Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Islamkan Breakdance

Pernah melihat remaja-remaja kita berpusing2 dengan kepala, kepala dibawah kaki di atas? dengan bermacam-macam lagi aksi yang menarik, hebat, cool, dan juga kadang-kadang agak bahaya. Macam gambar di atas tu.. haha..kalau orang yang tak biasa semestinya…

Eh..budak ni gila betul ke??

Aku rasa tu jawapan yang keluar dari mulut pakcik dan makcik umur 80-an..haha. Bukan apa, sekarang ni breakdance ni memang dah macam perkara biasa je bagi remaja kita di malaysia.  Aku sendiri pun kenal benda sejak dibangku sekolah lagi, dan sekarang aku dah graduate dari U dah pun.  Breakdance sebenarnya lebih dikenali sebagai B-Boy. Bendalah ni dikatakan mula tercipta pada tahun 1960-an, yang dicetuskan oleh masyarakat afrika-amerika dan juga amerika latin. Pada mulanya breakdance hanya dikenali sebagai tarian jalanan oleh budak-budak hingusan..jangan marah ye.. Namun, tarian ni kemudiannya menjadi salah satu tarian berprestige apabila kumpulan-kumpulan B-Boy mengadakan pertandingan sehinngakan peringkat dunia atau lebih dikenali sebagai Battle of the Year. Aku bukan arif sangat dengan breakdance ni, nak tahu dengan lebih lanjut sila klik disini dan juga disini.

Bagaimana aku kenali breakdance ?? Aku kenal sejak aku sekolah menengah, masa tu ada la kawan-kawan aku yang breaking time rehat kat bilik kosong di sekolah kitaorang. Aku masa tu memang tentang benda macam ni, maklum lah budaya barat la katakan..huhu. Lagi pula, budak sekolah agama dan aku ni plak jenis yang kira ‘alim la jgak ( perasan la plak). Jangan marah bro! masa tu aku masih mentah, akal pun tak dapat buat perbandingan dengan matang lagi.  So, sekarang ni aku support la B-Boyz ni? Tak juga, tapi boleh menerima kehadirannya dalam masyarakat Melayu dan Muslim. Untuk info, budaya breakdance hasil pengaruh sedikit sebanyak komik utopia yg baru puslish masa tu (dalam kes kawan aku tu la)

Masalahnya sekarang, apabila kita ini Muslim secara automatik kita terikat dengan enakmen kawalan hiburan yang ditetapkan oleh Islam.  Boleh ke breakdance ni? Aku bukan nak berhukum disini, cuma ini hanyalah pendapat peribadi aku.

Secara umumnya, Islam tidak pernah sekali-kali memusuhi hiburan. Allah yang mencipta kita dan dia tahu akan fitrah manusia yang sukakan bunyi-bunyian dan hiburan. Akan tetapi Islam datang sebagai kawalan supaya kita tidak leka dengan tujuan asal, utama dan lebih penting iaitu mengabdikan diri pada Allah dan tidak melampaui batas dalam berhibur.

Seni tari dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan musik. Gerakannya bisa dinikmati sendiri, merupakan ekspresi gagasan, emosi atau kisah. Dalam sejarah Islam terdapat perbedaan pendapat antara yang pro dengan yang kontra tentang seni tari. Seni tari pada permulaan Islam berbentuk sederhana dan hanya dilakukan oleh orang-orang yang datang dari luar jazīrah ‘Arab, seperti orang-orang Sudan, Ethiopia, dan lain-lain. Menari biasa dilakukan pada hari-hari gembira, seperti hari raya dan hari-hari gembira lainnya. – Abdul Rahman Al-Baghdadi, Seni dalam Pandangan Islam

Imām Ahmad dan Ibnu Hibbān juga meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Anas r.a. Beliau berkata (Lihat MUSNAD IMĀM AHMAD, Jilid III, hlm. 152; lihat juga Al-Qastallanī, IRSYĀD-US-SARI, SYARH-SHAHĪH BUKHĀRĪ, Jilid II, hlm. 204-205):

(كَانَتِ الْحَبَشَةُ يَزْفِنُوْنَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُوْلِ اللهِ (ص) وَ يَرْقُصُوْنَ وَ يَقُوْلُوْنَ: مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ)

“Orang-orang Habsyah (pada hari raya ‘Īd-ul-Adhhā) menari (dengan memainkan senjata mereka) di hadapan Rasūlullāh s.a.w. Banyak anak-anak berkumpul di sekitarnya karena ingin menonton tarian mereka. Orang-orang Habsyah bernyanyi (dengan sya‘ir): “MUHAMMAD ADALAH HAMBA YANG SHALEH….” (secara berulang-ulang).

Dalam kesempatan lain ‘Ā’isyah diijinkan Rasūlullāh s.a.w. untuk menyaksikan penari-penari Habsyah. Kemudian Imām Al-Ghazālī menyimpulkan bahwa menari bahwa menari itu hukumnya boleh pada saat-saat bahagia, seperti hari raya, pesta pernikahan, pulangnya seseorang ke kampung halamannya, saat walīmahan pernikāhan, ‘aqīqahan, lahirnya seorang bayi, atau pada waktu khitan, dan setelah seseorang hafal Al-Qur’ān. Semua ini hukumnya HARUS yang tujuannya untuk menampakkan rasa gembira. Tentang riwāyat Imām Bukhārī dan Imām Ahmad yang berkaitan dengan menarinya orang-orang Habsyah di hadapan Rasūlullāh s.a.w., Al-Qādhī ‘Iyādh berkata: “Ini merupakan dalīl yang paling kuat tentang bolehnya tarian sebab Rasūlullāh s.a.w. membiarkan mereka melakukannya, bahkan mendorong mereka untuk melanjutkan tariannya.”

Dan kalau kita lihat tentang hadis di atas, memang kita ketahui tarian pedang dikalangan masyarakat arab dan juga habsyah itu telah lama wujud sebelum kedatangan Islam. Jadi, dengan penerimaan Rasulullah terhadapnya menyebabkan tarian itu diIslamkan dengan menetapkan beberapa syarat iaitu lyric lagunya tidak melalaikan bahkan dapat menambahkan keimanan terhadap Allah, juga tarian itu semestinya tidak boleh berlaku percampuran antara lelaki dan wanita.

So, pada asasnya breakdance boleh dilihat sebagai tidak bercanggah dengan Islam. Bagi aku, breakdance harus melalui proses islamisasi supaya ianya menjadi satu aktiviti yang sihat dan tepat dengan syariat. Kalau kita perhatikan dalam bab percampuran lelaki dan wanita, tersangat jarang berlaku percampuran dan boleh dikatakan tiada. Cam dalam battle of the year 2009 yang diadakan di Volkswagen Halle, Braunschweig, German, semua pesertanya lelaki dari seluruh dunia.  Bahkan ada dari peserta tersebut beragama Islam termasuk jurulatihnya. Sebagai contoh, Crew Phase-T dari France yang terdiri daripada masyarakat afrika dan afrika utara, jurulatih mereka ialah Bro. Zubeir. Begitu juga crew Ubuntu dari South-Africa.

Pada pandangan aku, breakdance harus dibenarkan jika ada remaja Muslim dinegara kita mempraktikkannya (memang adapun). Kalau mereka nak buat pertandingan sekalipun, ia tidak menjadi masalah. Harus kita sedar seni tari bukan sekadar untuk hiburan, ia juga merupakan satu bentuk senaman yang menyihatkan dan menenangkan fikiran. Bab kata seorang peserta dari crew The Last One dari Korea : ” Dengan breakdance saya mampu menenangkan fikiran dari masalah yang dihadapi”. Itu orang bukan Islam, jika Muslim setentunya Solat merupakan jalan dan cara terbaik dan utama untuk mencari ketenangan hati dan fikiran.

Sebelum ni, aku pernah kata breakdance patut diislamisasikan. Bagaimana caranya ?

Ini pandangan dan cadangan aku la :

  1. Tidak berlaku percampuran dikalangan lelaki dan perempuan
  2. Dilakukan dalam waktu yang tidak menghalang kita daripada solat, kalau tak pun bila tiba time solat rest la skejap untuk solat.
  3. Music yang tidak merosakkan minda dan tidak bercanggah dengan Islam.
  4. Tidak melakukan aksi yang terlalu bahaya pada kesihatan ( jika melakukannya berisiko patah leher ke ape ke) . Kerana, apabila ia membahayakan nyawa maka ia tidak lagi halal untuk dilakukan.
  5. Untuk seterusnya..harap ustaz-ustaz mampu menyambungnya…

Itu cadangan aku supaya ianya selari dengan Islam. Walaupun masalah tarian dan muzik dalam linkungan khilafiyyat (perbezaan pendapat dikalangan ulama’), bagi aku sekiranya remaja kita (aku pun masih remaja lagi) nak buat benda ni, janganlah terus menghukumnya haram kerana ia bukan budaya Melayu. Selidiki dahulu dan buatlah pertimbangan dengan ilmu. Setakat ini belum ada lagi fatwa yang jelas di Malaysia yang membicarakan berkaitan breakdance, hiphop dan sebagainya. Kalau pasal black metal tu adala. Yang tu, haram tanpa khilaf.

Inilah sekadar pandangan peribadi aku, jika terang-terangan salah disisi Islam harap dapat ditegur.

Aku bukan pengamal breakdance, bukan peminat setia hiphop, rap dan bukan juga yang sejenis dengannya. Tapi aku rasa satu keperluan untuk membetulkan pandangan aku terhadapnya suatu ketika dulu. Pemikiran manusia berubah seiring dengan ilmu dan zaman.

,tak bersetuju dengan pandangan aku?? boleh tinggalkan komen, bagi alasan dan pandangan anda.


Single Post Navigation

2 thoughts on “Islamkan Breakdance

  1. Pingback: Berdakwah Dengan Menari?? « savingmemoir

  2. wesoul on said:

    Salam bro..
    Ini yg terbaik untuk dibaca dari kalangan remaja (bboy) kerna bagi saya forum ini mempunyai keterangan yg amat di ambil tahu.
    Sebelum itu saya ingin mengenal diri saya terlebih dahulu. Saya wes (bboy wesoul) dimana mewakili giller battle crew (malaysia)
    Since 2002 hingga la sekarang.. jadi dengan itu bagi saya menegakkan agama islam kita mempunyai banyak cara contohnya.. sewaktu kami mewakili malaysia di (Battleoftheyear 2005,boty) di sana kami sering berkenalan dgn crew di mana mereka kebanyakan bukan beragam islam.. tetapi itu bukanla halangan nya kami tetap membawa cara islam smpai makan pon mmg susah untuk cari dimana ada (halal food) dan kewajiban sebagai islam tetap kami laksanakan.. alhamdullialah sampai sekarang kami bersyukur pada ilahi..kerna melindungi kami sebagai anak seni di tanah air malaysia ini.. jadi sebagai manusia tidak kira la apa pon (culture) yg mereka hadapi perlu tahu membezakan mana baik dan buruk.. dan mana yg muslim tidak la ia menduakan Allah s.w.t insyaAllah.. semoga Allah mengampuni kita di akhirat kelak nanti.. amin.. itu saja dr saya asslammualaikum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: