Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Melancarkan Jihad Ilmu

Setelah cuti sakit selama 6 bulan dan terpaksa menangguh pengajianku untuk semester akhir, akhirnya besok (12/07/2010) bermulanya kembali kehidupanku sebagai pelajar dalam bidang Aviation. Rasanya pada bulan ini bukan aku sahaja yang memulakan semester baru pengajian malahan bulan July merupakan tarikh pendaftaran bagi kemasukan puluhan ribu mahasiswa baru dan lama.

Jadi entri kali ini bukan sahaja sebagai tazkirah untuk diri aku, juga sebagai perkongsian bersama sahabat handai yang bergelar mahasiswa.  Aku sebenarnya boleh dikatakan kekurangan motivasi untuk memulakan kembali praktikal ini selama 6 bulan, mungkin kerana 6 bulan cuti yang dihabiskan hanya dengan berehat pada tahap melampau tanpa menyentuh buku berkaitan bidang pengajian aku.  Satu sikap yang tidak patut dicontohi oleh anda yang membaca entri ini dan sesiapapun. Alhamdulillah aku sempat membaca tulisan seorang aktivis gerakan Islam di Indonesia berkenaan jihad dalam menuntut ilmu pengetahuan dan Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu memulihkan semangat aku untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang dalam bidang yang aku ceburi demi Allah dan Rasul bukan semata-mata mengejar kejayaan hidup didunia .الحمد لله ثم الحمد لله

Makrifah dan Jihad

Dr. Hilmy Bakar Al-Mascaty didalam bukunya Panduan Jihad Untuk Aktivis Gerakan Islam membahagikan jihad kepada 5 bahagian atau kategori . Iaitu Jihad Harta, Jihad Jiwa, Jihad Pendidikan atau Ta’alim, Jihad Siyasi (Politik) dan Jihad Makrifah (Ilmu Pengetahuan). Kali ini aku hanya nak menyentuh berkenaan Jihad Makrifah, satu istilah yang pada pandangan aku masih kurang digunapakai. Jika jihad dalam bidang keilmuan ini dihayati sepenuhnya oleh muslim, Insya Allah mereka mampu bangkit menjadi muslim yang berkaliber dalam erti kata mampu menghadapi cabaran secara glokal. Kepentingan jihad makrifah pada zaman kemajuan intelektual, pengetahuan dan technology hampir menyamai kepentingan jihad dimedan peperangan pada zaman lampau. Peperangan zaman moden tidak hanya menuntut penggunaan senjata sahaja tapi lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai senjata dalam peperangan zaman kini. Lihat saja pada dunia kini, mereka yang menguasai kemajuan ilmu pengetahuan dan technology mampu menguasai dunia dan Negara-negara lain. Oleh itu, seharusnya kita sedar JIHAD mempunyai makna yang luas mengcakupi segenap aspek keupayaan kaum muslimin.  Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfaal ayat 60 :

“ Siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu mampu….”

Jika dulu kekuatan (alquwwah) bergantung pada kekuatan senjata dan kelengkapan perang, namun kekuatan pada zaman kini bukan sahaja perlu ditafsirkan dengan kekuatan persenjataan bahkan juga kekuatan penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana ungkapan cendekiawan Knowledge is power. Sehubungan itu adalah menjadi kewajiban kepada kita menguasai ilmu pengetahuan sebagai senjata menghadapi musuh Islam tanpa mengabaikan kekuatan senjata perang.

Lihat saja bagaimana musuh-musuh Islam dengan mudah melancarkan serangan dalam pelbagai bentuk untuk mencemarkan imej Islam sebagai contoh; mereka hanya menggunakan laman social Facebook untuk menghina kemuliaan Rasulullah. Kempen jahat itu satu hal, apa yang lebih penting Facebook itu sendiri dicipta oleh bukan Muslim. Jika umat Islam memiliki kemajuan dan kreativiti dalam ilmu pengetahuan maka tidak mustahil laman social seumpama itu lebih dahulu dicipta oleh Muslim. Ini tidak, muslim hari ini hanya suka menjadi pengguna produk bukan Muslim sehingga terpaksa akur akan kelebihan bukan Islam. Akhirnya mereka berdakwah dengan menggunakan “saluran dakwah” yang disediakan oleh kuffar (itu kira ok la lagi kan..hehe). Apa yang lepas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja umpama ungkapan “ yang lepas tu lepas la”, orang yang bijak tidak akan membiarkan apa yang lepas berlalu begitu sahaja tanpa diambil pengajaran darinya. Oleh itu, tiada alasan lagi bagi Muslim untuk tidak menguasai ilmu pengetahuan. Apakah status iman seseorang Muslim terhadap ayat-ayat Allah jika tidak berusaha menguasai ilmu sedangkan wahyu pertama diturunkan adalah galakan menuntut ilmu?  Bukankah jihad pengetahuan ini begitu kritikal untuk diremehkan?

Kita perlu melihat kepada Barat dan strategi mereka menjajah bangsa lain dengan bentuk penjajahan yang baru, iaitu penjajahan intelektual. Mereka melancarkan perang pengetahuan hanya dengan tujuan yang satu; menguasai dan mendominasi kaum Muslimin secara intelektual sehingga lahirnya generasi Islam yang hidup sebagai muslim namun pemikiran mereka sarat dengan ideology yang bertentangan dengan Islam. Situasi begitu bukan perkara asing pada kita, contoh terdekat adalah pemimpin Malaysia hari ini, mereka hidup sebagai Muslim, memakai nama Muslim, mengaku menganut agama Islam namun cara mereka berfikir dan bertindak tidak ubah seperti anjing-anjing buruan syaitan yang diasuh oleh makmal Barat. Oleh itu, tidaklah janggal jika mereka bertindak menghalalkan apa yang jelas haram disisi Allah. Apa yang perlu difahami ialah, jihad pengetahuan bererti membebaskan kaum muslimin dari segala belenggu dan dominasi pemikiran jahiliah.

Bagi mahasiswa yang menuntut ilmu pengetahuan yang dikembangkan oleh barat (ilmu selain ilmu agama) atau sesetengah pihak menggunakan istilah ilmu sekuler, mereka sepatutnya meneruskan perjuangan atau jihad mereka dalam menguasai ilmu-ilmu tersebut sehingga mampu menandingi keupayaan kuffar. Jihad pengetahuan tidak bermaksud mereka hanya perlu menuntut ilmu agama akan tetapi jihad menguasai apa saja ilmu yang mampu menjadikan mereka tunduk dan patuh pada ajaran Allah. Disinilah pentingnya interaksi mereka dengan Al-Quran dan Sunnah dalam memastikan ilmu yang mereka kuasai itu tidak terkeluar dari batas yang ditetapkan oleh Allah. Oleh itu Dr. Hilmy Bakar al-Mascaty telah memberikan solusi dalam masalah ini,

“Generasi muda Islam yang menguasai pelbagai pengetahuan sekuler, boleh saja meneruskannya. Dengan syarat, pada saat yang sama mereka berjuang semaksimal mungkin untuk memperdalam pengetahuan agama yang akan menjaga mereka dari racun sekulerisme dan sekaligus meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka.”

Hakikat Jihad Pengetahuan Dengan Mengamalkan Ilmu

Point penting dalam melancarkan jihad pengetahuan ini ialah mengamalkan ilmu yang dipelajari. Kerana ajaran Islam menuntu supaya ilmu pengetahuan yang dituntut dapat dimanfaatkan dan diamalkan oleh pemiliknya, dan juga orang lain. Berbeza dengan ajaran Barat sekuler yang hanya memberikan penekanan pada penguasaan pengetahuan tanpa ada kewajiban untuk menerapkannya dalam kehidupan. Renungilah firman Allah:

“ Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” Al-A’raaf: 175-176

Renungi juga kata-kata Imam Shafie :

“ Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah”

Tiada maknanya penguasaan ilmu pengetahuan tanpa mampu dimanfaatkan untuk diri dan Islam. Jihad pengetahuan menuntut penguasaan ilmu-ilmu dunia dan mengamalkannya dalam platform yang Islami sebagai benteng mempertahankan Islam secara syumul. Kalau aku yang belajar dalam bidang aircraft maintenance ini, apa yang diharapkan ialah aku mampu menguasai ilmu teknikal berkaitan aircraft dan mampu melakukan pengubahsuaian yang sesuai untuk dimanfaatkan oleh Islam. Berbeza dengan mereka yang menuntut ilmu aerospace atau aeronautic, jihad mereka lebih kepada menguasai bidang tersebut sehingga mampu mencipta jet pejuang yang sistemnya hanya diketahui oleh Muslim dan mempunyai cirri-ciri yang advanced berbanding jet sedia ada sekaligus menggerunkan musuh Islam. Aku fikir itu mampu mencapai kemuncak jihad dalam bidang ini. Namun jika tidak mampu, sekurang-kurangnya kita arif tentang system reka bentuk, dan spesifikasi aircraft yang mampu dimanfaatkan oleh Negara Islam apabila situasi memerlukan. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan. Yang penting, bersiap sedia! Yang lebih pentin, siapkan diri kita untuk Islam!

Semua itu hanya angan-angan jika jihad pengetahuan tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya oleh umat Islam kini. Jihad pengetahuan tidak dapat dinafikan kepentingannya sebagai jihad yang utama sejak zaman awal Islam lagi, bahkan Islam itu sendiri bangkit dengan penguasaan ilmu pengetahuan. Allah sendiri memerintahkan umat Islam supaya tidak keluar berperang secara keseluruhannya akan tetapi mereka harus meninggalkan sebahagian untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagaimana firman Allah :

Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang ad-din dan untuk member peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga diri.” At-Taubah:122

Ad-din dalam ayat di atas tidak hanya merujuk kepada ilmu agama sahaja. Jika difahami dalam erti kata yang luas ad-din itu merujuk pada pengabdian dan tunduk pada perintah Allah, maka pengetahuan ad-din bukan hanya terbatas pada ilmu agama saja namun merujuk kepada seluruh ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang tunduk pada Allah.

Apa saja bidang ilmu yang anda pelajari, kuasailah ilmu tersebut dengan mendalam sehingga mampu memanfaatkannya untuk diri, masyarakat dan agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Bentuk manfaat itu pada aku bergantung pada kreativiti pemikiran masing-masing. Penguasaan anda terhadap ilmu dalam bidang yang dipelajari tidak seharusnya melalaikan anda dari berusaha secara maksimum untuk mendalami ajaran agama. Pandai-pandailah seimbangkan antara kedua-dua jenis ilmu itu. Sekadar ini perkongsian aku untuk kali ini. Memandangkan aku taip dalam kekosongan masa antara asar dan maghrib, maka aku tidak mampu memanjangkan lagi tulisan ini. Diharap sedikit perkongsian ini mampu mencetuskan percikan api dalam memastikan semangat jihad terus membara, menyala dan berkobar didalam hati setiap Muslim.  JIHAD dalam erti kata yang lebih luas akan meluaskan lagi pandangan anda untuk berdakwah! Dan Allah lah penolong bagi segala sesuatu.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: