Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Hormat Sufi Respek Wahabi

Kali ini aku ingin berkongsi beberapa kisah benar , dengan ini insya Allah pendirian aku akan bertambah kukuh bagi diri aku dan jelas bagi kawan2 aku. Sebenarnya aku benci bincang pasal ni, tak habis2 nak gaduh.

Alkisah…

Aku pergi ke KLIBF 2011 yg lepas pada hari ketiga berlangsungnya bookfair tersebut. Pergi dengan abang dan juga kak ipar aku. Kami masuk ke dewan Tun Razak yang menempatkan berpuluh-puluh booth pameran dari pelbagai syarikat penerbitan. Mula-mula masuk tu, aku “terlekat” dekat booth ITNM dan kebetulan ada program bual bicara dan kak ipar aku juga ada urusan disitu. Aku tak berapa berminat lalu aku mengembara sorang-sorang..hehe.

Oleh kerana status kewangan aku tak stabil, tengok buku telan air liur je la. Aku hanya focus pada buku yang dalam wishing list aku je la, buku tulisan Tariq Ramadan. Setelah berpuluh-puluh booth aku jelajah tiada satu pun yang menjual karya Tariq Ramadan, aku kemudian nampak sebuah booth yang semuanya buku-buku agama dalam bahasa English.

“harap-harap ada kat sini”  bisik hatiku meyakinkan diriku supaya tidak berputus asa.

Semua buku-buku di booth ini ditulis & ada juga yang diterjemahkan ke bahasa English hasil karya ulama’-ulama’ yang majoritinya dari Saudi Arabia, juga dijual CD ceramah ulama’ dari sana. Tengah duk cari buku yang aku nak tu, tetiba datang seorang petugas booth itu menyapa aku. Seorang pemuda berjubah kelabu, berkacamata dan mukanya menunjukkan dia berbangsa Cina.

Setelah ditanya, aku memberitahunya buku yang aku cari, malangnya dia tak kenal pun siapa Tariq Ramadan dan aku tengok memang tak de pun nama Tariq Ramadan di rak buku booth syarikat tersebut. Lalu dia mencadangkan beberapa buah buku kepadaku. Sambil-sambil tu, kami saling berkongsi pandangan perihal agama Islam, basic pembahagian Islam kepada Tauhid, Syariah dan Akhlak.

Dia tegur dan berbual dengan aku dalam bahasa English yang menyebabkan aku menyangka dia bukan rakyat Malaysia. Aku tanya samaada dia Malaysian or…??..dia menjawab Malaysian. Tanpa aku bertanya dia terus memberitahu bahawa dia baru masuk Islam 10 bulan lalu,berbangsa CIna dan lahir pada tahun 89…detail kan, tapi tak cakap pula agama asal…hehe. Namanya aku rahsiakan.

Yang menariknya dia masuk Islam setelah menonton video The Arrival, Subhanallah! Hebat juga pengaruh The Arrival..bergembiralah mereka yang buat video tu, moga Allah membalas jasa mereka dalam menyatakan kebenaran. Lalu dia cakap dalam video The Arrival tu ada juga yang tak betul dan dia tak bersetuju dengan Sheikh Imran Hossein yang katanya ada meramal tarikh kiamat berlaku…aku pun tak ingat ada ke tak seperti yang didakwa, dah lama aku tengok video tu. Imran Hossein itu Sufi, dia sesat, kita tak boleh ambil pandangan dia.

Astaghfirullah ! panas hatiku mendengar kata-kata muallaf ini, aku paling pantang dengar orang menuduh seseorang sesat tanpa penyelidikan teliti. Main hentam je…sedangkan Sheikh Imran Hossein yang aku kenal tidak begitu, beliau pernah berceramah di Kelantan. Adakah kerana beliau bersetuju dan merupakan orang yang mengamal ilmu tasawuf maka beliau layak mendapat title sesat?

Aku masih ingat kata-kata muallaf tu pada aku..

“ Sheikh Imran Hosein is a Sufi, he is deviator!”

Langsung tak heran bila dia aku sedar kata kuncinya adalah “sufi”. Lagipun gerai tersebut hanya menjual tulisan ulama’-ulama’ salafi yang aku hormati dan minati. Tapi amatlah salah bila menghukum sufi itu sesat.

Aku cakap kat dia,…

For me, my opinion is we must respect the other’s opinion because they also have dalil. Respect for who they are.

Dia setuju dengan pndapat aku tapi…

Yes, u’re right but we know that they are deviate from the true path of Islam, we respect them but we must bring them to the light of Islam.

Yep, aku juga setuju dengan dia. Tapi bagaimana kamu bleh cakap kamu hormat kat orang tu sedangkan dalam masa yang sama kamu cakap dia sesat?  Aku amat setuju kalau kita tahu seseorang itu terpesong maka kita harus membimbingnya ke jalan yang benar. Tapi macam mana kamu tahu sufi itu sesat? Dah semak ke dalil-dalil dan pendapat mereka?

 Sedar yang perbualan kami ini akan menjadi lebih hangat, aku hanya mengangguk aje tanda tak setuju dengan pendapat dia. Malas nak berbahas, sedangkan ada abang sorang lagi yang jaga gerai tu duk dengar perbualan kami. Aku terus ambil buku yang aku nak..Islam and Management karya Dr Naceur Jabnoun untuk bayar. Abang yang dari tadi curi dengar perbualan kami memanggil muallaf tu cam bagi teguran je kat anak buah dia. Aku minta emel budak tu untuk dihubungi dengan harapan kami akan terus berkawan.

Jauh disudut hati, aku sedih dan kecewa kerana seorang muallaf yang baru memeluk Islam 10 bulan sudah diajar menghukum orang lain sesat dan sudah ditanam bibit-bibit permusuhan sesama Islam. Siapalah yang ajar dia..kalau nak bimbing muallaf pun terangkan lah apa yang patut dan apa yang benar berdasarkan ilmu korang, tak kira la kamu wahabi ke, salafi ke, sufi ke…asal jangan sesekali kamu tanam minda dogmatic yang hanya kamu betul dan orang lain salah.

Aku langsung tak marah pada muallaf tersebut tapi teramat geram pada orang yang membimbingnya menjadi begitu. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita semua. Selepas bayar buku, abang aku dating, dalam perjalanan abang aku cakap syarikat tu memang terkenal publish buku-buku salafi, budak-budak UIA memang biasa dengan nama syarikat penerbitan tersebut.

*****

Sini aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan respect, mengikut Tariq Ramadan:

I respect your believe, meaning that I’m not only acknowledge that you’re here, but for me to try to understand from where u think. No respect without knowledge.

Pada pendapat aku, zaman yang penuh mehnah ini kita Umat Islam sepatutnya lebih focus kepada masalah asas dan bagaimana untuk menyatukan umat Islam. Asalkan Islam, maka kita satu keluarga tanpa mengira mazhab, aliran pemikiran, bangsa dan sebagainya. Kesatuan Ummah pada zaman ini begitu kritikal untuk diremehkan, ia sepatutnya menjadi matlamat utama.

Bagi aku, pluralism perlu didalam agama. Menerima kepelbagaian pendapat dan pemahaman dalam mentafsirkan Quran dan Sunnah sebagai satu rahmat. Sekali lagi aku tegaskan pluralism dalam agama bukan antara agama.

Diversity cannot be denied, and it mainly operates on two level. First, there is diversity of reading and interpretations, which accounts for the different traditions, trends, and legal schools. This diversity has always existed and, depending on the differences, it has always been more or less accepted (sometimes with difficulty, particularly between Sunni and Shi’a) by scholars and ordinary Muslims. – taken from What I Believe by Tariq Ramadan

 Dan berkenaan sufi dan salafi dan sebagainya, aku nukilkan disini tulisan M. Fethullah Gulen, seorang reformis dan ulama’ terkemuka di Turki masa kini di dalam bukunya The Emerald Hills of Heart [Volume1] :

The two aspects of the same truth – the commandments of the Sharia and Sufism – have sometimes been presented as mutually exclusive. This is quite unfortunate, as Sufism is nothing more than the spirit of the Sharia, which is made up of austerity, self-control and criticism, and the continuous struggle to resist the temptations of Satan and the evil-commanding self in order to fulfill religious obligations.

……both sufis and scholars (jurisprudence) sought to reach God by observing the Divine obligations and prohibitions. Nevertheless, some extremist attitudes-occasionally observed on both sides- caused disagreements.

Rasanya cukuplah luahan utk kali ini…hehe..bagi siapa yang sependapat dengan aku maka aku berlapang dada, jika yang tidak setuju maka bagiku ini jalanku. Yang penting berlaku adillah dalam memberi pandangan dan berhati-hatilah dalam menghukum seseorang. Setiap kali aku tekankan, pandangan dan pendapat seseorang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tahap keilmuan. tak mustahil aku mengubah pandanganku dimasa-masa hadapan. Akhir kalam, renungilah ayat Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8)

dan satu lagi firmanNya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; …” [al-Hujurat:11]

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: