Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Somalia dan kita sebagai Muslim

Sudah separuh Ramadan kita lalui, insya Allah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Namun, keimanan seseorang itu tak lengkap tanpa kasih sayang, belas kasihan sesama Muslim dan sesama manusia. Islam adalah ajaran yang paling menitikberatkan konsep humanity / kemanusiaan.

Dalam hadis Nabi SAW :

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim

Sedarkah kita nun jauh di seberang sana beribu-ribu kilometer dari Malaysia, saudara kita yang seagama di Somalia merana dilanda kemarau disamping krisis politik yang tidak berkesudahan. Negara mereka miskin, sumber terhad terpalut pula dengan peperangan saudara…Allah….bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.

اللهم يا حنان يا منان أغث برحمتك المسلمين في الصومال

اللهم إنهم جياع فأطعمهم اللهم إنهم عطشى فاسقهم برحمتك يا أرحم الراحمين

Ya Allah! mereka semua kebuluran, maka Engkau berikanlah mereka makanan. Ya Allah ! sesungguhnya mereka kelaparan dan dahaga maka berikanlah mereka air dan makanan dengan rahmat-Mu. wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

* doa itu patut dimasukkan dalam qunut subuh & witir dalam ramadan ni.

Dimana suara-suara lantang umat ISlam yang begitu gigih memperjuangkan nasib umat Islam Palestin? Dimana usaha-usaha yang gempak bila bercakap bab Gaza ?

Adakah disebabkan Somalia ini kurang tumpuan ? berkulit hitam ? negara berpasir dan panas? maka aktivis-aktivis terbabit tidak berminat?

Kita mengejar Syurga dengan membantu saudara kita di Palestin, namun kita tinggalkan Neraka pada saudara kita di Afrika (Somalia).

itu pandangan prejudis. – biarkan.

mengikut rangkaan dan kajian UK Development Secretary, dianggarkan 400,000 kanak-kanak menghadapi kematian kerana kebuluran di Somalia. Itu anggaran sedangkan yang realitinya, 10 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun meninggal dunia setiap hari di kem pelarian Kobe. Itu baru satu kem pelarian.

masyarakat UK dan USA sudah lama prihatin pada nasib saudara kita di Somalia, akhbar-akhbar mereka setiap minggu melaporkan situasi terkini pelarian Somalia di Dadaab, Kenya, situasi rakyat Somalia itu sendiri yang kebuluran. Mereka yang semuanya Kristian yang juga golongan missionari lebih mendahului kita dalam membantu. Bahkan majority mereka membantu atas dasar kemanusiaan.

Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun yang mati akibat kebuluran.

Malu dan sedih dengan umat Islam yang hanya baru sebulan dua ini kedengaran suara-suara dan akhbar-akhbar tempatan yang bercakap dan melaporkan berita tentang Somalia. Kenapa Umat ISlam selalu pending dalam mendapatkan informasi sebegini?

Alhamdulillah….walau terlambat, negara anggota Organisation of the Islamic Conference (OIC) yang mengadakan sidang tergempar di Istanbul sudah menyumbang $350mil untuk Somalia. Di Malaysia juga sudah ada badan-badan NGO yang bertindak menubuhkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Somalia. Itu semua baru tercetus bulan ni. Begitu sempurna tadbiran Allah dengan mengurniakan kita bulan Ramadan, kalau tak rasanya belum lagi ada tabung-tabung tu.

“..you do not go to bed full if your neighbour is hungry. If we had fulfilled our responsibilities, would our brethren nation Somalia be in this situation?” he asked. “This is not only a test for the Somali people, it is a test for all humanity.” – Reccip Tayyip Erdogan, Turkey’s Prime Minister.

It is a test for all humanity – yup, itulah yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut pasal krisis di Somalia boleh google je. AKu selalu baca kat akhbar the Guardian sebab akhbar ni selalu update yang terkini pasal saudara kita di Somalia. Juga boleh baca di sini dan lain-lain akhbar luar Malaysia. Kalau cari yang Malaysia, ciput sangatlah info yang kita boleh dapat.

Bagi yang berminat untuk menghulurkan bantuan, derma, sedekah dsb boleh menghubungi badan -badan berikut :

Global Peace Malaysia

TERAS

MERCY Malaysia

Perdana Global Peace Foundation

dan lain-lain lagi yang mungkin aku tak tahu kewujudannya. Tolong sebar-sebarkan info ini supaya kita dapat meningkatkan kesedaran bersama dalam membela nasib saudara seagama tak kira walau dimana mereka berada samaada di Palestin, Afghanistan, Narathiwat, Iraq, Somalia dan lain-lain. At least, we contribute something for our neighbor in this wonderful world.

Bila membeli untuk berbuka, ingatlah nasib saudara kitayang kebuluran. Jangan membazir walau sebutir nasi sedangkan saudara kita di somalia nak jumpa sebutir nasi dalam setahun pun susah. Tolonglah! sedar dan bangkit dalam membela nsib sesama insan tanpa mengira batas sempadan, bangsa dan agama.

من لا يرحم لايرحم

Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: