Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Tatatertib Ketika Minum

Sunnah ke-3

Adalah menjadi sunnah Rasul bernafas diluar bekas minuman (gelas,cawan, dll). Menjadi sunnah juga meminum minuman dengan 3 kali nafas atau dengan bilangan yang ganjil, sama ada 3,5 atau 7 kali bernafas.

عن أنس رضي الله عنه أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتنفس في الشراب ثلاثا (متفق عليه) يعني يتنفس خارج الاناء

Dari Anas r.a bahawsanya Rasulullah S.A.W bernafas ketika minum sebanyak 3 kali. (iaitu bernafas diluar bekas minuman) –hadis muttafaqun ‘alaih

Rasulullah S.A.W melarang kita minum dengan 1 kali tegukan. Seperti yang dijelaskan dalam hadis berikut:

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تشربوا واحدا كشرب البعير، ولكن اشربوا مثنى وثلاث ، وسمّوا اذا أنتم شربتم ، واحمدوا اذا أنتم رفعتم

Dari Ibn ‘Abbas r.a, katanya : Rasulullah S.A.W bersabda; ” Janganlah kamu minum sekaligus (sekali teguk) seperti unta minum, tetapi minumlah 2 kali atau 3 kali. Bacalah Bismillah jika kamu mula minum dan bacalah Alhamdulillah jika kamu selesai minum.” – [ hadis hasan, Riwayat at-Tirmidzi]

Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah baginda dalam setiap urusan harian kita dari sekecil-kecil sunnah kepada sebesar-besarnya. Insya Allah, hidup pasti lebih bermakna dengan mengikuti sunnahnya.

Kanak-kanak paling suka bernafas dalam gelas ketika minum, oleh itu tegurlah mereka dan didiklah mereka dengan sunnah Rasul. Bak kata pepatah; melentur buluh biarlah dari rebungnya.

untuk entri “Sunnah” sebelum ini, sila klik link Sunnah pada menu blog di atas.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: