Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Bila Mat Saleh Mengajar Muslim

Aku ingin membuka kembali lembaran sejarah dari diari hidupku. Segalanya bermula pada 19 November 2008, jam 2.00 petang. Aku  menaiki kereta Kelisa berwarna Silver bernombor plate yang bermula dengan abjad N dipandu oleh Hariri Ahmad dengan bertemankan seorang lagi yang bernama Husnul Hakim mengekori kereta berwarna hijau (aku tak ingat kereta jenis apa) yang dipandu lecturer kami Mr.Faizal Sharif, Specialist & Avionic Engineer. Selepas 20 minit perjalanan dengan menggunakan laluan Maju Express Highway yang bertolkan RM2.50, akhirnya kami sampai di Technology Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pusing punya pusing tibalah kami di bangunan Patimas yang menempatkan pejabat cawangan Avcen Ltd. (HQ di UK) di tingkat 2. Kami diperkenalkan kepada CEO company, Mr. Michael Robert Dacre dan Chief Aerospace/Designer Engineer, Dr. Hamid (rakyat Iran) yang kemudian diperkenalkan kepada kami oleh Bro-bro technician sebagai Dr. H&#$%@N….Astaghfirullah

Mr. Michael Robert Dacre (1956-2009)

Bagaimana Mr. Michael Robert Dacre yang lebih mesra dipanggil Mike Dacre mengajar aku yang beragama Islam untuk mendalami Islam dengan mendalam dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ?

Dipendekkan ceritera …..

Moral of the story from my 160hrs working at Avcen Ltd. & RM50/day (cheap labor..hehe)  :

1. Optimistic

Hari pertama aku sudah didakyahkan dengan Visi & Misi company terbabit. Melangkah masuk ke ruang pejabatnya mata & minda aku dihidang dengan kata-kata motivasi/booster/vision&mision yang diletakkan dalam frame dan digantung pada setiap ruang pejabat disamping prototype model untuk Jetpod yang telah melalui Aerodynamic Test. Ayat yang paling aku ingat dan satu-satunya yang masih tersisa dalam otak aku adalah

We are the leader not the followers

optimistic & futuristic ! yup, memang ayat yang sangat optimistic ( cam x bleh bla je ayatnya..haha). Minda yang dianugerahkan Allah ini cuba dicungkil hikmahnya supaya setiap perkara dapat dijadikan sebagai sumber pengabdian kepada Allah. Akhirnya…rupanya Islam telah lama & lebih dahulu mengajar umatnya supaya bersikap optimistic atau positif akan masa depan yang cerah. Bahkan itu lebih merupakan kepada visi yang ingin dicapai oleh Mr.Mike Dacre dan yang sepatutnya dicita-citakan oleh Muslim. Mat Saleh hanya meniru dan mengolah ajaran Islam tanpa disedari oleh orang Islam sendiri. Sama-sama kita renungi ayat Allah dalam surah Al-Furqan: 74 seperti berikut :

yang bermaksud :

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya (sejuk mata memandang), dan Jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Nah ! bukankah Allah terlebih dahulu mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif, optimis, futuristic ? kalau tidak, mustahil Allah mengajarkan kita (Muslim) mendoakan diri kita sendiri supaya menjadi pemimpin / leader bukannya pak turut sepangjang zaman / the follower. Bukannya haram menjadi pengikut orang , tapi Islam ingin mendidik kita supaya berjiwa besar dan mempunyai cita-cita yang tinggi melangit sampai ke Syurga. Kerana hanya dengan azam dan cita-cita yang tinggi, kita mampu melakukan setiap perkara dengan tekun, gigih, bersemangat, dan dapat menghasilkan hasil kerja yang TERBAIKK!!.  Natijahnya…Islam mampu cemerlang, gemilang dan terbilang sama atau melebihi era keemasannya dulu. Mengapa tidak kita ciptakan Zaman Keemasan Islam pada era kita sekarang? bahkan kalau boleh, biar sampai sejarah mencatatkan era kita adalah era keemasan dan keunggulan Islam bukannnya era Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Khawarizi dan sebagainya. Banyak lagi ayat al-Quran yang mempunyai nilai motivasi seperti ini. Tingkatkanlah interaksi anda dengan Al-Quran.

Gambaran awal artist untuk Jetpod

2. Love and Diligence

Ya ! itulah yang ditunjukkan oleh Mike Dacre terhadap kerjanya. Si mat saleh ni akan datang melihat kerja-kerja orang bawahannya setiap hari dan memberikan semangat. Wajahnya penuh dengan kedutan cinta, cinta akan apa yang dia lakukan, cintakan kerjanya supaya mampu membuahkan hasil yang cemerlang.  Steve Jobs, CEO Apple pernah mengungkapkan :

The only way to do great work is to LOVE what you do

Mike Dacre sentiasa memeriksa hasil kerja para pekerjanya, bahkan dia sendiri turut melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh para technician yang diupahnya. Aku sendiri pernah menolongnya panjat Jetpod dan ikatkan strap dalam proses memastikan stabiliti rangka Jetpod. Aku masih ingat saat dia menolong kami (pelajar praktikal) yang mengemas 2 kotak kayu besar yang bersaiz 2×8 meter yang memuatkan wing Jetpod dan memecahkan kotak kayu tersebut kepada cebisan kecil untuk diangkut ke tempat pelupusan. Kerana tempat kerja yang kemas dan bersih amat penting bagi sesiapapun. Sama-sama bekerja dan berpeluh. Itulah Mike Dacre yang tekun dan teliti dalam setiap kerjanya, sikapnya ini sudah lama diajar dan disarankan oleh Rasulullah didalam satu hadis dairpada ‘Aisyah R.A :

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti.” ~ Riwayat al-Baihaqi

3. Make People Like You and Influence Them

Jetpod dalam pembikinan

Itulah yang ditunjukkan oleh Mike, orangnya mudah bergaul, selalu senyum dan bertanya khabar pada pekerjanya. Membuatkan para pekerja senang dengannya. Bak kata TV9…Dekat di Hati….Para pekerja boleh bergurau senda dengan CEO (tapi masih dalam batasan la). Kalau anda baca buku tulisan Dale Carnegie, beliau menggariskan 6 cara untuk membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan kehadiran kita dalam bukunya How To Win Friends And Influence People, antaranya :

1.Smile

2. Make other people feel important – and do it sincerely

nak tahu 4 lagi cara tu kena la baca buku tu sendiri.  Mike membuatkan para pekerjanya selesa baik dari yang berpangkat engineer, designer, LAME, technician & student macam kami. Masa bekerja yang efisien dengan masa rehat diberikan untuk pekerja, bahkan masa rehat jam 4 petang dijamu pula dengan buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya. Memang kerja kat situ janji kenyang…haha. bila kenyang hati pun senang..bila hati senang kerja pun jalan..CEO pun dihormati, membuatkan para pekerja merasakan diri mereka dihargai dan bernilai. Selama berada disitu tiada pekerja yang minta berhenti, yang ada hanyalah yang diberhentikan kerana masalah-masalah besar. ( belum sampai masanya aku menceritakan tentang mereka yang diberhentikan kerja)

4. Respect The Others Belief

hah..ini point utama. Walaupun company ni diterajui oleh mereka yang bukan Islam, kebanyakannya Kristian tapi mereka begitu memahami keperluan hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Kalau tak memahami sekalipun, mereka masih lagi menghormati agama dan kepercayaan. Company ni menyediakan tempat kerja yang dilengkapi dengan kemudahan surau berhawa dingin (walaupun tempat tu tempat sewa). Dah berapa kali aku cakap pasal ni dalam blog ni, bukan apa …masih ramai yang tak tahu memahami dan menghormati kepercayaan dan pegangan orang lain. Orang macam ni selalu membenarkan hujah mereka tanpa melihat kebenaran hujah/ kepercayaan/ pegangan orang lain..(geramm!!). Jangan pula anggap aku ni menyamakan agama, yang aku tekankan ialah menghormati pegangan orang lain bukan mengikutinya  (kristian), awas dengan sangkaan anda! .

Mike Dacre dan lain-lain Mat Saleh yang baik pandai menghormati orang lain berbanding Muslim. Kenapa? kerana mereka lebih dekat dengan ajaran Islam walaupun bukan Islam. Muslim pula lebih jauh dari ajaran Islam walaupun beragama Islam. UBAHLAH KEADAAN INI DENGAN MENGUBAH DIRI ANDA!

Islam satu-satunya agama disisi Allah, namun Islam juga menyuruh kita menghormati hak asasi (dalam konteks Islam). Tak dinafikan juga ramai Muslim yang pandai menghormati orang.

Firman Allah :

Hai  manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). – al-Hujuraat;13

Nampaknya dalam sesetengah situasi, Mat Saleh lebih memahami ayat di atas berbanding Muslim yang lebih suka bersikap prejudis terhadap bukan Islam. Muslim sebegini tak mampu menyebarluaskan Islam. Namun sebaik mana pun Mat Saleh, dia tetap Mat Saleh bukannya orang Muslim yang Beriman dan Bertaqwa. Apa yang penting, kembali lah pada ajaran Islam yang indah!

Aku disisi Jetpod

Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dalam menceritakan pengalaman hidup mereka. Aku juga punya caraku tersendiri dan ini adalah caraku menceritakan pengalaman hidupku buat pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain jika ianya bermanfaat buat mereka.

p/s: Ironinya, tajuk Mat Saleh Mengajar Muslim, Mat Saleh adalah panggilan biasa untuk bangsa eropah yang bukan muslim bagi masyarakat Malaysia. Muslim pula adalah orang Islam.

Single Post Navigation

4 thoughts on “Bila Mat Saleh Mengajar Muslim

  1. deanhuhuhaha on said:

    stedy muja…gud work!!

  2. Terbaek!!!best giler!!!

  3. abudamia' on said:

    there u go bro…itulah antara gunanya ‘akal’ yg d kurniakan Allah- memikir kebesaran Allah dgn melihat/memerhati keadaan sekeliling dlm membina/mengajar diri

  4. Varu on said:

    Lovely and Narrated nicely, Many thanks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: