Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Pasukan Bola Sepak Kelantan = Pasukan Bola Sepak Makkah ?

lambangkelantanBila berbicara pasal negeri Kelantan, kita tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang keunikan yang ada pada negeri ini. Sehinggakan ia dijadikan moto pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan ” Kelantan, a unique destination”

Tapi tulisan ini bukan untuk membincangkan keunikan destinasi yang ada di negeri tersebut tetapi keajaiban yang ditemui secara tidak sengaja apabila berbicara dengan seorang rakan warga Saudi.  Saudi Arabia, negara dimana terletaknya kota suci umat Islam, Makkah Al-Mukarramah, dan Kelantan pula diberikan gelaran sebagai Serambi Makkah sejak berdekad lamanya.

kafa n kdnKita sudah sedia maklum pasukan bola sepak Kelantan menggunakan warna merah sebagai lambang keberanian mereka berentap di padang. Namun kita tidak maklum bahawa pasukan bola sepak Makkah juga memakai warna tema yang sama. Percaya atau tidak ? itulah kebenarannya. Tapi aku minta maaf kerana tidak dapat menemui sebarang gambar pasukan bola sepak Makkah untuk dijadikan bahan bukti. Sudah dicari dalam internet tapi tak jumpa, mungkin kerana aku kurang bijak dalam surfing internet.

DSCN1770Pasukan Kelantan mengenakan jersi merah ketika beraksi begitu juga pasukan bola sepak Makkah. Namun satu persamaan yang agak kurang menyenangkan ialah……

Pasukan Makkah selalunya kalah dalam perlawanan sehinggakan para penyokongnya selalu mendendangkan lagu ” Kalah menang adat pertandingan, hanya kalah yang menjadi adat kita”. Tapi pemain Makkah kalau dibeli oleh pasukan lain, mereka amat hebat malah merekalah pula yang menyumbat gol, bila main dalam pasukan sendiri mereka selalu kalah

itulah cerita yang keluar dari bibir rakanku yang merupakan rakyat Saudi. Jika kita melihat pula pada pasukan bola sepak Kelantan..begitu jugalah halnya. mereka acap kali mendapat kekalahan dalam perlawanan.

Kawanku juga memberitahu pasukan bola sepak Makkah selalu mencetuskan pergaduhan bila beraksi ( memang sifat orang Makkah panas baran sejak dari zaman jahiliah lagi) ….hehehe hal ini juga merupakan persamaan yang wujud pada pasukan bola sepak Kelantan. ( memang sifat orang Kelantan panas baran “gedebe” sejak dari dulu lagi ) selalu mencetuskan pergaduhan seperti kes baru-baru ini.

Itulah cerita orang Makkah…dan aku relate ceritanya dengan pasukan Kelantan..memang satu keajaiban. Adakah orang Kelantan ini memang dijadikan Allah begitu unik sehingga dapat disamakan dengan orang Makkah dimana lahirnya penghulu segala nabi, Muhammad S.A.W. Betapa banyaknya persamaan yang wujud di antara masyarakat Makkah dan Kelantan. Insha Allah kita akan cunkil bersama-sama dalam entri yang akan datang.

Itulah keunikan Negeri Kelantan Darul Naim= Negeri Serambi Makkah=Negeri Cik Siti Wan Kembang= Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga= Negeri Tadahan Wahyu

kelantan-flag

It’s a unique destination !!!!!

Single Post Navigation

6 thoughts on “Pasukan Bola Sepak Kelantan = Pasukan Bola Sepak Makkah ?

  1. Qibtiah on said:

    akm.sy amat bersetuju dgn pdgan ini.dulu sy bljr di uia dgn orab khususunya di mekah.memang itulah sifatnya sama dgn ore kelate. semagat nk balah tetap ada.

  2. redworrior on said:

    selalunye kalau bab ganas mti mlibatkn kelantan………… tp kalau org lain mganas takkkkkkkk nampak plak…

    • rafindi on said:

      Oghe lain memang dengki dengan klate. Bimbang Klate juara.

    • rafindi on said:

      Orang lain memang dengki dengan Pasukan Kelantan. Dia orang tak senang kalau tengok Kelantan menang

    • averroes2 on said:

      maaf, posting ni hanya nk membandingkn kelantan dgn makkah dlm konteks kelantan sbg negeri serambi mekah, positif n negatif. tiada kaitan dgn perkembangan kat malaysia ni..termasuk yg latest kat bukit jalil…hahahah

  3. Pingback: 2010 in review | savingmemoir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: