Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Zikir Untuk Menguatkan Tulang Belakang

Pada 27 September 2009 bersamaan 7 Syawal 1431, aku terlibat dalam satu kemalangan yang boleh dikatakan tragis jika dilihat pada keadaan kereta yang terhumban 180 darjah dalam parit besar kaki bukit sekitar Gesing, Raub, Pahang dengan keempat-empat tayar ke atas. Resultnya, aku dapat kecederaan tulang belakang dengan 3 ruas retak dan remuk. Untuk menceritakan sepenuhnya pengalaman aku itu rasanya boleh dibukukan menjadi novel..haha (siapa tahu menjadi realiti). Entri kali ini cukup la aku ceritakan apa yang dapat dimanfaatkan kita bersama.

Semasa terlantar di hospital selama 1 bulan, alhamdulillah Allah memberi aku ilham untuk membaca takbir 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Bagaimana? aku flashback balik memori aku semasa belajar Biology masa sekolah menengah. Seorang guru lelaki ganti yang mengajar kelas tambahan pada hari minggu ketika mengajar Biology bab yang berkaitan tulang belakang berkata :

“Saya dulu seorang askar, dan untuk menguatkan tulang belakang saya mengamalkan tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali”

Bila semak balik ilmu yang tak sampai sebesar kulit kerang pun yang ada pada aku, ada logiknya kata-kata guru terbabit. Mungkin guru tersebut tidak memberi penerangan yang lanjut kerana masa yang terbatas. Namun bagi murid yang belajar ilmu agama automatik boleh relate dengan agama. Ilmu untuk orang yang ingin memikirkannya.

Sama-sama kita renungi mafhum hadis berikut:

Dari Abu Hurairah (r.a) katanya, Fatimah meminta kepada Nabi (s.a.w) seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi (s.a.w): “Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah kamu kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” ~ Riwayat Muslim

Mari kita sama-sama rungkaikan maksud tersirat disebalik hadis tersebut…

Sayyidah Fatimah mengadu penat bekerja pada siang hari apatah lagi bila melayan sanak saudara yang datang sehingga sakit-sakit badan beliau yang mulia (dalam riwayat yang lain). Pekerjaan kita seharian, pergerakan badan kita seharian disokong sepenuhnya oleh tulang belakang kita. Jadi, tulang belakang adalah point utama dalam melakukan pekerjaan.

Bila Sayyidah Fatimah mengadu penat dan sakit-sakit badan dan kemudiannya meminta khadam daripada Rasulullah, kerana kebiasaannya Rasulullah menerima hamba abdi yang dihadiahkan oleh raja-raja ‘ajam (bukan arab) sekitar jazirah. Lalu Rasulullah menawarkan yang lebih baik. Apa dia ?? jawapannya seperti mafhum hadis yang dapat anda baca di atas.

Bila kita fikirkan, mengapa 33 kali?? mengapa tidak 7,11,21,50,70,100 kali ??? Bila aku cuba kaitkan pernyataan guru biology aku tadi dengan hadis di atas, sememangnya ada hubungkait.

Point utama ; Tulang Belakang

Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak.( sumber wikipedia)

Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sakrum (yang lain terpisah oleh ceper invertebra) dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24, dan dikelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra), menurut kawasan didudukinya.

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahu Akbar!

indahnya ciptaan Allah, begitu sempurnanya kejadiannya tiada tolok banding. Jadi, adalah logik saranan Nabi kepada Sayyidah Fatimah supaya membaca zikr tersebut untuk mengatasi kepenatannya. Kita dapat fahami, 33 kali itu mewakili setiap ruas tulang belakang kita itu. Mengapa Takbir 34 kali? rangkaian tasbih, tahmid & takbir itu sebenarnya menghasilkan jumlah 100.

sifirnya 33(tasbih) + 33(tahmid) + 34(takbir) = 100

Mungkin 1 takbir yang menjadikan angka 34 itu mewakili satu gugusan ruas tulang belakang.

Hasilnya, ketika berada di hospital aku mengaplikasikannya sebagai zikr untuk penyembuhan tulang belakang. Baik sebelum dan selepas operation. Aku niatkan setiap zikr itu pada setiap ruas tulang.1 tasbih untuk 1 tulang, 1 tahmid untuk 1 tulang, 1 takbir untuk 1 tulang dan takbir yang ke 34 itu aku niatkan untuk semuanya sekali. Allahu Akbar, kekuasaan Allah mengatasi segalanya, hanya dengan keagunganNya mampu menguatkan setiap ruas tulang belakang. Dari-Nya ujian yang menimpa kita, kepada-Nya kita bermohon kesembuhan, dan dari-Nya datangnya kesembuhan.

Alhamdulillah, selepas 20 hari operation aku mampu berjalan tanpa bertongkat! itu pun setelah 4-5 hari terapi berjalan dengan dipimpin ayahku tercinta, tiada yang mampu kuberikan kepadanya untuk membalas jasanya dari kecil sehinggalah besar dewasa apatah lagi ketika terlantar dihospital. Mungkin kita rasakan ayah tidak menyayangi kita sebagaimana seorang ibu sayang kepada anaknya. Namun sepanjang terlantar dihospital, ayah aku la yang menemaniku walaupun dia amat sibuk dengan kerjanya mencari rezki Allah untuk menyara kami sekeluarga. Begitu terasa kasih sayang seorang ayah, walaupun seorang ayah tidak menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada si anak secara jelas kerana begitu sikapnya seorang lelaki, TABAH!. Mungkin Allah ingin aku lebih menghargainya dari sebelum ini. Subhanallah!

Ada 3 orang rakan seward aku yang mengalami masalah sama, tulang retak. Bila aku berjumpa dengan mereka 1 bulan selepas operation, dia menggunakan tongkat untuk berjalan sementara pulih sepenuhnya. Bukanlah tujuan aku untuk berbangga (na’uzubillah) tapi kita sememangnya memerlukan bantuan dari segi spiritual atau ruhani untuk kesembuhan fizikal. Penyembuhan inside-out. Ruhani-fizikal. Bahkan dari situ juga aku dapat muhasabah diri, aku ini harus bersyukur pada ni’mat Allah atas kesembuhan diri ini sedangkan masih ramai hambaNya yang lain tidak begitu. Alhamdulillah.

Aku yakin akan kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya.  Betul, operation itu satu ihktiar tapi jangan kita ketepikan usaha seperti doa dan sebagainya kerana doa itu adalah hubungan secara langsung antara seorang hamba dengan Allah. Sesungguhnya al-Quran itu tiada ragu-ragu padanya seperti mana ayat surah As-Syua’ara’ ayat 80:

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan”

Itulah pandangan peribadiku, dan begitu jugalah Allah mengajarku melalui pengalaman hidup yang telah ditaqdirkan-Nya. Setiap kejadian Allah itu padanya ada tanda-anda kekuasaanNya bagi mereka yang ingin berfikir. Wallahu A’alam.

p/s: jangan kerana entri ini aku disabitkan dengan pereka bidaah..hahaha. maklum la akhir zaman ni makin ramai orang yang ‘alim ..hahahaha

Single Post Navigation

22 thoughts on “Zikir Untuk Menguatkan Tulang Belakang

  1. Tahniah
    perkongsian cukup menarik

  2. Pingback: Tragedi yang Mengajar Erti Kehidupan « savingmemoir

  3. tq.. sy pun hadapi mslh tulng belakang lemah.. huhuhu..tQ atas ilmu ini.🙂

    • mujahid on said:

      u’r welcome. tq kerana sudi baca blog sy. moga kita dpt sama2 brkongsi ilmu yg brmanfaat.

      • HASNAH on said:

        Assalamualaikum. saya merasa kagum atas kekuatan saudara.memang benar,xcdent memberi satu keinsafan .hidup mati semula
        hilang segala sahabat handai dan taulan jika tanpa kesabaran .kesabaran adalah pokok utama menghadapi segala ujian dari Nya. Sebenarnya ianya bukan musibah tetapi kifarah Allah sebagai peringatan untuk tidak
        alpa dan lalai kpdnya,saya amat mamahami dan mngerti.Alhamdullillah dan saya bersyukur kerna dikejut Allah dari melupakanNya .Kemalangan merupakan satu peringatan untuk lebih dekat kepada Allah.mohon dan mengadulah pada Allah, 31 julai 2010 adalah titik perubahan apabila terlibat dalam kemalangan.walaupun kita berhati-hati tetapi ketentuan itu di tangan Allah.yang menyebabkan. t11,l1 n l3. compres and fracture .yang saya tanggung sepanjang hayat. Mebuatkan segala pergerakan saya terbatas.ingatlah anda diluar sana .JANGANLAH KITA BERJALAN DIMUKA BUMI INI DENGAN BERLAGAK SOMBONG ..YANG SOMBONG ITU MILIK ALLAH .BESYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG PALING BESAR ADALAH SIHAT.DAN GUNAKANLAH UNTUK TIDAK ALPA PADANYA….

        a

      • mujahid nordin on said:

        masha Allah, sama la dgn keadaan saya compress and fracture..harap saudari bersabar. Saya alhamdulillah pulih walau tidak sepenuhnya stelah mencuba kedua2 kaedah perubatan; hospital dan juga alternatif. Bg yg mghadapi situasi yg sama, kena la berhati2 dlm pergerakan atau nak angkat brg2 berat supaya keadaan saraf & tulang mampu dikekalkan pd kondisi yg selamat. Amalkan ergonomik position dlm stiap pkerjaan. Maklum la walau dah operate masukkan besi, tetap tak sama dgn tubuh yg sihat tanpa sokongan besi..hehe.

  4. Pingback: 2010 in review | savingmemoir

  5. rihana on said:

    saya pohon untuk sebar kan entry ni kepada rakan2 saya dan ahli keluarga

  6. thank,good info,i also have slip dics problem,will try

  7. Pn. Alida Hana Md on said:

    Syukran Jazilan atas perkongsian maklumat,sama2lah kita menghayati segala ajaran dari Al Quran dan Hadith Rasulullah……..Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa…

  8. ainduna on said:

    assalamualaikum….tima ksh perkongsian saudara nie amat berguna kpd sy…sy juga seperti saudara cuma beza sy 4 skru…dlu sy juga selalu sakit2,berpantang itu ini tp sekarang alhamdulillah sy dah beransur pulih…sy cadangkn saudara cuba minum susu alpha lipid,pd permulaan ad kesan2 sedikit tp saudara cuba habiskn 1 tin dahulu coz sy lepas minum 1 tin badan sy menjadi sihat da berkurangan sengal2 dan da boleh minum minuman berais sedikit2..

  9. sonik on said:

    alhamdulillah.. saya sepaham sangat dengan awak.. karna sayapun alami hal yg sama.. bolehlah saya nak cubakan amalan ni.. insha allah sayapun boleh sehat macam semula.. terima kaseh banyak atas info nya.. semoga berkah lillahita’ala.. wassalam

  10. Tq for sharing…semoga info ni membantu menyembuhkan slipdiscku…

  11. nak tanye boleh ? ade sideeffect tak ? sbb tunang i accident , terlantar kat hospital tak boleh bangun . ada masalah tulang belakang . retak . ada pape petua tak ? risau sgt .

    • mujahid nordin on said:

      sorry lambat reply. side-effect tu depends la, x bleh nak kata la tu, smua ketentuan Allah jua. mcm saya ada side-effect, tp ada stgh org ok je. yg pastinya org yg operate tulang blakang ni x bleh buat kerje berat la pasni. Utk 6bln pntang x bleh angkat brg berat 1-2kg. skrg pun walau dah 2 thun x bleh angkat lebih 20kg

      • thanks eyh respons . awak smoker ? tunang saya operation , 3 plat 8 skru . awak ? so , dea kena cuti bkerja 6 bulan ke ? now dah 2mggu dea operated , dah boleh duduk . jalan still guna kan tongkat , sbb kedua2 tumit kaki dea retak . for now , dea bkerja sebagai foreman , awak rase pkerjaan dea sesuai dgn situasi yg dea alami tak ? awak alami side-effect ? ape dea ?

      • plus , dea minum susu alpha lipid . untuk tulang dea . insyaAllah mintak2 Allah tuh permudah kan semua nye🙂

      • mujahid nordin on said:

        haha..I’m not & will never be a smoker. ni pluang terbaik utk nasihatkn tunang cik brhenti mrokok..haha. saya skit je, 6 skru 2 plat je. Mcm saya gitulah yg doktor pakar nasihatkan spy berehat dr kerja berat slama 6 bln, klu tunang cik bkerja sbg foreman lagi la. Mngikut doktor klu dah operate taruk besi, should no problem la nak buat kerja berat. But not within 6month-1yr. Nak teruskan kerja sbg foreman bleh je, tp hati2 la, kena tahu cara angkat barang yg btol dsb. saya hanya bg pndapat brdasarkn pengalaman, bknnya consultant bertauliah. harap rujuk pd pakar. Side effect saya kulit kaki jd hypersensitive, kena air sejuk rasa sengal..until now, after 2yrs.

  12. thanks taw🙂 nasihat awak amat berguna dan sangat2 dihargai🙂

  13. syukur…itulah kebesaranNya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: