Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Australia yang Berjiwa Islam

Sadaqah…

Sadaqah merupakan salah satu elemen penting dalam agama Islam dan juga merupakan sebahagian daripada Zakat itu sendiri, rukun Islam yang ke-3. Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya memang terkenal dengan sikap dermawan mereka dalam pelbagai cara. Malah Rasulullah menyarankan ummahnya supaya bersadaqah walaupun separuh biji tamar/kurma. Malah berpuluh-puluh ayat al-Quranul Kareem menyebut tentang jihad harta/sadaqah/zakat.  Siapa yang tidak kenal Saidina Uthman Bin ‘Affan yang terkenal sebagai jutawan yang dermawan, begitu juga dengan Abu Bakr As-Siddiq, Abdul Rahman Bin ‘Auf dan para sahabat yang lain yang terkenal dengan sikap suka bersadaqah dan infaq pada jalan Allah.

Pada zaman kini pula, kita di Malaysia mengenali insan dermawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mengasaskan Yayasan Al-Bukhari yang banyak menyumbangkan kepada kebajikan pelajar miskin, anak yatim dan sebagainya. begitu juga dengan beberapa individu lain. Namun begitu, sejauh manakah ummah Islam hari ini mempraktikkan suruhan Allah dan Rasul-Nya supaya memperbanyakkan sadaqah? Saya sendiri pun masih merasakan diri ini amat kurang dalam hal ini..bagaimana dengan anda?

Sadaqah Rakyat Australia…

Saya pernah membaca tulisan Jeffrey Francis, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia didalam akhbar The Star menyatakan bahawa apabila kita bercakap mengenai kemurahan hati dan sadaqah ” charity and generosity “ adalah sangat susah untuk tidak menyebut tentang sikap rakyat Australia. Mereka memang terkenal dengan sikap pemurah,suka bersadaqah” dan membantu orang yang dalam kesusahan. Mereka amat mudah untuk melakukan kebajikan terutamanya mangsa bencana alam, mereka akan seolah-olah menggali isi poket mereka sedalam yang boleh supaya dapat menyumbangkan derma sebanyak yang mungkin untuk membantu.

australia wildfires

Kanak-kanak dan remaja mereka akan mengeluarkan wang dari tabung mereka dan memberi keseluruhan tabungan mereka yang disimpan berbulan-bulan untuk diri mereka , semata-mata untuk memberi derma kepada yang memerlukan. Ini adalah realiti masyarakat di sana, seorang budak lelaki berusia 6 tahun memberikan kesemua simpanannya dalam tabung berjumlah A$ 136 bulan Februari lalu sebagai sumbangannya kepada mangsa bencana kebakaran hutan yang berlaku beberapa minggu lalu. Sikap suka menderma sudah menjadi sebahagian daripada perwatakan rakyat Autralia. Mereka bersedia untuk membantu siapa jua yang menghadapi kesusahan.

Dalam masa satu minggu kebakaran hutan terbesar berlaku di australia, rakyatnya di seluruh negara berjaya mengumpulkan A$ 100 juta. Ini tidak termasuk lagi derma yang diberikan oleh setiap kerajaan negeri seluruh Australia yang mana setiap negeri memperuntukkan A$ 10 juta untuk membantu mangsa kebakaran dan menangani kebakaran tersebut. Dalam masa 24 jam pula, sebuah stesyen televisyen Australia,  Channel 9 TV dalam program “Australia Unites” menerima 40000 panggilan daripada penonton yang menyumbang sebanyak A$ 21 juta untuk mangsa bencana kebakaran tersebut, jumlah itu berjaya dikumpulkan hanya dalam masa 24 jam. Lihatlah betapa hebatnya mereka dalam berlumba-lumba memberi derma dan menolong saudara mereka tanpa mengira batas perkauman dan agama. Persoalannya, adakah masyarakat Muslim juga begitu?

Perhatikanlah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 110 yang bermaksud :

Dan dirikanlah oleh kamu solat dan tunaikanlah zakat (sadaqah) ; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu mendapat balasan pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat akan segala apa yang kamu kerjakan

Kita sebagai Muslim dijanjikan pahala oleh Allah sebagai balasan atas kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan. Sedangkan rakyat Australia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama termasuklah juga yang Atheis melakukan semua itu tanpa mengharapkan balasan dan mereka memang tidak ditawarkan dengan apa-apa balasan. Sama-samalah kita sebagai ummah Islam bersatu sebagai Ummatan Waahidah (umat yang satu) dalam membantu mereka yang susah sekurang-kurangnya saudara kita yang seagama dengan kita. Tingkatkanlah usaha membantu ummah Islam yang tertindas di serata dunia terutamanya di Palestin dan Gaza khususnya.

Jika kesatuan Gereja boleh bersatu hati membantu rakyat Australia yang majoritinya beragama Kristian mengapa tidak kita ? Saudara kita di Palestine  tidak mempunyai sebarang sokongan padu daripada mana-mana kerajaaan didunia ini, oleh itu ayuh lah kita memberikan sokongan yang jitu kepada mereka. Mulakanlah melatih diri menderma atau bersadaqah kepada masyarakat sekeliling kita terlebih dahulu, termasuklah sanak saudara, rakan-taulan dan jiran tetangga.

“…..Katakanlah (wahai Muhammad) : Apa jua hartabenda yang halal yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada ; kedua ibu bapa mu, kaum kerabatmu, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan ingatlah apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan , maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) ” Al-Baqarah: 215

Wallahu A’alam.

Single Post Navigation

One thought on “Australia yang Berjiwa Islam

  1. Pingback: Sedekah Untuk Yang Tidak Bersedekah « savingmemoir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: