Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Cintakan Dunia ! Islam Dilupakan !

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Riwayat Abu Daud)

Hadis di atas jelas menggambarkan keadaan kita sebagai umat Islam masa kini. Umat Islam hari ini, “diserang” dari setiap penjuru dengan pelbagai cara. Bahkan, serangan musuh-musuh Islam bagaikan kabur pada pandangan umat Islam, begitu halusnya perancangan mereka. Salah satu punca umat Islam menghidap penyakit “rabun penglihatan” ini adalah kerana mereka tamak dan lalai dalam mengejar isi dunia, mereka terpesona dengan keindahan ni’mat dunia yang Allah ciptakan sebagai ujian bagi mereka. Apabila hati sudah terpesona, dunia dicintai, maka….kematian amatlah dibenci, kerana kematian adalah dinding antara mereka dengan dunia.

Dengan itu, adakah Islam menyuruh kita menjauhi dunia ? duduk berzikir di masjid semata-mata kerana menyangka rezeki itu ketetapan dari Allah? tanpa berusaha?? Realitinya tidak begitu, ni’mat dunia ibarat kelengkapan asas kita untuk hidup mengerjakan ibadah pada Sang Pencipta. Kerjakanlah urusan dunia dengan bersemangat sebagai manifestasi ibadah kita pada Allah.

Cukuplah saya riwayatkan satu kisah sebagai peringatan bersama…

Seorang pemuda bernama Faris sedang mencari gadis idamannya untuk dijadikan isterinya. Akhirnya dia menemui gadis yang memenuhi idaman hatinya. Cantik, menawan, dan solehah. Faris akhirnya meminta  ayahnya  menemaninya pergi melihat dan berjumpa dengan si gadis idaman, Jamilah dan juga keluarganya untuk urusan merisik.

Apabila sampai dirumah Jamilah, dia keluar menemui Faris dan ayahnya. Akhirnya Faris bertemu mata dengan Jamilah dan juga keluarganya. Ayah Faris sempat melihat wajah  Jamilah yang menjadi idaman anaknya. Setelah selesai perjumpaan mereka, ayahnya mengajak Faris keluar rumah gadis itu.

” Anakku ! Gadis itu tidak sesuai untuk mu ! dia sesuai untuk ayah.” kata si ayah pada Faris.

“Gadis tu terlalu cantik untuk mu, ianya hanya sesuai untuk ayah” ulang si ayah meyakinkan anaknya..hehe.

Mereka bertelingkah, atas sebab yang sangat ….anda boleh sambung ayat tu..haha. Sekarang, Faris mencintai Jamilah dan sudah pasti tidak sanggup mengorbankan cintanya untuk diberikan pada si ayah. Si ayah pula turut mencintai Jamilah dan sudah pasti inginkannya sebagai isteri, tambah pula ibu Faris sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Itulah cinta pandang pertama !

Apabila mereka berdua tidak mencapai kata sepakat, mereka berdua akhirnya membawa kes ini berjumpa hakim di mahkamah. Jadi, Hakim memanggil Jamilah ke mahkamah untuk menanyakan pendapatnya. Apabila Hakim melihat Jamilah, beliau jatuh cinta pada Jamilah. Maklumlah Hakim pun manusia, ada nafsu dan perasaan yang kadang-kadang susah nak control.

” Gadis ini tidak sesuai untuk mana-mana antara kamu, (baik si ayah dan juga Faris)” kata Hakim itu.

Kemudian beliau menyambung, “Gadis ini terlalu sempurna dan terlalu cantik untuk dinikahi oleh kamu berdua. Kenapa? kerana gadis ini hanya sesuai untukku.”

Tidak puas dengan keputusan Hakim itu, lalu mereka bertiga iaitu Faris, ayahnya, dan Hakim membawa kes ini untuk diputuskan oleh Sultan. Jamilah turut bersama-sama mereka mengadap Sultan. Apabila Sultan melihat Jamilah, baginda sedar mengapa mereka bertiga berebut untuk memiliki Jamilah . Kemudian baginda bertitah

” Tidak, Gadis ini hanya sesuai untuk Beta sahaja !”

Sekarang kes ini bertambah rumit, 4 orang lelaki berebut ingin memiliki seorang gadis. Jamilah sebenarnya seorang gadis yang pintar, ” Ok, saya akan adakan ujian (test) untuk mengetahui siapa antara kamu berempat yang layak menikahi saya.” kata Jamilah kepada Faris, ayahnya, Hakim dan Sultan.

” Saya akan berlari, dan kamu semua akan berlari disamping saya. Orang yang pertama dapat menangkap saya maka saya akan jadi isterinya.” sambung Jamilah lagi.

Mereka akhirnya berlari disamping Jamilah, kemudian dia hilang dari pandangan mereka berempat. Dia berlari dengan begitu pantas. Tiba-tiba mereka berempat terjumpa lubang yang besar, dalam dan gelap. Mereka melihat Jamilah berada didalam lubang itu sedang melihat kepada mereka berempat yang berada di atas.

“Aku adalah DUNIA dan ini adalah KUBUR kamu.” kata Jamilah (kecantikan Dunia) pada mereka.

Aku adalah Dunia dan ini adalah kubur kamu ! semuanya adalah metafora kepada kita yang terlalu sibuk mengejar dunia, kita menggunakan segala daya usaha untuk mendapatkan dunia sedangkan hanya sedikit sahaja tenaga dan usaha yang digunakan untuk agama kita, Islam. Ketika kita sihat dan lapang kita hanya berusaha sedikit sahaja untuk agama, sedangkan untuk Dunia?? setiap usaha, strategi, setiap temujanji kita penuhi, setiap pekerjaan baru mampu kita lakukan dan kita tidak pernah merasa bosan melakukan semua itu untuk mendapatkan kemewahan dunia yang dirasa sentiasa tidak cukup. Sebaliknya, apalah sangat usaha kita untuk memperjuangkan agama Allah, mempelajari ilmuNya, mempraktikkan sunnah RasulNya. Sedarkah kita akan semua ini?? sama-samalah kita berusaha menjulang Islam dalam apa jua cara sebagaimana kita mampu mengejar keni’matan dunia dengan perlbagai bentuk usaha. Jangan putus asa selagi Islam tidak memerintah dunia ini!

** Semua nama watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana yang hidup mahupun yang sudah mati.



Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: