Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Aku Wahabi Aku Sufi

Ketika aku putuskan untuk beramal sesuai AlQuran & Sunnah dengan faham As Salafush Shaleh…..

Akupun dipanggil Wahabi

Ketika aku minta segala hajatku hanya kepada Allah subhaanahu wa ta’ala tidak kepada Nabi & Wali .…

Akupun dituduh Wahabi

Ketika aku meyakini Alquran itu kalam Ilahi, bukan makhluk ….

Akupun diklaim sebagai Wahabi

Ketika aku meninggalkan qunut …

Akupun dijuluki Wahabi

Ketika aku katakan selawat antara Solat Terawih bukanlah tuntutan…

Akupun dihunjam sebagai Wahabi

Ketika aku tinggalkan sambutan maulid kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah ajarkan …

Akupun dikirimi “berkat”  Wahabi

Ketika aku mengikuti Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyimpan janggut, memotong seluar diatas dua mata kaki, …,

Akupun dilontari kecaman Wahabi

Hingga sang ustaz pembela sufi menjadi berkobar semangatnya melabel aku sebagai Wahabi

Ketika aku tanya apa itu Wahabi…?

Merekapun gelengkan kepala tanda tak mengerti

Ketika ku tanya siapa itu wahabi…?

merekapun tidak tahu dengan apa harus dijawab

disisi lain pula…

Ketika aku menganggap Tasawuf sebagai elemen agama Islam yang wajib dipelajari…..

Aku dilabel Sufi

Ketika aku mempraktikkan tarekat yang tulen….

Aku ditempel tampalan Sufi Sesat,

ketika aku ingin membersihkan jiwa ku dari sifat mazmumah…..

Aku digelar sebagai Sufi,

kerana bagi mereka, Ihsan itu adalah ajaran sesat…

sama juga Sufi itu sesat katanya….

biarpun ianya bersumberkan hadis yang sahih..

Bila ditanya apa itu tarekat, apa itu tasawuf , apa itu Sufi ??

mereka hanya menjawab, SESAT ! SESAT!

Segala ikhtilaf dijadikan sumber perpecahan..

hingga sang ustaz pembela salafi/wahabi berkobar melabel aku Sufi

Tapi…!

Apabila Wahabi mengajakku beribadah sesuai dengan AlQuran dan Sunnah…

Maka aku rela mendapat gelar  Wahabi !

Apabila Wahabi mengajakku hanya menyembah dan memohon kepada Allah subhaanahu wa ta’ala …

Maka aku sanggup memakai mahkota Wahabi !

Apabila Wahabi menuntunku menjauhi syirik, khurafat dan bid’ah…

Maka aku bangga menyandang baju kebesaran Wahabi !

Ada yang kata.…. Kalau pengikut setia Ahmad shallallahu ‘alaihi wa sallam digelari Wahabi, maka aku mengaku sebagai Wahabi.

Ada yang kata….. Jangan sedih wahai “Pejuang Tauhid”, sebenarnya musuhmu sedang memujimu, Pujian dalam hujatan….!

Apabila Tasawuf mengajak aku supaya ikhlas dalam ibadah, aku rela dilabel sufi

ketika Tasawuf menuntunku berhati murni berjiwa bersih sesama manusia, aku rela dituduh sesat,

Tatkala Tasawuf membimbingku ke arah Zikrullah, aku sanggup menggalas terjahan fitnah..

Apabila Tasawuf mengajakku taat kepada Allah subhaanahu wa ta’ala dan RasulNya shallallahu ‘alaihi wa sallam …

Maka akulah pahlawan Sufi !

Susahnya hidup jika keredhaan Manusia yang dicari,

Ingatlah ! Redha Allah mengatasi segala-galanya,

benarlah ketika pujangga bermadah :

رضى الناس غاية لا تدرك

Reda manusia yang dicari nescaya takkan dapat

Wahabi dan Sufi…

kedua-duanya menjadi elemen diriku…

maka siapakah aku??

Wahafi atau Sufibi..

Istilah baru harus dicipta demi memuaskan nafsu serakah kedua-dua pihak..

 

Oleh : Ahmad Zainuddin & Wan Mujahid

Single Post Navigation

2 thoughts on “Aku Wahabi Aku Sufi

  1. bekongsi sdikit fahaman tentang wahabi
    dari ustaz halim dan ustaz azhar

    • mujahid on said:

      tenkiu2, yup kedua2 video yg mu bagi tu tak menyalahi dgn diri aku. I’m not wahabi bodo..haha, coz I’m wahabi and I’m sufi. so its not fair to call me wahabi at the same time i’m sufi..confuse right? haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: