Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Tragedi yang Mengajar Erti Kehidupan

Pesanan pertama dan juga muqaddimah dari aku : taatlah pada kedua Ibu & Bapa, ingatlah pada jasa dan bakti mereka kepada kita yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, tak mampu ditulis dengan pena mahupun diluah dalam blog.  Itu saja sudah cukup untuk kita tidak menderhaka pada mereka dalam apa jua keadaan kita.

Hari ini 8 Syawwal 1431H dan juga 8 Syawwal pada tahun-tahun mendatang tetap akan ku kenang sebagai hari pertama “kelahiran semula” aku dan tahun ini 1431H genaplah sudah 1 tahun aku memulakan semula kehidupan yang makin mencabar dengan dugaan dan rintangan yang mungkin bertambah.

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahu Akbar !

Tragedi  7 Syawwal 1430H bersamaan 27 September 2009M masih segar diingatanku. Aku masih mengingati dengan jelas turutan atau sequence berlakunya tragedy tersebut dari intro – klimaks – ending.  Sungguh besar anugerah Allah padaku pada tarikh tersebut, anugerah yang merobah struktur asas keimanan dan ketaqwaan hambaNya ini. Anugerah yang mencetuskan gelombang tsunami pada oasis qalbu sekaligus melenyapkan mahligai kelalaian dan mencetuskan pembinaan istana syukur, kesyukuran tak terhingga atas segala ni’mat Allah dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya.

Tragedi 7 Syawwal ?

Kereta Proton Savvy yang dinaiki oleh aku ketika berlakunya kemalangan

Itulah hari aku terlibat dalam kemalangan jalan raya di jalan utama Raub – Bentong pada jam 4.30 a.m. Alhamdulillah accident tu tidaklah sampai mengorbankan mereka yang didalamnya walaupun secara logiknya sepatutnya mengorbankan orang didalam kereta tersebut jika dilihat pada keadaan fisikal kereta itu. Itulah kuasa Allah, taqdir dan iradah(kemahuan) Nya.  Alhamdulillah!

Accident itu menyebabkan aku mengalami kecederaan pada tulang belakang, apa yang disebut sebagai Multilevel Compression pada tulang belakang, juga retak pada L1. Ruas tulang yang terlibat adalah T11, T12 & L1. Ringkas cerita, aku terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan 2 batang rod titanium & 6 biji screw titanium untuk menyokong dan membantu pemulihan kecederaan tulang belakang.

gambar X-ray tulang belakang selepas operation

Ni’matnya Ujian

Ujian, musibah dan dugaan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan dapat dirasai kenikmatannya. Pada sangkaan kita musibah itu musibah walhal jika kita bersabar dan menghargainya pasti musibah itu bukan musibah tapi satu rahmat dari-Nya sebagai kesedaran dari kelalaian terhadap-Nya. Benarlah kata Allah didalam surah Al- Baqarah: 216 ;

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Indahnya ujian dan musibah itu jika sabar menjadi bentengnya. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Dr. Aidh Al-Qarni dalam buku tulisannya Hadaa’iq DZatu Bahjah dimana beliau menulis seperti berikut yang bermaksud :

Saat tak ada lagi sahabat karib yang menghibur, kala tak ada lagi teman yang menemani, tidak juga sahabat yang simpati, maka kesabaran menggantikan posisi mereka semua. Kesabaran mampu berbicara atas nama semua. Kesabaran mampu memenuhi kewajiban sahabat dan kerabat. Kesabaran yang indah tidak ada keluhan didalamnya.

….Sabar yang baik adalah kemampuan menanggung musibah dengan diam, menerima terjahan masalah dengan tenang dan menerima hentaman dengan redha.

Tragedi 7 Syawwal itu mengajar erti kesabaran yang benar pada diri ini. Memang keretakan tulang belakang itu tidaklah begitu sakit, tapi kesan sampingan yang dialami aku selepas menjalani pembedahan begitu menguji kesabaran. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah dan aku tidak ingin menyalahkan sesiapapun, kecualilah side effect itu menjejaskan secara total masa depanku (mahu taknya aku saman je..hehe). Side effect itu menyebabkan aku mengalami hyper-sensitive skin pada sebelah kaki kiri. Kena angin pun pedih, kena air rasa macam kulit disiat, apatah lagi bila disentuh….letak je tangan atas kawasan tu pun dah terasa pedihnya belum betul-betul sentuh lagi. Tapak kaki berdenyut-denyut, mencucuk-cucuk rasa seperti kulit kaki disiat dan dikelar bertubi-tubi. Ketika itu tiadalah ucapan yang keluar melainkan pujian & doa pada Allah.

picture by soulflamer of devian art

Allah….Allah…Allah….

Apa sahaja doa dan munajat yang terlintas dalam benak fikiranku terus dituturkan keluar. Tiada lagi sekutu atau syirik bagi Allah, bahkan ungkapan kalimah Allah pada ketika itu begitu terasa dan menusuk qalbu. Pastinya susah untuk mengikhlaskan hati pada tahap 100% pada Allah ketika kita berada dalam keadaan sihat walafiat, ucapan Allah ketika sakit itu begitu berharga bagi mereka yang merasainya. Kenikmatan berdoa, bermunajat dan memuja-muji Allah begitu terasa dikala musibah. Keindahannya tidak dapat dirasai dan digambarkan bagi orang yang senang dan sihat. Saat itulah lafaz Allah dilafazkan dengan begitu ikhlas dan mendalam.

Terlantar di hospital selama 1 bulan memberikan 1001 pengajaran dan ibrah yang begitu bermakna dalam kehidupan aku. Kematian dirasa begitu dekat apabila pesakit sebelah meninggal dunia, dihari yang lain pula pesakit di depan katil aku pula yang meninggal, lusanya pula pesakit satu wad meninggal dunia.

Kehidupan didalam wad juga memberikan kesedaran padaku bahawa begitu ramai saudara seagama yang tidak menunaikan tuntutan asas dalam Islam, SOLAT. Kesemua pesakit dalam wad adalah Muslim namun tidak sampai 10% yang menunaikan solat. Jumlah 10% itu terdiri dari kalangan mereka yang berusia lanjut yang sedar mereka akan meninggalkan dunia ini, itu suasana yang berlaku di Hospital Kota Bharu, Kelantan, negeri yang terkenal dengan penduduknya kuat berpegang pada ajaran Islam. Aku sempat dimasukkan ke dalam wad di Hospital Kuala Lipis, Pahang, lain pula kisahnya. Pakcik tua yang berumur sekitar 70-an yang sakit kaki, begitu gigih memanjat kerusi untuk menukar channel television sedangkan solat diabaikan. Astaghfirullah….hanya itu mampu aku lafazkan melihat gelagat pakcik tua yang masih belum menerima cahaya hidayah dari Allah.

Ini juga satu peringatan buat doktor dan setiap Muslim supaya menjalankan misi dakwah mereka kepada pesakit. Doktor Muslim harus dapat membantu pesakit yang jahil untuk menunaikan solat ketika sakit, itulah pentingnya  doktor Muslim mempunyai ilmu asas Islam yang kukuh. Kebanyakan pesakit beralasan tidak tahu cara bersolat ketika sakit, jahil akan perkara paling ASAS dalam agama, Solat adalah tiang agama. Sebagaimana disebut dalam satu hadis (walaupun statusnya dhoif)

لصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ، وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ الدِّينَ

Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama, dan siapa yang mengabaikannya maka dia telah memusnahkan agama.

Cukuplah sedikit perkongsian ini sebagai iktibar kepada kita semua. Jika ingin dikisahkan semua pengajaran yang aku dapat, rasanya mustahil untuk ditulis dengan ringkas di sini. Insya Allah, jika diberikan peluang dan masa, ibrah dari tragedy itu mampu dikongsikan dengan lebih detail. Mungkin bagi sesetengah orang, accident ini tidaklah begitu tragis dan teruk. Namun tidak semua orang mengambil manfaat dari musibah yang dialami mereka. Bagi sesetengah orang, accident yang hampir meragut nyawa dan menyebabkan kecacatan kekal sekalipun belum tentu mampu memberikan impak positif kearah menghampirkan diri pada Allah, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Sedang bagi mereka yang kadang-kadang hanya terjatuh tangga sudah cukup mengingatkan dia pada Allah.

Dale Carnegie didalam Public Speaking & Influencing Men in Business, menulis bahawa ahli psikologi ada mengatakan :

We learn in two ways : one, by the Law of Exercise, in which a series of similar incidents leads to a change of our behavioral patterns; and two, by the Law of Effect, in which a single event may be so startling as to cause a change in our conduct.

Bagi aku Law of Effect itu lebih baik daripada ditimpa musibah berulang-kali baru nak sedar macam Law of Exercise. Namun semua itu bergantung pada kesedaran dan ikhtiar seseorang untuk lebih hampir pada Allah.  Hadapilah musibah itu dengan penuh sabar sebagaimana sabarnya rasul ulul ‘azmi [ al-Ahqaf:35]

Bersabarlah dengan kesabaran yang elok dan baik [al-Maarij:5] dan ingatlah kata-kata Nabi Yaaqub (a.s) saat memujuk hatinya supaya bersabar atas kehilangan Nabi Yusuf (a.s) :

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّـهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ

“Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah Yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa Yang kamu katakan itu.” [ Yusuf:18]

**** sila baca perkongsian terdahulu  dalam entri yang lepas Zikir Menguatkan Tulang Belakang

Single Post Navigation

14 thoughts on “Tragedi yang Mengajar Erti Kehidupan

  1. akhi..aku tak mampu berkata-kata baca posting ni..syukran..

  2. nk jugak jupo demo..nk jupo sgt2,.tapi Allah tak izinkan..mungkin belum layak bertemu lagi

  3. Pingback: 3 Anas 3 Jasad « savingmemoir

  4. Assalamualaikum.
    Dalam tahun 2008 saya juga eksiden, juga dalam savvy hitam. Alhamdulillah tak mengalami apa-apa kecederaan. Tapi Savvy saya tu dikira total lost oleh Uniasia disebabkan kos baik pulih yang melebihi jumlah yang diinsurankan. Dan…kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan keempat-empat tayar dan absorber, patah. Kereta saudara ni masih boleh dibaiki atau menerima nasib yang sama dengan kereta saya?

    • mujahid on said:

      haha..x sangka eksiden kreta sama warna sama. Tp savvy built tougher kan?? hehe. Spatutnya sama la, mmg ari tu claim total lost. Tapi ada “org tgh” yg buat hal. X dpt total lost, bila dah baiki then engine plak pecah. Ari tu claim total lost x bagi kali ni padan muka insurans (takaful) 2 kali bayar. Tapi mmg frustrated la coz stahun masih x settle. Kbetulan plak bengkel kat pahang(lokasi kemalangan) tuan punya kreta kat kelantan. huhu.. btw, tu kreta abg saya, saya hanya passenger ktika accident brlaku.

  5. haha teringat sama..aku pernah gak exciden ni..kete kancil..habis dua2 kaki aku patah..buah pinggang pun kena buang..yg lain xusah ckp la..hehe tgh search gamba xray kat google jumpa blog sedara..usha kejap..sabar je la..tp saudara kena tulang belakang tu harap xde pape la..semoga sihat hendaknya.cuma nak nak tanya sikit..rod tu apa nama dia ea?saya lupa nama dia..sebab saya ada 4 rod tu dgn 21 skru kat pinggang dgn kaki saya..org tanya saya pun xreti nak bgtau..klau saudara tahu..boleh la bgtau..hehe

    • mujahid on said:

      huhu, arap2 x de pape la kan, slagi x kawin x tau la..hahaha. hmmm..actually, tak smua org mnggunakan jenis rod yg sama apa lagi klu bhg operate tu brlainan. specific name utk bnda tu saya pun xtau tp klu ikut resit rod tu nama VAST. material juga mungkin berlainan bg operation berlainan. Klu yg saya titanium. Tapi klu benda tu utk permanent smpai mati, biasanya dr titanium la bkn stainlessteel. itu apa yg dberi tau oleh Dr saya la. wallahu a’alam.

  6. salam,bc cite awak,teringat kisah kemalangan sy 2 thn lps….krt myvi sy totallost,bentuk krt x yah cite lah kemek mcm tin biskut tp kuasa allah,secalit luka pun tak da…smg kt smu mdpt limpah dan rahmat dr tuan empunya dunia ini…setiap yang berlaku ada hikmah yang kt x th…semoga kesabaran menjd asas pegangan hidup kita…amin

    • mujahid on said:

      huhu…alhamdulillah krn selamat dr eksiden tu. sama dgn saya, secalit @ 1/2 calit pun x de luka. tapi tulang blakang retak la..haha. Sama2 kita ambil iktibar.
      trimas krn sudi singgah d blog ni

  7. sham on said:

    alhamdulillah saudara xde pape..sy kebetulan cari part savvy jupe pic kreta saudara lam google..by the way savvy mmg bagus sbb ade budak kelab savvy terbalik 3 4 kali guling dh kreta tapi atap tu xbuat dia terkepit…kalau kreta lain rasenya tah la mcm ne keadaannye..dia siap leh ambik gambar lagi,,cedera tu xde teruk pun,,calar2 je sikit..pape pun xkira la mcm ne kemalangan tu berlaku,kuasa allah segalanya..

  8. insan tersayang tgh mengalami benda yang same . accident jatuh time corner , ada pasir . luka sikit2 je . tapi tulang blkg retak . tgh tggu nak operation je neyh . doa kan dea ye semua ? sian sgt kat dea , tak boleh bergerak , terlantar je . ada pape petua tak untuk dea lepas dea jalani operation ? herm ~ sedih sgt . same2 kita doa kan yg terbaik untuk dea . kos pmbedahan boleh tahan gak lah kan . baru last week cadang nak beli insurance , tak kesampaian . betul lah kata pepatah , malang tak berbau .

  9. pae on said:

    salam . bro . kalau kena tulang belakang bkn effect nye lumpuh ke? bro ok ke ? boleh gerak kaki ? jalan ?

    • mujahid nordin on said:

      depend la, x kan la kena tulang belakang terus lumpuh..x semua kes camtu. Aku mula2 accident lumpuh la kejap, x bleh jalan sbb saraf trsepit, tp elok la lps operate.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: