Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

header-arabic

Hanya beberapa jam sahaja lagi detik kelahiran anak bulan baru bulan Muharram akan menjelma. Bulan Muharram adalah permulaan kepada tahun baru dalam kalendar Islam. Bermula waktu maghrib hari ini, maka tahun baru 1430 Hijrah bakal menyusur tiba dan tahun 1429 Hijrah bakal menyinsing pergi dan takkan kembali lagi.

3eed

Permulaan tahun baru 1430 bakal memberikan kita harapan baru, kehidupan baru, azam baru dengan semangat yang baru. Namun semua itu adalah sambungan siri kehidupan kita daripada masa lepas. Satu hari yang telah lepas bererti satu bahagian dari hidup kita juga telah berlalu. Kesilapan-kesilapan yang lalu tidak harus diulangi, oleh itu sama-samalah kita memuhasabah diri kita sendiri. Dalam hidup aku ini, aku ada satu prinsip tentang masa lalu….

The past has no power on me !

Kita telah melepasi tahun yang lalu dengan pelbagai peristiwa hidup. Pada tahun lalu, berapa saatkah kita meluangkan masa untuk Allah ? berapa saat pula kita melakukan maksiat ? makin hari makin bertambah. Semua itu tidak dapat di padamkan lagi kerana telahpun tersimpan sebagai lipatan sejarah hidup.

Tetapi ! hahaha ada tetapinya. Betapa istimewanya Islam ini, kesilapan masa lalu tidak akan dibiarkan terselit dan terkepit didalam sejarah hidup. Dengan kedatangan bulan Muharram yang mulia ini, Allah S.W.T memberikan “hints” kepada hamba-hambaNya untuk menghapuskan dosa-dosa lalu dengan berpuasa pada bulan Muharram seperti yang diriwayat oleh Muslim dalam satu hadis yang bermaksud

Puasa ini adalah sebagai gantirugi dosa-dosa kecil yang telah dilakukan pada tahun lepas

Oleh itu, kita sebagai ummah Islam digalakkan berpuasa pada bulan ini terutamanya pada 9&10 atau 10&11 Muharram. Puasa pada 10 Muharram ( ‘Ashura ) merupakan amalan ahli Kitab ( Kristian dan Yahudi ) oleh itu kita diminta supaya berpuasa pada 10 Muharram dengan diertakan hari sebelum atau selepasnya bagi membezakan kita dengan mereka. Antara hadis-hadis mengenai puasa pada bulan ini ialah….

“seseorang yang berpuasa  dalam bulan Muharram akan diberikan ganjaran 30 puasa setiap satu hari yang dia berpuasa” ~  Tabrani

“Puasa yang paling baik selainpuasa pada bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharram “ ~ Muslim

Sama-samalah kita berdoa supaya dosa-dosa yang telah kita lakukan diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun dan semoga tahun yang baru bakal memberikan nafas baru untuk terus meningkatkan ibadah kita sebagai seorang hamba kepada Allah.

Jadikanlah juga tahun baru 1430 Hijrah ini satu permulaan untuk kita meningkatkan lagi syiar / lambang keagungan Islam dengan menyusun jadual hidup kita berdasarkan bulan-bulan Islam yang mulia. Jika ingin menyambut hari lahir, sambutlah birthday kita itu pada tarikh Islam, sekarang sudah banyak Calendar converter dalam internet,hanya masukkan tarikh masehi dan tukarkan kepada tarikh Hijri.  Cubalah seboleh yang mungkin untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap inchi kehidupan kita.

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah !

Happy New Year 1430 Hijri !


Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: