Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Cinta Pada Rasulullah

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah (hijrah), penduduk Madinah ketika itu yang kebanyakan sudah memeluk Islam sentiasa mendidik jiwa dan nurani anak-anak mereka dengan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah. Perwatakan dan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah diceritakan satu persatu dengan terperinci ibarat Rasulullah berada bersama mereka ketika itu. Anak-anak kecil mereka disemai dengan benih cinta yang utuh dan kental. Salah seorang dari anak-anak kecil itu adalah Talhah Bin Barra’.¬† Begitulah betapa bersemangat generasi awal Islam untuk menanamkan rasa cinta pada Rasulullah. Bak kata orang; tak kenal maka tak cinta.

Dengan terbinanya cinta didalam hati, maka setiap apa yang disuruh oleh keksih dituruti, setiap perbuatan kekasihnya diikuti dengan penuh rasa kecintaan. Dalam entri kali ni, aku nak share kisah cinta antara seorang budak dengan kekasihnya, Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan ketika dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah S.A.W singgah di Quba sebelum memasuki Kota Yathrib (Madinah ketika itu). Ketika Nabi Muhammad singgah di Quba, Talhah Bin Barra’ yang pada ketika itu hanya berumur linkungan lebih kurang 7 tahun sedang bermain-main dengan rakan-rakannya. Apabila dia melihat kedatangan Rasulullah, dia terus meluru ke arah baginda, mengucup kaki baginda yang mulia serta menggesel-geselkan badannya kepada badan Rasulullah S.A.W. Lalu Talhah kemudian berkata : “Aku cintakan kamu,ya Rasulullah”

Rasulullah S.A.W kehairanan dengan rasa cinta terhadap dirinya yang tersemat didalam hati budak itu. Bagaimana budak sekecil itu mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap Rasulullah S.A.W sedangkan mereka tidak pernah bertemu sebelum itu.

Baginda kemudianny berkata : “Baiklah, pergi pulang kerumah kamu dan bunuh ayahmu”

lalu budak itu terus bangun dan bergegas untuk pulang ke rumah untuk membunuh ayahnya.

“Hei budak! kembali ke sini! kembali ke sini! kembali ke sini!” panggil Rasulullah.

Budak itu berpusing kembali pada Rasulullah. “Kemana kamu hendak pergi?” tanya Rasulullah.

“Saya mahu membunuh ayah saya, bukankah tuan menyuruh saya berbuat demikian?”, kata budak itu, menjawab pertanyaan Nabi.

“Aku tidak bermaksud demikian, aku hanya ingin menguji tahap kecintaan mu kepadaku.” jelas Rasulullah.

Lihatlah kuasa cinta yang ada pada Talhah, dia menuruti perintah kekasihnya lebih dari segala-galanya. Dan kekasihnya ialah Rasulullah. Apabila wujudnya cinta, maka kita akan melakukan sesuatu melebihi tahap ketaatan.

Dipendekkan cerita, selepas berhijrah ke Madinah. Tidak lama selepas Rasulullah membina kerajaan Islam pertama dan menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah, Talhah bin Barra’ jatuh sakit. Berita Talhah ditimpa sakit itu sampai kepada pengetahuan Rasulullah. Kemudiannya, Rasulullah pergi ke Quba’ yang jaraknya lebih kurang 4 km dari kota Madinah untuk menziarahi Talhah. Baginda pergi ke Quba’ semata-mata ingin menziarahi seorang kanak-kanak yang masih kecil.

Rasulullah bertanya khabar pada Talhah, dia menjawab dengan khabar baik. Melihat keadaan Talhah itu, Rasulullah sudah mengetahui bahawa dia tidak akan sembuh dan akan menemui ajalnya. Selepas berbicara dengan Talhah lalu Rasulullah keluar rumah dan bercakap dengan ayah Talhah.

“Jika anakmu meninggal dunia, maklumkanlah kepadaku supaya aku boleh datang memandikannya, mengkafankannya, menunaikan solat jenazah ke atasnya, dan mengkebumikannya.” pesan Rasulullah S.A.W kepada bapa Talhah sebelum baginda pulang ke Madinah.

Pada malam tersebut, sakit Talhah makin tenat dan dia dalam keadaaan sakaratul-maut. Dia berpesan pada ayahnya,: “Jika aku meninggal dunia malam ini, janganlah sesiapa memaklumkan kepada Rasulullah.”

“kenapa wahai anakku?” soal ayahnya.

“Aku tidak mahu kerana aku Rasulullah ditimpa kesulitan dan kesakitan akibat cuaca buruk malam ini.” jelas Talhah, anak kecil yang begitu kasih dan cintaa terhadap Rasulullah.

Setelah berpesan demikian, Talhah menghembuskan nafasnya pada malam itu. Maka bapanya memandikannya, mengkafankannya, menunaikan solat dan mengkebumikannya tanpa memaklumkan kematian anaknya kepada Rasulullah S.A.W.

Selepas 2 hari 2 malam, Rasulullah S.A.W bertanya kepada para sahabat.

“Bagaimanakah keadaan Talhah Bin Barra’ ?”

” Anak itu sudah meninggal dunia 2 hari lepas ya Rasulullah. Jenazahnya sudah dimandikan, dikafankan, disolatkan, dan dikebumikan.” jawab para sahabat.

“Ayuh kita bersolat padanya!” Rasulullah menyeru sahabatnya bersama baginda kekubur Talhah untuk bersolat bersama baginda.

Apabila sampai, Rasulullah S.A.W berdiri di sisi kubur Talhah diikuti oleh para sahabat, kemudiannya baginda menunaikan solat jenazah ke atas Talhah bersama-sama para sahabat. Usai solat, Rasulullah berdoa kepada Allah

” Ya Allah, sesungguhnya budak ini telah mencintaiku dengan jiwa raganya, maka saksikanlah atas kecintaannya padaku. Ya Allah! Engkau gembirakanlah budak ini supaya ia dapat bergurau senda dengan-MU dan sebaliknya.” – panjang lagi doa baginda itu, tapi aku tak ingat.

Lihatlah betapa utuhnya cinta seorang budak yang belum baligh terhadap Rasulullah. Ketahuilah, Rasulullah S.A.W juga tidak akan sekali-kali lupa akan orang yang mencintainya didunia dan diakhirat sebagaimana dalam kisah di atas. Oleh itu, dimanakah kedudukan kita sekarang? pada tahap manakah cinta kita terhadap Rasulullah?

Kita bersolat, berpuasa dan sebagainya tanpa ruh dan cinta akan Rasulullah, apakah bernilai semua amalan itu? Kita melakukan amal ibadat kerana merasakan ianya satu kewajiban yang perlu ditunaikan tidak disertai rasa cinta terhadap Rasulullah yang mengajarkan kita cara beribadat. Menunaikan ibadah yang wajib sememangnya satu kewajiban. Akan tetapi, alangkah baik dan bermutu jika kita lakukan itu kerana ianya kehendak Allah dan Rasul, kerana Rasulullah suka kepada sesiapa yang menuruti jejak langkahnya, kerana kasihnya kepada Rasulullah.

Dengan rasa cinta, kita tidak akan mempersoalkan hukum sesuatu amalan, kerana bagi kita apa yang dilakukan Rasulullah itulah yang ingin kita lakukan tidak kira samaada ianya wajib atau sunnah. Jadikanlah Maulid Rasul tahun ini sebagai permulaan kita mempraktikkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. Mulalah dengan sunnah-sunnah yang kecil.

 

** kisah di atas diceritakan oleh Shaykh Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saggaf dari Jeddah di Masjid al-Falah USJ9 pada malam 12 Rabi’ul Awwal 1432 sempena¬† Majlis Maulid.

p/s : sebenarnya, itu adalah kali pertama aku sertai majlis maulid seumur hidupku. Maklumlah aku ni ala-ala salafy..haha. Dalam bab khilafiah aku mengamalkan pluralisme. Best dan excited bila join majlis ni. Especially time burdah siap dengan kompang lagi. Terima kasih pada Sdr. Zul Amin yang ajak aku join majlis ni. Sorry, x de foto yg bleh share.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: