Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Bersedia Menghadapi Ramadhan ??

لااله ال الله

Alhamdulillah….hanya beberapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan yang barokah, keberkatan, kerahmatan dan segala jenis sifat kebaikan yang boleh disandarkan pada bulan yang teramat mulia ini, RAMADHAN AL-MUBARAK !

Rasulullah S.A.W , para sahabat dan salafus soleh menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan harapan yang menggunung tinggi demi memperoleh keredhaan dan rahmah daripada Rabbul Jaleel. Mereka mempersiapkan diri mereka seawal dari bulan Rejab lagi sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Namun bagaimana dengan sikap kita hari ini?? Rasanya beberapa hari sebelum Ramadhan barulah sedar dan tergopoh-gapah mempersiapkan diri dengan amal ma’aruf wa nahyu ‘anil munkar , itu mereka yang sempat sedar. Macam mana dengan mereka yang kurang sedar, kurang peka, langsung tak peduli dengan Ramadhan malah lebih teruk lagi mereka yang sudah memikirkan “strategi-strategi” untuk menambah energy secara haram disiang hari ???

Aku yang menulis kat blog ni pun bukanlah orang yang betul-betul bersedia untuk menghadapi ramadhan, sedar memang sedar tapi bila nafsu bertakhta dihati …..habis lingkup. Itu baru jihad menentang nafsu, dahpun tewas walaupun pernah menang beberapa kali. Dengan baki hari yang berbaki tak sampai 5 hari pun lagi, aku rasa elok jugalah aku berkongsi sedikit ilmu  yang baru aku baca dan download dari internet. Apa yang perlu kita persiapkan untuk menghadapi Ramadhan ??

Antaranya ialah :

Persiapan Mental

Persiapan mental untuk puasa dan ibadah yang berkaitan amatlah penting tertutamanya pada akhir Ramadhan yang dijanjikan kebebasan dari api neraka. Apatah lagi pada bulan ini secara abnormal normalnya rakyat Malaysia kita sibuk dengan persiapan menghadapi hari raya (sedangkan mereka sepatutnya tertumpu pada amal ibadah bukannya kedai2) ini lah bila Melayu sudah lupa…lupa dengan pepatah rekaan sendiri, apa dia ?

“Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat “

setengah orang kita ni sebulan sebelum Ramadhan dah tempah baju raya sedangkan persiapan untuk puasa entah ke mana. Perkara-perkara picisan macam ni la yang memberi kesan negatif kepada umat Islam dalam menunaikan kekhusyukan ibadah Ramadhan. Walhal, kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat dari akhirnya. Jika akhirRamadhan diisi dengan i’tikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk dikalangan mereka yang berjaya dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Ibn Taimiyyah pernah berkata : “Yang dilihat bukanlah kecacatan pada permulaannya tapi kesempurnaan pada akhirnya”

Persediaan Ruhiyah ( Spiritual )

Persiapan spiritual dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, puasa sunnah (Rejab & Sha’aban), dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan spiritual diri, Rasulullah shalallahu‘alaihi wa sallam menunjukkan contoh dan teladan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:

“Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Tapi, untuk kali ni rasanya dah tak sempat lah bagi mereka yang belum berpuasa sunat. Ramadhan pun 2-3 hari je lagi nak datang, kalau rasa rugi tu rugilah. Nak buat macam mana, salah diri kita yang tidak prihatin pada agama sendiri. Padan muka !! aku pun padan juga sebab kalau nak dikira berapa hari sangatlah aku berpuasa ( puasa sunat la ) . Next time, mungkin aku patut postkan entri ni sebulan sebelum Ramadhan.

Persiapan Fikriyyah ( Pemikiran )

Persiapan fikriyah atau akal fikiran dapat dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak mendapat manfaat apapun  kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup dan mantap. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak akan menghasilkan apa-apa  kecuali sia-sia belaka. Bak kata Imam Shafi’e (rahimahullah) :

” Ilmu tanpa amal, gila. Beramal tanpa ilmu tidak akan menjadi”

Persiapan Fizikal dan Material

Seorang muslim tidak akan mampu atau beroptimum dalam berpuasa jika fizikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesihatan fizikal, kebersihan rumah, masjid dan persekitaran. Rasulullah menunjuk contoh yang baik kepada umat agar walaupun berpuasa kita juga mesti prihatin pada kesihatan diri.  Hal ini dapat dilihat dari beberapa peristiwa di bawah ini :

• Memberus gigi dengan siwak (HR. Bukhori dan Abu Daud).
• Berubat seperti dengan berbekam (Al-Hijamah) seperti yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim.
• Menitik-beratkan penampilan, seperti pernah diwasiatkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam
kepada sahabat Abdullah ibnu Mas’ud ra, agar memulai puasa dengan penampilan yang baik dan
tidak dengan wajah yang lesu. (HR. Al-Haitsami).

Perkara lain yang harus disiapkan adalah material yang halal untuk bekal ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim telah menabung selama 11 bulan sebagai bekal ibadah Ramadhan. Sehingga ketika datang Ramadhan, dia dapat beribadah secara khusu’ dan tidak berlebihan dalam mencari harta atau kegiatan lain yang mengganggu kekhusyukan ibadah Ramadhan. Alah…Ramadhan sebulan setahun je kut, takkan tak dapat rehat sekejap??? daripada dapat duit yang banyak hasil jualan pada bulan Ramadhan tapi rahmah, pahala dan kelebihan Ramadhan semuanya fail, baik tak payah hidup atas bumi Allah ni. Tapi kalau dapat kedua-duanya sekali lagi bagus…hehehe.

Apa yang penting, sebelum Ramadhan kita hendaklah memperbanyak doa supaya diberi ketabahan, kecekalan , keazaman dan ketaqwaan pada bulan Ramadhan apatah lagi bila menjelmanya Ramadhan… doa dalam video ni boleh juga membantu….training aids la katakan…hahaha. Moga bermanfaat dan mendapat kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari azab Neraka….serta mendapat Lailatul Qadr..Ramadhan Kareem !!! ( jangan lupa tinggalkan komen yang berguna…heheh)



Single Post Navigation

One thought on “Bersedia Menghadapi Ramadhan ??

  1. Pingback: Sucikan Dirimu Untuk Ramadan « savingmemoir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: