Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the category “Technology”

Must Watch! Sang Pencerah

Assalamu’alaikum…

untuk entri ke-101 ni aku nak share filem berjudul keagamaan setentunya dari Indonesia..kalau filem Malaysia tak perlu sebut pun tak pe konfirm hantu nye.

Movie apa tu?

Sang Pencerah

Movie yang menceritakan perjuangan hidup KH Ahmad Dahlan. Sebelum menonton filem ni memang aku pernah dengar nama KH Ahmad Dahlan tapi tak tahu siapa dia. Setelah tengok filem ni secara kasarnya aku tahu siapa dia, penubuh antara gerakan Islam terbesar di Indonesia, Pertubuhan Muhammadiyah.

Kisah ini menceritakan perjalanan hidup KH Ahmad Dahlan sehingga tertubuhnya Muhammadiyah. Sosok peribadi KH Ahmad Dahlan yang tegas dan yakin dalam mempertahankan pendiriannya berdasarkan ilmu yang dipelajarinya. Bagi para aktivis dakwah, anda patut menontonnya. Filem yang penuh inspirasi buat anda, Insya Allah.

Aku begitu terkesan dengan filem ini seolah-olah ianya menceritakan perjuangan datuk dan moyangku yang pada pendapatku begitu mirip dengan kehidupan KH Ahmad Dahlan seperti yang digambarkan dalam filem ini. Aku tak perlu memperkenalkan nenek-moyang ku kerana nama mereka sudahpun tercatat utuh dalam lipatan sejarah reformasi Islam di negeri Kelantan.

Moyangku dan KH Ahmad Dahlan kedua-duanya terpengaruh dengan gerakan tajdid Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan muridnya Sheikh Muhammad Abduh. Majalah al-Manar menjadi majalah langganan moyangku sama juga KH Ahmad Dahlan. Malah, konflik antara keluarga disebabkan mempertahankan pendapat berdasarkan ilmu masing-masing juga sama dengan apa yang berlaku dalam keluarga moyangku.

Dalam filem ini anda akan begitu terasa begitu asingnya Islam yang tulen berlandaskan al-Quran dan Sunnah, tapi itulah hakikat yang dihadapi ulama’ yang menerajui perubahan pada zaman dahulu. Anda patut tengok filem ni…

HIGHLY RECOMMENDED !

sedikit sinopsis a.k.a spoiler!

Muhammad Darwis (Ikhsan Taroreh / Ikhsan Idol) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan setelah pulang dari Mekkah. Di usianya yang masih cukup muda (awal-awal 20-an), Ahmad Dahlan merasa gelisah atas pelaksanaan syariat agama Islam yang dinilainya melenceng ke arah bid’ah/sesat.

Ahmad Dahlan memulai pergerakannya dengan mengubah arah kiblat Masjid Kauman. Melalui pengetahuan geografi yang dimilikinya, Ahmad Dahlan menyedari bahwa arah kiblat tidak lurus ke arah barat. Hal ini memicu kemarahan Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) yang merupakan kyai penjaga tradisi. Akibatnya, surau milik Ahmad Dahlan kemudian dirobohkan karena dituding menyebarkan aliran sesat.

Ingin tahu kisah selanjutnya yang lebih mencabar?

sila klik link di bawah untuk download..

Download Part 1

Download Part 2

Download Part 3

Kalau malas nak download, internet slow ke..boleh je nonton kat youtube. Nak syok lagi beli vcd terus, kirim kat kawan2 yang ada di indonesia…haha.

Advertisements

Kereta Terbang Menjadi Realiti

Masih ingat movie Back To The Future ? filem ni memang femes la zaman aku sekolah dulu-dulu. Masih ingat watak Dr. Emmet Brown dengan gaya ala2 Einstein dengan rambut uban putih satu kepala dan studentnya Marty McFly? kalau tak ingat sila klik sini.

Hah..kalau anda nak tau Dr. Emmet Brown ni la memperkenalkan idea kereta terbang..kalau didunia Melayu takkan la anda tak ingat P. Ramlee dengan idea tikar terbangnya dalam Laksamana Do Re Mi. Kira Dr. Emmet tu update skit idea P.Ramlee tu jadi kereta. haha.

Sekarang…bukan masanya lagi untuk angan-angan itu, sekarang adalah masanya untuk membuktikan idea-idea tersebut langsung tidak mustahil. So, post kali ni bukan nak cakap pasal movie-movie tu semua. Aku nak cakap pasal kereta terbang yang REAL punya.

smart kan design dia?

HOT NEWS !! Kereta terbang pertama akhirnya berjaya dihasilkan oleh Terrafugia company di Massachusetts, USA dan SEDIA UNTUK DIJUAL !. Tapi company ni lebih refer produk mereka ni sebagai “roadable aircraft” atau senang citer kapal terbang kereta bukan kereta terbang,  produk company ni diberi nama Terrafugia Transition atau The Transition saja. The Transition ni boleh terbang macam aircraft biasa dan boleh landing kat airport macam aircraft lain sebelum sayapnya di“lipat” untuk membolehkannya selamat bergerak di jalan raya seperti kereta biasa. The Transition ni dikategori dalam Light Sport Aircraft (kategori small aircraft yang orang guna untuk acrobatic dll) aku malas nak hurai panjang bab tu. Anda kena study kat UniKl MIAT baru bleh tahu..hehe.

terbang di udara memang sifat aircraft

Ini menjadikan aircraft sebagai spesis baru makhluk dua alam, mungkin patut diberi nama Reptilia..hehe

The Transition ini telahpun mendapat kelulusan US Federal Aviation Authority (FAA) kalau di Malaysia ni kita panggil Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Kalau ikut syarat sebenar untuk diluluskan sebagai light aircraft kat US, aircraft tersebut mestilah memiliki berat dibawah 1320 pound. Tapi untuk merealisasikan “benda” baru ni, FAA bagi exception 110 pound lebih sebab berat The Transition ni mencapai 1430 pound. Dengan pengecualian yang diberi FAA itu membolehkan company ni tambah safety features untuk aircraft ini beroperasi sebagai kereta dengan selamat di atas jalan raya seperti airbag, safety cage dan lain-lain yang diperlukan untuk memenuhi standard yang ditetapakan oleh Federal Motor Vehicle Safety Standard. Secara tak langsung menjadikan aircraft ini lebih selamat berbanding light aircraft yang lain.

Isi minyak di station minyak biasa

Kalau anda nak bawa kereta terbang…kapal kereta….aeromobile ikut la apa yang korang nak panggil untuk bendalah ni, anda kena ambil lesen khusus untuk bawa bendalah yang bernama The Transition ni. Kena ambil lesen pilot untuk sport aircraft kursus khas untuk The Transition dengan 20jam penerbangan dengan Transition. Kalau anda sudahpun memiliki lesen atau sudah bergelar pilot, maka anda hanya perlu type course untuk Transition ni je untuk membiasakan diri dengan system dia. Untuk info, The Transition menggunakan Glass Cockpit.

Glass Cockpit

Berminat untuk memiliki The Transition? anda boleh mendapatkannya dengan harga $194,000 dengan deposit $10,000 adalah dalam RM 625262>, murah kan? kira affordable bagi rakyat Malaysia yang kaya, tu tak masuk cukai lagi tu..hehe. Untuk maklumat lanjut lengkap dengan Specification sila rujuk website Terrafugia.

Sikorsky X2 : Latest Technology of Helicopter

2 years ago, on June 2008…..


Helicopter development is hampered by the fact that for so long it has been a zero sum game, with designers only able to improve forward speed at the expense of hovering ability and low speed control, and vice versa. This, combined with other inherent design restrictions, has kept the top cruise speed for conventional helicopters at roughly 150—170 knots. Looking to overcome these limitations, Sikorsky Aircraft Corp. is working on a coaxial design aimed at realizing a cruising speed of 250 knots. First announced in 2005 and having recently achieved a major ground-testing milestone, the X2 is a scalable technology demonstrator that can hover, land vertically, manoeuvre at low speeds, and transition seamlessly from hovering to forward flight. In the words of Sikorsky’s president, Jeffrey Pino, it could prove to be a real ‘game changer’ for the industry.

Coaxial helicopters incorporate a second rotor above the body of the aircraft, eliminating the angular momentum and dissymmetry of lift caused by having only one rotor. This allows the helicopter to achieve faster speeds with greater efficiency, and without having to compromise hovering ability. Sikorsky is very optimistic about the technology’s scalability, claiming it can be effectively used on anything from Class IV UAVs to high-speed joint heavy lift transports with a 25-ton internal load.

Both rotors on the X2 Technology Demonstrator have four blades, and are powered by a LHTEC T800 turboshaft, which also drives a six-bladed pusher propeller on the rear of the model. The craft is expected to travel as fast as 256 knots, has a range of 1300km and a take-off weight of 3600kg.

The X2 demonstrator will incorporate new rotor blade designs with high lift-to-drag ratio, a fly-by-wire system with advanced flight control laws, transmissions with greater horsepower to weight performance, and active vibration control. The X2 also contains an automatic system that strops the rotor blades from exceeding the speed of sound and shattering from the airflow – a necessary precaution for a helicopter traveling faster than 210 knots.

The recent blades-on ground testing milestone brought the craft within “arm’s reach” of its maiden voyage. “The entire X2 TECHNOLOGY Demonstrator Program Team is extremely pleased that we continue to move our experimental program closer and closer to first flight,” said James Kagdis, Program Manager, Advanced Programs. ”We anticipate that reaching this particular milestone, as with those yet to come, will continue to pique the interest of our military, commercial and international customers regarding the potential that X2 TECHNOLOGY could have on their diverse missions around the globe.”

The proof of concept technology demonstrator is scheduled to fly later this year.

and NOW!, 2 years later on June 2010…..


Sikorsky Aircraft’s goal of producing the fastest helicopter ever built has taken another step towards becoming a reality. Its coaxial X2 Technology demonstrator has achieved a speed of 181 knots (208 mph) in a test flight – faster than the 160-170 knot speeds generally possible with conventional helicopters and edging closer to the eventual aim of delivering 250 knot (288 mph) cruising speeds.

As we’ve reported previously, the X2 demonstrator combines an integrated suite of technologies intended to advance the state-of-the-art, counter-rotating coaxial rotor helicopter. These include fly-by-wire flight controls, counter-rotating rigid rotor blades, hub drag reduction, active vibration control and an integrated auxiliary propulsion system.

After the latest test flight Jim Kaglis, Program Manager, Sikorsky Advanced Programs for Sikorsky, said, “the X2 Technology demonstrator today exceeded average helicopter speeds of a conventional helicopter, generally 160-170 knots.”

“The demonstrator is proving out the technologies very well, from the active vibration control system to the fly-by-wire controls. There are no show stoppers here so far, and now the program turns a corner, as this completes phase three of four. We are flying forward to the 250-knot cruise speed,” Kaglis added.

Naturally speed isn’t the only feature Sikorsky is aiming for with its new helicopter technology. Attributes such as excellent low-speed handling, efficient hovering, and a seamless and simple transition to high speed are also desirable, and are all things that were successfully demonstrated on previous test flights.

In case you were wondering, the record of the world’s fasdest helicopter has been held for over 20 years by the British built Westland Lynx ZB-500, which reached 249.1 miles per hour (400.8 kmh) at a European air show in 1986.

source : www.gizmag.com

Bila Mat Saleh Mengajar Muslim

Aku ingin membuka kembali lembaran sejarah dari diari hidupku. Segalanya bermula pada 19 November 2008, jam 2.00 petang. Aku  menaiki kereta Kelisa berwarna Silver bernombor plate yang bermula dengan abjad N dipandu oleh Hariri Ahmad dengan bertemankan seorang lagi yang bernama Husnul Hakim mengekori kereta berwarna hijau (aku tak ingat kereta jenis apa) yang dipandu lecturer kami Mr.Faizal Sharif, Specialist & Avionic Engineer. Selepas 20 minit perjalanan dengan menggunakan laluan Maju Express Highway yang bertolkan RM2.50, akhirnya kami sampai di Technology Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pusing punya pusing tibalah kami di bangunan Patimas yang menempatkan pejabat cawangan Avcen Ltd. (HQ di UK) di tingkat 2. Kami diperkenalkan kepada CEO company, Mr. Michael Robert Dacre dan Chief Aerospace/Designer Engineer, Dr. Hamid (rakyat Iran) yang kemudian diperkenalkan kepada kami oleh Bro-bro technician sebagai Dr. H&#$%@N….Astaghfirullah

Mr. Michael Robert Dacre (1956-2009)

Bagaimana Mr. Michael Robert Dacre yang lebih mesra dipanggil Mike Dacre mengajar aku yang beragama Islam untuk mendalami Islam dengan mendalam dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ?

Dipendekkan ceritera …..

Moral of the story from my 160hrs working at Avcen Ltd. & RM50/day (cheap labor..hehe)  :

1. Optimistic

Hari pertama aku sudah didakyahkan dengan Visi & Misi company terbabit. Melangkah masuk ke ruang pejabatnya mata & minda aku dihidang dengan kata-kata motivasi/booster/vision&mision yang diletakkan dalam frame dan digantung pada setiap ruang pejabat disamping prototype model untuk Jetpod yang telah melalui Aerodynamic Test. Ayat yang paling aku ingat dan satu-satunya yang masih tersisa dalam otak aku adalah

We are the leader not the followers

optimistic & futuristic ! yup, memang ayat yang sangat optimistic ( cam x bleh bla je ayatnya..haha). Minda yang dianugerahkan Allah ini cuba dicungkil hikmahnya supaya setiap perkara dapat dijadikan sebagai sumber pengabdian kepada Allah. Akhirnya…rupanya Islam telah lama & lebih dahulu mengajar umatnya supaya bersikap optimistic atau positif akan masa depan yang cerah. Bahkan itu lebih merupakan kepada visi yang ingin dicapai oleh Mr.Mike Dacre dan yang sepatutnya dicita-citakan oleh Muslim. Mat Saleh hanya meniru dan mengolah ajaran Islam tanpa disedari oleh orang Islam sendiri. Sama-sama kita renungi ayat Allah dalam surah Al-Furqan: 74 seperti berikut :

yang bermaksud :

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya (sejuk mata memandang), dan Jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Nah ! bukankah Allah terlebih dahulu mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif, optimis, futuristic ? kalau tidak, mustahil Allah mengajarkan kita (Muslim) mendoakan diri kita sendiri supaya menjadi pemimpin / leader bukannya pak turut sepangjang zaman / the follower. Bukannya haram menjadi pengikut orang , tapi Islam ingin mendidik kita supaya berjiwa besar dan mempunyai cita-cita yang tinggi melangit sampai ke Syurga. Kerana hanya dengan azam dan cita-cita yang tinggi, kita mampu melakukan setiap perkara dengan tekun, gigih, bersemangat, dan dapat menghasilkan hasil kerja yang TERBAIKK!!.  Natijahnya…Islam mampu cemerlang, gemilang dan terbilang sama atau melebihi era keemasannya dulu. Mengapa tidak kita ciptakan Zaman Keemasan Islam pada era kita sekarang? bahkan kalau boleh, biar sampai sejarah mencatatkan era kita adalah era keemasan dan keunggulan Islam bukannnya era Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Khawarizi dan sebagainya. Banyak lagi ayat al-Quran yang mempunyai nilai motivasi seperti ini. Tingkatkanlah interaksi anda dengan Al-Quran.

Gambaran awal artist untuk Jetpod

2. Love and Diligence

Ya ! itulah yang ditunjukkan oleh Mike Dacre terhadap kerjanya. Si mat saleh ni akan datang melihat kerja-kerja orang bawahannya setiap hari dan memberikan semangat. Wajahnya penuh dengan kedutan cinta, cinta akan apa yang dia lakukan, cintakan kerjanya supaya mampu membuahkan hasil yang cemerlang.  Steve Jobs, CEO Apple pernah mengungkapkan :

The only way to do great work is to LOVE what you do

Mike Dacre sentiasa memeriksa hasil kerja para pekerjanya, bahkan dia sendiri turut melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh para technician yang diupahnya. Aku sendiri pernah menolongnya panjat Jetpod dan ikatkan strap dalam proses memastikan stabiliti rangka Jetpod. Aku masih ingat saat dia menolong kami (pelajar praktikal) yang mengemas 2 kotak kayu besar yang bersaiz 2×8 meter yang memuatkan wing Jetpod dan memecahkan kotak kayu tersebut kepada cebisan kecil untuk diangkut ke tempat pelupusan. Kerana tempat kerja yang kemas dan bersih amat penting bagi sesiapapun. Sama-sama bekerja dan berpeluh. Itulah Mike Dacre yang tekun dan teliti dalam setiap kerjanya, sikapnya ini sudah lama diajar dan disarankan oleh Rasulullah didalam satu hadis dairpada ‘Aisyah R.A :

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti.” ~ Riwayat al-Baihaqi

3. Make People Like You and Influence Them

Jetpod dalam pembikinan

Itulah yang ditunjukkan oleh Mike, orangnya mudah bergaul, selalu senyum dan bertanya khabar pada pekerjanya. Membuatkan para pekerja senang dengannya. Bak kata TV9…Dekat di Hati….Para pekerja boleh bergurau senda dengan CEO (tapi masih dalam batasan la). Kalau anda baca buku tulisan Dale Carnegie, beliau menggariskan 6 cara untuk membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan kehadiran kita dalam bukunya How To Win Friends And Influence People, antaranya :

1.Smile

2. Make other people feel important – and do it sincerely

nak tahu 4 lagi cara tu kena la baca buku tu sendiri.  Mike membuatkan para pekerjanya selesa baik dari yang berpangkat engineer, designer, LAME, technician & student macam kami. Masa bekerja yang efisien dengan masa rehat diberikan untuk pekerja, bahkan masa rehat jam 4 petang dijamu pula dengan buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya. Memang kerja kat situ janji kenyang…haha. bila kenyang hati pun senang..bila hati senang kerja pun jalan..CEO pun dihormati, membuatkan para pekerja merasakan diri mereka dihargai dan bernilai. Selama berada disitu tiada pekerja yang minta berhenti, yang ada hanyalah yang diberhentikan kerana masalah-masalah besar. ( belum sampai masanya aku menceritakan tentang mereka yang diberhentikan kerja)

4. Respect The Others Belief

hah..ini point utama. Walaupun company ni diterajui oleh mereka yang bukan Islam, kebanyakannya Kristian tapi mereka begitu memahami keperluan hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Kalau tak memahami sekalipun, mereka masih lagi menghormati agama dan kepercayaan. Company ni menyediakan tempat kerja yang dilengkapi dengan kemudahan surau berhawa dingin (walaupun tempat tu tempat sewa). Dah berapa kali aku cakap pasal ni dalam blog ni, bukan apa …masih ramai yang tak tahu memahami dan menghormati kepercayaan dan pegangan orang lain. Orang macam ni selalu membenarkan hujah mereka tanpa melihat kebenaran hujah/ kepercayaan/ pegangan orang lain..(geramm!!). Jangan pula anggap aku ni menyamakan agama, yang aku tekankan ialah menghormati pegangan orang lain bukan mengikutinya  (kristian), awas dengan sangkaan anda! .

Mike Dacre dan lain-lain Mat Saleh yang baik pandai menghormati orang lain berbanding Muslim. Kenapa? kerana mereka lebih dekat dengan ajaran Islam walaupun bukan Islam. Muslim pula lebih jauh dari ajaran Islam walaupun beragama Islam. UBAHLAH KEADAAN INI DENGAN MENGUBAH DIRI ANDA!

Islam satu-satunya agama disisi Allah, namun Islam juga menyuruh kita menghormati hak asasi (dalam konteks Islam). Tak dinafikan juga ramai Muslim yang pandai menghormati orang.

Firman Allah :

Hai  manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). – al-Hujuraat;13

Nampaknya dalam sesetengah situasi, Mat Saleh lebih memahami ayat di atas berbanding Muslim yang lebih suka bersikap prejudis terhadap bukan Islam. Muslim sebegini tak mampu menyebarluaskan Islam. Namun sebaik mana pun Mat Saleh, dia tetap Mat Saleh bukannya orang Muslim yang Beriman dan Bertaqwa. Apa yang penting, kembali lah pada ajaran Islam yang indah!

Aku disisi Jetpod

Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dalam menceritakan pengalaman hidup mereka. Aku juga punya caraku tersendiri dan ini adalah caraku menceritakan pengalaman hidupku buat pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain jika ianya bermanfaat buat mereka.

p/s: Ironinya, tajuk Mat Saleh Mengajar Muslim, Mat Saleh adalah panggilan biasa untuk bangsa eropah yang bukan muslim bagi masyarakat Malaysia. Muslim pula adalah orang Islam.

The Umbrella Revolution

Sediakan payung sebelum hujan…

Payung memang alat berguna untuk manusia ketika hujan. Fungsi utamanya adalah melindungi manusia & membolehkan mereka mengerjakan urusan tanpa terganggu dengan keadaan hujan. Ada juga yang menggunakannya untuk melindungi diri dari panas terik matahari. Ingat takrif payung tu, masuk exam..hahaha. Disebabkan fungsinya yang agak penting ini, tak hairan jika payung pun ada revolusinya tersendiri demi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Jom kita lihat revolusi payung..”The Umbrella Revolution”

Ni mungkin design paling awal payung..hehe, aku pun tak pasti.

Ni design yang paling biasa kita lihat

design makin advance, transparent

Bumpbrella, payung ni berfungsi seperti belon. ia mesti dipam dulu sebelum guna baru kembong macam dalam gambar tu. Guna pam tayar basikal je. Lagi gambar untuk Bumpbrella ..

bila manusia makin malas & dunia makin maju, maka tercipta lah pula payung macam gambar bawah ni..

namanya  Numbrella, tak perlu dipegang (boleh bergayut dengan hp) hanya perlu disarungkan pada badan anda.

Don’t be racist! haha..haiwan pun nak berpayung juga.

Dualbrella (dua payung), haha..payung ni best. Mana la tau dapat kawan baru time hujan. Taking advantage in every condition, kot2 la dapat girlfriend atau boyfriend dengan payung ni..haha. Sesuai untuk suami isteri, kawan dan sesiapa saja yang kita boleh tolong semasa hujan (cari pahala).

hah..ni yang paling latest kot..hehehe.. nice head! Kepala siapa la agaknya..

Renungan kita bersama :

Payung pun boleh ditransform dalam pelbagai bentuk dan cara, inikan pula kita manusia apatah lagi Muslim. Pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan keadaan, jadikan diri anda Da’ie yang kreatif dan inovatif dalam menyampaikan dakwah & menggambarkan keindahan Islam. Belajar dari payung, walaupun berubah wajah, fungsinya tetap sama…punya jati diri yang mantap.

Haruskah Menerima Upah dari Google Adsense & Nuffnang ?

assalamualaikum…

sekali-sekala apa salahnya kita kongsi-kongsi ilmu kan? malas nak taip entri sendiri. Aku copy je dari website ustaz zaharuddin UZAR. Walaupun blog aku tiada Google Adsense atau powered by Nuffnang tapi aku tahu ramai rakan bloggerz yang lain terlibat. So, sama-sama kita jadikan panduan supaya hidup lebih bermakna dan diberkati.

Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?

Author : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau  wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
  • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian

Boeing 787 Dreamliner Interior Design

Aircraft yang diberi nama Boeing 787 Dreamliner ini telah pun berjaya dalam Uji Pandu atau Test Flight pada Disember lalu. Syarikat penerbangan pertama yang dijangka menerima aircraft ini ialah ANA ( All Nippon Airways), walaupun lewat daripada tarikh yang dijangkakan pada tahun 2008. Sekarang Boeing secara rasminya mereleasekan gambar interior design diaorang untuk pesawat B787 ni. Boeing menyatakan yang mereka akan lebih mengutamakan keselesaan penumpang bagi pesawat ini dengan teknik pengcahayaan didalam kabin yang dinamik, tandas yang lebih luas dan selesa, tempat penimpanan luggage yang lebih luas dan yang paling menarik ialah penutup tingkap elektronik transparent yang boleh diubahsuai semasa penerbangan.

keadaan sebenar interior B787 bagi salah satu pesawat yang menjalani flight test

Untuk menguji operasi design baru ini, pesawat ini akan menjalani flight testnya pada bulan ini.

Untuk makluman, satu daripada kesemua 6 pesawat yang menjalani flight test (pesawat B787 yang pertama) menggunakan engine Roll-Royce Trent 1000, manakala baki lagi lima pesawat menggunakan engine GE.  Pesawat B787 ini juga dikatakan dapat menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 20% berbanding pesawat lain yang sedia ada yang mempunyai kemampuan yang lebih kurang sama dengan pesawat ini. Pesawat ini juga menyediakan kapasiti muatan cargo hingga 45 peratus.

Bahagian dalam flight deck atau cockpit B787 Dreamliner.

Boeing Business Jet Convertible

Author : Mike Hanlon

boeing-business-jet-convertible

Boeing has used EBACE to announce its Boeing Business Jet (BBJ) Convertible is now available to prospective customers with very special needs. The USD50 million plus airplane reconfigures from all-passenger to all-cargo configuration in less than eight hours, making it ideal for Governments, corporations and independently-wealthy citizens who forsee usefulness in being able to quickly repurpose the craft from mobile boardroom to transporting up to 50 VIPs, staff or troops to delivering disaster-relief supplies or configuring for medical evacuation. Thanks to a new Overhead Space Utilization kit, which adds 75 square metres of space, it could also be easily used for transporting race cars, race horses or the entourage of touring musical groups.

VIP Configuration

Boeing recently finalized an agreement with Greenpoint Technologies to provide 747-8 VIP owners and their chosen completion centers with a kit that adds 75 square-meters of space to the airplane’s crown. The Overhead Space Utilization or OSU kit is installed post production above the main cabin ceilings between doors three and five. The kit includes stairs from the main deck to the space above. Greenpoint offers three artistically engineered OSU designs.

BBJ owners receiving their airplanes after mid-2011 will reduce fuel consumption by 2 percent through a combination of airframe and engine improvements that Boeing announced in late April. Airplane structural improvements will reduce drag on the airplane, reducing fuel use by about 1 percent.

Boeing’s engine partner, CFM is contributing a further 1 percent fuel savings through hardware changes to its CFM56-7B Evolution engine.

The Boeing Business Jet (BBJ) Convertible’s enabling feature is a large cargo door on the left-hand side of the forward fuselage, which enables the rapid loading of 86.9 cubic metres of cargo to the aircraft’s main deck. Alternatively, the BBJ C can carry 50 passengers.

Post Navigation

%d bloggers like this: