Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Benarkah Imam Mahdi wujud ? # Part 2

Huraian bagi persoalan kedua

Kita sudah sedia maklum daripada catitan sejarah bahawa peristiwa diantara Bani Hashim dan Bani Umayyah itu sudah wujud ketika zaman jahiliah lagi. Apabila lahirnya Nabi Muhammad S.A.W (walaupun baginda dari Bani Hashim) tetapi dengan kebijaksanaan dan keadilan dapatlah baginda lenyapkan api permusuhan yang telah lama wujud diantara kedua-dua pihak itu. Hasilnya, mereka bersatu-padu atas dasar Islam yang dibawah pimpinan Rasulullah itu. Tambahan pula umat Islam pada masa itu sedang menumpukan segala pemikiran dan tenaga untuk perjuangan dan jihad dalam menegakkan islam dan menghapuskan kezaliman serta penindasan sesama hamba Allah.

Akan tetapi, pada zaman Khalifah ‘Uthman Bin ‘Affan iaitu pada penggal akhir pemerintahan beliau oleh kerana berlakunya sedikit perubahan keadaan politik semasa berbanding pada zaman sebelumnya ( Abu Bakr dan Umar ) , maka benih permusuhan yan sedia ada diantara kedua-dua golongan  tersebut mulai timbul kembali. Dari situlah timbulnya gerakan-gerakan sulit bagi menggulingkan beliau ( ‘Uthman ) dan lebih-lebih lagi setelah Saidina Ali kalah dalam peperangan Siffin maka pihak Ali dan penyokong-penyokongnya yang kemudiannya digelar dengan nama Puak Shi’ah itu makin kuat menentang Puak Bani Umayyah bagi menghapuskan kekuasaan khalifah dari tangan keluarga itu dan mengembalikan balik kekuasaan itu kepada keluarga Bani Hashim sebagaimana yang dicita-citakan.

Maka setelah sekian lama penentangan dan perjuangan Bani Hashim itu tidak berjaya, lalu mereka kemudiannya mengubah corak perjuangan itu kepada yang berbentuk keagamaan pula. Bagaimana?? Dengan mengeluarkan teori-teori keagamaan yang bersangkutan dengan politik mereka seperti ;

1.         Teori Pengembalian ( نظرية رجعة ) ; iaitu beriktikad atau meyakini bahawa Saidina Ali tidak mati dan akan kembali ke dunia di akhir zaman kelak. Mengikut Imam Ibn Hazm (r.h), bahawa Abdullah Bin Saba’ mengatakan selepas Saidina Ali terbunuh :

” لو أتيتمونا بد ما غم ألف مرة ما صدقتنا موته، ولا يموت حتي بملأ الأرض عدلا كما ملئت جورا ” وفكرة الرجعة هذه اخذها من اليهود ، فعندهم ان النبي “الياس” صعد الى السماء ، وسيعود فيعيد الدين والقانون ، ووجدت الفكرة في النصرانية أيضا في عصورها الأولى ، وتطورت هذه الفكرة عند الشيعة الى العقيدة باختفاء الأئمة ، وأن الإمام المختفي سيعود فيملأ الأرض عدلا ، ومنها نبعت فكرة المهدي المنتظر  –  فجر الإسلام ، صفحة 270

Maksudnya: “ Kalau kamu bawakan kepada kami untuk 1000 kali pun, kami tetap tidak mempercayai akan kematiannya, Ali tidaklah mati hingga sampai dia dapat memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana bumi ini telah diisi dengan kezaliman”. Ibn Hazm menyambung lagi ulasannya; ..…idea “kembali semula” ini diambil oleh Ibn Saba’ daripada ajaran Yahudi kerana disisi mereka, bahawa Nabi Ilyas telah naik ke langit dan dia akan kembali kerana dia akan mengembalikan agama dan undang-undang. Idea ini terdapat dikalangan orang Nasrani pada zaman pertamanya, pemikiran ini berkembang dikalangan orang Shi’ah hingga mereka pula mempercayai bahawa Imam-imam mereka sedang bersembunyi dan akan berlindung dari orang ramai. Imam-imam yang bersembunyi ini akan kembali bagi memenuhi bumi dengan keadilan, dari inilah lahirnya persoalan Imam Mahdi al-Muntazir. ( Fajr al-Islam, m/s 270 )

Golongan Rafidhoh pula berkata : “ Tidak timbul dan tiada jihad pada jalan Allah, sehingga keluarnya Mahdi.”

12th Imam

2.         Teori  al-Imam (  الإمامنظرية ( ; teori Imam ini pula membuat kesimpulan bahawa Saidina Ali ialah Imam selepas Nabi Muhammad S.A.W, kemudian bersiri-siri lah imam-imam selepasnya dengan tertib 12 orang yang ditentukan oleh Allah. Pengakuan dan pengiktirafan kepada Imam dan kepatuhan kepadanya adalah menjadi sebahagian dari iman, dan Imam pada pandangan mereka tidaklah sebagaimana pandangan oleh Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Imam disisi puak Shi’ah mempunyai makna yang lain iaitu ; bahawa Imam itu adalah sebesar-besar Mu’allim atau Mahaguru, Imam yang pertama mewarisi segala ilmu Rasulullah S.A.W dan dia bukanlah selaku manusia biasa malahan dia adalah di atas dari semua manusia yang lain kerana dia seorang yang ma’sum ( terkawal dan terpelihara dari segala kesalahan ). – Fajr al-Islam.

Kata Imam Ibn Hazm (r.h) lagi didalam artikel yang lain ; Orang Shi’ah pada mulanya telah gagal untuk membina sebuah kerajaan yang nyata dimuka bumi ini dan mereka telah diazab seksa dan diburu dengan penuh tekanan lalu mereka pun mencipta satu cita-cita dan harapan untuk diri mereka iaitu berharap kepada Imam yang ditunggu-tunggu itu. Sebab itulah mereka menunggu kelahiran al-Mahdi dan sebagainya.

Dengan keterangan yang panjang lebar ini, nyatalah pada kita bahawa aqidah yang mengatakan Imam Mahdi daripada keturunan Saidina Ali  atau Saidina Ali sendiri yang akan muncul di akhir zaman kelak adalah datangnya daripada puak-puak Shi’ah yang mereka-rekanya, bukannya dari aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

nantikan ulasan bagi persoalan ketiga dalam entri akan datang……….

Single Post Navigation

2 thoughts on “Benarkah Imam Mahdi wujud ? # Part 2

  1. jahara on said:

    gv more info.

    • wan mujahid on said:

      i think i give full info already, u just need to read all part. u just read part 2 & then u ask me for more info? feel free to read all part.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: