Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Archive for the tag “gaya rambut lelaki”

Umar Abdul Aziz dan Hairstyle

Entah kenapa hari ni rasa nak tulis pasal rambut. tetiba je idea tu datang dan aku mesti kongsi sesuatu dalam blog ni.

Rambut…

Walaupun panjang tapi masih acceptable jika anda nampak handsome

Aku melihat lelaki sekarang suka bergaya dengan rambut mereka, macam aku lain la sebab aku jenis yang tak kisah sangat dengan penampilan rambut aku. Janji kemas, bersih dan pendek, kira ok la.

macam-macam style potongan rambut yang dibuat oleh lelaki sekarang, tak kira la kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua semuanya ada haircut style masing-masing. Dalam satu famili tu, dari anak seusia 2 tahun hingga bapa yang berumur 40 tahun semuanya gaya trojan..haha..realiti2. Tapi boleh dikatakan kebanyakannya berpandukan style rambut artis / selebriti pujaan masing-masing.  Kalau dulu pergi kedai gunting rambut cakap je nak potong nombor berapa, atau hanya sebut potong pendek/biasa..haha.

ramai kawan aku punya style rambut macam ni..hehe

Maklumlah sekarang ni dunia dah maju zaman dah berubah, istilah yang lebih ‘moden’ digunakan untuk mendapatkan style rambut idaman dari gaya mohawk, spiky, layer, afro, bowl cut, trojan, style korea, taiwan, botak dan macam-macam lagi. Ramai juga yang suka menyimpan rambut mereka supaya panjang juga untuk mendapatkan hairstyle yang diidamkan. Rambut nabi pun panjang (ayat yang biasa kita dengar)

Namun, semuanya itu tiada salahnya disisi Islam malah jika gaya rambut itu sesuai dengan peribadi anda seorang Muslim dan juga sesuai dengan personaliti anda maka itu amat digalakkan. Kerana Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa kelihatan kemas, bersih, stylo dan handsome. Itulah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, rasul teladan yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak insani.

Bagaimana rambut Rasulullah ?

Jom kita semak hadis pasal rambut…

Qatadah (r.a) bertanya kepada Anas (r.a), ” Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah S.A.W ?” Lalu Anas (r.a) menjawab :

لم يكن بالجعد ولا بالسبط ، كان يبلغ شعره شحمة أذنيه

” Rambut Rasulullah S.A.W tidak kerinting dan tidak juga lurus, sementara panjang rambutnya mencecah bahagian bawah daun telinganya” – [riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa’ie dan Ahmad]

Ada juga dalam hadis yang lain menyebut bahawa rambut Rasulullah mencecah separuh telinga baginda. Dari hadis tahulah kita bahawa rambut Rasulullah sederhana panjangnya. Rasulullah juga suka memperbanyak minyak rambut  (hair gel) dan menyikatnya. Dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah seorang yang sukakan kekemasan, dan baginda sememangnya seorang lelaki yang handsome, complete package.

Panjang rambut yang mencecah telinga dan tidak melepasi paras bahu adalah perwatakan Rasulullah. Tapi kalau panjang sama macam rambut perempuan siap boleh disanggul lagi, tu bukan lagi ikut nabi. Tapi kebanyakan orang yang begitulah yang kerap menyalah tafsirkan hadis nabi. Namun terpulanglah kepada diri masing-masing kerana tiada galakan dari Rasulullah untuk memanjangkan rambut seperti galakan untuk menyimpan janggut. Bahkan terdapat hadis yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya, hati-hati dalam menyimpan rambut panjang.

Apapun, Rasulullah telah berpesan supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam merapikan rambut. Sungguh pesanan itu sangat relevan dengan lelaki pada zaman sekarang. Lelaki sekarang kalau sikat rambut tu boleh sampai setengah jam, mula sapu gel rambut, pastikan rambut betul-betul terpacak (still standing) , spray dengan hair spray lagi nak kasi betul-betul berduri..haha (bagi yang suka spiky le) memang tak mustahil kalau setengah jam depan cermin.

Jika kekemasan rambut itu hingga melalaikan atau melambatkan kita untuk urusan yang penting seperti solat dan ibadah lain, maka pada tahap itu saya nasihatkan anda supaya botakkan saja kepala anda..haha. Tiada gunanya kelihatan kemas dan handsome didepan manusia sedangkan jijik pada pandangan Allah. Tapi kalau anda dapat kedua-duanya maka itulah yang paling baik dan saya pasti ramai yang mampu mencapai kedua-duanya…kekemasan dan punctual untuk solat.

Pesanan ikhlas ini bukan main-main, ada kisah benar yang boleh diambil teladan.

Khalifah Umar Abdul Aziz dan Rambutnya**

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz (rahimahullah) memang terkenal dengan personalitinya yang kemas, handsome dan bergaya terutama ketika remaja. Beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz untuk menuntut ilmu agama dengan seorang ulama’ di Madinah yang bernama Soleh Bin Kisan. Kepada ulama’ ini ayahnya amanahkan supaya menjaga anaknya dengan penuh perhatian.

Semasa Umar dalam proses menuntut ilmu itu beliau menyimpan rambut yang panjang. Beliau selalu menyikat rambutnya dengan rapi dan memang beliau seorang jejaka yang stylo. Namun, rambut beliau yang panjang itu menyebabkannya mengambil masa yang lama untuk mempersiap diri untuk kemana-mana. Ini menjejaskan pergerakan beliau termasuklah untuk menghadiri kelas pengajiannya dan beliau sering lewat sampai ke majlis ilmu.

Pada suatu hari, Umar terlewat menghadiri solat berjamaah dan kelewatannya ini disedari oleh gurunya Soleh. Lantas Soleh segera memanggil beliau untuk bertanya kenapa beliau lambat untuk solat jamaah.

“Mengapa kamu lambat wahai Umar?” tanya Soleh dengan nada yang keras dan tegas.

” Maafkan saya sheikh, saya terlewat kerana terlalu asyik menyikat rambut supaya kelihatan kemas.” jawab Umar jujur dalam keadaan kepalanya tertunduk. Soleh berang mendengar jawapan Umar. Dia seraya berkata :”Bukankah berkali-kali aku pesan supaya rambut mu itu tidak menyebabkan kamu melengah-lengahkan solat?”. Umar diam seribu bahasa.

Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, kesilapan Umar itu terus dilaporkan oleh Soleh kepada ayahnya, Abdul Aziz. Setelah menerima laporan itu, Abdul Aziz dengan tegas telah mengarahkan agar rambut anaknya dipotong. Malah, Abdul Aziz telah mengarahkan agar kepala anak lelakinya itu dibotakkan supaya rambut dikepala Umar itu tidak lagi menjadi kekangan bagi Umar.

pendek dan mudah diurus, aku suka ^_^

Umar sebagai remaja yang yang beriman, patuh dan taat pada arahan ayahnya itu walaupun beliau memang dikenali sebagai jejaka stylo. Kerana rambut, beliau terlewat solat jamaah maka beliau sanggup korbankan rambut beliau. Bagaimana dengan kita? rasanya, dengar azan pun buat tak tahu je..siap tidur nyenyak lagi. Renungilah kisah  seorang yang hebat seperti Umar itu yang akhirnya menjadi Khalifah yang terkenal wara’, zuhud dan ‘alim. Pemerintahannya yang singkat lebih diingati umat Islam berbanding khalifah sebelum beliau yang lebih lama memerintah. Tak lain dan tak bukan kerana beliau mengutamakan Allah dan Rasul-Nya.

Akhir kalam, mari kita hayati pesanan Rasulullah pada para sahabat dalam bab rambut ni.

Dari Abdullah Bin Mughaffal (r.a) meriwayatkan:

نهى رسول الله عن التَّرَجُّل إلا غِبًّا

” Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan (melampau), kecuali jarang-jarang” – [ riwayat Tirmidzi, Daud, Nasa’ie dan Ahmad ]

 

Ingatkan nak tulis pendek dan ringkas tapi nampaknya dah terlebih pagar ni… aku memang tak reti nak tulis pendek-pendek.  Apa-apapun moga ianya bermanfaat ke arah kebahagiaan ang hakiki.

** kisah umar itu diambil dari buku Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: