Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Iktibar Selepas 5 Tahun Tsunami

Maksudnya:

Maka apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi ini, (dengan melihat kesan-kesan yang ada padanya) lalu mereka menjadi orang yang mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau telinga yang dengannya mereka dapat mendengar ? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu adalah hati yang didalam dada. – AlHajj;46

Baru-baru ni 16-19 Mei 2010 aku wisata (melancong) ke Aceh. Memang tujuan asal aku untuk mencari pengalaman dan pengajaran yang bermakna untuk menelusuri lorong-lorong kehidupan dunia yang mencabar ini. Alhamdulillah dengan berpandukan ayat di atas aku mampu mencorakkan musafirku itu menjadi bermakna buat diri dan juga orang lain, InshaAllah. Pada 18 Mei aku dibawa oleh tourguide tak rasmi..haha..Ust. Fadhlullah (pelajar jurusan Usuluddin di IN Raniry) ke salah satu tempat yang merupakan kawasan yang agak teruk dihentam tsunami pada 26 Disember 2004, daerah Lampuuk. Kami tiba di Masjid Rahmatullah, Lampuuk saat jemaah didalam masjid sedang menunaikan solat zohor pada rakaat kedua. Aku sempatlah juga 2 rakaat solat zohor berjemaah bersama penduduk setempat.

Aku dihadapan Masjid Rahmatullah, Lampuuk 5 tahun selepas Tsunami

Jamaah Solat Zohor di Masjid Rahmatullah :Aku sampai ketika tahiyyat awal solat zohor

Usai solat zohor dan jamak taqdim kami meninjau ruang solat masjid, di bahagian belakang masjid dikhaskan satu ruang untuk galeri foto masjid dan kawasan sekitarnya setelah dihentam Tsunami. Bahkan binaan masjid yang rosak pada bahagian itu dikekalkan untuk tatapan generasi kemudian. Kami bernasib baik apabila Ust.Fadhlullah menegur 2 orang makcik (jemaah wanita) yang sedang berjalan untuk keluar masjid, pulang ke rumah. Belum sempat 2 orang makcik tu keluar, kami sempat bertanya khabar & interview makcik2 tu. Rupa-rupanya 2 orang makcik ni adalah penduduk asal Lampuuk yang terselamat dari bencana tsunami. So, apalagikan? terus kami tanya pengalaman mereka ketika berlakunya tsunami.

1 bahagian dalam masjid yang rosak dikekalkan disudut galeri

“pada hari berlakunya tsunami itu mamak (panggilan manja bagi makcik di Aceh) pergi ke Banda Aceh untuk berniaga. Biasanya mamak akan pulang pada pukul 10 pagi untuk makan tengahhari sebelum pergi semula ke kedai.” Makcik A membuka bicaranya.

“Pada hari tu, mamak naik labi-labi (sejenis public transport di Aceh, bukan binatang ye.hehe) untuk pulang kerumah, tengah perjalanan tu orang-orang dari Lampuuk menjerit air naik! air naik! lalu kami pun patah balik ke kawasan yang selamat.” sambungnya lagi. Alhamdulillah makcik A ni terselamat apabila berlindung di satu masjid (tak ingat dah namanya) di kawasan yang tidak dilanda tsunami. Katanya pada hari itu suasana cukup huru-hara, ramai juga yang mati kerana accident ketika melarikan diri, kereta bertembung sama kereta ada juga yang melanggar mereka yang sedang lari dan macam-macam lagi keadaan yang tak dapat digambarkan dengan lisan. Mereka yang mati kerana tsunami tu tak perlu cakap la memang terlalu ramai.

Masjid Rahmatullah :Satu-satunya bangunan yang kekal selepas tsunami

“mamak ketika tsunami itu sedang berada di rumah sakit (hospital) bersama suami untuk mendapatkan rawatan. Air sampai juga ke rumah sakit tapi tidaklah sampai mengorbankan orang didalamnya.” jelas pula makcik B menceritakan pengalamannya. Memang suasana ketika berlakunya tsunami hanya mereka yang terlibat sahaja mampu merasainya namun sudah pasti tidak dapat diceritakan dengan lisan, tak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

Jumlah penduduk daerah Lampuuk sebelum tsunami semuanya 7000 orang yang menghuni 5 buah desa. Namun, akibat daripada tsunami hanya 1000 orang yang terselamat termasuklah 2 orang makcik tersebut. Tiada satu pun bangunan atau rumah yang terselamat di daerah itu KECUALI Masjid Rahmatullah, satu-satunya binaan yang kekal! Gambar masjid ini begitu famous tersebar di internet. Namun begitu, masjid ini juga mengalami kerosakan yang serius dengan dinding-dindingnya semua sekali runtuh. Selepas berlakunya tsunami, masjid ini dipenuhi pasir setebal +15cm dan bila solat didalamnya boleh nampak terus laut yang hanya 400 meter dari masjid.

Inilah gambar Masjid Rahmatullah yang famous tersebar di internet

Kini Lampuuk bertukar menjadi daerah yang lengang, sekali-sekala kedengaran deruan motorsikal. Rumah-rumah bantuan yang dibina kerajaan Turki kelihatannya banyak kosong, ditumbuhi semak-samun, binatang ternakan seperti kambing berkeliaran menumpang teduh dirumah yang tidak berpenghuni. Mungkin rumah yang dibina melebihi jumlah penduduk selepas tsunami, ada juga penduduk yang telah berpindah ke kampung yang dikira lebih selamat, ada juga yang sudah trauma untuk hidup disitu. Jadi, tinggallah mereka yang masih nekad untuk tinggal ditempat itu termasuklah 2 orang makcik tersebut. Kesunyian hidup selepas tsunami juga diluahkan makcik tersebut.

Katanya kalau dulu masak atau beli lauk untuk makan ramai-ramai bersama keluarga, sekarang hanya makan sorang diri. Beli lauk yang sedap pun dah jadi tak sedap, kini makcik ni makan sorang makcik tu makan sorang. Suasana keluarga itu sudah tiada.

itulah sebenarnya ni’mat yang lebih besar diambil Allah berbanding harta yang lenyap hanya untuk sementara waktu.Sungguh pilu aku mendengar luahan makcik itu. Namun makcik itu begitu tabah bila berbicara, senyuman tetap dihadiahkan untuk anak muda seperti kami. Pertemuan singkat kami itu berakhir dengan aku meminta izinnya untuk bergambar bersama. “Kok jelek bangat anak muda ini” katanya sambil tersenyum..haha “Untuk kenang-kenangan ya? bisa aja”..sambungnya lagi, memahami tujuan aku untuk bergambar.

Foto kenangan : Ust.Zakiran, Ust Fadhlullah, Aku, Makcik A, Makcik B, lupa nak tanya nama..hehe

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan pengajaran pada kita bersama. Memang tak dapat dinafikan orang yang berbicara dengan makcik itu lebih merasa suasananya berbanding anda yang membaca coretan ini, namun ambillah manfaat walaupun sedikit. Ingatlah akan ayat Allah didalam surah Al-Anbiya’:35

Maksudnya :

Tiap-tiap diri pasti merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cobaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan.

________________________________________________________

sedikit info berkenaan Masjid Rahmatullah

1. terletak di daerah Lampu’uk, Aceh Besar, Aceh.

2. dibina &dibuka untuk umum pada 19 Mac 1990

3. satu-satunya bangunan yang kekal di Lampu’uk selepas tsunami pada 26 Disember 2004

Single Post Navigation

One thought on “Iktibar Selepas 5 Tahun Tsunami

  1. asrar on said:

    bestnyo abe blh g ambik ‘ibrah sano..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: