Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Must Watch! Sang Pencerah

Assalamu’alaikum…

untuk entri ke-101 ni aku nak share filem berjudul keagamaan setentunya dari Indonesia..kalau filem Malaysia tak perlu sebut pun tak pe konfirm hantu nye.

Movie apa tu?

Sang Pencerah

Movie yang menceritakan perjuangan hidup KH Ahmad Dahlan. Sebelum menonton filem ni memang aku pernah dengar nama KH Ahmad Dahlan tapi tak tahu siapa dia. Setelah tengok filem ni secara kasarnya aku tahu siapa dia, penubuh antara gerakan Islam terbesar di Indonesia, Pertubuhan Muhammadiyah.

Kisah ini menceritakan perjalanan hidup KH Ahmad Dahlan sehingga tertubuhnya Muhammadiyah. Sosok peribadi KH Ahmad Dahlan yang tegas dan yakin dalam mempertahankan pendiriannya berdasarkan ilmu yang dipelajarinya. Bagi para aktivis dakwah, anda patut menontonnya. Filem yang penuh inspirasi buat anda, Insya Allah.

Aku begitu terkesan dengan filem ini seolah-olah ianya menceritakan perjuangan datuk dan moyangku yang pada pendapatku begitu mirip dengan kehidupan KH Ahmad Dahlan seperti yang digambarkan dalam filem ini. Aku tak perlu memperkenalkan nenek-moyang ku kerana nama mereka sudahpun tercatat utuh dalam lipatan sejarah reformasi Islam di negeri Kelantan.

Moyangku dan KH Ahmad Dahlan kedua-duanya terpengaruh dengan gerakan tajdid Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan muridnya Sheikh Muhammad Abduh. Majalah al-Manar menjadi majalah langganan moyangku sama juga KH Ahmad Dahlan. Malah, konflik antara keluarga disebabkan mempertahankan pendapat berdasarkan ilmu masing-masing juga sama dengan apa yang berlaku dalam keluarga moyangku.

Dalam filem ini anda akan begitu terasa begitu asingnya Islam yang tulen berlandaskan al-Quran dan Sunnah, tapi itulah hakikat yang dihadapi ulama’ yang menerajui perubahan pada zaman dahulu. Anda patut tengok filem ni…

HIGHLY RECOMMENDED !

sedikit sinopsis a.k.a spoiler!

Muhammad Darwis (Ikhsan Taroreh / Ikhsan Idol) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan setelah pulang dari Mekkah. Di usianya yang masih cukup muda (awal-awal 20-an), Ahmad Dahlan merasa gelisah atas pelaksanaan syariat agama Islam yang dinilainya melenceng ke arah bid’ah/sesat.

Ahmad Dahlan memulai pergerakannya dengan mengubah arah kiblat Masjid Kauman. Melalui pengetahuan geografi yang dimilikinya, Ahmad Dahlan menyedari bahwa arah kiblat tidak lurus ke arah barat. Hal ini memicu kemarahan Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) yang merupakan kyai penjaga tradisi. Akibatnya, surau milik Ahmad Dahlan kemudian dirobohkan karena dituding menyebarkan aliran sesat.

Ingin tahu kisah selanjutnya yang lebih mencabar?

sila klik link di bawah untuk download..

Download Part 1

Download Part 2

Download Part 3

Kalau malas nak download, internet slow ke..boleh je nonton kat youtube. Nak syok lagi beli vcd terus, kirim kat kawan2 yang ada di indonesia…haha.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: