Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

3 Anas 3 Jasad

salam alayk!

hatiku berdegup kencang…

rasa gundah mencetus badai mengocak ketenangan hati malam ni….

hanya kerana satu perkataan ..musibah..

entah kenapa aku sedikit sensitif bila dengar perkataan tu, sedangkan ianya satu rahmat (sila klik sini)

gambar diatas menunjukkan dialog aku dengan anas alwi. korang faham ke? ..

tentang siapa dialog kami tu?

ANAS YUSOH

orang & kawan pertama dalam hidup aku yang aku iktiraf sebagai sahabat. Ditakdirkan Allah dia kemalangan, tiada perkataan yang mampu mengungkapkan perasaan didalam hati aku ni bila mendengar berita itu.

اللهم اشفه وعافه واصلح باله ويسر اموره وبلغه من الخير ما شاءه

Hanya doa yang mampu dihulurkan, kerana dia berada nun jauh di sana…

bumi Mesir.

 

Lagi rahmat

berita kedua, Anas Alwi sendiri ditakdirkan Allah mengalami kemalangan pada minggu lepas. Indahnya peribadi seorang hafiz. Dia memberi khabar akan musibah yang menimpa saudaranya terlebih dahulu sebelum memberitahu perihal dirinya. Indahnya bila hidup berpandukan hidayah Al-Quran.

pada sahabatku Anas Alwi,

أللهم انزل عليك هدى ورحمة واطمئنان في قلبك ، واجعلك من الناجحين والفائزين في كل خير

Rahmat yang tak putus-putus

beberapa bulan lepas, Anas Rosedi terlibat dalam kemalangan jalan raya, menyebabkan kereta yang dipandu mengalami kerosakan. Alhamdulillah, sayangnya Allah pada hamba-Nya yang berbakti pada jalan-Nya maka diselamatkan Anas Rosedi dari kecederaan ketika berlakunya kemalangan tersebut.

pada Anas Rosedi,

اللهم اعطيك عصمته ويسر لك أمورك في دينه

3 Anas Berlainan Ayah

~ pic by iekh1-p3@devianart ~

antara haq seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain adalah doa. Aku mengharapkan diriku ini tergolong dari kalangan sahabat yang menunaikan haq sebagai seorang sahabat…huhu

Terkadang aku terfikir dan termenung…

الدعاء سلاح المؤمنين

Doa itu senjata bagi mukmineen

bukankah indah sekiranya setiap dari kita yang muslim dan mukmin saling mendoakan antara satu sama lain? bukankah dengan itu kita saling melindungi antara satu sama lain? seperti ungkapan di atas, Doa adalah Senjata bagi orang Mukmin. Sengaja aku letakkan kata jamak “mukmineen” supaya ianya membawa maksud satu lafaz doa kita panjatkan untuk ramai orang bakal menjadi senjata pelindung bagi mereka.

Entah kenapa uniknya 3 orang sahabat aku ni sehingga mereka dijadikan tajuk entri kali ini. Tapi, apa yang pasti mereka betul2 unik. kenapa?

apabila aku menadah doa untuk salah seorang dari mereka, aku akan merasa kekurangan jika tidak disebut 2 lagi nama yang sama tapi tak serupa. Seolah-olah, mereka bertiga mempunyai chemistry dalam hidup dan doaku.

ini bukan isu membangkitkan doa pada sahabat, tapi bagaimana mereka bertiga begitu bermakna dan begitu terikat antara satu sama lain dalam diriku. Walaupun, secara jujur salah seorang mereka tidaklah begitu rapat dengan aku, tapi Allah sentiasa mengingatkan nama dia bila lidahku ingin berbicara dengan-Nya. there must be a reason for that, but I didn’t know why. Maybe this not a right time for me to know it.

Apa-apapun, mereka semua adalah rahmat Allah padaku, yang harus dihargai. Kepada ketiga-tiga Anas, ku pohon maaf sekiranya aku tidak berpeluang menziarahi korang ketika musibah menimpa / rahmat dikurniakan. Sedangkan korang menziarahi aku ketika aku dikurniakan rahmat terlantar dihospital.

itulah 3 orang Anas yang berbeza jasad dan watak.

Single Post Navigation

2 thoughts on “3 Anas 3 Jasad

  1. wardi aqeef on said:

    kita hanya dapat teman yg baik utk diri kita,
    apakah kita terbaik untuk mereka?

    • mujahid on said:

      yep, u’r right. mmg kita patut cermin diri kita. Kebaikan org trhadap kita hndaklah kita kenang, kjahatan kita trhadp org hndklah kita ingati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: