Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Dr. Fathi Yakan : Pemergian Seorang Ulama’

Dalam kesibukan menjalani urusan harian didunia ini, aku terlupa untuk mengikuti perkembangan semasa Dr.Fathi Yakan selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Fathi YakanAlmarhum Dr. Fathi Yakan

Al-Fatihah

Pada 19 Jamadil Akhir 1430 H bersamaan 13 Jun 2009…..ulama dan tokoh gerakan Islam yang terkenal Dr. Fathi Yakan ( rahimahullahu ta’ala ‘anhu ) melabuhkan tirai kehidupan dunianya untuk menghadap Allah Rabbul Jaleel..

Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, utara Lubnan.  Memiliki PhD dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan tokoh pelopor gerakan Islam sekitar tahun 1950-an. Beliau pernah memimpin Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiyah sebuah gerakan dan parti politik Islam di Lubnan dan pernah memenangi kerusi Parlimen.  Tokoh yang sangat berpengaruh di Lubnan dan juga seluruh dunia Islam ini telah mengarang sebanyak 35 buku yang telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa. Antara buku beliau yang paling popular dan dimiliki oleh hampir setiap ahli gerakan Islam seluruh dunia ialah “Apa Erti Saya Menganut Islam ?”.

Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University. Beliau dianugerahkan 4 orang anak perempuan dan seorang lelaki. Beliau terkenal dengan usahanya menyatukan pengikut Sunni dan Shi’ah supaya menjadi satu umat Islam untuk menentang Israel. Mesejnya itu disampaikan melalui khutbahnya ketika dia mengimamkan Solat Jumaat pada 8 Disember 2006 ketika perang Israel-Lubnan.

fathi yakan, sunni-shiie

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

“Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah.”

Akhir kalam, sama-samalah kita renungi kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam websitenya :

Perlulah diingat bahawa jika kita ingin menghargai jasa dan usaha seseorang tokoh, bukanlah dengan menggantung gambarnya di rumah, memaparkan gambarnya di sana sini. Itu bukanlah cara yang disaran oleh Rasulullah s.a.w, namun cara yang betul adalah dengan menghidupkan usahanya, menyebarluaskan nasihat dan hasil pemikirannya dengan cara yang terbaik.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: