Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the month “December, 2010”

Gereja Dimartabatkan, Masjid Al-Aqsa pula ?

ketika mana Masjid Al-Aqsa diambang keruntuhan dibawah tangan-tangan jijik zionis…

tiba-tiba, tapak gereja lama dinaik taraf sebagai tarikan pelancong di sebuah negara umat Islam, bahkan amat hampir dengan tanah suci Makkah dan Madinah.

di mana?

Pulau Sir Bani Yas, Abu Dhabi, UAE.[ rujuk sini ]

sebahagian dari struktur asas gereja lama di Pulau Sir Bani Yas

aku tidak membantah jika ingin jadikan tapak arkeologi gereja lama sebagai tarikan pelancong, tapi apa signifikannya ? apatah lagi ianya terletak di jazirah Arab.

untuk keuntungan ekonomi negara?  yup, jawapan itu munasabah.

Namun bagi negara yang terletak di semenanjung arab (jazirah arab), secara peribadi aku berpendapat tindakan kerajaan Abu Dhabi satu tindakan yang salah.

Ahli arkeologi yang cuba merungkai kembali tapak tersebut adalah orang Kristian Dr. Joseph Elders dan projek tersebut pula mendapat sokongan secara tak langsung dari Badan Gereja di England dan disokong secara langsung oleh kerajaan UAE sendiri. Untuk lebih lanjut berkenaan projek ini sila rujuk sini.

tapak gereja lama pra-Islam yang ditemui pada tahun 1992

Aku bukanlah ingin prejudis dan sangka buruk terhadap orang Kristian, tapi cuba fikir apa motif mereka berusaha untuk mengorek tapak gereja dan pamerkan pada umum?

Bagi aku, itu satu usaha mendakwahkan Kristian pada masyarakat umum yang majority Muslim. Secara general, mereka didedahkan Kristian sebagai agama yang lebih dahulu bertapak di situ sebelum Islam. Apa kaitannya..cuba fikir sendiri.

Bahkan di UAE sendiri, orang Kristian diberikan tanah oleh kerabat diraja untuk membina gereja walaupun undang-undang negara memang  mengawal ketat  perkembangan agama selain Islam. sebagai contoh di Jabal Ali yang dibina pada 2001. Apa ke bengapnya raja arab ni siap bagi sedekah tanah untuk bina gereja.

Kita faham penduduk UAE, 80% adalah foreigner namun daripada jumlah tersebut 55% adalah Muslim, dan Kristian adalah antara minority paling rendah dengan 10% daripada 80% foreigner. Tapi Kristian dilayan sebegitu ‘baik’ oleh pihak berkuasa, kenapa? Jika nak dikatakan caring akan kebebasan beragama, bagaimana dengan agama Hindu yang merupakan agama minority yang paling besar di UAE dibandingkan dengan Kristian. [ sila rujuk sini ]

Bagaimana dengan pesanan Rasulullah didalam satu hadis yang sahih lagi jelas ?

لا يجتمع دينان في جزيرة العرب

Tidak boleh dikumpulkan dua agama di semenanjung Arab [riwayat Imam Malik dll,juga didalam Shohihain]

Orang kafir dibenarkan memasuki dan tinggal di semenanjung arab (jazirah arab) jika untuk tujuan bekerja, diplomatik dan business. Tapi mereka diharamkan daripada menjadikan jazirah arab sebagai tempat menetap untuk selamanya serta memiliki hartanah di jazirah Arab. sila lihat fatwa oleh Shaykh Abd Aziz Bin Muhammad Alu Shaykh (mufti Saudi Arabia) , Shaykh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan dan ulama’-ulama’ lain di sini.

Aku pun tak faham dengan perangai orang Arab yang sekarang ni jahil dalam kemodenan jahiliah. Mereka terlalu mengagung-agungkan kemajuan Barat, terutama Amerika dan Britain. Lihat saja kehidupan masyarakat Arab yang langsung tidak mencerminkan budaya Arab apatah lagi sebagai Muslim, jauh sekali. huhu.. Bak kata pepatah melayu, Menang Sorak Kampung Tergadai, nampaknya itulah nasib yang bakal menimpa pak-pak Arab yang bodoh.

sama-samalah kita fikirkan nasib yang menimpa umat Islam hari ini..

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah berkata :

Kami dahulunya adalah bangsa yang hina namun Islamlah yang telah menjadikan kami bangsa yang mulia dan terhormat.

 

Advertisements

Tahun Baru Hijriyah, Perspektif Astronomi

Tahun Baru Hijriyah, Perspektif Astronomi Hari ini, Senin 06 Desember 2010 bertepatan dengan tanggal 29 Dzul-Hijjah 1431 H. Sore ini Hilal bisa dipastikan terlihat di seluruh penjuru Indonesia dan seantero jagat, karena ketinggian sudah di atas limit Danjon. Sehingga bisa dipastikan pula bahwa besok adalah masuk tanggal 1 bulan Muharram 1432 H. Besok adalah tanggal 1 bulan 1 tahun 1432 H. … Read More

via Pak AR guru Fisika

1 Muharram 1432

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah Yang ke Satu Ribu Ampat Ratus Tiga Puluh Dua !

Happy New Year 1432H !

كل سنة وانتم طيبون !ه

Alhamdulillah sedar atau tidak, hari ini 1 Muharram 1432 @ 1/1/1432 genaplah 2 tahun umur blog aku ni. Ini juga bermakna sudah 2 tahun fikrahmujahid.blogspot.com (tak femes pun) dikebumikan di alam maya. Campur tolak dah 4 tahun aku berblog. Alhamdulillah, aku masih istiqamah dengan blog aku yang tak seberapa ni dan memang aku tak berpuas hati dengan pencapaian blog aku ni. Menunjukkan ilmu yang dikongsi masih belum dapat dimanfaatkan dalam medium yang lebih luas.

Namun aku berasa bahagia kerana hari demi hari jumlah pengunjung blog ini makin bertambah. Aku gembira apabila  tulisan aku dikongsi ramai, terutamanya melalui aplikasi sharing dalam facebook. Dengan harapan, niatku untuk berdakwah melalui blog dapat digapai. Sharing is caring, means that when u’r sharing good knowledge with ur friend u’r helping & guiding them into  path of light, insya Allah.

Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan menyebarluaskan pendapat dan pandangan aku yang tak seberapa.

Moga tahun baru membawa erti kehidupan yang baru kepada kita semua.

 

Takabbur Dengan Ilmu

Artikel sangat pendek untuk dibaca…

Pada zaman sekarang, zaman dimana ilmu pengetahuan boleh dicapai dengan mudah melalui teknologi. Hanya dengan search pada internet anda akan dapat hampir semua jawapan kepada persoalan yang  anda timbulkan. Begitu mudahnya untuk mempelajari sesuatu ilmu pada era teknologi. Namun adakah ianya menjadikan seseorang itu benar-benar berilmu? Persoalan itu harus dikembalikan kepada diri individu.

Fenomena menuntut ilmu melalui internet sememangnya mempunyai kesan positif dan negative, pro dan kontra. Jika anda menuntut ilmu secara formal melalui internet seperti e-learning dan sebagainya, maka insya Allah anda terjamin berada dijalan yang betul. Namun, majoritinya menjadikan internet sebagai bahan rujukan terutamanya dalam hal yang diluar bidang mereka, setuju ?

Adakah perbuatan begitu salah? Tidak. Tapi harus kita fahami tidak semua ilmu membolehkan kita memahaminya dengan betul hanya berpandukan maklumat-maklumat yang bertebaran dalam internet. Apatah lagi jika ilmu itu berkaitan dengan Islam, agama yang dijadikan panduan hidup. Natijah menuntut ilmu dari guru yang bernama Shaykh Google pada hari ini menunjukkan ramai yang menjadi taksub terhadap shaykh tersebut.

Hadis-hadis dan dalil-dalil dicari sendiri tanpa memahami maksud sebenar dan konteks ayat dan hadis tersebut, tanpa penerangan dari mereka yang ahli dalam agama. Hasilnya, ayat ‘aku betul, kamu salah’ disematkan kedalam minda mereka secara sedar mahupun tidak. Mereka menyangka diri mereka sudah beramal dengan Sunnah yang betul, kerana mereka telah ‘mempelajari’ hadis dan ayat berkaitan.  Sangkaan yang sebegini amatlah merbahaya apatah lagi jika individu tersebut tidak menyedarinya.

Aku betul, kamu salah merupakan statement yang keluar dari hati yang rosak dan angkuh.  Angkuh dengan ilmu yang ada, bahkan merasa dirinya sudah mengetahui ilmu secara mendalam dan meluas. Juga merasa tercabar dengan tahap ilmu yang lebih tinggi dimiliki orang lain.

Bagaimana mencegah atau merawat  ego @ takabbur ini?

Apakata kita berinteraksi dengan ayat-ayat Allah.

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. [an-Nahl:78]

Kita dilahirkan sebagai makhluk yang kosong dan jahil tentang semua ilmu. Lalu dengan pancaindera anugerah Allah lah kita mampu secara berperingkat-peringkat menguasai ilmu. Bahkan kemampuan kita untuk bertutur itu adalah ilmu, kemampuan kita untuk mengeluarkan pendapat juga adalah dengan ilmu hasil dari penggunaan pendengaran, penglihatan dan penghayatan (hati).

Cuba kita fikirkan, bagaimana satu patah perkataan mampu diucapkan oleh kita? Proses ini sebenarnya begitu rumit dan kompleks serta melibatkan banyak anggota,organ dan mekanisma dalam dalam tubuh kita. Bermula dari hati yang menentukan keinginan kita, otak dan akal yang memproses keinginan kepada mekanism organ-organ berkaitan untuk diterjemahkan sebagai satu perkataan. Proses ini melibatkan begitu banyak komponen termasuklah hati, halqum, telinga dan sebagainya. Anda yang berada dalam dunia perubatan lebih ‘arif tentang proses ini. Adakah dengan anugerah yang sebegitu kita masih ingin berbangga dengan kepetahan hujah, kebernasan pendapat dan kecerdikan pemikiran yang kita miliki?

tundukkan keangkuhan anda dalam berilmu

Marilah kita cuba rungkaikan kisah-kisah teladan yang diajarkan oleh Allah kepada kita.

Ketika mana Allah ingin menciptakan manusia sebagai khalifah dimuka bumi, Malaikat mempersoalkan tindakan tersebut kerana mereka mengetahui bahawa manusia ini akan menumpahkan darah dan membuat kerosakan di bumi, [al-Baqarah:30]. Sikap malaikat yang merasakan diri mereka mengetahui kesan dan akibat dari penciptaan manusia ini ditempelak oleh firman Allah :

إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Setelah Nabi Adam a.s diciptakan, Allah mengajar baginda dengan segala jenis nama-nama (ilmu)  dan kegunaannya. Lalu Allah kemudiannya berfirman kepada Malaikat,: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Apakah jawapan malaikat ?

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Para Malaikat menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” [al-Baqarah:32]

Jawapan Malaikat itu menunjukkan mereka akhirnya akur bahawa hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu dan mereka tidak mengetahui (tidak mempunyai ilmu) melainkan apa yang diajarkan oleh Allah.

Bahkan Allah terus merendahkan lagi keegoan malaikat yang merasa diri mereka mengetahui itu dengan ayat berikutnya:

قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. [al-Baqarah:33]

Lihatlah bagaimana Allah merendahkan sikap ego malaikat tersebut untuk menyedarkan mereka. Lalu Malaikat sembah sujud kepada Adam (a.s) sebagai tanda akur mereka terhadap tahap ilmu mereka yang rendah, melainkan Iblis yang tetap angkuh dan sombong. Allah ingin mengajarkan kepada kita supaya tidak angkuh dan berbangga dengan ilmu yang ada, kerana semuanya adalah milik-Nya. Jika kita tetap ingin berbangga dengan kelebihan ilmu yang kita miliki maka tiada bezanya kita dengan Iblis yang dilaknat.

Dalam ayat yang lain Allah juga mengajarkan kepada kita supaya tidak takabbur dengan ilmu yang ada pada kita melalui kisah Nabi Musa (a.s) Sebagaimana kisah yang didapati dari hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (r.a) :

Aku pernah mendengar Ubay bin Kaab رضي الله عنه  berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda:

Musa عليه السلام pernah berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israel.

Dia (Musa) lalu ditanya: Siapakah manusia yang paling berilmu? Dia menjawab: Akulah orang yang paling berilmu.

Allah lantas menegurnya kerana dia tidak mengembalikan ilmu kepada Allah. Allah lalu memberi wahyu kepadanya bahwa salah seorang hamba-Ku yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.

~ [Hadis Riwayat Muslim]

Jika kita fikirkan, memang selayaknya bagi seorang Nabi untuk berkata begitu. Namun, sikap Nabi Musa itu menjurus kepada takabbur akan ilmu yang dimilikinya lantas Allah menegurnya. Bagaimana Allah menjadikan Nabi Musa yang ego akan ilmu yang dimilikinya itu kepada seorang yang tunduk dan akur bahawa dirinya masih banyak kekurangan ilmu?

Melalui orang yang lebih mengetahui dari diri Nabi Musa, iaitu Nabi Khaidir a.s. Kisah perjalanan Nabi Musa untuk menuntut ilmu setelah disedarkan oleh Allah ini direkodkan dalam surah al-Kahfi.

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami [al-Kahfi:65]

Kisah perjalanan Nabi Musa untuk menuntut ilmu dari Nabi Khaidir ini dikisahkan dalam Surah al-Kahfi dari ayat 60 -82. Apabila bertemu dengan orang yang dimaksudkan (seperti dalm hadis di atas) iaitu Nabi Khidr (a.s), Nabi Musa meminta izin untuk mengikuti Nabi Khidr dan menuntut ilmu darinya. Sepanjang perjalanan mereka itu, pelbagai perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh Nabi Khidr (a.s) sehingga Nabi Musa mempersoalkan tindakannya itu. Walaupun Nabi Musa telah terlebih dahulu diberi amaran supaya tidak bertanya. Akhirnya apa kata Nabi Khidr kepada Nabi Musa ?

قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا

Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. [al-Kahfi:78]

Ini menunjukkan tahap ilmu yang dimiliki Nabi Khidr sangat tinggi sehingga tidak mampu difahami oleh seorang nabi. Nabi Khidr kemudiannya memberi penjelasan satu persatu tentang apa yang telah dilakukan olehnya. Apa yang kita peroleh dari kisah dalam ayat-ayat tersebut? Apakah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita ?

Sebenarnya kisah Nabi Musa dan Nabi Khidr mempunyai persamaan dengan Kisah Allah dan Malaikat dalam penciptaan Adam. Allah ingin merendahkan sifat ‘superiority complex’ atau ego dalam diri Nabi Musa ketahap dimana Nabi Musa terpaksa akur bahawa ilmu yang dimilikinya amat terbatas. Atau jika boleh dikatakan, Allah ingin menurunkan darjat keilmuan Nabi Musa dibawah Nabi Khidr.

Begitulah Allah mengajar kita sebagai hamba dan khalifahnya di bumi ini supaya tidak takabbur dengan diri kita, bukan sahaja dalam bab keilmuan bahkan dalam setiap aspek kehidupan kita. Kerana setiap ilmu itu datangnya dari Allah dan Dialah berkuasa mutlak ke atas diri kita, tiada sesuatupun yang kita miliki melainkan milik Allah. Bagi setiap yang berilmu ada lagi orang yang lebih berilmu dan lebih tinggi tahap keilmuannya.

Kita hendaklah zuhud dalam berilmu

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 76:

نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.

Begitulah ajaran al-Quran yang indah dan sempurna. Ayat itu sudah cukup menjadi pedoman bagi kita supaya tidak bongkak dan berbangga dengan ilmu yang ada. Zuhud dalam berilmu.

Namun begitu, ini tidak bermakna kita langsung tidak boleh melontarkan pandangan dan pendapat kita. Cuma jika pendapat orang lain tidak sama atau tidak sehaluan dengan kita janganlah kita lekas menuduh pendapat mereka tidak betul. Sekalipun kita yakin dengan kebenaran ilmu kita, kita tiada hak untuk mengatakan pandangan orang lain itu salah.

Berlapang dada lah dalam menuntut ilmu, yang penting kita harus mempunyai pendirian yang tegas tapi boleh menerima perubahan jika perlu. Kalimah yang sepatutnya disematkan dalam minda kita ialah ” Mungkin kamu betul dan aku salah, atau mungkin aku betul kamu salah”

Ilmu itu cahaya, kenapa harus kita jadikannya lubuk neraka

 

Mujahid Nuruddin

Jumaat, 26 Zulhijjah 1431

Kelantan.

Post Navigation

%d bloggers like this: