Saving Memoir

No more update after 1 December 2011 | moved to maktubat.wordpress.com

Surah-surah Pilihan Pada Hari Jumaat

Jumaat Mubarak !

London Mosque

Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan kemuliaan dan sebagai Muslim, kita disarankan untuk menyambut hari Jumaat seperti menyambut kedatangan Hari Raya Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha bahkan ia lebih agung dari kedua-dua hari raya tersebut.

Kebiasaannya masyarakat Malaysia akan mengadakan bacaan Surah Yaasin pada malam Jumaat sempena menyambut hari yang mulia ini. Akan tetapi adakah amalan ini bertepatan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W ? Walhal Surah yang sememangnya disarankan oleh Rasulullah untuk dibaca apabila tibanya hari Jumaat diabaikan. Namun, perkara khilaf mampu diketepikan bagi memberi laluan kepada kesatuan ummah yang penting hari Jumaat haruslah berbeza dengan hari-hari yang lain.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

About these ads

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: