Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Jumaat Mubarak !

Hari Jumaat Sayyidul Ayyam bagi 6 hari yang lain.. pada hari ini kita dikehendaki memuliakannya kerana Hari Jumaat adalah hadiah Allah kepada kita ummah Islam.

Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “Kita (Muslim) adalah yang terakhir (kedatangannya) tetapi akan menjadi yang terawal pada Hari Kebangkitan walaupun kaum sebelum kita lebih dahulu menerima Kitab Suci. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari perayaan bagi mereka tetapi mereka menolaknya. Jadi,Allah memberikan hidayah kepada kita kepadanya(hari jumaat) dan semua manusia terkebelakang dari kita, Yahudi ( hari suci mereka) esok (Sabtu) dan Kristian (hari suci mereka) lusa (sabtu)” –no.834, Bukhari.

Pada hari inilah ummah Islam diminta menunaikan Solat Fardhu Jumaat, dan sebelum solat jumaat kita disunnahkan mandi , memakai pakaian yang baru (terbaik) dan mengenakan haruman..Malah dalam satu riwayat ada menceritakan bahawa Sayyidina Uthman (r.a) datang lewat ke masjid untuk Solat Jumaat, lalu Rasulullah bertanya samaada beliau sudah mandi atau belum. sayyidina Uthman memberitahu dia tidak sempat mandi kerana ingin bergegas ke masjid. Lalu Rasulullah menyuruhnya pulang untuk mandi kemudian barulah datang ke masjid untuk solat Jumaat. Anjuran supaya kita mandi sunat terkandung dalam hadis berikut :

” Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti dia mandi junub, kemudian dia pergi untuk solat (dalam masa yang pertama/awal) ia ibarat dia telah mengorbankan seekor unta (kerana Allah), dan barangsiapa yang pergi solat dalam masa kedua, ibarat dia telah mengorbankan seekor lembu dan sesiapa yang pergi pada masa ketiga ibarat dia mengorbankan seekor biri-biri, dan sesiapa yang pergi pada masa keempat ibarat dia mengorbankan seekor ayam betina dan sesiapa yang pergi pada masa yang kelima ibarat dia menawarkan sebiji telur. Apabila Imam keluar (untuk berkhutbah), para malaikat akan hadir (duduk diantara para jamaah) untuk mendengar khutbah”- n0839, Bukhari

Sama-samalah kita merebut peluang keemasan ini. !!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: