah ketika harus meninggalkan keluarga yang sangat dicintainya. Dia meninggalkan bocah semata wayang yang saat itu baru berusia 6 tahun.

Teungku Hasan Tiro sempat mencatat lagi “saya akan merasa gagal jika tidak mampu mewujudkan hal ini, harta dan kekuasaan bukanlah tujuan hidup saya dan bukan pula tujuan perjuangan ini. Saya hanya ingin rakyat Aceh makmur sejahtera dan bisa mengatur dirinya sendiri.” (The Price of Freedom:The Unifinished of Diary (1981) h. 140).

Sujud syukur sebaik saja mendarat di Bandara Sultan Iskandar Muda, Aceh

Teungku Hasan Tiro telah pulang ke “tanoh endatu” untuk kedua kalinya setelah Oktober 2008 lalu. Kepulangan kali ini sebenarnya hanya untuk tujuan bersilaturrahmi dengan seluruh masyarakat Aceh karena selama puluhan tahun beliau mengasingkan diri di luar negeri dan sekaligus ingin melihat hasil perjuangan yang telah lama dirintisnya. Nampaknya perjuangan “Wali Nanggroe” selama 30 tahun telah berbuah hasil dengan lahirnya MoU Helsinki dan peraturan organik UUPA 2006. Namun yang sangat ironi cita-cita perjuangan “Wali” untuk memakmurkan rakyat belum sepenuhnya tercapai, kemakmuran itu baru dirasakan oleh “segelintir” orang saja yang punya andil dalam perjuangan dan kaum oportunis–kelompok ini kata endatu adalah “yang gabuk-gabuk cok si-hah yang bagah-bagah cok si-deupa”.

Kini sang “Deklarator GAM” sedang terbaring sakit di RSU-ZA Banda Aceh. Sebagai muslim mari sama-sama berdoa, semoga Allah Swt menyembuhkan penyakit saudara kita. Ya Jabir Kullu Maksur, Wahai penyembuh segala kesakitan, berikan kesehatan kembali kepada orang tua kami Teungku Hasan Muhammad Di Tiro. Amien.

Why ReLiGion sTilL MatTers

Why Religion Still Matters, actually is a program  or event that will be organized by Zaytuna College on this 27th June 2010. For those who are interested may click this link www.zaytunacollege.org

But, the intro’s video give a such nice word from Imam Tahir Anwar whose words really suit with my fikrah as you can read on the Author page of this site.

Just to share….

hope you have the common words in your mind.

Post Navigation

%d bloggers like this: