Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Kereta Terbang Menjadi Realiti

Masih ingat movie Back To The Future ? filem ni memang femes la zaman aku sekolah dulu-dulu. Masih ingat watak Dr. Emmet Brown dengan gaya ala2 Einstein dengan rambut uban putih satu kepala dan studentnya Marty McFly? kalau tak ingat sila klik sini.

Hah..kalau anda nak tau Dr. Emmet Brown ni la memperkenalkan idea kereta terbang..kalau didunia Melayu takkan la anda tak ingat P. Ramlee dengan idea tikar terbangnya dalam Laksamana Do Re Mi. Kira Dr. Emmet tu update skit idea P.Ramlee tu jadi kereta. haha.

Sekarang…bukan masanya lagi untuk angan-angan itu, sekarang adalah masanya untuk membuktikan idea-idea tersebut langsung tidak mustahil. So, post kali ni bukan nak cakap pasal movie-movie tu semua. Aku nak cakap pasal kereta terbang yang REAL punya.

smart kan design dia?

HOT NEWS !! Kereta terbang pertama akhirnya berjaya dihasilkan oleh Terrafugia company di Massachusetts, USA dan SEDIA UNTUK DIJUAL !. Tapi company ni lebih refer produk mereka ni sebagai “roadable aircraft” atau senang citer kapal terbang kereta bukan kereta terbang,  produk company ni diberi nama Terrafugia Transition atau The Transition saja. The Transition ni boleh terbang macam aircraft biasa dan boleh landing kat airport macam aircraft lain sebelum sayapnya di“lipat” untuk membolehkannya selamat bergerak di jalan raya seperti kereta biasa. The Transition ni dikategori dalam Light Sport Aircraft (kategori small aircraft yang orang guna untuk acrobatic dll) aku malas nak hurai panjang bab tu. Anda kena study kat UniKl MIAT baru bleh tahu..hehe.

terbang di udara memang sifat aircraft

Ini menjadikan aircraft sebagai spesis baru makhluk dua alam, mungkin patut diberi nama Reptilia..hehe

The Transition ini telahpun mendapat kelulusan US Federal Aviation Authority (FAA) kalau di Malaysia ni kita panggil Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Kalau ikut syarat sebenar untuk diluluskan sebagai light aircraft kat US, aircraft tersebut mestilah memiliki berat dibawah 1320 pound. Tapi untuk merealisasikan “benda” baru ni, FAA bagi exception 110 pound lebih sebab berat The Transition ni mencapai 1430 pound. Dengan pengecualian yang diberi FAA itu membolehkan company ni tambah safety features untuk aircraft ini beroperasi sebagai kereta dengan selamat di atas jalan raya seperti airbag, safety cage dan lain-lain yang diperlukan untuk memenuhi standard yang ditetapakan oleh Federal Motor Vehicle Safety Standard. Secara tak langsung menjadikan aircraft ini lebih selamat berbanding light aircraft yang lain.

Isi minyak di station minyak biasa

Kalau anda nak bawa kereta terbang…kapal kereta….aeromobile ikut la apa yang korang nak panggil untuk bendalah ni, anda kena ambil lesen khusus untuk bawa bendalah yang bernama The Transition ni. Kena ambil lesen pilot untuk sport aircraft kursus khas untuk The Transition dengan 20jam penerbangan dengan Transition. Kalau anda sudahpun memiliki lesen atau sudah bergelar pilot, maka anda hanya perlu type course untuk Transition ni je untuk membiasakan diri dengan system dia. Untuk info, The Transition menggunakan Glass Cockpit.

Glass Cockpit

Berminat untuk memiliki The Transition? anda boleh mendapatkannya dengan harga $194,000 dengan deposit $10,000 adalah dalam RM 625262>, murah kan? kira affordable bagi rakyat Malaysia yang kaya, tu tak masuk cukai lagi tu..hehe. Untuk maklumat lanjut lengkap dengan Specification sila rujuk website Terrafugia.

Single Post Navigation

One thought on “Kereta Terbang Menjadi Realiti

  1. Nice Moja..Hg dpt mana maklumat macam nie,menarik betoi..Sangat berminat utk membelinya hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: