Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Ikhlas & Aviation

Author : Wan Mujahid Mohd Nordin .Date ; 1 April 2009, 14:15 p.m

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akan hamba-hambaNya

“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki amalan mereka dan mereka pula berpegang teguh pada kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman( didalam syurga). Dan Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman itu ganjaran (pahala) yang amat besar.” An-Nisaa’:146

Amal atau pekerjaan yang dilakukan tanpa niat yang baik hanyalah satu keletihan. Namun walaupun niat itu sudah sempurna dan elok, ianya adalah sia-sia jika tidak disertakan dengan keikhlasan jiwa dan raga dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Ikhlas adalah nilai yang paling utama dan hanya dengan ikhlas amalan seseorang itu akan ditentukan samaada diterima atau tidak. Dalam ayat di atas jelas menunjukkan ikhlas sebagai klimaks usaha yang menentukan kejayaan seseorang sehingga layak ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman didalam syurga kelak. Bahkan, iman itu tidak lengkap jika tiadanya keikhlasan. Disamping itu, ayat di atas jelas ingin memberitahu kita bahawa seseorang yang sedar akan kesalahan mereka dan sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti pekerjaan mereka selaras dengan kehendak agama akan menghasilkan keikhlasan hati. Keikhlasan hati tidak lain dan tidak bukan akan membuahkan keberkahan hasil daripada keredhaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang ikhlas “almukhlisin” .

Kemajuan Bidang Aviation Bergantung Pada Keikhlasan

Saya pernah berbual-bual dengan seorang manager di sebuah maintenance organization di Malaysia. Kami berbincang berkenaan hala tuju saya sebagai pelajar dalam bidang aviation, lalu beliau menceritakan pengalaman kerja beliau didalam sebuah syarikat penerbangan komersial. Katanya :

“Dalam sebuah syarikat yang besar adalah agak susah untuk kita naik pangkat dan sebagainya kerana mereka mempunyai beratus-ratus orang technician dan engineer. Melainkan kita ni kenal atau rapat dengan orang atasan. Tapi bagi saya, saya tidak suka “cara” tersebut. Melalui pengalaman saya, ikhlas dalam melakukan kerja kita adalah cara yang betul. Saya tidak fikir pun benda lain, saya buat je kerja saya sebaik dan seikhlas mungkin, terpulang kepada majikan untuk menilainya. Saya nampak, keikhlasan dalam bekerja yang membolehkan saya naik pangkat dari seorang engineer kepada staff bagi management board ketika berada dalam syarikat tersebut dulu kerana saya ni bukannya jenis bergaul dengan ramai orang apatah lagi nak mengampu.”

Berdasarkan pengalaman beliau tersebut, rasanya jelas bagi kita bahawa ikhlas adalah elemen yang sangat penting dan diperlukan didalam persaingan sesama rakan sekerja. Rasanya boleh saja dikatakan bahawa orang yang paling ikhlas adalah orang yang akan dipandang tinggi serta mendapat kepercayaan daripada majikan, bukan hanya majikan bahkan mendapat kedudukan yang agung di sisi Allah. Namun, apa yang pasti keikhlasan itu datangnya dari hati yang bersih. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu tidak boleh dibuat-buat atau dipaksa, kerana ianya bersumberkan niat dan azam yang baik dalam melakukan kerja.

Islam menuntut kita supaya ikhlas didalam melakukan apa jua pekerjaan kerana pekerjaan atau amal yang dilakukan tanpa keikhlasan pasti tiada ganjaran di sisi Allah walaupun yang dilakukan itu merupakan satu kebaikan. Keikhlasan dalam bekerja akan meningkatkan produktiviti kerja individu. Bekerja dalam bidang maintenance sememangnya menuntut kesabaran dan ketabahan kita terutamanya dalam menghadapi situasi yang boleh melemahkan semangat kerja individu. Ketika ini, individu memerlukan benteng pertahanan yang kukuh supaya semangat atau motivasi kerja tidak merosot. Benteng pertahanan itu ialah ikhlas, seorang mukmin yang bekerja dengan motivasi ikhlas akan memberi kekuatan yang padu dalam bekerja setiap masa dan tidak bermusim.

Ikhlas akan menjamin prestasi pekerja muslim terus kekal malahan meningkat lagi berbanding sebelumnya. Pekerja yang ikhlas akan menyenangkan pihak majikan dan tidak mudah luntur semangatnya berbanding pekerja yang hanya mengharapkan wang gaji sebagai balasan bagi pekerjaan yang mereka lakukan. Ini terbukti jika kita perhatikan kata-kata Imam Al-Ghazali didalam kitabnya An-Niyyah Wal Ikhlas Al-Qasd :

“Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang aktif beramal. Semua orang yang aktif beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas.”

Apabila satu pekerjaan itu disertai dengan keikhlasan hati, kerja dan tugas yang diberi akan dilakukan dengan lebih berhati-hati serta memikirkan akan akibat yang bakal diterima samaada didunia mahupun di akhirat. Jika kita perhatikan suasana sekarang, sesetengah technician atau engineer gemar melambat-lambatkan proses maintenance sesebuah aircraft semata-mata ingin mendapatkan overtime job yang membolehkan mereka mendapat elaun untuk OT. Inilah dinamakan kerja bermatlamatkan wang dan kemewahan dunia semata-mata tanpa memikirkan halal haram sumber pendapatan mereka yang bakal digunakan untuk keperluan keluarga mereka.

1481548

Mereka yang tiada keikhlasan dalam bekerja akan menghalalkan pelbagai cara untuk mendapatkan wang atau matlamat mereka yang tidak elok tersebut. Hati dan niat seseorang bakal menentukan kelakuan mereka dan natijah daripada perbuatan mereka. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu.” Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangannya lalu berkata, “Taqwa itu letaknya di sini.” Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali.” (HR Imam Muslim)

Pekerja yang ikhlas adalah hasil didikan pada peringkat rendah, menengah, dan universiti. Ketiga-tiga tahap pembelajaran inilah yang biasanya dilalui oleh kebanyakan pekerja dalam bidang aviation, begitu juga dengan bidang-bidang lain. Kesinambungan menuntut ilmu itu haruslah diteruskan sehingga ke akhir hayat. Cuma methode menuntut ilmu itu mungkin berbeza apabila berada di alam pekerjaan. Ikhlas dalam mempelajari ilmu baru setiap hari dari mereka yang lebih mengetahui adalah pintu segala kebaikan. Setiap individu sepatutnya mengambil manfaat daripada pekerja yang senior. Namun sebagai seorang pekerja yang muslim dan mukmin haruslah berhati-hati untuk bergaul dengan rakan-rakan sejawatan yang lain bagi memastikan pengaruh negatif tidak dapat menembusi benteng keimanan dan keikhlasan diri.

Saya ingin menyarankan agar kita sebagai pekerja atau bakal pekerja yang beragama Islam dan beriman mestilah mencipta kelainan berbanding mereka yang bukan Islam ataupun yang hanya Islam dari sudut namanya sahaja. Keikhlasan dalam bekerja, kepatuhan dalam melaksanakan ibadah wajib seperti solat tanpa menggangu rutin kerja serta mampu melakukan kerja dengan kemas, memuaskan dan menepati masa adalah kelebihan bagi kita. Di situlah letaknya nilai Islam seseorang itu, samaada dia mengutamakan pekerjaaannya lebih dari tanggungjawab sebagai seorang hamba ataupun dia menjadikan kerjanya itu sebahagian daripada ibadahnya kepada Allah. Sudah pasti pilihan kedua lebih menguntungkan.

Kenapa saya menyarankan saranan di atas? Kerana selama ini saya melihat mereka yang bekerja dalam bidang aviation ini amat kurang pengetahuan agama mereka, budaya merokok yang sememangnya menjadi darah daging kebanyakan para technician mestilah dihapuskan. Malah, segala budaya yang tidak selari dengan Islam mestilah diketepikan. Haruslah diingatkan bahawa ikhlas itu hendaklah semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Lakukanlah setiap kerja dengan ikhlas demi mencari keredhoaan Allah yang Maha Memberi. Ketahuilah, Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuk amal itu dilakukan. Maka dari itu, Dia menolak setiap amal yang pelakunya tertipu dengan ‘amalnya. Sahl Bin Abdullah At-Tustari menyatakan :

“Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam bahaya yang besar sehingga tetap berakhir-dengannya.”

Alangkah indahnya sebuah komuniti yang terdiri daripada mereka yang sedar akan tanggungjawab mereka sebagai muslim dan juga pekerja serta mempraktikkan nilai-nilai Islam yang indah didalam budaya kerja seharian mereka di mana keikhlasan dalam bekerja menjadi matlamat utama. Kita sememangnya dikenali sebagai professional yang melakukan kerja berpandukan maintenance manual dengan kata lain melakukan kerja berpandukan maklumat dan ilmu yang sahih. Namun ianya tidak akan membuahkan hasil yang baik jika tiada keikhlasan. Renunglah kata-kata ini sebagai konklusi kepada artikel pendek ini :

“Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: