Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Ketam Melayu

Kenapa post kali ini titlenya ketam melayu? ketam pun ada bangsa jgak ke? ….

Satu hari seorang bekas engineer yang sekarang bertugas sebagai lecturer menyampaikan syarahannya kepada student beliau….. 100% pelajar dalam kelas tersebut adalah kaum Melayu, mereka memang mempunyai perwatakan yang sering disandarkan kepada orang Melayu iaitu malas belajar, tidak fokus dan sebagainya. Lalu lecturer tersebut mula bercerita supaya cerita tersebut dapat memberikan motivasi kepada student beliau.

Alkisah, pada satu hari saya pergi ke pasar, macam-macam la barang yang hendak dibeli bila pergi ke pasar. saya pergi ke bahagian ikan / seafood. Saya berhenti depan seorang tauke cina, kenapa saya berhenti disitu? Sebenarnya saya berasa pelik kenapa ada 2 bakul ketam yang satunya tertutup dan satu lagi terbuka luas.

crab basket

” Tauke ! apa beza ketam yang dalam bakul tertutup dengan yang  tak ditutup?” tanya lecturer tersebut.

” ooo….yang ditutup itu ketam cina yang terbuka tu ketam melayu”. jawab tauke itu.

” Apa ketam cina lagi elok ka?” soal lecturer itu lagi.

” kualitinya sama saja ma, cuma ketam cina ni kalau dibiar terbuka ia akan keluar, ketam ni akan saling tolong-menolong menolak ketam yang ingin keluar dari bakul. Ketam melayu tak perlu ditutup sebab kalau ada seekor ketam yang nak keluar ketam lain akan tarik dia masuk balik dalam bakul.” jelas tauke cina dengan panjang lebar.

“Oooo…itu macam ke. terima kasih tauke” jawab lecturer itu.

LewesDairyCrabBasket

Begitulah juga dengan sikap orang melayu kita sekarang atau lebih pentingnya orang Islam. Mereka tidak suka melihat kawan mereka berjaya, kalau mereka gagal mereka juga mahu kawan mereka sama-sama gagal…bak kata pepatah melayu sendiri….berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Virus hasad dengki yang mengjangkiti mereka memang kuat.

Lain halnya dengan masyarakat Cina, mereka saling bantu-membantu untuk berjaya. Jika kawan mereka berjaya mereka tumpang gembira dan bukan setakat itu, kawan mereka yang telah berjaya akan menolong mereka pula untuk sama-sama berjaya. Itulah sikap yang sepatutnya ada pada umat Islam pada hari ini. Dengan sikap yang ditonjolkan oleh orang Cina itu juga dapat menjamin perpaduan dikalangan mereka.

Renungilah ayat al-Quran yang bermasud:

” Dan bantu-membantulah kamu terhadap perkara yang baik dan taqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa ( perkara buruk) dan juga permusuhan (hasad dengki dll)”

Ayuhlah kita sama-sama berjuang memastikan diri kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi dan membantu sesama Muslim sedaya mungkin…Percayalah….Allah tidak akan menguah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya..

Salam ukhuwwah!


Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: