Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Dialog Nasional Palestin

palestinee211

Author : Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Dialog Nasional Palestine di Kaherah – Ulasan Pengarah PACE

Assalamualaikum,

Hari ini 1 April 2009 sedang berlangsung dialog kebangsaan Palestin di Kaherah. Dialog ini membabitkan pelbagai fraksi yang berjuang bagi pembebasan negara Palestin dari pendudukan dan pencabulan berterusan rejim zionis ke atas hak rakyat Palestin.Penegasan yang diutarakan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya amat menepati tujuan dialog tersebut iaitu menamatkan sebarang perpecahan dan pemerintahan satu parti, melahirkan satu pakatan yang tulen dan membina semula PLO di atas dasar yang menjamin penglibatan semua pehak yang berjuang bagi  rakyat Palestin. PLO perlu digerakkan semula di atas prinsip nasional yang tidak boleh dipinda iaitu pembebasan bumi Palestin dan hak rakyatnya untuk berjuang menentang pendudukan asing zionis. Hasrat ini perlu dizahirkan dalam bentuk institusi keselamatan Palestin yang berupaya untuk melindungi tanah air dan bekerja untuk menyediakan unsur-unsur yang boleh memberi kekuatan dan semangat kental kepada rakyat Palestin.

Mewakili pergerakan Hamas, Perdana Menteri Ismail Hanneya menegaskan bahawa beliau mahu mengujudkan kesepakatan sebagai syarat penting untuk mencapai pembebasan tetapi tidak dengan menggadaikan prinsip-prinsip nasional. Untuk menjelaskan pendirian tersebut, beliau sekali lagi menggariskan bahawa Hamas menerima sebuah negara Palestin berdasarkan kepada sempadan 1967 sebagaimana yang diperuntukkan oleh Resolusi PBB 242 dan 338 sebagai timbal balik dari gencatan senjata jangka panjang tanpa mengiktiraf Israel. Selama mana matlamat nasional disepakati, Hamas tidak akan bertindak sebagai penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut.

Pendirian Hamas seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya tidak pernah berubah semenjak Hamas mengemukakan formula penyelesaian politiknya. Bahkan inilah pendirian Hamas yang dipertahankan ketika memenangi pilihanraya legislatif Palestin yang pertama pada awal 2006. Prinsip-prinsip ini yang mengundang kemarahan US dan sekutu-sekutunya yang terus mendesak agar Hamas menghentikan  penentangan untuk membebaskan Palestin dari pendudukan haram zionis, mengiktiraf Israel dan menghormati semua perjanjian damai yang dimeterai di antara regim zionis dan pihak berkuasa Palestin. Hakikatnya tunduk kepada ugutan-ugutan ini hanya membawa satu maksud iaitu berlanjutannya atau berkekalannya pendudukan zionis dan penafian berterusan hak rakyat Palestin. Prinsip-prinsip tersebut adalah ‘National Constant’ yang tidak boleh dipertaruhkan. Akibatnya berlakulah sekatan ekonomi yang komprehensif dan ini disusuli pula dengan kepungan yang melumpuhkan Gaza sejak tahun 2007 dan berterusan pula dengan serangan biadap dan kebinatangan Israel ke atas Gaza pada akhir tahun 2008 dan permulaan tahun 2009.

Pendirian Hamas ini juga bukanlah sekadar slogan-slogan politik untuk menjuarai perjuangan pembebasan Palestin. Hamas tidak pernah melihat perjuangan mereka sebagai milik ekslusif Hamas dan sentiasa mencari ruang bagi meletakkan perjuangan mereka sebagai agenda nasional. Kerana itu langkah pertama setelah memenangi pilihanraya ialah mempelawa semua parti politik termasuk Fatah untuk membentuk kerajaan campuran. Pelawaan ini malangnya ditolak oleh Fatah yang lebih rela tunduk kepada tekanan luar. Meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh US dan Israel untuk menggagalkan perpaduan di kalangan Palestin, terbentuk juga Kerajaan Perpaduan Palestin hasil dari Perjanjian Mekah 2007. Malangnya kerajaan perpaduan ini berakhir, sekali lagi akibat dari makar yang dirancang oleh US dan Israel melalui agen-agen upahannya di kalangan Palestin sendiri. Kini meskipun kerajaan Hamas menderita akibat serangan Israel di Gaza yang sekali lagi menyaksikan persekongkolan di antara regim zionis dengan sekutu-sekutunya dari pemimpin Arab samada di Tebing Barat dan negara-negara Arab yang berjiran, Hamas tidak berhenti dari menyeru kepada perpaduan seluruh rakyat Palestin.

Apakah ini tidak cukup sebagai testimoni murni perjuangan Hamas?

p/s : artikel ini adalah versi kopi & pasta dari emel.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: