Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Sucikan Dirimu Untuk Ramadan

Sedarkah kita 20 hari lagi kita akan menyambut Ramadan Kareem?  Sudah 9 hari Syaaban singgah dalam kalendar hidup kita sebagai Muslim. Sudah 9 hari? Apakah kita meraikan kedatangan Syaaban sebagaimana yang dituntut oleh sunnah Rasulullah S.A.W ? Sama-samalah kita muhasabah bersama, saling ingat-mengingati sesama Muslim. Kedatangan Syaaban sangat penting bagi Muslim yang beriman kerana tanpa Syaaban kita tidak akan menemui Ramadan. Syaaban ibarat pengawal pintu istana Ramadan yang menjanjikan 1001 kenikmatan & ganjaran bagi mereka yang memasukinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Sama-samalah kita muhasabah dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini, Syaaban merupakan waktu yang tepat untuk kita bertaubat dari semua dosa yang telah berlalu kerana hanya jiwa yang bersih dan suci saja mampu menggapai ganjaran Ramadan secara maksimum. Hanya dengan diri dan jiwa yang suci dari dosa dan noda akan mampu beristiqamah melakukan amal ibadat pada bulan Ramadan.

Sesetengah ulama’ ada berkata :

” Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram subur semaian, manakala Ramadan bulan menuai hasil”.

Kata-kata itu menepati sunnah Rasulullah yang menggandakan amal ibadat apabila tiba bulan Rejab dan Syaaban, kemuncaknya pada Ramadan. Seperti diriwayatkan dalam hadis berikut :

Daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa dia telah bertanya Nabi sallallahu alaihi wasallam: “Ya Rasulallah, saya tidak pernah melihat tuan berpuasa dalam mana-mana bulan sebagaimana tuan berpuasa dalam bulan Syaaban.” Baginda menjelaskan (maksudnya): “Bulan ini manusia lupa tentangnya kerana ia terletakdi antara Rajab dan Ramadan. Sedangkan Syaaban adalah bulan diangkat amalan-amalan ke hadapan Tuhan Rab al-’alamin. Maka aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” – riwayat At-Tirmizi dan an-Nasa’i

Jom kita hidupkan sunnah Rasulullah pada bulan Syaaban dengan memperbanyak puasa sunat, aku yang menulis ini pun masih belum melakukannya natijah hidup yang berpandukan pada kalendar Kristian sedang kalendar Islam diabaikan sampai kemuliaan Bulan-bulan Islam hampir luput dari kehidupan Muslim hari ini. Namun masih ada beberapa hari berbaki untuk berpuasa sunat sebelum masuk hari ke-15 pada Bulan Syaaban. Kita tidak digalakkan berpuasa sunat selepas hari ke-15 sebagaimana mafhum dari hadis berikut :

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah S.A.W bersabda : ” Apabila tinggal separuh Syaaban janganlah kamu semua berpuasa.” riwayat At-Tirmidzi

Namun bagi mereka yang menjadikan puasa sunat Isnin dan Khamis, tiada halangan bagi mereka untuk meneruskannya kerana itu sudah menjadi habit mereka. Ada ulama’ berpendapat bahawa hikmah kita tidak digalakkan berpuasa selepas 15hb Syaaban untuk mengelak orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat merasa letih apabila mengerjakan puasa wajib pada bulan Ramadan yang bakal muncul selepas Syaaban.

Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadan, aku ingin kongsi sedikit persiapan menyambut Ramadan. Tulisan ini hanya sebagai update version bagi post yang terdahulu dalam tajuk Bersedia Menghadapi Ramadan

Persediaan Ruhiyah ( Spiritual )

Persiapan spiritual dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, puasa sunnah (Rejab & Sha’aban), dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan spiritual diri, Rasulullah shalallahu‘alaihi wa sallam menunjukkan contoh dan teladan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:

“Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Persiapan Mental

Persiapan mental untuk puasa dan ibadah yang berkaitan amatlah penting tertutamanya pada akhir Ramadhan yang dijanjikan kebebasan dari api neraka. Apatah lagi pada bulan ini secara abnormal normalnya rakyat Malaysia kita sibuk dengan persiapan menghadapi hari raya (sedangkan mereka sepatutnya tertumpu pada amal ibadah bukannya kedai2) ini lah bila Melayu sudah lupa…lupa dengan pepatah rekaan sendiri, apa dia ?

“Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat “

setengah orang kita ni sebulan sebelum Ramadhan dah tempah baju raya sedangkan persiapan untuk puasa entah ke mana. Perkara-perkara picisan macam ni la yang memberi kesan negatif kepada umat Islam dalam mencapai kekhusyukan ibadah Ramadhan. Walhal, kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat dari akhirnya. Jika akhirRamadhan diisi dengan i’tikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk dikalangan mereka yang berjaya dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Ibn Taimiyyah pernah berkata : “Yang dilihat bukanlah kecacatan pada permulaannya tapi kesempurnaan pada akhirnya”

Awas ! jangan salah guna kata-kata Ibnu Taimiyyah itu untuk tidak melakukan persiapan lebih awal terutamanya pada bulan Syaaban. Jika anda membaca tulisan ini pada pertengahan Ramadan, YA anda boleh menggunakan kata hikmah Ibnu Taimiyyah itu sebagai motivasi.

Persiapan Fikriyyah ( Pemikiran )

Persiapan fikriyah atau akal fikiran dapat dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak mendapat manfaat apapun  kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup dan mantap. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak akan menghasilkan apa-apa  kecuali sia-sia belaka. Bak kata Imam Shafi’e (rahimahullah) :

” Ilmu tanpa amal, gila. Beramal tanpa ilmu tidak akan menjadi”

Persiapan Fizikal dan Material

Seorang muslim tidak akan mampu atau beroptimum dalam berpuasa jika fizikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesihatan fizikal, kebersihan rumah, masjid dan persekitaran. Rasulullah menunjuk contoh yang baik kepada umat agar walaupun berpuasa kita juga mesti prihatin pada kesihatan diri.  Hal ini dapat dilihat dari beberapa peristiwa di bawah ini :

• Memberus gigi dengan siwak (HR. Bukhori dan Abu Daud).
• Berubat seperti dengan berbekam (Al-Hijamah) seperti yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim.
• Menitik-beratkan penampilan, seperti pernah diwasiatkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam
kepada sahabat Abdullah ibnu Mas’ud ra, agar memulai puasa dengan penampilan yang baik dan
tidak dengan wajah yang lesu. (HR. Al-Haitsami).

Perkara lain yang harus disiapkan adalah material yang halal untuk bekal ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim telah menabung selama 11 bulan sebagai bekal ibadah Ramadhan. Sehingga ketika datang Ramadhan, dia dapat beribadah secara khusyu’ dan tidak berlebihan dalam mencari harta atau kegiatan lain yang mengganggu kekhusyukan ibadah Ramadhan. Alah…Ramadhan sebulan setahun je kut, takkan tak dapat rehat sekejap??? daripada dapat duit yang banyak hasil jualan pada bulan Ramadhan tapi rahmah, pahala dan kelebihan Ramadhan semuanya fail, baik tak payah hidup atas bumi Allah ni. Tapi kalau dapat kedua-duanya sekali lagi bagus…hehehe.

Apa yang penting, sebelum Ramadhan kita hendaklah memperbanyak doa supaya diberi ketabahan, kecekalan , keazaman dan ketaqwaan pada bulan Ramadhan apatah lagi bila menjelmanya Ramadhan.Moga bermanfaat dan mendapat kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari azab Neraka….serta mendapat Lailatul Qadr..Ramadhan Kareem !!!

Spirit of Ramadan

Single Post Navigation

One thought on “Sucikan Dirimu Untuk Ramadan

  1. Nice:-D…da nak dekat puasa nie…hehe,jom posa!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: